Wednesday, June 18, 2003

ucapan Pak Lah kedengaran seperti khutbah. mengutip ayat Qu'ran dan Hadith. mengakhiri ucapannya dengan al-Fatihah, minta Allah tunjukkan jalan yang lurus.

tapi agak mengecewakan bila di akhir ucapannya dengan menjerit juga, "Hidup Melayu".

bukan aku tak suka Melayu hidup, tapi aku rasa Melayu ini sebenarnya hidup kerana Islam bukan kerana UMNO. lagipun ada juga ahli UMNO yang bukan Melayu tapi cuma bertaraf Bumiputera. UMNO untuk orang Melayu dah tak begitu relevan.

tak ada apa yang perlu dikhuatiri jika menjerit "Hidup UMNO, Hidup Islam" dan bertakbir memuji kebesaran Allah dengan bersemangat untuk mengantikan tepukan tangan yang bergemuruh. Islam bukan tegak kerana PAS. jadi apa yang nak dirisaukan?

sudah tibanya UMNO tegak bukan kerana Melayu tapi kerana Islam.