Wednesday, January 22, 2003

Bila menulis karya peribadi tidak perlu bagus. Tidak perlu diungkap dalam bahasa yang indah. Kalau mahu maki kalau mahu carut teruskan sahaja, walaupun mungkin hasilnya lebih busuk dan memualkan dari karya Shahnon Ahmad.
Yang penting cuma ianya perlu ditulis sejujur mungkin.
Hasilnya Luka lama berdarah kembali.
Cuma mungkin ketelanjangan dan kelancangan sedikit menakutkan. Yang pasti ia memang menakutkan aku. Orang jujur di akhir zaman ini sudah hampir pupus. Kita selalunya takut mendedahkan keburukan sendiri dan sibuk menunding jari pada orang sekeliling. Kita semua mahu hidup mudah.
Pembohongan itu menjadikan hidup lebih mudah. Sifat pura-pura itu dapat membantu kita menangkap ikan besar.
Ah.... mungkin aku sudah jatuh cinta pada sang mentari yang tidak membalikkan bayang hitam. Pergi jahanam dengan bau pekung yang berlegar di kolong langit ini.