Wednesday, July 24, 2002

aku offline sehari dua ni sebab aku dah pindah opis dari tingkat atas ke tingkat bawah. so aku warm up dulu dengan melayan tetamu.

** ** ** **

erk.. sori la kaezrin aku tengah berehat dari jadi kaunselor nih. kalau ko nak gak aku consult member kau tu, dia kena bayar aku punya consultation fee. heh heh heh!!! nett, jangan lupa bayar consultation fee eh? ahaks!!

** ** ** **

Ct Musafir wrote: "As long as you can buy, people will always spend, and that's what money are for - we can now even bargain on knowledge - the value of knowledge lies on the money you have -but politic is more serious business - you will always spend without your own money"

hmm.... tu la sebabnya kita kena tahu gak pasal politik ni supaya tak kena lelong bodoh-bodoh jek.

** ** ** **

rudy wrote: "Aku rasa cam nak ajak ko, spy, tok rimo, mat jan untuk diskusi hal� ni satu hari."

dalam hidup ni tidak boleh terlalu idealistik. sekali-sekala kena juga jadi pragmatik dan realistik.
memang bagus kalau boleh duduk semeja dan berbincang. but who are we? kita bukannya pemimpin-pemimpin parti politik. we are not the one who make decisions. bukan kita yang menentukan halatuju Islam dan Melayu di Malaysia nih. pilihan yang kita ada cuma mengundi (tak kira parti politik mana) atau tidak mengundi (cam aku ;p). tapi apa sangatlah nilainya undi kita kalau pengundi hantu boleh diupah untuk menukar keputusan pilihanraya? atau kau boleh pegang IC orang lain supaya orang tu tak boleh mengundi?

jadi adalah tidak salah kalau ramai anak muda yang menganggap politik ni 'tahi lembu' saja.
orang sana cakap orang sini fitnah. orang sini cakap orang sana fitnah. dan bila kita selidik kedua-dua belah, memang fitnah yang dilemparkan itu berasas. hark hark hark!!! kalau fitnah dah berasas tu kira bukan fitnah lagi la, kawan!

benarkah mengatakan Tuhan mencarut itu tidak sebesar dosa mempersenda janggut Nabi?
ironinya orang yang menyuruh orang nombor satu turun dan melabelnya sebagai gila kuasa pun sebenarnya bercita-cita mahu menjadi orang nombor satu. soalan aku: mana yang lebih gila kuasa? orang yang tak mahu turun dari kerusi atau orang yang mahu merampas kuasa?!

** ** ** **

amy wrote: "Aku kini diatas pagar tembok yang diorang bina. dan bila aku diatas tembok itu, aku pandang belah kanan, orang islam melayu & aku pandang belah kiri pun sama jugak. dan aku tetap mahu berdiri atas tembok ini. menunggu masa ianya dirobohkan dimana dibawah payung islam dan melayu itu, kita bersama dan bersatu dibawah pemimpin yang adil lagi bijaksana. aku berdoa agar seorang 'superman' yang beriman lagi bijaksana dikalangan kita akan menyatukan orang melayu islam dibelah kanan & kiri aku serta merobohkan tembok batu ini. aku takut aku jatuh. aku tak larat nak berdiri lama� atas tembok tebal ni. aku gayat.. insya Allah.. semoga Allah memelihara kita dari seksa azab neraka. amin.."

di sini kita kena lebih jelas, samada mahu memperjuangkan Islam atau Melayu. Memang bagus kalau kita boleh tegakkan Islam yang boleh memayungi Melayu. tapi yang susahnya kalau kita terpaksa menerima perjuangan Islam yang tidak selari dengan apa yang kita belajar selama ini. macam yang pernah aku utarakan dulu, aku memang tidak mahu memisahkan politik dari Islam. jadi kita kenalah mula berpolitik secara Islam. ada yang boleh kita buat, ada yang kita tak boleh langgar. sifat amarah tu kena kontrol lebih sikit.
pernah terjadi dalam satu peperangan menentang musuh Islam, sebelum Saidina Ali r.a. sempat membunuh musuhnya, mukanya telah diludah. Dan beliau tidak jadi membunuh tapi terus meninggalkan musuh Islam itu. Kenapa? Ko fikirkan sendiri la.
Aku rasa ramai yang pernah dengar cerita nih, tapi bila dalam politik orang buat tak kisah saja. Dan politik Islam di Malaysia ni pun masih belum mampu menunjukkan contoh yang baik. Bila marah, kalau rasa nak maki hantam saja ikut sedap mulut. Yang halal ditinggalkan, yang haram jadi halal.