Thursday, October 03, 2002

"Your father might not have a whole lotta money but you know why? Because he invested it in people."
petikan dialog dari movie Barbershop ni menarik perhatian aku.

hmmm.. apa sumbangan ko dalam perlaburan untuk pembangunan insan? aku tau tak ramai yang boleh buat begini. tak ramai yang mampu. cikgu model yang paling mudah, tapi ada gak cikgu yang hanya pikirkan duit dan menjahanamkan masa depan insan. managers pun boleh gak buat pelaburan begini dan satu hari nanti melihat anak-anak buahnya bukan setakat menjadi staff biasa jek tapi boleh diharapkan jadi managers gak.

aku? i think i have to rechart my destiny. kerja kat sini tak berapa sesuai ngan jiwa aku. mungkin managers kat sini buat yang pelaburan yang besar dalam membangunkan aku tapi aku plak yang rasa terkongkong. takde kebebasan untuk aku gunakan segala imaginasi dan kreativiti aku. lagipun, aku rasa sudah tiba masanya aku plak membuat pelaburan dalam pembangunan insan. apa yang aku nak jadi? that's something to brood over.