Monday, February 17, 2003

aku bukannya jam Tag Hauer. I DO crack under pressure!!!

sedap-sedap aku tengah aim kepala si Joji si anak Semak tiba-tiba handphone aku berbunyi. aku kenal suara di sebelah sana. entah apa hangin dia hari tu, dia bercakap cam bertih goreng la!!!

aku masih ada beberapa jam lagi untuk menyelesaikan tugasan tapi dipaksa memberi laporan pada masa itu juga. aku jadi marah. laporan sepatutnya disediakan bila sesuatu tugasan itu diselesaikan bukannya semasa sedang aku tengah syok-syok aim kepala mangsa.

"hmm.. ya.. ok.. baiklah... alright..."

dia sedar aku tak berapa nak bercakap. dia pula jadi marah. lepas talian diputuskan berdezup-dezup sms masuk sampai tak cukup space.

mula-mula aku baca gak sms yang masuk. tapi bila nak ngarut sangat, aku jadi malas. aku aim kepala mangsa kembali. operasi kali ini tidak boleh gagal. beberapa sms yang datang kemudian aku abaikan.

* sebarang persamaan dengan mereka yang masih hidup, telah mati mahupun nyawa-nyawa ikan adalah kebetulan semata-mata malahan amat malang sekali.