bilik buruh
"betul ke awak berani masuk labour room nanti?"
walaupun filem-filem ganas tidak pernah menakutkan atau meloyakan aku, tapi kalau nak kata berani tu tidak juga. tapi mana lagi lautan api yang boleh aku renangi?
takut memang takut tapi nak tak nak kena buat-buat berani. lagipun, takkan aku nak biarkan dia sorang-sorang kat dalam menanggung kesakitan?
aku bukan nak tunjuk macho, tapi inilah detik yang paling bermakna dalam hidup aku. dan dengan berada di sampingnya ketika dia bergelut dengan sakit sajalah yang aku mampu aku berikan untuk membalas keikhlasannya mengandungkan anak aku selama ini.
hari dia disorong ke dalambilik buruh bilik bersalin, adalah hari yang akan mengubah aku menjadi seorang bapa. inilah titik penting dalam sejarah hidup aku. aku kena berani kerana aku mahu jadi sebahagian dari sejarah si anak.
inilah detik yang tidak sabar aku nantikan.
"ehem ehem... kau dah belajar azan dan qamatkan anak?"
hmm... itu juga satu sebab kenapa aku mahu berada di dalam. menyambut kedatangannya dan terus memperingatkannya dengan panggilan yang memuji kebesaran Tuhan yang satu itu.
aku tak berani, tapi aku tak boleh lebih-lebih nak tunjukkan ketakutan aku. aku tak alim, tapi biarlah si anak nanti tidak mengikut jejak langkah aku yang sering songsang.
Allahu akbar Allahu akbar!!
"betul ke awak berani masuk labour room nanti?"
walaupun filem-filem ganas tidak pernah menakutkan atau meloyakan aku, tapi kalau nak kata berani tu tidak juga. tapi mana lagi lautan api yang boleh aku renangi?
takut memang takut tapi nak tak nak kena buat-buat berani. lagipun, takkan aku nak biarkan dia sorang-sorang kat dalam menanggung kesakitan?
aku bukan nak tunjuk macho, tapi inilah detik yang paling bermakna dalam hidup aku. dan dengan berada di sampingnya ketika dia bergelut dengan sakit sajalah yang aku mampu aku berikan untuk membalas keikhlasannya mengandungkan anak aku selama ini.
hari dia disorong ke dalam

<< Home