Wednesday, December 29, 2004

jigo tulis buku?

ada orang mencadangkan aku menulis buku tentang 'seseorang'. tapi masalahnya, adakah buku itu akan bermanafaat pada orang ramai atau hanya akan membazirkan pokok-pokok yang di hutan yang terpaksa ditumbangkan untuk membuat kertas?

tapi secara jujurnya, aku sedikit terpanggil untuk membuat psycho-analysis (sila beri perhatian pada perkataan 'terpanggil'. bila 'terpanggil', tak semestinya kita wajib menyahut). jika psycho-analysis tidak dapat dijalankan kerana kekurangan maklumat, mungkin profiling tentang 'seseorang' itu perlu diadakan.

ramai yang berpegang pada behaviorism berpendapat bahawa setiap manusia ini mempunyai sifat-sifat yang menonjol dan boleh membezakannya dengan manusia lain.

sebagai contohnya, perogol bersiri sebenarnya mempunyai sifat yang tersendiri yang boleh difahami, malah kebanyakan mereka meninggalkan 'tandatangan' yang jelas pada mangsa-mangsa mereka. antaranya, ada perogol bersiri yang suka menggigit, dan gigitan itu boleh dianggap sebagai 'tandatangan' perogol bersiri itu.

mungkin untuk sesetengah orang, untuk menyamakan perogol bersiri dan 'seseorang' itu agak keterlaluan. 'seseorang' itu masih boleh dipertikaikan ketidak-warasannya. dia dipercayai tidak berpura-pura alim, seperti kata salah seorang ahli GJ, "tidak berpura-pura alim tapi dia penipu."

kenapa?! itulah yang membuat kesemua GJ terpinga-pinga. "kenapa!" adalah satu soalan yang paling susah hendak dijawab.

berbalik pada psycho-analysis. aku percaya ia akan membolehkan kita memahami keadaan mental 'seseorang' itu. tapi perlu diingatkan di sini, memahami tidak bermakna bertolak ansur. seperti orang yang cuba memahami kenapa perogol bersiri itu bertindak seperti itu, tidak semestinya orang mesti bersetuju dengan kegilaannya.

jadi, adakah aku akan membuat psycho-analysis ini? :

Tuesday, December 28, 2004

Itu bukan rezeki tapi petanda bagi sebuah bencana

Siapa yang boleh menduga? Rezeki yang datang bergolek sebenarnya petanda kepada satu bencana besar. Ikan yang disangka menyerah diri ke pantai sebenarnya lari dari pukulan ombak besar.

Petikan dari Utusan Malaysia Online:

Sebelum dihanyutkan ombak, kata Zulkifli, anak-anaknya serta orang ramai berebut-rebut mengutip ikan yang melompat ke darat kerana menganggapnya sebagai rezeki, tanpa mengetahui ia petanda buruk.

"Ketika kami semua sibuk mengambil ikan itu, tiba-tiba datang ombak besar dan terus menghanyutkan semua orang tetapi saya dan isteri sempat menyelamatkan diri kerana berpaut pada pokok dan batu.

"Saya benar-benar tidak menduga bahawa ikan yang melompat ke darat sebelum ombak tsunami melanda sebenarnya satu perangkap dan meragut nyawa kesemua anak saya," jelasnya.

Katanya lagi, sebelum ombak besar kedua yang berwarna putih melanda ke kawasan pantai itu, orang ramai terkejut dengan fenomena bermacam-macam ikan naik ke darat dan bergelimpangan di pantai sejurus selepas ombak pertama datang.


Ini bukan kisah kiasu atau opportunist. Ini kisah risiko yang kena kita semua hadapi bila terlalu mengejar 'kebaikan', 'rezeki' yang terpijak.

Takziah untuk Zulkifli Mohd Nor sekeluarga dan semua mangsa tsunami amnya.

Monday, December 27, 2004

cromok rocks the world

















* all pictures are taken stolen from DeMang
hell hath no fury like a woman scorned

I guess by now, you should've learned how true the above statement is, right? But you may not agree with me completely. Hell, as your teachers might have told you, sure can leash a whole lot more fury than you can ever imagine.

I don't like writing this. I hate this very feeling.

I'm quite sure, this is how Zabidi Mohamed felt when he wrote about Abuya in his Tersungkur di pintu 'Syurga'.

Friday, December 24, 2004

datang dan pergi

ujian datang dalam berbagai bentuk. ada yang datang dalam bentuk kesusahan, keuzuran, kesakitan, kesengsaraan atau penderitaan. ada yang datang dalam bentuk kesenangan, kemewahan dan kekayaan.

ada ujian yang datang dengan cinta. ada yang datang sebagai cinta.

mempercayai seseorang itu memang sifat yang terpuji. tapi kita terlupa, lebih dari selalu, akan ada juga makhluk yang akan mengambil kesempatan atas kepercayaan kita itu.

"depan orang pijak semut pun tak mati, sebab tu la aku percayakan dia."

ada ujian yang datang dengan kehadiran atau kehilangan anak.

aku seorang ayah. aku faham pedih peritnya.

Thursday, December 16, 2004

Kau cuma perlukan 20 tahun sahaja

20 tahun.

Kau cuma perlukan 20 tahun untuk menghilangkan diri. Menghilangkan diri dari semua orang termasuk keluarga rapat dan jauh. Tidak perlu menghubungi mereka walau dalam apa keadaan sekalipun. Walaupun emak kau sakit-sakit rindukan kau, walaupun anak kau menangis hari-hari membesar tanpa ayah, kau mesti berhati batu. Jangan pedulikan mereka langsung.

Kau cuma perlukan 20 tahun sahaja.

Selama 20 tahun, kau sembunyikan diri dari mata orang ramai. Jauh dari orang yang mengenali kau. Merantau ke serata dunia. Lari ke dunia luar dengan menumpang kapal secara haram. Lari dengan pasport dan pengenalan diri yang palsu. Pergi ke tempat yang tiada siapa pun kenal kau.

Selepas 20 tahun, mustahil kau tidak lagi diisytiharkan mati. Sebaik saja sijil kematian kau keluar, semua orang percaya yang kau benar-benar telah mati. Tidak ramai yang akan beriya-iya mempertahankan bahawa kau sebenarnya masih lagi hidup.

Tapi 20 tahun selepas kematian kau, kau mesti muncul kembali. Sehari selepas ulang tahun ke20 kematian kau, kau menulis blog. Kau beritahu semua orang kau masih hidup. Kau hubungi kembali keluarga kau. Kau cari kembali rakan-rakan kau. Kau serahkan DNA kau untuk diuji dan disahkan.

Jika kau adalah bintang pujaan ramai, pasti ramai yang terkejut dengan kemunculan semula kau. Ramai juga yang akan mempertikaikan kesahihan kau sebagai seorang kau.

Mungkin aku juga perlu 'mati'. 20 tahun kemudian baru aku kembali.

ide untuk artikel di atas?
>> Andy Kaufman Returns
>> Andy Kaufman Lives

Wednesday, December 08, 2004

ROCK THE WORLD - V
(another series of the malaysian invasion)

Date: 18 DEC 2004
Time: 3PM til late
Tickets: RM20
Venue: Stadium Merdeka (Merdeka Stadium)

Featuring:-
CROMOK + OAG + DISAGREE + NICE STUPID PLAYGROUND + ONE BUCK SHORT + SINGLETRACKMIND + DRAGON RED + TEMPERED MENTAL + COUPLE THE HIDDEN + 7 COLLAR T SHIRT + LOVE ME BUTCH + TRAGIC COMEDY + ROOT N' BOOTS + EVENSTARR + REPUBLIC OF BRICKFRIENDS

*EARLY BIRDS!*
1st 3000 entry get a free RTW T-Shirt!!
1st 5000 entry get a free can of COCA COLA...

Tickets available at the venue on the day and at all EXTREME shops!!

mie! kalau aku tak datang kenduri kau, cari aku kat stadium

Thursday, December 02, 2004



welcome aboard little boy. hope you could bring joy to your parents.

tahniah, idham dan siti. bertambah sorang lagi cucu nenek. bertambah sorang lagi umat Muhammad. :)

tahun depan kalau nak bayar zakat fitrah, jangan sebut begini, "dua dewasa, satu kanak-kanak."

Wednesday, December 01, 2004

mangsa kejahilan sendiri atau mangsa kecanggihan teknologi?

bukan satu. bukan dua. bukan juga tiga. tapi sebelas keping. BERSIRI.

belum ada lagi pereka imej tindanan yang begitu tekun dan teliti hingga boleh menghasilkan sebelas keping gambar bersiri yang berkongsi LATAR BELAKANG DAN CAHAYANYA. lebih menyukarkan juga bila sesetengah gambar itu kedua-dua personaliti TEPAT MEMANDANG KAMERA.

hanya orang bodoh saja yang percaya sebelas keping gambar itu hanya imej tindanan. kau tak perlu makan minum tidur dengan perisian penyuntingan foto untuk mengenal yang mana Johari, yang mana Maniam.

cara yang mudah, mungkin untuk membandingkan tahi lalat di tubuh dan di gambar.

tapi tidak mustahil jika akan timbul pakar-pakar penyuntingan imej yang memberi kenyataan yang imej-imej itu palsu. tapi aku percaya kenyataan pakar-pakar itu ada harganya. keadilan boleh dijual beli, bukan? sebut saja harganya.

si penyebar gambar mungkin dikenakan hukuman tapi bagaimana pula mereka yang beraksi panas di dalam foto itu? bolehkah terlepas saja tanpa sebarang hukuman?

mungkin alasan untuk 'koleksi peribadi' boleh diguna pakai?

tapi jika foto itu palsu, pasti ramai yang mahu berguru dengan pakar pereka imej tindanan ini.

tapi cubalah kenang kembali kata seorang watak CSI, "evidence will testify for (and / or against) you."

dan benarlah seperti kata iklan, "setiap sedutan membawa padah"

so, you better leave that digital camera alone. don't click while you're being blown.