kedua akhbar utama melayu mengupas ucapan dasar Presiden UMNO dan memfokus pada katanya, "Saya hanya ingin menyumbang kepada parti yang telah memberi peluang yang banyak bagi saya merealisasikan segala idea yang ada pada saya untuk memulihkan maruah bangsa saya, memajukan sedikit bangsa saya dan negara saya.
"Sama ada saya berjaya atau tidak bukan untuk saya menilaikannya. Rakyat dan sejarah yang akan menghukum dan menilai baik atau buruk khidmat yang telah saya berikan."
tapi hari ni aku tak terasa nak mengulas panjang tentang sebaknya seorang politikus atau sedu-sedannya para pemuja, pemuji atau pengampu. dalam menyelak berita-berita yang lebih sensasi aku terjumpa satu berita yang tidak kurang menariknya.
berikut adalah petikan berita tersebut:-
KUALA LUMPUR: Pesara polis, Hamzah Ahmad, 54, bercadang menyaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan Malaysia yang didakwanya cuai sehingga menyebabkan kematian anaknya, Azli, 22, pada 12 Jun lalu.
Hamzah mendakwa dalam kejadian itu, anaknya bersama tujuh rakan ketika sedang bermain terup di jeti Kampung Baru Pasir Penambang, Kuala Selangor, diserbu tiga anggota polis sehingga menyebabkan anaknya dan rakan-rakan yang ketakutan terjun sungai.
Hamzah kesal kerana anggota polis terbabit tidak mengambil sebarang tindakan untuk menyelamatkan anaknya walaupun mereka melihat Azli terkapai-kapai kerana tidak pandai berenang.
"Anggota polis terbabit hanya memerhati dan selepas setengah jam barulah seorang daripada mereka meminta pertolongan daripada penduduk berhampiran.
"Malah selepas kejadian itu, tiada tindakan atau siasatan dijalankan oleh polis berhubung kematian Azli sehingga saya membuat laporan di Balai Polis Kuala Selangor pada 16 Jun lalu,� katanya di sini, kelmarin.
sifat nilai-menilai memang sudah jadi kepakaran orang-orang Malaysia. dan bila diberi kuasa sikit, skop tugas yang sempit pun mahu diperluaskan. tidak hairanlah jika sebenarnya law enforcer kita pun sudah lebih keterdepan dari polis-polis negara barat. apa kelas setakat jadi polis?!!! baik jadi Judge Dredd!!! banyak kes boleh selesai luar mahkamah.

<< Home