Wednesday, April 30, 2003

hampir pukul 3.00 pagi. masih lagi berkonspirasi di putrajaya. hark hark hark!!

jangan risau. aku bukan penikam dari belakang, mahupun pemain lubang belakang. jika mahu bertikam, aku akan membiarkan kau siap menghunuskan keris sebelum mula menyerang.

tapi dalam realiti, aku bosan untuk berpencak. maaf, jika entry kali ini tidak disusun dalam gagasan idea yang mudah dihadam. terlalu banyak idea yang yang sekian lama terkepung dan sudah beberapa kali aku berjanji untuk melaraskannya. tapi janji hanya tinggal janji.

"perception is reality," kata seorang teman.

banyak yang aku pelajari dari dia malam ini. :D kasi dia kembang setaman sket. bukan selalu aku puji orang pun.

aku? masih seperti ini. masih gagal menterbalikkan dunia.

Monday, April 28, 2003

pesanan dari kengkawan di geng jurnal

main bowling | endah parade | 11 mei 2003 | 11 pagi
tarikh bermain bowling diubah kepada 11 mei 2003 memandangkan ramai yang tidak dapat hadir pada 4 mei... harap semua sedia maklum dan semua dijemput hadir....

selepas sambutan yang menggalakkan pada 16 mac lepas... maka gengjurnal dengan berani mengajak ahli gengjurnal dan pembaca untuk sekali lagi kita berkumpul dan bermain bowling bersama-sama...

disamping itu bolehlah kita kenal mengenali antara satu sama lain. insyaAllah
-------------------------------
Tarikh : 11 Mei 2003
Waktu : 11 pagi
Tempat : Endah Parade Bowling (tpt berkumpul, pintu masuk Endah Parade)
Pengangkutan Awam : LRT - berhenti di Stesen Bukit Jalil... Endah Parade dekat situ ajek

* pukul 5.30+ pagi ni mana ada benda nak cerita. kalau ada pun, aku dah hilang mood nak bercerita.
AIM? boling? lain kali je la. bukan sombong, bukan kerek. kadang-kadang perlu juga menjadi ikan paus ni. ahh... aku ikan paus yang berenang songsang.

hampir masuk waktu subuh, orang lain baru mahu bangkit tidur, aku masih lagi berkampung di opis shah alam. mata pun dah kelat-kelat tapi kutahan jua. biji mata berpusing-pusing menahan ngantuk ;p

Sunday, April 27, 2003

berkampung adalah istilah yang selalu digunakan mereka yang bergelar pelajar atau pekerja-pekerja yang mengejar deadline. bila berkampung selalunya lebih seronok bila beramai-ramai.

semalam dan hari ini aku bukan setakat berkampung malah dikuarantin. tak perlu lagi bersusah payah mencari kedai makan, makanan sudah dibawa terus ke opis. tunggu suap masuk mulut jek.

banyak cerita yang tak terluah.
tak semuanya indah,
dan yang tak indah itu tak semestinya hambar.

hingga bertemu lagi.

Thursday, April 24, 2003

too bad. it wasn't SARS either. and yeah... i'm still alive and kicking. some people said, only the good dies young. ;p

i have no other excuses for being silent except that i've been deprived of my connection with world wide web. and yeah.. been busy with my work lately.

i never meant to torture you but i just want to give you a sneak preview of what my life has been lately. ahaks!!! see ya when i see ya again my constant readers.

Friday, April 18, 2003

no. i'm not suffering from brain tumor. i know some of you wish i am. but like i said, unfortunately my brain's still functioning like it used to. probably because i rarely use it? hmmmm....

but right now, probably i'm the one who causes you to overuse your brain.

anyway, i guess one of these days i'll catch lung cancer. i've been coughing like hell but i refused to quit smoking. you don't care? goooooooood! you do care? why should i give a fart anyway?

i love myself when i'm deep in self-hatred. :D

Tuesday, April 08, 2003

:D

Thursday, April 03, 2003

Ronggeng Papan Kekunci

Pengenalan :
Penyertaan adalah dibuka kepada ahli Geng Jurnal untuk menyumbang bahan dalam bentuk artikel atau catatan weblog untuk buku Ronggeng Papan Kekunci (Just a codename for the project). Hantarkan penyertaan kepada Tok Rimau.

Objektif Projek :
a) Mengiktiraf diri sebagai penulis dengan memilih catatan terbaik
sendiri untuk dicalonkan sebagai bahan buku.
b) Menggalakkan tulisan bermutu tinggi di kalangan ahli Geng Jurnal.
c) Mendedahkan karya ahli Geng Jurnal kepada mereka yang tiada capaian Internet

Sila hantar catatan anda untuk kategori-kategori berikut:
1. SINIS: Humor, komedi, satira
2. NASIHAT: Seruan kepada kebaikan, hujah intelektual, dakwah
3. BALADA: Luahan hati, jiwang karat, keluhan nurani
4. PUISI: Pantun, Sajak, Seloka
5. GANAS: Bahasa Pasar, Slanga, Brutal
6. ENGLISH: Yes, no and alright.
7. RENCAM: Apa-apa yang tidak tersenarai dalam kategori di atas.

Peraturan
1. Penyertaan hendaklah terdiri dari catatan weblog yang asli. Tidak
dibenarkan hantar lebih dari 10 penyertaan untuk setiap ahli.

2. Sila labelkan penyertaan:
a) Kategori:
b) Tajuk :
c) Penulis:
d) URL Weblog:
e) Tarikh catatan:
f) Catatan:

3. Setiap sumbangan adalah TIDAK dibayar kerana penganjur tidak kaya lagi tetapi SATU naskah buku akan dijual kepada penyumbang yang terpilih catatannya mengikut harga kos cetakan dan pengurusan.

4. Artikel yang disumbangkan dianggap sebagai hakmilik bersama
Penganjur dan Penyumbang. Oleh itu penyumbang masih berhak menyiarkan artikelnya dalam mana-mana media selepas dari percetakan.

4. Penyertaan ke-100 akan menerima hadiah SEHELAI JERSEY anggun bernilai RM40 jika dijual di kompleks membeli-belah.

5. Penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan, menyunting catatan dan mengubah kategori penyertaan jika perlu. Belanjawan penganjur tidak membolehkannya untuk memuatkan semua catatan.

6. Berikut adalah tarikh-tarikh penting:
a) 4 April 2003 - Pengumpulan Bahan Bermula.
b) 8 Ogos 2003 - Tarikh Tutup
c) 10 Oktober 2003 - Buku Siap untuk Pesanan.

Penganjur
http://www.danchan.com/weblog/harimauj

Penaung
http://www.gengjurnal.net


ok. i intentionally did this. don't ask me why.
and don't expect me to fix this page so soon. i won't.

Wednesday, April 02, 2003

aku sesat di 'turning point'.

aku tak selalu dipanggil untuk menghadiri temuduga. tapi bila sesekali dipanggil terasa macam aku ni cuma dipanggil untuk mencukupkan korum. semalam, one of the interviewers asked me if i know Popeye. kemudian buat joke sesama mereka tentang Popeye. buat aku blur. damn!!

"You don't know Popeye? Popeye the Sailorman."

"Popeye makan apa?"

that is one hell of a bloody joke that i don't understand. maybe because the joke is on me? :[