Monday, October 04, 2004

blog vs mainstream journalism

Akhirnya kita sampai jua di sini.

Pertembungan antara blog dan akhbar-akhbar aliran utama. Pertembungan antara pendapat peribadi dan pendapat yang dikutip dari orang-orang ketiga yang diapi-apikan oleh ahli-ahli politik yang cepat benar melatah. Persundalkan saja axiom tentang laporan yang telus, adil dan tidak memihak. Lebih teruk dari blog yang ternyata adalah pendapat peribadi yang bias, akhbar-akhbar utama juga sering saja menjadi tunggangan ahli-ahli politik (terutamanya dari pihak kerajaan) untuk meraih populariti dan undi. Malah lebih dari itu, akhbar-akhbar utama sudah menjadi alat propaganda utama kerajaan.

Ketepikan dahulu soal Islam Hadhari. Perperangan ini adalah pertunjukan percuma tentang "politik kelent*t".

Nampaknya kebanyakan jurnalis akhbar-akhbar utama (termasuk juga semua ahli politik yang merepek-repek dan menghambur segala tok nenek jenis ugutan) masih lagi duduk di bawah tempurung. Tidak mampu membezakan antara blog dan forum. Tidak dapat membezakan antara tulisan penulis blog dan pendapat pembaca blog.

Dan lebih tolol lagi jika ada yang bergantung pada pendapat pihak ketiga dan bergantung padanya seolah-olah itulah sumber yang asli.

Tidak malukah menjadi anjing-anjing yang menyalak pada bukit yang salah?! Ini bukanlah soal kebebasan bersuara. Tapi nampaknya segala tok nenek jenis ugutan ternyata sudah ditujukan pada pihak yang salah. Jeff Oii dibentak-bentak supaya memohon maaf sedangkan 'Anwar' terlepas begitu saja. Jeff Oii nampak seperti mangsa dendam pihak akhbar dan mainan baru politikus berakal kelent*t.

Aku bukan mahu melompat ke atas gelombang yang aku kira boleh memancutkan kemasyhuran segera. Tapi kuasa gelombang ini tidak boleh diperkecilkan. Inilah bukti bahawa pena blog setangkas dan selincah pena akhbar-akhbar aliran utama.

Kontroversi Screenshots adalah satu lagi bukti bullshitasi yang terhasil dari percampuran akhbar dan ahli politik.

Kebenaran akan terserlah akhirnya.