Wednesday, June 09, 2004

fenin-fenin lalatz

atuk borg sudah meninggal. mungkin petang semalam, mungkin malam semalam. al-Fatihah

seluruh keluarga, kecuali dua adik perempuan borg, balik ke kampung untuk menguruskan jenazah.

dalam keadaan terdesak, ada yang terus menjadi kuat dan melawan. ada pula yang terus menyerah dan tersungkur.

aku? terasa tidak berguna. sangat sangat sangat sangat sangat sangat tidak berguna. banyak benda yang sepatutnya aku buat, tapi tidak mampu nak buat. benda-benda remeh pun banyak yang terkantoi. aku hanya mampu memandang dan mendengar tapi jauh sekali dapat memberi bantuan. akibatnya, aku juga yang susah dan lebih dari selalu, terpaksa pula menyusahkan orang lain. sungguuuuuuhh tak bergunaaaaaa!!!

mungkin inilah perasaan utama yang ada dalam diri orang yang mahu membunuh diri. rasa tidak berguna yang melimpah ruah mengatasi segala rasa takut dan menghilangkan perasaan kasihan pada ahli keluarga dan rakan-rakan.

kepada teman-teman rapat ku khabarkan, borg ditahan di hospital.

sudah masuk hari ketiga dia ditahan. kandungan gulanya tinggi dan tidak stabil. tapi dia dan bayi dalam kandungan, semuanya selamat. cuma perlu ditahan sikit nafsu makannya yang membuak-buak. tapi bagaimana kau nak mengawal nafsu orang yang degil? heh heh heh!! sama degilnya borg dengan aku, walaupun dia sering menidakkannya.

nanti keluar anak berganda-ganda degilnya. pernah tak dengar dialog, "anak kita degil ni sebab ikut perangai awak la!"? orang pertama yang gunakan dialog tu patut diisyhtiharkan sebagai yang paling degil!!

"awak bila nak berhenti merokok? tak tengok iklan dalam TV tu?"

aku buat-buat tak dengar dan buat-buat sibuk membaca.

"nanti kesian kat baby. tak sempat nak bermanja lama dengan awak."

aku masih buat-buat tak dengar. walaupun begitu, hati aku mengiyakan katanya. berbaur juga rasa kasihan dan sebak walaupun telinga aku sudah mula sakit-sakit.

"takpelah, nanti baby boleh dapat abah baru."

aku menjeling sekilas lalu ke wajahnya. aku ternampak genangan air mata. alamak!! apa yang aku dah buat ni?! tapi seperti selalu, aku buat-buat tak nampak. cinta memang menyakitkan.

semalam, seharian aku di hospital. kerja atau tidak, kepala otak yang berserabut tetap berserabut. sehari sebelum borg ditahan, salah sorang boss beramah mesra dengan aku.

"kau ni OK tak?"

"OK.." aku menjawab ringkas.

"OK apakejadahnya? aku tengok muka kau serabai je"

lupa plak aku, dah berapa hari aku tak bercukur misai dan janggut. memang la serabai mambai.

borg bercerita, sebelum dia ditahan, doktor yang merawatnya berkata, "tahniah, dapat juga kau masuk hotel aku. hotel aku terkenal di KL ni. result kau ni paling cemerlang. bukan semua orang boleh masuk."

doktor itu bergurau tapi nadanya sinis. mungkin itulah saja caranya untuk mengajar orang-orang yang degil. heh heh heh!!

"kenapa awak tak nak berhenti merokok? bukan ada faedah pun hisap rokok ni."

"eh! siapa cakap tak ada faedah? kalau semua orang berhenti, nanti doktor tak banyak kerja. satu hari ada 8,000 nyawa yang terkorban sebab rokok, kan? tu tak campur lagi dengan pembangunan negara. dari mana kerajaan nak dapat duit banyak-banyak kalau tidak dari cukai rokok, cukai iklan rokok dan sebagainya...."

"ah! sudahlah, malas nak dengar. susah nak bercakap dengan orang degil ni."

eh! macam pernah dengar la dialog tu. heh!! orang-orang degil memang suka bergurau berdalih.

this blog could only be viewed by selected eyes for the time being. for the record, 5th June is the my zero-visitor day.