No, Mr Policeman. I'm not wearing any beret.
Spyz gelar aku "kuda perang"?! hark hark hark!!! Aku rasa aku lebih layak dipanggil "kuda gila". Hampir semua benda aku nak tendang. Semua penjuru aku nak terjah.
Mungkin cara aku mengkritik sesuatu isu tu nampak cam tak betul sket. Aku sebenarnya tak suka gaduh-gaduh. Bila bertelagah, aku benci untuk menyebelahi mana-mana pihak. Dan aku benci juga untuk berdiri di atas pagar dan lihat. Bila mengkritik, niat aku cuma satu. I wanna create a middle ground. Untuk berdiri di atas pagar, tak perlu berada di middle ground. Kau boleh berdiri di tepi. Kau cuma jadi penonton. Middle ground adalah medan pertempuran. Seringkali di middle ground, pihak yang berbalah akan menyelesaikan segala perbezaan. Gelanggang untuk menunjukkan siapa yang lebih jaguh. Cuma sesekali, middle ground dijadikan meja perbincangan untuk mencari persamaan dalam mencapai perdamaian.
Dalam mana-mana isu sekalipun, aku cuba membayangkan diri aku seperti kancil yang terkepung di middle ground antara dua kumpulan gajah yang bertempur. Tak banyak yang aku boleh buat sebenarnya.
Pilihan pertama: aku berada di middle ground dan aku boleh bertindak sebagai 'binatang tengah' untuk mendamaikan gajah-gajah tu. Tapi selalunya gajah-gajah ni tak suka dengar cakap binatang-binatang kecik cam aku. Pandang sebelah mata pun tidak. Ya lah, aku sedar siapa aku. Binatang kecik macam aku ni selalunya kena sepak terajang saja.
Pilihan kedua: aku tak berada di middle ground. Aku pilih satu kumpulan gajah yang aku rasa betul atau kuat dan bertempur bersama mereka memusnahkan kumpulan lawan. Tapi aku kurang setuju dengan cara ini. Kerana bila aku berada dalam salah satu kumpulan gajah tersebut, aku akan dilatih supaya percaya bahawa kumpulan gajah tersebut saja yang betul. Bila ketua gajah habis berucap, aku terpaksa angguk dan ikut menjerit, "Ya kami percaya tuan bercakap benar. Tiada yang benar melainkan benar semata-mata. Pihak lawan gunakan media untuk putar belit. Mulai hari ni kita patut keluarkan suratkhabar sendiri." Tambah aku tak suka lagi bila dipaksa untuk membenci pihak gajah yang satu lagi. Bila ketua gajah habis berucap, aku akan ikut gajah-gajah lain menjerit, "Ya, kumpulan lawan mesti dihapuskan. Mereka dah banyak berlaku zalim. Banyak menipu dan merampas harta benda kita. Semua projek cuma kasi kat kroni dia saja." Side effects? I'll be one-sided, prejudgemental and nurturing mob mentality. And most of all, I begin to lose my individuality.
Pilihan ketiga: aku tak perlu masuk dalam mana-mana kumpulan gajah. Aku mesti berjuang seorang diri. Dengan ini aku dapat melihat dan mengkaji kelemahan dan kekuatan kedua-dua pihak lawan. Kemudian untuk tindakan yang proaktif, bila aku terkepung dalam dua kumpulan gajah yang berperang aku tiada pilihan lain kecuali untuk menendang kedua-dua kumpulan ni selagi terdaya. Aku tahu memang aku akan terkorban. Kancil seekor lawan dua kumpulan gajah mana boleh menang. Nak selamat lari la. Tapi binatang kecik macam aku pun ada maruah. Dan kalau aku ditakdirkan terkorban, aku percaya kedua-dua gajah tu takkan hirau pun. Malah rasanya kedua-duanya akan meludah mayat aku. Tapi itulah pilihan yang aku ambil. Untuk berdiri di middle ground tak kira mati atau hidup. Aku ibarat "binatang jalang dari kumpulannya terbuang." Kalau kumpulan tu tak membuang aku, besar kemungkinan aku akan membuang diri.
Now, that is how I define 'anti-establishment'.

<< Home