Jawi telah sekian lama mati kini Melayu pula hendak dibunuh.
oleh Muring Wien
Apakah kita hendak menyalahkan para Sultan Melaka kerana tidak mengajar akan bahasa Portugis kepada rakyat Melaka sehingga menyebabkan jatuhnya tamadun Melayu ini dalam kisah sejarah. Ini kerana jika rakyat Melaka belajar bahasa Portugis sudah tentu orang Melaka akan tahu mengendalikan peluru dan meriam yang dibuat oleh Portugis. Ha ha ha... kadangkala hendak ketawa melihat bagaimana gila dan bangsatnya para pemimpin bangsa Melayu menterjemahkan kemerdekaan dan merealisasikan kemajuan akhir-akhir ini apabila perhatian hanya diberikan kepada soal-soal fizik sedangkan isu nomos atau jati diri, atau budaya, atau cara hidup, atau nilai tamadun dilupakan dan disepak terajang sesuka hati sebagaimana para intelektual Melayu berebut untuk bercakap di kaca tivi biarpun kata-kata yang dibincangkan itu hanyalah taburan sampah yang kadang kala juga lebih bodoh dari anak kecil yang baru menghafal lagu cak kelepik kelepuk kelepa.
Suatu ketika dahulu orang-orang Melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai jambatan komunikasi dan penulisannya menggunakan tulisan Jawi. Di atas percaturan bodoh dan singkat para pemimpin Melayu di dalam penaklukan hegemoni politik dan desakan kapitalis mabuk dari Barat, dengan menggunakan alasan yang sama, dan barangkali juga untuk memandulkan bangsa Melayu kepada huruf Arab atau huruf al-Quran secara perlahan-lahan tulisan Jawi iaitu alat menulis akan bahasa Melayu dikurangkan faedahnya, dikecilkan nilainya, dimansuhkan penggunaannya dan hari ini mati. Maka sibuklah pula kaum ini mencanangkan segala macam kaedah bagi mencelikkan orang Islam kepada al-Quran, lahirlah akan teori Iqra�dan segala macam. Sedangkan selama ini pengajian al-Quran tidak pernah susah sepanjang zaman tulisan Jawi diamalkan dan setidak-tidaknya yang penting ketika ini ialah Jawi menjadi lambang, ikon dan indeks kepada suatu bangsa yang bernama Melayu. Atas alasan ini juga, dengan mengatakan fikiran sempit mereka, segala sains tekno hari ini dicipta menggunakan bahasa Inggeris, dan para pelajar Melayu jahil, bangang, dan lemah kerana tidak pandai bahasa ini maka ditabuhkanlah undang-undang oleh orang yang dikata cerdik oleh bangsa Melayu iaitu pemakaian bahasa Inggeris di sekolah dan kembalilah kenangan silam iaitu semasa Tanah Melayu ini dijajah oleh bangsa Inggeris dan setelah sekian lama Birch mati dibunuh olelh pahlawan Melayu hari ini Birch di dalam neraka boleh ketawa kerana perjuangan dan kematiannya tidak sia-sia. Bangsa Melayu akhirnya akur Inggerislah tamadun mereka.
Cuba kita mengembara sekejap ke beberapa tamadun moden dunia yang sedang berlaku di sekeliling kita. Di Eropah terdapat tiga zon utama iaitu son berbahasa German, zon berbahasa Perancis dan zon berbahasa Russia. Sistem pendidikan yang diamalkan oleh mereka yang bukan sahaja diwarisi dari zaman berzaman dengan pindaan kepada kaedah dan bentuk pengajaran sahaja menjadikan bangsa mereka begitu kuat dan perkasa mempertahankan bahasa dan budaya mereka. Jika kita berada di Berlin lalu berjalan ke Leichenstein dan singgah di Austria dan terus ke sempadan Slovakia, jangan diharapkan ada iklan gergasi memakai kata-kata Inggeris apatah lagi untuk mencari di dalam buku-buku dan segala macam media milik mereka. Sehinggakan hukum tulisan dari abjad ke angka adalah seragam dan sama. Begitu juga di Perancis dan seluruh yon Russia. Namun jika kita bertanya di dalam bahasa Inggeris semua orang akan faham dan boleh menjawabnya tetapi mereka tidak seronok untuk menggunakannya. Adakah kerana keras dan kasar sekali mereka mempertahankan bahasa dan budaya menjadikan mereka bodoh dan kolot, nah! Segala macam pegawai termasuk menteri dan perdana menteri dari seluruh dunia telah datang ke negara-negara ini bagi lawatan rasmi maupun bercuti menghabiskan wang di gunung bersalji dan semua melihat bagaimana kentalnya mereka menjadikan bahasa ibunda sebagai roh kepada tamadun dan kenapa pula sehabis sahaja bercuti, semacam lalok dan mabuk berpekik, kita ubah dasar bahasa kebangsaan, inggeriskan semua kerana dengan bahasa Inggeris kita akan menjadi maju pada mimpi 2020 nanti. Jepun dan Korea barangkali akan terbenam seperti Langkawi di sumpah Mahsuri sekiranya inilah sumpah bahasa Inggeris kepada dunia, tetapi mereka tidak pernah hairan kerana ini hanyalah dongeng yang dibuat oleh kumpulan yang tidak pernah tahu untuk berterima kasih kepada bangsa yang melahirkannya dan mengajarkannya erti alif ba dan ta.
Marilah kita berjalan ke seluruh dunia baru kita tahu hanya England, Ireland dan rantau daerahnya dan Amerika yang berbahasa Inggeris ini sedangkan 97 peratus bumi yang lain tidak pernah meletakkan bahasa ini sebagai syarat kemajuan fizik apatah lagi nomos mereka. Ha ha ha kadangkala kita perlu ketawa dengan kuat kerana melihat sampai sekarang tidak habis-habis lagi epik penjajah ini ada dalam kamus orang kita.
Patutlah hari ini bila berada di Kuala Lumpur, terasa lebih baik berada di London, apa tidaknya, segala macam sudah menjadi bukan milik kita.
*dipetik dari komen beliau untuk KERTAS KAJANG: Kudisnya Bahasa!

<< Home