Tuesday, July 29, 2003

aku dalam tahanan

nampaknya jurnal aku sudah tidak boleh dijadikan medan untuk aku meluahkan apa yang bermain dalam kepala otak aku lagi. aku terpaksa menutup mulut demi untuk menjaga hati orang di sekeliling. nampaknya memang ada yang sudah terlebih makan cili dan terkena ulser.

ada yang berasa kecil hati bila aku menegur dan mula menulis dalam kiasan. ada pula yang menyindir ajak aku berentap. alo kawan... Gombak ni bukannya jauh sangat. kalau aku tak boleh nak jumpa kau, kau sendirilah turun sini jumpa aku. kalau tak tau rumah aku, boleh tanya spyz atau toksik. aku rasa kau pun tau kat mana aku kerja. kita boleh jumpa bila-bila masa dan selesaikan apa-apa yang kau rasa tak puas hati. mungkin boleh ajak sekali kawan-kawan kau dan aku duduk semeja. lepas tu, kalau kau dan kawan-kawan kau mahu tendang aku hingga terperosok bawah meja, aku tak peduli.

susahnya, orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getah. orang lain yang mendayung, orang lain yang kena mandi. kadang-kadang aku hairan kenapa aku tegur orang lain, orang lain pula yang melenting? orang lain yang aku geletek, orang lain yang ketawa.

deja vu beronggeng di depan mata.

buanglah aku dari kelompok kawan-kawan kau. padamkan nama aku dari hati kau. anggaplah aku sudah mampus!! aku hari ini bukan aku yang dulu. aku sudah bosan menjadi anjing Pavlov. air liur ini takkan meleleh setiap kali loceng dibunyikan.

hati-hati, aku mungkin akan menggigit lagi ketika kau menghulur makanan.