Apa akan jadi?
Apa akan jadi pada orang-orang Arab jika Nabi Muhammad s.a.w. bukan berbangsa Arab? Apa akan jadi pada bahasa Arab agaknya, jika al-Qur'an tidak diturunkan dalam bahasa Arab?
Salahuddin al-Ayubi pahlawan Islam yang berjaya merampas kembali Baitul Maqdis dari tentera Kristian sebenarnya berbangsa Kurdi. Kabilahnya dikenali dengan nama Rawwadiah dari suku Hazyaniah.
Memang terdapat sesetengah ahli sejarah zaman silam yang cuba menasabkan keluarga Salahuddin kepada satu rangkaian keluarga yang berakhir kepada Mudar, yang berasal dari keturunan Arab Adnan. Tetapi ini tidak lebih kepada penipuan sejarah yang cuba memadamkan sumbangan bangsa selain Arab kepada Islam. Apa bezanya penipu-penipu ini dengan kaum Israel yang percaya mereka adalah golongan yang terpilih dan menganggap orang lain sebagai sampah?
Di mana letaknya bahasa Arab jika Sibawayh, kemudian al-Farisi dan az-Zajjaj tidak memberi sumbangan sebagai peletak nahwu (tatabahasa Arab)? Kesemua tokoh itu bukan berketurunan Arab tetapi Persia.
Malah di bidang lain pun, sebahagian besar ahli yang mempelajari hadith nabi juga terdiri orang-orang Persia, atau yang telah menjadi orang Persia melalui asuhan dan pendidikan bahasa, khususnya di Iraq dan sekitarnya. Para sarjana usul-fiqh juga terdiri daripada orang bukan Arab, seperti juga di bidang ilmu kalam, dan ahli tafsir al-Qur'an.
Apa akan jadi, jika kita tidak dilahirkan sebagai Melayu? Apa akan jadi jika kita tidak dilahirkan di Tanah Melayu? Apa akan jadi jika kita bukan tuan di tanah sendiri?
Apa akan jadi jika kita tidak dilahirkan dalam keluarga yang beriman? Atau mendapat peluang untuk mempelajari Islam dengan aman? Berapa ramai yang sanggup membuang saudara demi untuk kembali ke dakapan agama fitrah?
Apa akan jadi jika kita bukan dilahirkan sebagai manusia? Mungkin kita hari ini akan hanya menyalak di lorong kelam yang hanyir sambil sesekali menyelongkar timbunan sampah? Atau mungkin bertepuk tangan bila diberi pisang? Atau mungkin hanya bergoyang bila angin menderu?
Apa hal nak kerek-kerek? Islam tidak percaya pada reincarnation. Tiada peluang lain jika kau menolak hidup yang ini. Bersyukurlah dengan apa yang kau adatapi DAN* jangan sampai menghina yang lain.
*diubah atas nasihat tok "sheikh" sik. terima kasih kerana menegur. :D

Apa hal nak kerek-kerek? Islam tidak percaya pada reincarnation. Tiada peluang lain jika kau menolak hidup yang ini. Bersyukurlah dengan apa yang kau ada

<< Home