Thursday, September 19, 2002



Aku tak perlu berselindung. Idea ni lahir dari rasa cemburu atas kelahiran LCCU.

Memandangkan beberapa nama besar dalam gengjurnal yang mencadangkan aku supaya membukukan k@r| k@mb|n6 maka aku mengambil keputusan untuk memujuk dia untuk turut serta. Aku meminta kebenaran supaya aku boleh mengumpul dan membukukan beberapa artikelnya. Tapi akhirnya dia dah lontarkan idea yang lebih bagus. Kenapa kita tidak menulis novel?

Jika LCCU hasil perahan otak Faisal Tehrani dan Saharil Hasrin Sanin berjaya membuahkan sekitar 105 helai, maka kami juga mengharapkan untuk projek novel ini juga bisa menghasilkan setebal itu juga. Tapi tak semua orang mempunyai bakat untuk menulis novel. Ramai pula yang tidak berkesempatan menulis walaupun idea-idea mantap mencurah-curah keluar dari kepala otak.

Berbeza dengan LCCU, dua orang itu bebas untuk menulis beberapa cerita, tapi untuk projek novel ini dua kepala atau lebih akan bergabung dan sama-sama menghasilkan satu cerita yang panjang. Mungkin seorang penulis akan menulis satu bab dan penulis lain akan menulis satu bab yang lain. Atau mungkin juga untuk lebih mudah satu penulis memilih untuk menulis satu watak dan seorang lagi menulis dari sudut pandangan watak yang lain. Beberapa orang dengan pelbagai personaliti yang berbeza menulis untuk satu cerita yang panjang. Itulah cabarannya.

Terlintas juga dalam kepala otak aku, dalam satu kapal tidak boleh ada dua nakhoda atau satu periuk tidak boleh digodak oleh dua orang tukang masak. Tapi seperti yang aku cakap tadi, itulah cabarannya. Berapa jauh kau boleh pergi? Berapa pantas kau boleh berlari? Berapa tinggi kau boleh terbang? Berapa sakit kalau terhempas?

Feel free to join. Hopefully, this project is not as warm as chicken shit. ;)