Dear Nonie,
terima kasih kerana berkongsi pandangan. bagus juga bertukar pandangan dengan kaum hawa soal poligami ni. soal ibu tunggal dan anak kehilangan kasih seorang ayah ni banyak aku dah kupas dalam tulisan aku yang lepas-lepas. antaranya boleh baca balik pandangan aku suatu waktu dulu.
sebenarnya aku melihat isu poligami ni bukan sebagai "woman against man" tetapi "woman against woman". dengan menidakkan hak suami untuk berkahwin lagi satu samalah juga seperti menidakkan hak seorang wanita lain untuk berkahwin. logik kan? dan kebanyakan isteri pertama seolah-olah berfikir bila berkahwin lagi, suaminya akan menghabiskan masanya dengan isteri mudanya sahaja. tapi kalau dihalusi betul-betul, terdapat juga isteri muda yang tidak mendapat keadilan kerana suaminya telah diikat dan dikongkong oleh isteri pertama.
aku melihat juga dalam isu poligami ni sebenarnya, tiada sesiapa pun yang menentang lelaki, bukan juga NGO yang berkempen 'satu suami satu isteri" beberapa hari yang lepas. yang lebih nyata, lelaki sebenarnya berperang dengan dirinya sendiri. mampukah dia berlaku adil? nafsunya itulah musuhnya yang pertama. itu tak dicampur lagi dengan perasaan lain yang mungkin bergolak dalam dirinya.
yang menyebabkan kepincangan sistem poligami ini tidak lain tidak bukan kerana ketidakmampuan lelaki untuk berlaku adil dan juga kerana sikap wanita sendiri yang keberatan untuk berkongsi kasih. banyak kitab-kitab yang mengupas poligami dari sudut positif, tapi bila sudah sampai ke "soal hati" ramai yang berdolak dalik. poligami ni boleh dianggap seperti sistem zakat, kalau ada yang menyebabkan kepincangan bukan sistem itu tetapi orang-orang yang terlibat dalam pengurusannya.
ok. mungkin berkempen "satu suami satu isteri" sebenarnya tidak bermaksud menentang hukum Allah. alasannya? sama juga dengan orang yang menyokong perang di Iraq tidak semestinya dia menyokong Bush. atau orang yang makan di McD mungkin tidak bermaksud membantu Amerika mendapatkan duit untuk melancarkan perang. atau orang yang menyatakan keinginan untuk melihat keamanan terus kekal di Iraq tidak semestinya menyokong Saddam atau Dato' Hisham atau UMNO.
and the list goes on and on and on and on....
terlalu banyak benda dalam dunia ni yang kita buat dengan niat yang satu tapi bila tiba-tiba dipersoalkan orang, kita masih boleh memjawab yang sebenarnya niat kita tidak sebegitu. apa-apa pun, aku rasa kalau hendak bercerai semata-mata suami mahu / sudah berkahwin lain itu agak keterlaluan.

<< Home