masih ingat lagi aku pernah bercerita tentang perbezaan berkaki ayam, berkasut dan berselipar?
beberapa hari yang lepas, berlaku juga peristiwa yang seakan sama di dalam bas. tidak berlaku pada aku tapi pada seorang lelakiterencat akal istimewa. seorang lelaki yang duduk di belakangnya tergelak-gelak bila lelaki istimewa itu terkial-kial mengira duit untuk membayar tambang. tak cukup dengan itu dia mengutuk pula dengan nada suara yang rasanya boleh menghiris insan di depannya itu.
aku rasa insan istimewa itu cuma akalnya saja yang kurang sempurna tapi pendengarannya masih tajam. hatinya juga bukan seketul batu.
aku menjadi marah pada lelaki yang mengetawakannya. tapi memandangkan dia sudah berumur jadi sepatutnya dia lebih memahami dan menghormati perasaan orang lain. mungkin dia terlupa kasut atau selipar di kakinya akan tidak ada nilainya bila dia tiba-tiba kehilangan sepasang kaki.
sepanjang perjalanan itu aku terus berfikir dan mencari jawapan kenapa Tuhan mencipta golongan cacat ini. adakah kerana mahu menghukum dosa ibu bapa mereka? kalau begitu, tidaklah jauh bezanya dengan pegangan kaum Kristian yang berpendapat yang kononnya Nabi Isa a.s mati di palang salib sebagai menebus dosa Adam a.s.
adilkah Tuhan jika mahu menghukum si A kerana dosa si B? adilkah Tuhan jika si A dihukum pula tanpa boleh dia membantah? jika tindakan Tuhan ini boleh dianggap benar, jadi adalah tidak salah untuk menangkap sesiapa saja secara rambang dan menghukumnya atas kesalahan yang dilakukan oleh orang lain.
panjang aku berfikir, akhirnya aku rasa aku berjumpa juga dengan jawapannya. tapi aku nak beri peluang pada golongan yangnormal tidak istimewa di luar sana, "Kenapa Tuhan mencipta golongan cacat? Adakah hanya untuk menjadi bahan ketawa?"
berikanlah jawapan kerana aku ingin tahu.
beberapa hari yang lepas, berlaku juga peristiwa yang seakan sama di dalam bas. tidak berlaku pada aku tapi pada seorang lelaki
aku rasa insan istimewa itu cuma akalnya saja yang kurang sempurna tapi pendengarannya masih tajam. hatinya juga bukan seketul batu.
aku menjadi marah pada lelaki yang mengetawakannya. tapi memandangkan dia sudah berumur jadi sepatutnya dia lebih memahami dan menghormati perasaan orang lain. mungkin dia terlupa kasut atau selipar di kakinya akan tidak ada nilainya bila dia tiba-tiba kehilangan sepasang kaki.
sepanjang perjalanan itu aku terus berfikir dan mencari jawapan kenapa Tuhan mencipta golongan cacat ini. adakah kerana mahu menghukum dosa ibu bapa mereka? kalau begitu, tidaklah jauh bezanya dengan pegangan kaum Kristian yang berpendapat yang kononnya Nabi Isa a.s mati di palang salib sebagai menebus dosa Adam a.s.
adilkah Tuhan jika mahu menghukum si A kerana dosa si B? adilkah Tuhan jika si A dihukum pula tanpa boleh dia membantah? jika tindakan Tuhan ini boleh dianggap benar, jadi adalah tidak salah untuk menangkap sesiapa saja secara rambang dan menghukumnya atas kesalahan yang dilakukan oleh orang lain.
panjang aku berfikir, akhirnya aku rasa aku berjumpa juga dengan jawapannya. tapi aku nak beri peluang pada golongan yang

<< Home