post-gath gathering
* jurnal ni aku updet sebelum akuponteng kerja dan gi shopping buang air besar.
poad mengingatkan yang lain supaya tidak memberi harapan yang tinggi pada gathering yang sudah pun berlangsung pada sabtu yang lepas. tapi sayangnya, dia tidak lebih dari melabel majlis yang dihadiri lebih dari 90 orang sebagai 'meraikan harijadi'. kerana tidak ada sebarang ulasan tentang bagaimana 'Gathering GJ 2004' itu boleh disamakan dengan 'majlis harijadi' jadi kau perlu bermain imaginasi untuk membayangkan majlis harijadi yang mana satu poad maksudkan.
mungkin ada kebenaran dalam kata-katanya tapi sayangnya, dia cuma pandai melabel tapi tidak membantu dengan memberi sebarang pendapat bagaimana gathering ini dapat diperbaiki di masa-masa hadapan. mungkin pendapat MBA boleh diterima pakai jika kita mahu menganjurkan gathering yang lebih gemilang. tapi seperti poad juga, tidak semua pendapatnya boleh ditelan bulat-bulat, apatah lagi jika dia mencadangkan supaya sebuah meja dijual untuk hampir RM1000?!!!
kenapa aku pergi gathering?
"diorang yang datang ni bukan nak makan sangat, cuma nak bersosial sajadan jumpa awek lama" kata sorang member semasa majlis post-gath gathering.
aku datang pun kerana nak bersosial dengan kawan-kawan lama. juga berkenal-kenal dengan kawan baru yang sudi nak kenal. hello kak ros! hello basrie!
tidak cukup dengan berkumpul semasa Gathering GJ 2004 yang kebanyakan dari kami duduk berasingan, aku dan beberapa rakan berkumpul lagi sekali untuk satu majlis kecil. seramai 8 orang berkumpul sambil mengisi perut yang lapar. kan tadi aku dah cakap, diorang yang gi gathering ni bukan nak makan sangat!!
beberapa rakan yang ingin turut serta tetapi akhirnya tidak dapat bersama kerana alasan yang tidak dapat dielakkan, cuma sempat berpesan dalam nada cemburu, "ingat-ingatlah isteri korang kat rumah!!"
kami berkumpul tapi tidak bertukang.tandas rumah pun sudah siap, kenapa nak beriya-iya membuka pekung sang arkitek ataupun si pembancuh simen?
tapi ada juga isu-isu yang terpesong dari tujuan sebenar berkumpul itu.
"muahahahaha!!!"
"dammit! dammit! ****! ****! ****!"
"muahahahah!!!"
"****! f*ck! ****! dammit!! sh*t!! ****!"
"muahahaha!!!"
**** bukan empat huruf terlarang tapi terpaksa dirahsiakan atas sebab keselamatan.
majlis yang sepatutnya ditutup dengan solat subuh secara berjemaah, terpaksa ditangguhkan lebih awal kerana ada yangtakutkan amukan isteri risaukan keselamatan isteri yang ditinggalkan di rumah.
semoga post-gath gathering akan terus gemilang tanpa gangguan lampu limpah dan politik dendam dan cantas.
* jurnal ni aku updet sebelum aku
poad mengingatkan yang lain supaya tidak memberi harapan yang tinggi pada gathering yang sudah pun berlangsung pada sabtu yang lepas. tapi sayangnya, dia tidak lebih dari melabel majlis yang dihadiri lebih dari 90 orang sebagai 'meraikan harijadi'. kerana tidak ada sebarang ulasan tentang bagaimana 'Gathering GJ 2004' itu boleh disamakan dengan 'majlis harijadi' jadi kau perlu bermain imaginasi untuk membayangkan majlis harijadi yang mana satu poad maksudkan.
mungkin ada kebenaran dalam kata-katanya tapi sayangnya, dia cuma pandai melabel tapi tidak membantu dengan memberi sebarang pendapat bagaimana gathering ini dapat diperbaiki di masa-masa hadapan. mungkin pendapat MBA boleh diterima pakai jika kita mahu menganjurkan gathering yang lebih gemilang. tapi seperti poad juga, tidak semua pendapatnya boleh ditelan bulat-bulat, apatah lagi jika dia mencadangkan supaya sebuah meja dijual untuk hampir RM1000?!!!
kenapa aku pergi gathering?
"diorang yang datang ni bukan nak makan sangat, cuma nak bersosial saja
aku datang pun kerana nak bersosial dengan kawan-kawan lama. juga berkenal-kenal dengan kawan baru yang sudi nak kenal. hello kak ros! hello basrie!
tidak cukup dengan berkumpul semasa Gathering GJ 2004 yang kebanyakan dari kami duduk berasingan, aku dan beberapa rakan berkumpul lagi sekali untuk satu majlis kecil. seramai 8 orang berkumpul sambil mengisi perut yang lapar. kan tadi aku dah cakap, diorang yang gi gathering ni bukan nak makan sangat!!
beberapa rakan yang ingin turut serta tetapi akhirnya tidak dapat bersama kerana alasan yang tidak dapat dielakkan, cuma sempat berpesan dalam nada cemburu, "ingat-ingatlah isteri korang kat rumah!!"
kami berkumpul tapi tidak bertukang.
tapi ada juga isu-isu yang terpesong dari tujuan sebenar berkumpul itu.
"muahahahaha!!!"
"dammit! dammit! ****! ****! ****!"
"muahahahah!!!"
"****! f*ck! ****! dammit!! sh*t!! ****!"
"muahahaha!!!"
**** bukan empat huruf terlarang tapi terpaksa dirahsiakan atas sebab keselamatan.
majlis yang sepatutnya ditutup dengan solat subuh secara berjemaah, terpaksa ditangguhkan lebih awal kerana ada yang

<< Home