ramai yang singgah dan membaca tapi tak ramai yang berani menjawab soalan maut aku beberapa hari yang lepas. mungkin juga ada yang menganggap aku sudah keterlaluan kerana aku seolah-olah mempersoalkan kebesaran Tuhan. mungkin ada yang tidak peduli sama sekali jika aku sebenarnya nampak pada hikmah kejadian sesuatu itu atau tidak. mungkin sudah tidak ramai yang mahu membudayakan isi surah al-Asr.
jawapan yang aku terima dari beberapa rakan ini pun walaupun sedikit membuka sedikit ruang untuk perbahasan kecil. tapi janganlah dianggap ini sebagai satu lagi kemungkaran yang aku lakukan. sebenarnya aku pun tidak bermaksud untuk mempersoalkan tentang qada' dan qadar.
pesanantok sheikh encik khairul yang terpampang di lamannya walaupun sebenarnya tidak menjawab pertanyaan aku tapi sebenarnya amat relevan dalam menghuraikan kekusutan yang bermain di otak aku. tulisnya, "apa-apa pun yang tuhan lakukan kepada kita, kita mesti percaya kepada satu perkara - tuhan tidak akan menzalimi kita."
jawapan yang paling menarik. dan sebenarnya aku pun percaya Tuhan tidak sesekali akan menzalimi makhluk-Nya. buat aku teringat pula pada doa Nabi Yunus a.s. di dalam perut ikan nun.
tok "sheikh" rimau berbicara soal syukur. fajar bercakap tentang syurga dan neraka. aku tak normal bercakap tentang ujian. emma mengingatkan tentang hikmah kejadian. amyz bercakap soal keistimewaan hati.
sebenarnya aku agak sinikal pada jawapan-jawapan tersebut. mata yang memandang tidak mungkin sama dengan bahu yang memikul. kalau kau tanya pada mata berapa berat barang yang dipikul pasti dia tidak dapat menjawab dengan tepat.
bila tok "sheikh" sik yang bercerita tentang temannya yang buta mata tapi amat celik hatinya ia banyak menyedarkan aku tentang konsep keimanan dan ketaqwaan. hidup ni bukan untuk mengejar syurga atau neraka. tapi sebenarnya untuk mencari keredhaan Allah. seorang wali Allah pernah berfalsafah adalah lebih afdal baginya jika dicampakkan ke dalam neraka kalau Allah kasihkan dia berbanding dengan tempatnya di syurga jika Allah tidak redha atasnya.
dalam meredhai segala nasib yang menimpa atas kita samada buruk atau jahat adakah kita sebenarnya mengamalkan konsep syukur yang sebenar? seorang ulama pernah tidak mengucapkan alhamdulilLah untuk beberapa lama setelah dia merasa berdosa kerana mengucapkan alhamdulilLah ketika rumahnya tidak dimamah api sedangkan rumah jirannya rentung terbakar. kerana fikirnya, mana mungkin aku merasa syukur sedangkan orang lain sengsara?
aku tak normal memberi jawapan yang tidak kurang hebatnya. sepertinya, aku percaya hidup ini adalah kelas yang panjang. kehidupan bukan hanya mengajar kita tapi juga menguji kita. warga cacat mempunyai banyak keistimewaannya tapi yang paling paling istimewa ialah kerana mereka itu diuji. ada orang berkata, "kalau kita diuji itu tandanya Allah menyayangi kita." Nabi Muhammad s.a.w. kekasih Allah pun tidak terlepas dari ujian.
hebat sangatkah ujian Allah atas kita hingga mahu mengingkari segala perintahnya dan membelakangkan iman? Nabi Ayub a.s. masih seorang nabi dan rasul walaupun dia diuji sebegitu hebat.
sesuatu kejadian itu berhikmah. cuma tak banyak akal manusia yang mampu memahaminya.
jawapan yang aku terima dari beberapa rakan ini pun walaupun sedikit membuka sedikit ruang untuk perbahasan kecil. tapi janganlah dianggap ini sebagai satu lagi kemungkaran yang aku lakukan. sebenarnya aku pun tidak bermaksud untuk mempersoalkan tentang qada' dan qadar.
pesanan

<< Home