Thursday, March 11, 2004

undilah setan yang kurang sikit jahatnya

aku suka sangat bila spyz tulis, "aku pilih B sebab aku tak suka A" adalah berbeza dengan "aku pilih B sebab aku suka B"..

beberapa waktu dulu, kita dikocakkan oleh pendapat tok rimau tentang kewajiban atau ketidak-wajiban mengundi. hari ni kita diletakkan dalam dilema di antara untuk memilih calon ataupun memilih parti. calon muslim pun tidak diletakkan di semua tempat. malah ada kawasan yang berkemungkinan tidak mempunyai calon muslim (jangan dibaca sebagai dari PAS sahaja).

dan seperti yang diketahui umum, dalam PAS pun bukannya ada wali atau malaikat. mereka semua pun manusia biasa yang punya nafsu dan amarah yang kadang-kadang melampaui batas kemanusiaan.

dan aku percaya ramai yang yang berpendapat, dengan menentang PAS bukan bererti menentang Islam. itu mengiyakan pendapat spyz dalam nada yang lebih jelas dan tegas seperti, "aku pilih UMNO bukan bererti aku benci PAS" atau "aku pilih DAP sebab aku benci UMNO".

aku berpendapat, pilihanraya adalah medan untuk memilih 'setan yang kurang sikit jahatnya' (lesser evils). dan memilih 'setan yang kurang sikit jahatnya' pun bukan kerja senang. bukan kau boleh baling dadu untuk memilih. apabila memilih untuk memilih 'setan yang kurang sikit jahatnya' kau sudah menghampiri perkara syubahat.

aku pun bukan suka sangat berdiri di atas padang antara halal dan haram ni
. aku tak suka pening-pening. i already made a decision.

aku tak mahu memilih 'setan yang kurang sikit jahatnya'. aku memilih untuk duduk dan menganga tunggu 'malaikat turun dari langit' untuk bertanding sebagai calon.

oh! please don't take me seriously. i'm just being sarcastic.

mungkin pepatah-pepitih yang sesuai untuk musim pilihanraya sudahpun aku kumpulkan beberapa hari yang lepas.

kalau tak cukup boleh tambahkan dua lagi pepatah yang dicadangkan oleh kak ngah seperti melepaskan anjing tersepit dan siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi pencuri

I'm free to decide... yeah i'm free to decide
and i'm not so suicidal after all