Thursday, July 17, 2003

bladi bastat

teringat pada kata-kata tok sheikh khairul: "orang ni mudah sangat percaya kalau kita cakap bohong. tapi bila kita cakap betul, tak nak pulak dia orang percaya."

borak-borak bersama 2 orang teman GJ di tempat yang berasingan dan di waktu yang berlainan mendedahkan kekuatan terletak pada penulisan jurnal. seorang teman ini menceritakan bagaimana dia selalu mendapat hadiah dan kad-kad dari peminat misterinya. yang seorang lagi pula berkata ada pembaca jurnalnya yang mahu berkenalan dengan lebih rapat dengannya. tapi disebabkan dia sudah mempunyai "seorang sektretari" yang mampu menjawab segala soalan peribadi tentang dirinya, nampaknya kempunan pembaca-pembaca itu mahu lebih rapat dengan dirinya.

aku lihat fenomena ini tidak jauh bezanya dengan artis yang muncul setiap hari di kaca TV. mula-mula kau tak kenal pun siapa artis tu, tapi bila sudah kerap sangat melihat wajahnya, kau mula meng'idola'kannya. kau mau lebih tahu tentang dirinya. kau mengikuti setiap penampilannya untuk lebih mengetahui dirinya. kau baca setiap tulisan tentang dirinya. kau mahu menyelami hati dan perasaannya. kau mahu menyelongkar buah fikirannya.

tapi sayangnya sedalam mana kau kaji tentang dirinya, kau hanya kenal dengan personaliti yang hanya mahu ditonjolkannya. kau hanya jatuh cinta pada bayang-bayang si artis.

tidak banyak bezanya dengan pembaca-pembaca jurnal, ada juga yang hardcore yang sanggup mencetak setiap entry penulis tertentu dan membaca setiap huruf yang tertulis di samping cuba memahami apa yang tersirat. tapi adakah kau pasti apa yang tertulis itu sebenarnya percikan kejujuran penulis atau cuma bayang-bayang yang penuh kepalsuan penulis? mungkinkah si penulis hanya menguji kekuatan bakatnya dalam memulas pandangan dan fikiran pembacanya untuk melihat dan mempercayai apa yang mereka perlu nampak dan percaya?

ok. tunang aku menangis dan hilang selera makan bila terbaca kisah "aku". dia sudah lama tidak menjengah jurnal aku dan memang betul-betul tersentak bila terbaca kisah "aku" semalam. malah dia sudah berkira-kira mau menghalau aku keluar bila aku bertandang ke rumahnya Sabtu ini.

that's not the worst part. :|

itu cuma salah satu dari rangkaian eksperimen yang aku sudah sediakan untuk pembaca-pembaca. kau laparkan sensasi? aku boleh bagi sensasi!! i can give you a whole lot more!!! cakap je berapa kontena sensasi kau nak. :p mungkin di lain kesempatan aku akan menulis bagaimana aku dapat makan malam dengan Siti Nurhaliza Sarimah Ibrahim dalam nada "berlagak rendah diri".

be careful of what you're wishing for!!!