Me Jane. You Tarzan
"Huh! Kau ni pun sama macam lelaki lain. Tak pernah cukup dengan satu!!!"
Aku cuma mampu tersenyum. Kata-katanya ligat berpusing dalam kepala otak aku. Lebih ligat dari putaran bumi atas paksinya. Seligat gasing.
"Siapa eh budak pompuan yang datang buka puasa dengan engkau tu hari?" itulah soalan yang menyebabkan seorang kawan menempelak aku sebegitu rupa. Peristiwa ini terjadi beberapa lama sebelum seorang Menteri Besar menjemput kaum lelaki untuk menunaikan poligami di negerinya.
Serentak itu jugalah kenyataan seorang lagi teman yang sudah berkahwin menerjah masuk ke otakku. Katanya, "Tak kesah la, kau jumpa perempuan macam mana cun sekalipun pasti kau akan rasa isteri atau girlfriend kau itulah yang terbaik untuk kau. Kalau kau tak ada perasaan macam tu, mesti ada something wrong with you."
Kecantikan itu terletak di mata sang pemandang. "Betul ke?" aku bertanya diri aku sendiri berkali-kali. Yang lebih tepat, hati aku sakan bertanya, "betul ke aku ni gatal?!"
Sebenarnya tiada apa yang perlu dirisaukan jika aku jatuh cinta pada seorang perempuan. Aku bukannya nak pergi menagih cinta dari setiap perempuan yang aku jumpa dan minat. Ehem.. ehem. Cuma yang pernah menakutkan aku ialah jika ada ramai perempuan jatuh cinta kat aku dalam satu masa dan akhirnya aku terpaksa membuat pilihan antara gadis-gadis tersebut.
Syukur alhamdulillah aku tidak dilahirkan tampan bergaya. Syukur, tunang aku tak perlu berperang dengan cemburu acapkali keluar dengan aku.
Jika aku dilahirkan kacak mungkin ramai gadis yang tergila-gilakan aku. Tapi mengikut satu kajian, jika dibandingkan dengan lelaki kacak, lelaki kurang kacaklah yang paling ramai mempermainkan kaum hawa. Gila! Tapi itulah kenyataannya. Aku rasa mereka yang kurang kacak ini kerapkali menutupi keburukan fizikal mereka dengan mempertajamkan kemahiran mempermainkan kata-kata yang mampu mencairkan jiwa perempuan. Whoaaaa!! Go figure it out! Words can really smog your physical, eh?
Shall we shag now or shall we shag later?
Tapi seperti yang aku cakap tadi, aku cukup bersyukur aku tidak dilahirkan kacak. Kalau nak kata aku ni hebat memainkan kata-kata pun tak tepat juga. I have several witnesses who could verify my statement. Seperti yang Tok Rimau pernah cadangkan pada mak aku bila diberitahu tentang daya komunikasi verbal aku yang terlalu rendah, "Mak Cik tulis surat la kat dia. Mesti dia balas." Beberapa hari yang lepas, Ika pun ada komen pasal ketidakupayaan aku untuk berkomunikasi secara bersemuka.
Hampeh!!!
Memang benar kepandaian memainkan kata-kata bukan terzahir di bibir saja. Tapi bukankah tolol namanya kalau orang yang kau nak ayat tu dah ada depan mata tapi kau masih sibuk nak mengarang surat juga? Sebab itulah aku cakap, aku tak pandai memainkan kata-kata. Nak bersuara pun susah apatah lagi nak memainkan kata-kata. You don't hear this from me but bukan sekali tunang aku mengeluh, "Awak la pulak bercerita. Asyik saya je!"
Dan aku tak percaya pada cinta pandang pertama. Maybe I should rephrase my statement. Sebenarnya aku percaya pada cinta pandang pertama tapi tidak pernah sekali-kali membayangkan akan ada perempuan yang jatuh cinta pada aku dengan sekali pandang sahaja. Hmmm... benda ni buat terfikir lagi sekali. Apa itu cinta pandang pertama? Jika cinta itu beransur dari mata turun ke hati maka cinta pandang pertama boleh dianggap sama dengan cinta fizikal / material / nafsu? Oleh itu cinta pandang pertama tidak jauh bezanya dengan cinta wanita muda yang berkahwin dengan datuk kaya yang sebelah kakinya sudah masuk di liang lahad. Mungkin?!
Berbalik pada cerita mengenai wajah aku yang hodoh tadi. Aku rasa hampir kesemua perempuan yang pernah sukakan aku, sudah semestinya kenal aku dulu. Dan untuk lebih mengenali aku, mereka perlu berbual dengan aku. Dan tidak semua perempuan berani mendekati aku apatah lagi untuk berbual kerana wajah aku yang bengis Aku sedar muka aku tak hensem sebenarnya. So buang karan je la diorang nak berborak ngan aku. Nanti aku ingat diorang nak ngorat aku plak kan?
Seorang kawan sekerja aku pun sedikit cuak sewaktu pertama kali bertemu. Dia cakap rupa aku ni "macam muka jembalang" Habis tu buat macam mana? Nak suruh aku gi buat plastic surgery pulak ke? Untuk menambahkan lagi kebengisan wajah aku, orang sukar melihat aku tersenyum. Tepat seperti sebaris ayat dalam sajak tulisan Wislawa Szymborska, "I don't have the muscles to laugh."
Malah manager aku sendiri pun terkejut bila salah seorang customer describe aku sebagai orang "yang selalu senyum". Aku pun tak tau la. Customer tu agaknya menyindir manager aku sebab mempunyai seorang employee macam aku. Hmmmmm... that's one possibility kan? Kau pun tahu apa yang kita ucapkan itu tak semestinya sama dengan apa yang terlintas di fikiran kan?
Dan seperti yang kau sendiri sedar dan akui, kita tak selalunya dapat memenuhi kemahuan setiap orang untuk setiap masa. Mungkin kau pun dah selalu sangat dengar kisah seorang tua dan anak lelakinya yang berjalan melalui sebuah kampung bersama seekor keldai.
Kisah tersebut hampir serupa dengan dilema yang aku kena hadapi, jika aku selalu tersenyum orang label aku kerang busuk atau ingat aku tiga suku. Tapi bila aku tak senyum dan tak banyak cakap, orang senang melabel aku sombong dan bodoh. Bila aku bertanya pasal seorang pompuan, orang mula ingat aku gatal. Ah... aku hidup dalam dunia yang sukar. Kucar kacir hidup aku jadinya bila terpaksa membuat pilihan.
But heii.. i haven't tell you yet that sahabat yang menempelak aku itu juga cakap, "selagi tak kahwin tak apa." I repeat dia cakap, "selagi tak kahwin tak apa."!!
Setelah bercerita beberapa lama, terfikir pulak aku, "kenapa aku beritau semua ni kat kau hah?" Mungkin ini satu lagi teknik penceritaan. Masuk lubang lain keluar lubang lain. Errrr..... jangan bayangkan lubang yang itu, nanti kau tak lalu nak makan.
Is there anything wrong with me? Whateverlah. Nevermind. Aku akhiri tulisan aku ni dengan serangkap lirik nyanyian Ramli Sarip.
"diriku ini hanyalah sehelai kain usang
caci dan hina sentiasa di bahuku
aku rela...."

<< Home