Berenang bersama jerung-jerung
"Untuk mempunyai musuh yang handal, pilih temanmu. Dia lebih tahu di mana mahu menghentammu."
Sudah menjadi kebiasan untuk meminta bantuan teman bila berhadapan dengan kesusahan. Cabaran di dunia ini sememangnya keras, dan selalunya teman-teman bisa membantu mengurangkan ketegangan. Lagipun, kau kenal mereka. Kenapa bergantung pada orang asing sedangkan kau mempunyai ramai teman?
Masalahnya, kau tidak selalunya mengenali teman-teman kau sendiri, semesra yang kau sangkakan. Teman-teman selalunya bersetuju dengan kau kerana tidak mahu menimbulkan perselisihan. Mereka selalu menyembunyikan sikap buruk mereka untuk tidak menyinggung perasaan kau. Mereka seringkali ketawa lebih kuat bila mendengar jenaka kau.
Dalam hubungan di mana kejujuran jarang menjadi tali pengikat yang menguatkan persahabatan, kau tidak akan tau apa yang teman kau sebenarnya rasakan. Teman-teman selalu mengatakan mereka suka membaca jurnal kau, suka puisi yang kau tulis, mencemburui kerjaya kau - mungkin mereka benar ikhlas, dan lebih dari selalu, mungkin tidak.
Bila kau mengambil keputusan untuk meminta bantuan teman-teman, kau akan mula sedar secara perlahan-lahan sikap yang mereka sembunyikan selama ini. Dan lebih aneh lagi, kebaikan kau kerana terlalu mempercayai mereka sebenarnya, telah menyah-imbangkan segalanya.
Manusia mahu merasai bahawa mereka berhak atas segala budi baik yang diberikan pada mereka. Menerima kebaikan orang lain selalu akan ada tekanan. Sebagai contoh, seorang teman akan terfikir kau berbuat baik padanya kerana dia seorang teman, bukan kerana dia berhak untuk menerima kebaikan kau. Dalam erti kata lain, kebaikan kau hanya akan menambah luka.
Sedikit kejujuran, sekilas kekecewaan dan secebis cemburu mula terbit di sana sini. Dan sebelum kau sedari, persahabatan kian sirna. Semakin banyak hadiah dan budi yang kau hamburkan, lebih sedikit rasa kesyukuran yang akan kau terima darinya.
Ketidaksyukuran mempunyai sejarah yang lama dan dalam. Ia telah menyerlahkan kuasanya sejak sekian lama, dan adalah pelik bila manusia memandang rendah akan kekuasaannya itu. Lebih baik berhati-hati. Kalau kau tidak mengharapkan seorang teman akan mengucapkan terima kasih, kau akan terperanjat bila dia berbuat demikian.
Strategi ini penting apatah lagi dalam politik suasana kerja. Kau akan nampak masalah utama dengan berkerja dengan teman ialah ia akan membatasi kau untuk menerokai keupayaan kau yang sebenar. Teman jarang sekali dapat membantu meningkatkan kemahiran kau. Dan dalam situasi kerja akhirnya, kau mula sedar keupayaan dan kebolehan kau jauh lebih penting dari nilai persahabatan.
Suasana kerja selalunya menjarakkan hubungan sesama manusia. Kau mahu bekerja, bukan mahu berkawan. Persahabatan di tempat kerja (samada ikhlas atau tidak) hanya mengaburkan fakta ini.
Kunci untuk kuasa ialah untuk mengimbangkan dengan tepat siapakah yang mampu membantu kau pergi lebih jauh lagi. Simpan sahabat untuk persahabatan, tapi bekerja dengan mereka yang lebih berdaya saing dan berkeupayaan. Perselisihan sebelum ini antara dua musuh selalunya akan memberi ruang untuk perjernihan emosi. Musuh selalunya tidak mengharapkan kau berbuat baik pada mereka dan akan bekerja lebih bersungguh-sungguh untuk membuktikan bahawa pilihan kau memang tepat. Bekerja dengan musuh untuk mengejar kepentingan masing-masing selalunya lebih mudah kerana tidak perlu takut ianya akan dikeruhi oleh perasaan peribadi. Tidak akan lagi permasalahan remeh temeh seperti rasa kecil hati atau sebaginya.
Seperti Lincoln pernah ucapkan, kau memusnahkan musuh dengan menjadikannya sahabat. Kissinger juga menjadikannya polisi untuk bekerja dengan mereka yang tidak bersetuju dengannya.
Tanpa musuh di sekeliling kita, kita akan menjadi malas. Musuh yang mengekori kita akan menajamkan kemahiran kita, menjadikan kita lebih fokus dan berjaga-jaga. Walaupun begitu, ada baiknya menggunakan musuh sebagai musuh dan tidak menjadikannya sebagai teman atau sekutu.

<< Home