Friday, April 12, 2002

the lecture on Bagaimana Bahasa Boleh Mempengaruhi Budaya Sesuatu Bangsa continues.

dalam jelita hampir kesemua kita dilabel sebagai perosak bahasa. bahasa rojak, bahasa pasar dan sebagainya.
tapi sebenarnya terma tu sudah agak ketinggalan zaman. ni zaman teknologi. bahasa ringkas yang kita guna ni pun banyak dipengaruhi oleh penggunaan IRC (Internet Relay Chat) dan SMS (Short Message Service). atau mungkin juga dari saki baki kesan sistem ejaan ringkas suratkhabar yang berusaha untuk menjimatkan kertas dan menyelamatkan hutan dunia. masih ingat lagi 'yg' untuk ejaan 'yang'? atau 'dsb' untuk 'dan sebagainya'?
tapi kenapa bahasa rojak? aku cukup setuju ngan cikgu midad. kadang-kadang sesuatu bahasa seolah-olah tidak cukup dalam maknanya.
kalau kau seorang penulis atau penterjemah kau akan faham kenapa kadang-kadang puisi yang cukup indah dalam sesuatu bahasa tu seakan hilang serinya bila dipindahkan ke satu bahasa yang lain.
bahasa bagi aku secara asasnya satu alat untuk berkomunikasi. lupakan tentang 'grammar'. lupakan tentang ejaan.
lu faham apa gua nak story?
dengan contoh ringkas di atas, aku dah gunakan bahasa untuk berkomunikasi. asal kau faham apa yang aku nak sampaikan bagi aku itu sudah memadai untuk menyempurnakan fungsi bahasa.
tetapi sudah sifat manusia itu sukakan keindahan. maka bahasa sebagai alat komunikasi pun diperindahkan dengan ayat berbunga-bunga dan dipagari dengan segala jenis peraturan.
hinggakan kadang-kadang fungsi bahasa sebagai alat komunikasi hilang di balik rimbunan bahasa bunga-bungaan yang yang berbelit-belit.
kalau dari malaysia kau boleh pergi ke singapura dengan melalui tambak johor sahaja, kenapa perlu nak bersusah payah naik kapalterbang dan singgah jakarta dulu sebelum bertongkang ke singapura?
yang lebih parah sebenarnya bukan penggunaan bahasa rojak tapi penggunaan bahasa yang sarat dengan 'bunga-bungaan' tapi isinya hambar.
inilah yang sepatutnya menjadi fokus jelita di dalam keluaran akan datang.
the end?