Friday, July 19, 2002

memaki dan mencarut memang boleh meletihkan, terutamanya jika kau hamburkan bersama kemarahan dan kekecewaan. :| aku letih. masih letih lagi.

Pendang jatuh ke tangan BN. rasanya tidak perlu aku mengulas tentang itu. aku cuma terpikir lebih jauh. tentang halatuju politik dan masyarakat melayu islam secara amnya.

just a short notes, i don't think it necessary to jatuhkan musuh bila ko menyokong sesuatu. kalau dilihat betul-betul, TV3 lebih menonjolkan 'kebaikan' UMNO dan BN. cuma isu maki hamun dari pihak pembangkang itu dijadikan modal sampingan untuk meraih undi simpati. dan sudah semestinya bila satu pihak yang berkuasa atas sesuatu media, maka segala kebaikan pihak pembangkang tidak ditonjolkan. sama juga dengan Harakah, rasanya tidak pernah juga memaparkan kebaikan UMNO. yang nampak hanyalah kehaprakan, kebaruaan UMNO.

berbalik pada isu pembangunan islam dan melayu. sayangnya kita ni terlalu ditekankan dengan kepentingan pembangunan material. mana-mana kawasan yang diduduki PAS, UMNO akan gunakan isu-isu kemiskinan, kemunduran dan tekanan label ekstrimis. dan apa yang cuba disampaikan secara tersirat, kalau nak hidup senang dan bebas undi UMNO dan BN.

maaf kalau aku tersilap, tapi kalau diperhalusi dari sudut pembangunan spiritual pun rasanya tidak banyak berubah. pembangunan spiritual rasanya tidak perlu disandarkan dengan berapa banyak masjid atau surau yang dibina. ianya jauh lebih rumit dari pembangunan material lagi kerana ia lebih menjurus kepada individu. bagaimana kalau pembangunan spiritual dinilaikan pada jumlah meningkat atau turunnya kadar jenayah dan gejala sosial? boleh PAS berbangga dengan pembangunan spritual di Kelantan dan Terengganu?

walaucamnepun, aku tetap setuju ngan tok rimau, kita sememangnya sukar untuk menghakim dengan adil kerana terdedah kepada satu parti dan tidak bersedia untuk menerima hujah satu parti yang lain. tidak kira la sama ada kita UMNO, Keadilan atau PAS. kita lebih senang menghukum. orang tu salah? Tangkap!! ISA!!! maki!!! saman!!!

kita lebih senang melihat parti yang kita sokong sebagai mangsa, tidak sebagai penindas. kalaupun terbukti parti kita memang benar menindas pihak lawan kita boleh pejamkan mata atau buat-buat tak tahu sahaja. atau lebih mudah selak Qur'an dan cari ayat yang boleh sokong pendapat kita. sejujurnya, ini tidak menjurus kepada PAS sahaja. UMNO yang memang sudah tersohor sebagai penindas pun menggunakan taktik yang sama untuk melepaskan diri.

memang amarah itu sifat manusia. tapi sebaik mana kita boleh mengawalnya? apa rasionalnya memaki seseorang individu itu sebagai 'penjual babi' atau 'al-juburi'? haruskah pergi sejauh itu?

Dalam menentang kezaliman, bolehkah kita berlaku zalim? Jika begitu, apa bezanya orang yang ditindas dengan golongan yang menindas?

** ** ** **

yes kak CT Musafir, i'm still alive and kicking. i want to live another thousand days without cigarette. thank you for your concern and support. ;)