Thursday, December 16, 2004

Kau cuma perlukan 20 tahun sahaja

20 tahun.

Kau cuma perlukan 20 tahun untuk menghilangkan diri. Menghilangkan diri dari semua orang termasuk keluarga rapat dan jauh. Tidak perlu menghubungi mereka walau dalam apa keadaan sekalipun. Walaupun emak kau sakit-sakit rindukan kau, walaupun anak kau menangis hari-hari membesar tanpa ayah, kau mesti berhati batu. Jangan pedulikan mereka langsung.

Kau cuma perlukan 20 tahun sahaja.

Selama 20 tahun, kau sembunyikan diri dari mata orang ramai. Jauh dari orang yang mengenali kau. Merantau ke serata dunia. Lari ke dunia luar dengan menumpang kapal secara haram. Lari dengan pasport dan pengenalan diri yang palsu. Pergi ke tempat yang tiada siapa pun kenal kau.

Selepas 20 tahun, mustahil kau tidak lagi diisytiharkan mati. Sebaik saja sijil kematian kau keluar, semua orang percaya yang kau benar-benar telah mati. Tidak ramai yang akan beriya-iya mempertahankan bahawa kau sebenarnya masih lagi hidup.

Tapi 20 tahun selepas kematian kau, kau mesti muncul kembali. Sehari selepas ulang tahun ke20 kematian kau, kau menulis blog. Kau beritahu semua orang kau masih hidup. Kau hubungi kembali keluarga kau. Kau cari kembali rakan-rakan kau. Kau serahkan DNA kau untuk diuji dan disahkan.

Jika kau adalah bintang pujaan ramai, pasti ramai yang terkejut dengan kemunculan semula kau. Ramai juga yang akan mempertikaikan kesahihan kau sebagai seorang kau.

Mungkin aku juga perlu 'mati'. 20 tahun kemudian baru aku kembali.

ide untuk artikel di atas?
>> Andy Kaufman Returns
>> Andy Kaufman Lives