Friday, August 22, 2003

What are you so afraid of?

I just happened to watch Fear Factor on NTV7 last night. It's an excellent reality-show. I believed most of you have watched the show too, so I won't bore you with the details of the show.

But then, here's my question: "what are the things that really scare men and women?" Here's the list that I found in one book couple of years ago.

Men
1. Castration
2. Blindness
3. Lack of physical functions
4. Being alone; friendless
5. Disfigurement
6. Mental deterioration
7. Loss of all income
8. Failure among one's peers
9. Venereal disease
10. Total domination by others

Women
1. Disfigurement
2. Blindness
3. Rape
4. Being alone, friendless
5. Lack of physical functions
6. Mental deterioration
7. Spiders
8. Failure among one's peers
9. Loss of all income
10. Unsought pregnancy

It's not a big surprise to me that almost all women are afraid of disfigurement. Neither it is surprising to find that almost all men are afraid of castration. Not surprising nevertheless interesting.

I won't comment much on what most women fear. It's pretty obvious. Buktinya, ketika kedua-dua peserta wanita Fear Factor dimasukkan ke dalam lubang yang berisi 400 ekor tikus, kedua-dua tidak suka jika tikus menggigit wajah dan tubuh mereka. Dan dalam banyak kes balas dendam yang melibatkan wanita sebagai mangsa, kebanyakan wajah atau tubuh mereka akan dicacatkan.

Now, let me continue with a juicier stuff. And yes my dear, the primal fear factor for men is extremely interesting. But I have to warn you, my writing is going to be quite vulgar to some readers. Don't continue reading, if you're easily offended by obscene materials. Don't say I didn't warn you, aight?

Aku melihat 'castration' atau pengasian sebagai satu simbol sahaja tapi apa yang sebenarnya tersirat ialah kehilangan 'kejantanan'. Kematian pun sebenarnya kurang menggusarkan kaum lelaki. Tetapi kehilangan 'kejantanan' atau lebih tepatnya 'anu' boleh menyebabkan hidup mereka tidak sempurna.

Dan kehilangan 'anu'nya tidak sahaja berlaku secara fizikal. Malah ketidakupayaan 'anu'nya untuk berfungsi secara gagah perkasa bak tiang seri tegak berdiri juga merupakan satu bencana besar pada kaum lelaki.

Jika perempuan marah dan memanggil seorang lelaki sebagai 'jantan' itu sebenarnya merupakan satu perhargaan yang tidak ternilai harganya. Perkataan 'jantan' cuma dianggap satu penghinaan jika ianya ditujukan pada lelaki-lelaki songsang sensasi yang mencari makan di lorong Kowloon.

Kalau dilihat dalam kepompong budaya kita, jika seorang budak lelaki mencabar seorang budak lelaki lain untuk bertumbuk, besar kemungkinan dia akan berkata, "kalau kau betul anak jantan jom la pergi padang!"

Aku percaya jika lelaki dikumpulkan untuk dijadikan piramid, puncak piramid itulah yang paling jantan.

Memang mengkhuatirkan jika terdapat lelaki yang hidup terlalu bermegah dengan kejantanannya. Dan lebih membimbangkan lagi bila dia mahu menunjukkan kejantanannya secara paksa ke atas kaum wanita.

Maka berlakulah kes-kes kelakar seram yang antaranya melibatkan seorang lelaki yang mengalami kecacatan fizikal yang teruk seperti kehilangan sebelah kaki yang telah didakwa merogol. Memang menjijikan tapi itulah realitinya. Seolah-olah macam "patah sayap bertongkatkan paruh". Tapi lelaki tidak ada sayap atau paruh jadi 'anu'nya itulah yang menjadi galang gantinya untuk membuktikan kejantanannya.

Masih ingat lagi pada Bobbit, lelaki yang kehilangan 'anu'nya akibat dipotong isterinya ketika sedang tidur? Lepas 'anu'nya disambung dia tidak segan silu untuk membintangi satu filem lucah. Errrr.. No! I didn't watch it but I read about it in a newspaper. Stop being curious. :-)

Aku berpendapat hukuman gantung yang dicadangkan untuk dikenakan ke atas perogol sebenarnya agak ringan. Jika betul mahu memberi pengajaran yang tidak ternilai pada perogol ialah dengan memotong kejantanannya dan menjadikannya santapan anjing. Yes, it is cruel but inarguably effective.

Berkaitan dengan isu kejantanan itu juga, jika di Malaysia, amaran yang tertulis di kotak rokok berbunyi: "Merokok membahayakan kesihatan" tapi di sesetengah negara, amarannya berbunyi "Merokok boleh menyebabkan kemandulan". Jantung dan paru-paru yang rosak boleh diganti tapi kehilangan kejantanannya 'anu' ranaplah kehidupan.

Adakah kau masih berfikir lelaki tidak hidup bertongkatkan nafsu?

Tapi kenapa 'venereal disease' atau penyakit kelamin berjangkit jatuh nombor 9? Jawapan untuk soalan yang aku ajukan sendiri ialah: berpenyakit atau tidak tidak pernah menjadi masalah utama. Selagi 'anu'nya boleh berfungsi ia tidak akan menggusarkan lelaki. Lebih mudah untuk memikirkan cara untuk mengurangkan risiko jangkitan daripada cara untuk menegangkan benda yang sentiasa kendur.

Tidak keterlaluan jika dikatakan Viagra lahir dan tersohor kerana faktor ketakutan kaum lelaki ini. Tidak hairan juga kalau kau terlihat ubat dan alat untuk memanjangkan kejantanan membanjiri segala media bawah tanah termasuk internet. Haven't you heard, "Size does matter"!

Bernafsu sebenarnya tidak salah. Tapi ia akan menjadi masalah besar jika ada yang tidak tahu mengawal nafsu dan mahu menunjukkan kejantanannya tanpa mengira tempat dan pasangan.

Di zaman aku muda-muda dulu, perlakuan seks hanya boleh dilihat di tempat terbuka kalau ianya dilakukan oleh ayam, kucing atau anjing. Kini kita dikejutkan dengan perlakuan seks oleh sepasang manusia di tepi tangga sampai tudung pun tak sempat nak tanggal.

Mengutip kata Mat Jan, "Jantan memang jahat, tapi pompuan bodoh!"

Dan mak Mahathir mak aku selalu berpesan, "Orang bodoh menjadi santapan orang yang pandai". Sebenarnya lebih tepat jika dikatakan pompuan bodoh selalu menjadi korban lelaki jahat.

Takut tak?!