Friday, March 12, 2004

pilihan boleh jalan, aku nak beraya!

Spyz: Bukan syubahat tapi.. kalau tak ada pilihan lain.. pilih yang paling kurang mudharatnya..

Orang yang menarik balik kata-katanya (ralat) adalah lebih baik dari yang memadam terus..

Oleh sebab kau masih tak mau ngundi.. entry 'berpihaklah bla bla bla..' tu aku tujukan untuk kau.. jawab.. and be realistic..

Kau telah meletakkan 'dinding' pada diri kau kalau melabelkan diri kau sendiri.. pilih 'kebenaran'..

Cukup tak teguran ni?? :)

Miss tOKSIK too :(

Aku: Alluz comrade!! (cam Hishamudin Rais la plak bunyinya! heh!!) Panjang la pulak kau tegur aku. :D Tapi terima kasih banyak sebab tegur.

Aku tak rasa aku mampu jawab segalanya dengan sekali hayun. Dan aku rasa aku boleh abaikan bahagian sindir-sindiran tu. ehem.. ehem... walaubagaimanapun, aku nak tujukan entry "keris" untuk kau. Manalah tau, boleh digunapakai.

Berbanyak terima kasih atas dedikasi entry: "berpihaklah! Ditakuti, dengan tidak berpihak, kamu memenangkan si zalim".

Secara realistiknya, aku rasa kita hidup dalam zaman yang sukar. Untuk timbang-timbang yang mana paling kurang mudharatnya dan yang lebih manfaatnya pun tidak semudah yang disangka.

Apa definisi 'mudharat'? Apa definisi 'manfaat'? Pada siapa 'mudharat' dan 'manfaat' patut diambil kira? Pada diri sendiri? Keluarga? Agama? Bangsa? Negara? Ubat bagi aku, mungkin racun bagi orang lain. Daging bagi kau, mungkin hempedu bagi aku.

Itu belum diambil kira lagi faktor masa. 'Mudharat' dan 'manfaat' jangka masa panjang dan jangka masa pendek.

Tapi setelah direnung-renung, aku bersetuju dengan kau yang kita sepatutnya mengundi. Mengundi untuk berpihak pada 'setan yang kurang sikit jahatnya'.

Ok. Katakanlah aku mengambil keputusan untuk mengundi PAS dan ditakdirkan PAS menang besar dan menjadi pemerintah. Apa kesannya dalam jangka masa panjang? Apa akan jadi pada kestabilan serantau? Adakah tidak ada kemungkinan musuh-musuh Islam dari luar akan mengambil kesempatan dengan mengaitkan negara kita dengan keganasan antarabangsa?

Aku tidak menuduh PAS atau Islam punca keganasan. Tapi kemungkinan US untuk menjadikan kita sebagai satu lagi domino tetap ada. Sedangkan di bawah UMNO/BN pun kemungkinan itu sudah ada, apatah lagi jika PAS yang memerintah?

Mungkin aku tidak adil jika mengadili PAS atas sesuatu yang tidak pernah terjadi. Tapi dapatkah PAS berdiplomasi di peringkat antarabangsa jika dilihat pada rekod di dalam negara?!

Ok. Kemungkinan kedua. Katakanlah aku mengundi UMNO dan ditakdirkan mereka menang lagi di mana akhirnya kestabilan serantau dapat dijaga dan kurangnya kemungkinan kita untuk dikaitkan dengan keganasan antarabangsa. Tapi dari segi lain, mungkin Islam dapat subur tanpa penjajahan luar (aku cuma sentuh penjajahan bentuk fizikal bukan mental dan spritual). Tapi mungkin juga Islam terus layu dan tersekat-sekat di bumi yang kononnya menganggungkan Islam sebagai agama rasmi. Islam mungkin akan terus tergadai atas nama integrasi rakyat berbilang kaum dan agama.

Manfaatnya, mungkin Islam dapat berkembang tanpa penjajahan luar. Mudharatnya, mungkin Islam tidak dapat diamalkan secara total.

Dalam rukun negara pun yang pertama kali disebut ialah, "Kepercayaan kepada Tuhan". Maknanya, kalau seseorang itu atheis atau tidak percaya kepada Tuhan, dia boleh dianggap tidak menghormati negara. Tapi bagaimana pula dengan orang yang keluar dari Islam dan masuk dalam agama yang percaya Tuhan itu ada tiga atau lebih?!

Aku percaya PAS berusaha keras untuk menggubal undang-undang yang membolehkan mereka mengambil tindakan atas orang murtad. Tapi di mana pula proses pencegahannya? Di mana pula proses penyembuhannya? Apakah usaha yang dijalankan untuk mengembalikan iman pada si murtad?

Satu sikap yang aku benci dalam masyarakat Malaysia ialah budaya prejudgmental. Kita lebih mudah menghukum. Kalau tidak tertulis dalam undang-undang pun, kita sebenarnya memang suka menghukum. Tak banyak dari kita yang cuba memahami. Kenapa orang murtad? Dan apa yang perlu dibuat agar orang tidak murtad? Itu sebenarnya antara soalan-soalan yang perlu diselidiki dan dicari jawapannya.

Dan apakah UMNO pula dengan tidak menggubal undang-undang ke atas orang murtad telah bersikap sambil lewa? Tidak adakah usaha mereka selama ini untuk menyelamatkan Muslim lain dari terjerumus menjadi murtad?

Aku tau satu undi juga bernilai. Mana tau, dengan takdir Tuhan, satu undi memenangkan si zalim. Dan aku mahu berpihak, tapi aku takut kalau berpihak, aku pula menjadi zalim.

Bukan kau tak tau, tong undi kita kadang-kadang ada magiknya sendiri. Satu undi, kadang-kadang boleh beranak jadi tiga atau empat undi.

Aku rasa kau pernah dengar aliran 'pointilism' dalam lukisan. Lukisan pointilism ni selalunya berasaskan titik-titik kecil. Kalau dilihat dari dekat kau cuma akan nampak titik-titik. Kalau nak nampak apa yang dilukisnya, kau kena berdiri jauh dan melihat seluruh kanvas.

Ada orang buta tapi dia nampak. Ada orang celik tapi dia tak nampak.

Aku rasa aku masih belum mampu melihat seluruh kanvas. Dan aku tau, jawapan aku tak cukup kental. Jom turun minum, kita boleh sembang panjang.

It's almost impossible for me to be realistic. Most of the time, I tend to become more unrealistically realistic (or is it realistically unrealistic?)

Ok! I'm not adorably insane. I'm just insane. And am not miserably happy. I'm just miserable. Please help me, God!!

Ceqtie: :) gi la ngundi

Aku: Di manakah kebebasan bersuara (atau dalam kes aku: kebebasan untuk tidak bersuara)?! Satu undi adalah satu suara. Dan aku telah mengambil keputusan untuk tidak mengundi dan ia patut diambil kira sebagai satu bentuk protes dalam bentuk senyap.

It's normal la beb. Aku selalu juga memprotes dengan senyap. Wanna hear more about it?

Seperti dalam kes "aku pilih B sebab aku tak suka A" adalah berbeza dengan "aku pilih B sebab aku suka B", dengan tidak mengundi juga bukan bermakna aku tidak endah atas pertukaran atau pengekalan kuasa. It's not that I don't make a decision. I do. I already made a decision, and I guess it's final.

I decide not to decide. I choose not to choose. It's a free country, ain't it?

You may say I'm a dreamer,
but I'm not the only one,
I hope some day you'll join us,
And the world will live as one


Tok Rimau: Apa tukar-tukar pendapat ni? Ralat? Kena tegur sikit dah hilang taring. Tak anarkis la cenggini.

Aku: Let me get it straight. Aku belum kena tegur oleh sesiapa lagi. Siapalah yang sudi tegur aku ni?

Siapakah yang sudi,
menghulurkan simpati kepada nasib ku ini?
Agar dapat ku rasa nikmat di Hari Raya
seperti insan yang lain


Kalau aku sesat, terpaksalah pandai-pandai cari jalan sendiri. Kalau tak jumpa jalan yang betul, sampai matilah aku tersesat. Dulu masa ada tOKSIK rajin juga dia tegur-tegur aku. Tapi sekarang... uhuk uhuk!! uwaaa!!

I guess, I'm still an anarchist (tengok betul-betul: anarchist bukan anti-christ!!).

Anarkis walaupun sebenarnya impikan kehidupan tanpa kongkongan undang-undang tapi tetap juga mahu hidup dengan aman damai. Walaupun tidak mahukan negara, tetapi masih juga mahu membuat sesuatu untuk kebaikan ramai.

Cuma semalam, bila aku fikir-fikir balik aku jadi keliru la beb. Aku tak rasa dengan memilih 'setan yang kurang sikit jahatnya' boleh menghampiri syubahat. Me? I choose not to vote simply because I'm too damn scared to shoulder responsibility. I don't want to make a wrong decision, therefore, in my opinion it is much safer if I stay away from voting.

I guess I could be labelled as a nihilist as well. It's better to live without a government than to live with a corupted one. Tapi Imam Ghazali pasti tidak bersetuju dengan aku. Katanya, lebih baik hidup di bawah pentadbiran kerajaan yang teruk daripada hidup tanpa kerajaan.

Anything else?