aku nak berkongsi apa yang tOKSIK tulis di guestbook:-
Tok Pulau Manis kata bersyukur tu terbagi kepada 3.
1. Dengan hati
2. Dengan lisan
3. Dengan segala anggota
Aku pastekan teks asal Hikam yang beliau syarahkan;
Maka syukur pada hati itu iaitu diketahui bahawasanya segala nikmat itu daripada Allah Taala dan; Syukur pada lisan itu iaitu membanyak puji atas Allah Taala dengan lisannya dan masuk dalamnya itu menyebut-nyebut pada segala nikmat dan menzahirkan dia. Dan daripada syukur lisan pula, syukur kepada segala wasitah dengan memuji atas mereka itu dan mendoakan bagi mereka itu.
Dan dalam hadis Nukman bin Basyir ra, bahawasanya Rasulullah saw bersabda;
"Barangsiapa tiada syukur akan yang sedikit, nescaya tiada syukur akan yang banyak, dan barangsiapa tiada syukur akan manusia, nescaya tiada syukur akan Allah Taala".
Dan cerita daripada Asaman bin Zaid ra sabda Rasulullah saw;
"Syukur manusia itu bagi Allah [ialah] syukur mereka itu bagi manusia".
Dan syukur segala anggota itu bahawa mengerjakan dengan dia amal yang soleh; dijadikan amal itu akan syukur.
Dan bertanya seorang lelaki kepada Aba Hazim ra;
Katanya baginya (Aba Hazim); Mana syukur dua mata?
Maka kata katanya (Aba Hazim); "Apabila kamu melihat dengan kedua mata akan kebajikan, maka engkau nyatakan dia; dan apabila engkau melihat dengan kedua mata itu akan kejahatan, maka engkau tutup akan dia".
Dan kata katanya (seorang lelaki); Mana syukur dua telinga?
Katanya (Aba Hazim); "Apabila kamu mendengar dengan kedua telinga itu akan kebajikan, maka engkau dengarkan akan dia, dan apabila engkau mendengar akan kedua telinga akan kejahatan, maka engkau tanamkan dia".
Dan kata katanya (seorang lelaki); Mana syukur pada kedua tangan?
Katanya (Aba Hazim); "Jangan engkau ambil akan kedua tangan itu akan barang yang tiada bagimu dan jangan engkau tegahkan haq iaitu bagi Allah Taala dalam keduanya".
Dan kata katanya (seorang lelaki); Mana syukur pada perut?
Maka katanya (Aba Hazim); "Adalah di bawahnya sabar dan di atasnya Ilmu".
Dan kata katanya (seorang lelaki); Mana syukur pada faraj?
Maka katanya (Aba Hazim); "Seperti firman Allah Taala; Bermula mereka itu (mukmin) itulah bagi faraj mereka itu dipeliharakan mereka itu melainkan atas segala isteri mereka itu atau yang dimilik (hamba) mereka itu. Maka bahawasanya tiada kecelaan.
Dan kata katanya (seorang lelaki); Mana syukur pada dua kaki?
Maka kata (Aba Hazim); "Maka jikalau engkau lihat akan seuatu yang memberi kebajikan, maka engkau kerjakan akan dia atasnya; dan jikalau engkau lihat akan suatu yang memberi kejahatan, maka engkau tegahkan keduanya daripada mengerjakan dia. Dan hendaklah engkau syukur bagi Allah Taala.
Maka adapun orang yang syukur dengan lisannya dan tiada syukur pada segala anggotanya, maka umpamanya seorang lelaki baginya pakaian diambil pada dua tepinya dan tiada dipakainya pada sekeliannya. Maka tiadalah memberi manfaat akan dia demikian itu daripada panas dan sejuk dan embun dan hujan.
jiGO
Bersyukurlah dengan apa yang kau ada tapi jangan sampai menghina yang lain patut ditukarkan kepada Bersyukurlah dengan apa yang kau ada dan jangan menghina yang lain. Pada pendapat aku kalau bersyukur kita tidak menghina sesiapa. Orang lain (yang normal) pun suka kalau kita bersyukur.
Wallahu a'lam

<< Home