Tuesday, January 29, 2002

"Trust the instinct to the end, though you can render no reason."
~ Ralph Waldo Emerson

"Spend time every day listening to what your muse is trying to tell you."
~ St. Bartholomew
encik khairul telah diundi keluar. satu berita yang tak besh untuk didengar. tapi yang stay pun belum tentu menang USD1 juta. tapi seperti yang dia beritahu berulang kali: "buat dulu, apa jadi lepas tu belakang kira."
ini dunia anjing makan anjing. kawan makan kawan. nak naik ke atas kengkadang terpaksa pijak kepala orang bawah. walaupun orang kat bawah tu menjerit, "tunduk bukan mintak dipijak" 'survival of the fittest'? tapi jangan lupa hidup ni sebenarnya cam roller coaster. dan jangan lupa roller coaster bersandar pada hukum graviti. apa yang berada di atas akan turun juga ke bawah.
apa-apa pun, aku teringatkan satu novel inggeris. Lord of the Flies. erk... novel ni takde kena mengena ngan Lord of the Rings.
Lord of the Flies pada pendapat aku, buku yang sarat gak ngan idea/mesej politik kalaupun tidak sehebat Animal Farm. heh! teringat plak kat spyz. dah abis ke baca buku nih?
tak kira la samada menulis dari kacamata bebudak atau binatang, sebenarnya penulis menulis tentang manusia. "never underestimate our own capacity for evil"
* * *
aku susahkan budak tu lagi. i should've known. dia pun penat dan lapar gak. maafkan aku.

*non-sequitur di atas memang disengajakan.
maafkan aku jika bertanya dua soalan berikut:

1. kenapa bila sesuatu yang buruk menimpa ke atas orang yang kita sayang kita anggap ianya sebagai ujian dari Tuhan tapi bila benda yang sama itu menimpa atas orang yang kita benci kita anggap ia sebagai balasan Tuhan?

2. kenapa kita selalu mengharapkan orang lain memahami kita tapi kita jarang sekali cuba memahami orang lain?

*soalan-soalan di atas bukannya teka-teki. pihak aku tidak menyediakan sebarang hadiah untuk sebarang jawapan samada betul atau salah. harap maklum! sebarang surat menyurat, panggilan telefon atau SMS tidak akan dilayan.

Monday, January 28, 2002

aku terasa besh sangat!!! terima kasih sera sebab susah payah buatkan banner spesel untuk aku. aku tau muka sahak yang terbalik tu paling susah ko nak sambungkan dan buat kecik. makasih lagi sekali dan lagi dan lagi dan lagi....

sebenarnya aku dah takut nak check links yang geng jernel buat. ye la... aku takut aku kecik hati. penat je aku linkkan ke site kengkawan tapi kengkawan cam tak sudi nak linkkan ke sites aku nih. uhuk uhuk!!! uwaaaaaaaaaaargh!!!!
antara dua jek. antara ko tak buat links langsung atau ko includekan sekali links untuk kengkawan apatah lagi untuk mereka yang buat link untuk ko. baru la betul sehati sejiwa beb!!!

Saturday, January 26, 2002

aku tanya sorang kawan, "keras sangat ke aku menegur kengkawan?"
kawan tu jawab, "aku rasa kalau orang yang kau tegur tu kenal baik dengan kau, aku rasa tak keras. lain halnya kalau orang yang kau tegur tu kau sendiri pun tak kenal rapat, dia pun tak kenal kau rapat.
"macam aku pun selalu ada masalah camni. bila aku keluar dengan kawan, aku tak banyak cakap. aku ikut aje mana diorang nak pergi, buat apa diorang nak buat. suatu hari masa diorang sibuk-sibuk nak pergi satu tempat, aku tanya diorang, 'korang taknak sembahyang zohor dulu ke?'. lepas tu masing-masing buat muka tak puas hati. aku tegur saje macam nak bergurau tapi diorang ambik serius. aku rasa itu normal untuk seseorang yang tak banyak bercakap.
"kalau kau rasa teguran kau betul dan dia tak boleh terima, maafkan aje orang tu. sebabnya dia tak kenal kau lagi. dan mungkin jugak kau pun belum kenal dia dan tak tahu teguran yang macammana dia boleh terima. bebanyak maafkan orang lain, semoga orang lain juga akan memaafkan kita."

Friday, January 25, 2002

napang budak jiwang karat pernah tulis:
"aku amat paham perasaan waiter dia tuh... sebab aku pernah jadi waiter... dan aku tak salahkan waiter tuh... aku salahkan boss dia tuh...
sebab tuh aku cakap elok�. aku tak marah pun... bila waiter tuh hanto lambat.. setelah di marah giler oleh beberapa sahabat jernel giler... dan aku sebut gak terima kasih kat waiter yg hanto selepas dimarah tuh... dan dia membalas senyuman kat aku sambil perlahan ucapkan sama�... aku paham perasaan dia...dia dah cuba buat terbaik... cuba boss dia jer yg hampeh.. dah tahu nak buat serve meja... cari ler pekerja sorang satu meja...
kalu kita bayangkan .. cuba kita pikir�... dia dah buka pose ker blum.. dia dah solat maghrib ker blum... sure blum... mana nak tahan kemarahan org yg lapo nak buka pose lagi... mana yg nak marah kat boss lagi... sebab bukan nak tolong.. mana ngan push tukang masak lagi... cepat ler..cepat ler... org dah marah� tuh... cian kat waiter tuh kan... aku dah merasa semua tuh... aku tahu depa baik... jgn salahkan waiter kawan�... dan terbukti depa baik... depa carikan penutup lens aku... kembalikan keesokkan ari nyer..."


erk... perlu ke aku komen? dah alang-alang cut & paste takkan takmo komen plak kan? lagipun aku tengok takde sesapa pun yang bangkitkan citerrr ni dalam journal.
aku pun cam napang gak pernah jadi kuli so aku tau perasaan kuli. ye la orang selalu cakap biarlah lihat dunia dari mata burung, tapi boleh ke burung tu nampak apa yang ada bawah tempurung? kalau kita tak pernah hidup susah camne kita nak faham susah orang lain. kalau setakat simpati dan campak seposen dua apa la sangat nilainya kalau kita tak alami sendiri. cam orang tua cakap, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. kalau ko rasa mata ko tak larat nak tengok takde salah kalau ko gi tolong pikul sekali.

Thursday, January 24, 2002

Sakinah - ketenangan yang kuimpikan.
aku mulakan hari ngan bad mood. badan aku masih letih lagi.
kalau aku terlewat tiga minit, aku terpaksa naik feeder bus kul 9.25.
tapi mungkin sebab driver baru, dia dah salah jalan. biasanya kalau boleh sampai ke opis dalam 10 minit. tapi sebab dia terlepas satu simpang, aku sampai opis 20 minit kemudian.
sampai kat pondok guard, tak pernah-pernah dibuat sebelum nih guard tu naik bas dan tengok muka semua orang. sampai kat aku dia tanya, "Nak gi mana, bang?!"
aku ada dua pilihan samada untuk jawab, "Aku nak gi kerja la" atau "Aku nak bom UIA la. Boleh tunjuk kat mana bilik rektor?"
aku pilih jawapan yang pertama. tapi dalam hati aku menyumpah-nyumpah. kenapa ramai orang dalam bas tu, aku gak yang dia nak tanya?
takkan dia tak perasan aku kengkadang lalu gak kat depan bilik guard tu dan angkat tangan kat dia? mungkin lain kali, aku nak bawak motor atau kereta dan langgar pondok guard tu semasa dia bertugas. kalau lain kali dia tanya, "Nak gi mana, bang?" aku akan jawab, "Takkan awak tak kenal saya? Saya la yang langgar pondok guard tu dulu."
aku ada cakap ke tadi angin aku tak elok hari nih?
blueshades, aku rasa aku kenal wonderwoman tapi aku tak pernah dengar wonderman. tapi ada satu lagi wonder yang aku rasa ko pun cukup kenal tapi aku takleh cakap sini sebab takut orang label aku pervert. hark hark hark!!!
hampeh ko mat jan. ko jangan lupa. kalau pun ko calonkan aku untuk kategori enam jahanam, masih ada 5 lagi kekosongan.
spyz, aku setuju ngan magnificient 7 tuh. tapi aku takut redundant ngan 7 wonders tuh. tapi aku tak kesah kalau ko tukar nama kategori ni kepada magnificient 7.
dig, aku rasa ko salah guestbook la. kat sini aku yang buat pilihan nombor berapa yang aku nak kasi hadiah. dan takde sesiapa pun berhak untuk tentukan hadiah apa yang dia nak. ye aku masih ingat lagi projek RM 4.00 ko tuh. hark hark hark!!! anyway, sila semak entry aku yang lepas-lepas untuk tau nombor bertuah yang berikutnya. dan tolong semak sekali syarat-syarat pertandingan. aku takmo ko disqualified nanti. aku takmo tulis kat sini nombor bertuah yang berikutnya sebab aku takmo rosakkan keseronokan ko.

sebab ramai sangat yang seronok bercakap pasal hadiah hari nih, aku nak ajak korang mengira bersama aku.

1 minggu ada 7 hari. 4 minggu ada 28 hari. kalau ditolak ngan 4 ahad dan 3 sabtu yang tinggal ialah 21 hari bekerja.
tambang STAR dari Sg. Besi ke Masjid Jamek ialah RM 1.80. tambang Putra dari Masjid Jamek ke Gombak ialah RM 2.10. dan tambang feeder bus ialah RM 0.50.
sekarang kalikan 2 untuk pergi dan balik. totalnya RM 8.80.
pastu kalikan plak 21 hari. totalnya RM 184.80.
tu baru tambang jek. belum lagi campur makan minum beserta bekalan nikotina dan tar aku.

mungkin pada korang apa la sangat RM 184.80 tuh. tapi bagi aku cukup besar. nak nak lagi buat aku yang baru nak belajar nak hidup sempurna. gaji pertama pun belum tahu bila masuknya sebab aku belum jadi permanent staff lagi. cuma contract jek. kalau diorang bagi check lagi payah sebab aku kena tunggu lagi beberapa hari kerja untuk dapat. tu semua aku nak pakai untuk settlekan bil telepon yang dah banyak bulan sangkut. dan nak kena bayar gak duit insurans aku. nak tak nak kena bayar gak sebab kalau jadi apa-apa kat aku kalau aku lambat bayar, memacam alasan diorang leh bagi untuk delay atau terus tak bayar aku. mungkin korang tak tau sebenarnya aku takde gaji bulan lepas.
aku tulis semua ni bukan sebab aku nak simpati korang atau pinjam duit korang. cuma aku harap korang leh faham keadaan aku sekarang. KALAU aku mampu, memang aku tak berkira sangat pasal hadiah-hadiah nih. betul aku cakap. kalau ada lebih apa salahnya makan ramai-ramai kan? tapi masalahnya sekarang satu habuk pun takde. nak makan apakenama?
anyway, kalau nak aku belanja jangan la mintak sekarang. tunggu la dua tiga bulan lepas aku kerja. kasi aku stabil dulu. worait?
aku tak marah kat korang. aku sayang korang semua. aku tau korang gurau je ngan aku pasal hadiah ni semua. tapi ada masanya aku memang takleh diajak bergurau. perut aku lapar, badan aku letih, otak aku penat. banyak benda kat tempat kerja yang buat aku pening. aku tau aku akan nyesal tulis camni. aku mintak maaf. tapi kalau ada yang takmo maafkan aku dan boikot sites aku yang ntahapahapa nih, aku terima jek.

"ko boleh bergurau ngan some people all the time,
ko boleh bergurau ngan all people some time,
tapi ko TAK boleh bergurau ngan all people all the time,
dan ko gak TAK boleh bergurau ngan some people some time."

erk... ada sesiapa lagi yang nak hadiah?!

Wednesday, January 23, 2002

Tuesday, January 22, 2002

ramai yang suka aku buat 7 wonders tu eh? lengkali aku nak buat four horsemen, fifth element dan enam jahanam plak. tapi aku rasa kategori enam jahanam la yang paling besh sekali. hark hark hark!!!
erk... camne aku nak describe sesatu kategori tuh? wokeh four horsemen ni cam empat orang kuat geng jernel. kira cam warrior pun ada gak. lebih kurang cam tiang seri la. hark hark hark!!! tapi kalau korang nak tahu menatang apa four horsemen ni ko leh tanya beruang demam.
fitfh element ni plak sebenarnya bukan berlima tapi sorang jek. kiranya cam elemen yang mungkin ada, mungkin takde. misteri. katakanla empat elemen yang ada tu ialah api, air, tanah dan angin. cuba ko cari apa elemen yang kelima? aku rasa ramai yang paham apa yang aku cuba sampaikan ni kan? cuba la ko cari jurnalis-jurnalis yang misteri tapi power dalam geng jernel nih. elemen yang mungkin ada, mungkin takde. kengkadang rasa cam ada tapi tak nampak pun, cuma rasa je cam ada. errk... aku pun dah terbelit-belit nak explain kat korang. hehehehe!!!
enam jahaham? takkan ko tak tahu kot? maleh aku nak explain la. banyak lagi mender lain aku nak citerr sini. heh!!!
tahniah untuk semua yang masuk list. tapi tak mustahil lain tahun orang lain lak ganti. tapi sori bebanyak sebab takde hadiah untuk 7 wonders. sebab ni cuma pilihan aku jek. berapa sen sangat la nilai cakap aku nih. lain la kalau cakap-cakap 7 wonders tuh.
aku terpikir gak la. sebab ni cuma pilihan aku jek. so most probably aku ni bias. so apakata kalau nak betul-betul jadi 7 wonders kita vote la dalam geng jernel. amacam mie? ada berani? hadiah mintak la sorang derma singgit ke hapa. kalau 153 orang dah banyak tuh beb. kalau bikin acara tahunan pun besh gak nih. heh!!! just an idea.
ada lagi idea aku ni tapi takleh tulis sekarang. nanti aku kena label budak jahat, susah plak. :D
WARNING: This server will be going offline for maintenance at 11:15 PM (Pacific). At that time, you will be immediately redirected to another server, but you may need to log in again. Also, be sure to save any posts-in-progress. Thanks. Time now: 11:02:51 PM.
protes aku sudah berakhir. sites aku boleh diaccess seperti biasa. hark hark hark!!!
hampeh betul la. aku ingat nak protes kasi cukup seminggu tapi sebab pepagi lagi rudy dah call aku dan kaezrin pun pening-pening lalat kat guestbook, terpaksa la aku buka balik. orang tua aku cakap, tak baik hampakan harapan orang.
buat aku terpikir gak, erk... korang ni kerja ke tak kerja? kui kui kui!!!
sama la cam aku yang update journal kat opis nih. ahaks!!!
selamat bekerja pada semua.

Saturday, January 19, 2002

aku tau korang mesti pernah dengar pasal 7 keajaiban dunia kan? antaranya piramid, tembok besar china dan taman tergantung babylon.
ataupun mungkin baru-baru ni korang ada terbaca pasal 7 wonders of the web.

kat sini aku nak persembahkan 7 wonders of geng jurnal.
tapi perlu diingatkan kat sini, sebenarnya 7 bukanlah angka yang cukup besar untuk cover semua geng jernel yang kita ada sekarang nih. aku rasa kalau ko sanggup spend masa 24 jam untuk jelajah semua jurnal pun belum tentu ko dapat cover semua. dalam perkiraan aku, ramai yang bersetuju dengan nama-nama yang aku pilih untuk masuk dalam list ni . kalau ada yang tak berapa setuju tu aku takleh buat apa. cuma aku harap ko leh listkan nama sendiri sebagai the 8th wonder of geng jurnal. tapi suka diingatkan di sini bahawa aku tidak menerima sebarang kontrak untuk membina lebuhraya, lapangan terbang atau projek pembalakan dari mana-mana nama yang tersenarai di sini.

1. mie
sole owner/developer of geng jurnal merangkap presiden pergerakan militan yang paling dikehendaki. usahanya untuk menyatukan semua penulis jurnal malaysia dan asia tenggara di bawah satu bumbung patut dihargai. setakat ini 153 penulis jurnal sudah bergabung. cuma aku harapkan moto "sehati sejiwa" bukan sekadar impian dan harapan yang tidak mungkin terkabul sampai kiamat.

2. mat jan
ikut pandangan aku, antara kroni-kroninya seperti kak max, memori dan kak p-nut, mat jan la yang paling menyerlah pada golongan muda yang nak baca sesuatu yang menghiburkan dan pada masa yang sama berinformatif. jurnal dia ni antara jurnal pertama yang aku jumpa dan aku suka sampai sekarang. sebabnya? mat jan (sekarang bergelar Y.B) banyak berinteraksi dengan pengunjung. lawak-lawaknya bukan kosong tapi buat kita berfikir dan idea serious yang dia lontarkan tu pun selalu dipandangnya dari sudut yang berbeza.

3. tok ghimau
pemilik lawak tanpa permit. pernah dilabel sebagai penyokong berhaluan kiri. tak pasti plak aku samada dia pernah terlibat dalam acara main kejar-kejar ngan FRU. heh!!! dia ni pun pakar bahasa gak cuma aku rasa kengkadang dia rasa payah nak luahkan apa yang terbuku dalam kepala hotak dia tu. antara faktor yang menyebabkan ia berlaku ialah kerana kepala hotak dia tu sarat ngan benda-benda lain. tapi aku pilih dia masuk dalam list ni sebab idea yang diluahkan tu walaupun separa masak kalau diolah boleh bikin satu skrip yang bermutu tinggi.

4. ultrojo
bukan senang nak cari penarik beca yang tahu pasal PHP. hark hark hark!!! tu je info yang aku boleh share ngan korang. nanti dia takmo belanja aku makan mee rebus lagi kalau aku cerita semua. kalau nak tau lebih lanjut pasal dia turun la JB. mana la tau, kalau beca yang ko naik tu dia yang tarik. ;p

5. rafthah
journalist dari seberang tambak yang pakar dalam gerakan gerila dan cukup masak dalam strategi pemgeboman guestbook orang. jasanya amat besar dalam memenuhkan hasrat sera mencapai matlamatnya untuk entry guestbook ke2000 dalam masa yang singkat. beberapa guestbook lain pun dia bom gak. takut aku ngan dia nih. cuma ngan guestbook aku jek dia tak suka bom sebab... ntah la. aku pun tak tau kenapa.

6. rudy
kalau tak kenal rudy sesia je join geng jernel sebab dia ni fofular. nampak je kecik tapi semangat juangnya kuat.

7. fajar
ni satu lagi member yang fofular. tapi nak faham apa dia tulis tu korang kena tau asas cryptography. sebab kengkadang bahasa yang mudah pun dia boleh olah menjadi permata yang bersinar di celah kerikil yang bertaburan di jalan. erk.. ni semua pengaruh dia la nih. hark hark hark!!!
antara perkara yang paling aku benci ialah window shopping. aku tak berapa gemar belek-belek barang. kalau aku rasa nak beli, aku masuk kedai cepat-cepat. lepas dapat apa yang nak, gi kaunter, bayar dan chow.
tapi ada la gak benda-benda yang aku suka belek tapi tak selalu beli. cam contoh: vcd, buku dan kaset. tapi kalau ada orang ajak aku gi belek-belek baju, seluar, kasut, beg ke hapa memang aku malas. tak kira la ada sales ke hapa ke. aku memang tak pedulik?! nak shopping untuk raya pun dah lama aku tak buat. aku memang jenis pakai apa yang ada. kalau buat taksiran nilai koleksi buku aku, aku rasa lebih tinggi dari nilai pakaian (termasuk kasut) aku.
sekarang ni plak ada budak tu suka bising-bising kalau tau aku takde baju. so terjaga la sikit hal-hal pakaian nih. heh!!
Prologue to Misadvanture of Tok Ghimau

papaku pulang dari kerja
papaku belikan senjata
senjata kecil mabuk darah
boleh kutembak cikgu sekolah

Friday, January 18, 2002

sebelum ni aku ada mention pasal sites irda ke? biarpun sites ni sebenarnya banyak kekurangan tapi aku cukup suka baca ruangan tips dia.
kalau irda boleh kemaskan lagi sites dia, aku rasa ramai yang akan datang. nak-nak lagi kalau dia taruk sekali journal ke. heh heh heh!!
anyway, kepada yang bujang-bujang tu leh la singgah. ehem ehem!!! takkan tu pun aku nak kena cakap?

Thursday, January 17, 2002

terima kasih pada spyz sekeluarga, mie, nett, rudy, pikor, encik khairul dan nik kerana sudi memeriahkan open house kitorang. tak lupa gak, terima kasih teramat sangat kepada fajar (Tetamu Jemputan Khas) yang ikut sama bertandang. engkorang ni antara top list yang akan dijemput kengkalau kitorang buat open house lagi. insya'Allah. kepada anakanda, cik easy dan lelain yang takleh/ tak sudi datang aku harap engkorang sudi la datang di masa depan ni eh? ehek ehek!!
takleh update lagi. aku busy lak nih.
lagipun internet access dua hari lagi baru ok. sekarang aku kat gombak, curi-curi update. heh!!!

Sunday, January 13, 2002

ntah kenapa la... susah sangat aku nak log in yahoomail. tapi aku rasa internet dalam sehari dua ni cam susah nak surfing. ko cuba la masuk mana-mana geng journal yang pakai URL redirection services. kengkadang guestbook pun takleh sign. terutamanya guestbook lycos. dan aku tensen sebab aku takleh masuk geocities. tripod pun kejap ok kejap tak ok. cam blogger, nasib baik hari ni senang je nak update. danchan out terus!! tak dapat la aku baca journal tok ghimau dan kak hart.
anyway, banyak yang aku tak cerita semenjak dua menjak ni kan? apa perkembangan terbaru aku? ntah la, tetiba je rasa takde mood nak tulis kat sini. heh!!
aku letih sebenarnya. aku tak biasa kerja opis. time opis biasa la. pagi kena keluar, petang balik. kenapa diorang takmo buat shift hah? aku lebih suka kerja shift sebab leh tukar-tukar time kerja. kengkadang orang balik kerja kita baru nak gi kerja. erk.. ceh... cam sajak yang encik khairul post semalam.
benda lain yang aku nak cakap: aku sedar sites aku ni dah turun rating dia. aku tak salahkan sesiapa yang dah takmo ke mari sebab semenjak dua ni memang aku cam takde idea. kengkadang idea ada tapi mood aku je takde. apa-apa pun sebenarnya aku dah semakin sibuk. jangan terperanjat kalau journal aku ni dari hari ke sehari akan semakin membosankan. bukan aku gilakan glamer pun. sebenarnya aku agak disappointed ngan diri aku sendiri sebab kalau aku tak boleh bercerita apa yang tinggal ngan aku nih? cam pelukis kehilangan warna atau penyanyi kehilangan suara. zero. nihil. kosong. apa yang aku rasa sekarang ni cam ada satu ruang kosong dalam hati aku nih. satu ruang yang tak boleh penuh diisi walau dengan gunung himalaya sekalipun. satu rasa dahaga yang tidak boleh dihilangkan oleh tujuh lautan sekalipun.
mungkin aku terpaksa mereka satu drama untuk menaikkan balik rating sites aku nih. contohnya buat drama tembak-tembak, atau yang lebih bercorak militan. hark hark hark!!!
kalau ko rasa bosan ko leh gi tengok look and feel new media. aku terjumpa lama dulu. antara sites yang aku selalu pergi kalau bosan sebab flash yang diorang buat tu agak kelakar gak la. lebih menghiburkan dari dulu. kalau tak caya boleh tengok sendiri.

Saturday, January 12, 2002

journal MAS M.Y. kemas dan menarik. cuma menu yang dia pakai aku tak berapa berkenan. susah nak navigate. kalau dia tukar cam yang cik daun pakai pun wokeh.
jemputan last round. geng jernel semua dijemput hadir esok kat rumah borg. tengok betul-betul peta tuh.
untuk direction tengok sini!!!
yang aku tak tulis kat guestbook korang tu bukan aku tak jemput. tapi bila jemput last minute ni memacam hal la plak jadi. tripod punya guestbook buat hal semalam. blogger pun buat hal semalam. geocities dan yahoo langsung out.

Thursday, January 10, 2002

aku boleh post je tapi BLOGGER tak kasi aku publish. heh heh heh!! kalau korang dapat baca message ni maknanya dah boleh publish.

Wednesday, January 09, 2002

ni peta close up. Stesen LRT Bandar Tun Razak tu dekat-dekat ngan Flat Sri Kota. Cuba cari jalan ikhlas. kalau jumpa, terus je ikut jalan tu sampai ke atas kira nak dekat la ngan rumah mak borg tuh. jalan ikhlas tu laluan bas 123 gak. kalau naik 123 tu tengok-tengok la BP. bas akan lalu padang dan tapak semaian baharum. kat atas bukit tu ada flat yang tak siap lagi. depan BP tu ada bus stop. bersedia untuk tekan loceng. bas stop first kat madrasah. bas stop kedua kat kilang Ramli Burger. tekan loceng dan turun kat bus stop ketiga. tu turun kawasan pasar.
kalau sesat you're free to call.
tak tau camne nak gi ke open house kitorang? gi tengok peta nih. aku sedar peta ni tak details sangat dan tak tunjuk kat mana rumah tu secara tepat. nanti kitorang siapkan peta close up. kitorang akan lukis dari simpang jek. aku harap ko buat peta yang first tu sebagai panduan dari jalan utama menuju ke bandar tun razak dan peta kedua (dalam pembikinan) sebagai panduan untuk jalan masuk ke rumah. wokeh? paling lambat esok atau mungkin malam ni aku postkan peta kedua tuh. worait?
open house jadik weiiii... meh la meramaikan majlis. bila lagi korang nak beraya kat rumah mak mertua aku borg. kaezrin dan pikor aku jemput korang la nih. nak bawak boipren/awek korang pun takpe.
aku tak terima sebarang call so aku rasa korang tahu kat mana tempat tu. tapi kalau sesat leh call aku. cuba cari no phone aku kat invitation yang pertama tuh.
turut mengundang borg sekeluarga...

Monday, January 07, 2002

letih la nak bercerita hari nih. heh heh heh!!! tapi semuanya berjalan lancar. aku tengah belajar menyesuaikan diri.
anyway, kalau ada sesiapa yang terre gunakan AutoCAD untuk buat peta dan minat mengajar ada kerja kosong untuk korang. freelancer diutamakan sebab besar berkemungkinan kena travel. kerja ni contract jek. kalau sesiapa yang ada kat utara pun boleh memohon. ni iklan betul ni bukan memain.
sesiapa yang berminat boleh isi borang kat sini.
sekian terima kasih.

Sunday, January 06, 2002

aku terkedu kejap. aku baca journal nett baru aku sedar mie accident. mintak ampun, mintak maap. aku harap ko cepat sembuh.
terima kasih pada spyz dan cik easy atas ucapan tahniah tuh. dan kepada nett terima kasih gak sebab nak tolong bayarkan carikan rumah/bilik sewa untuk aku. tapi kalau aku boleh pindah pun mungkin dalam 2 bulan lagi sebab tak cukup duit lagi nak bayar sewa. heh!!!
erk... dan zairi buat aku pening sekejap ngan komen dia. teringat plak aku ngan citerr oedipus. dalam citerrr tu dia main teka-teki ngan sphinx yang bertanya: apa binatang di waktu pagi berkaki empat, di waktu tengahari berkaki dua dan di waktu petang berkaki tiga? haiiiyaakkkk!!!! pipET buat aku lagi pening. apakebenda yang ko cakap nih? nak kata falsafah bukan falsafah. hark hark hark!!! ye betul, sekali ombak menghempas, sekali pantai berubah.
site erni pun okeh gak kalau korang nak gi melawat. comel anak-anak dia tuh. ;) thank you for dropping by and signing my guestbook.
terima kasih gak pada dona. ye semoga pencapaian kita semua untuk tahun ni lebih memberangsangkan dari tahun lepas. amin.
last sekali kepada kak hart terima kasih sudi beraya ke rumah kita. erk... kalau mak nak harapkan cucu pertama dari kitorang ni memang la lambat sebab kitorang pun masih merancang-rancang lagi. tapi takpe la, adik-adik aku leh usahakan. ;p
ye terima kasih sekali lagi dan terima kasih kepada semua.
panas!! panas!! sites 18SX. jepun, omputih, arab, melayu? cakap je apa ko nak. semuanya ko boleh dapat kat sini. jom tengok!!!
guess what? it works!!! yeahhh!!!!! i know i can do it!
lepas ni kalau ada orang yang nak hantar e-mail kat aku pun takyah susah-susah buka e-mail korang. buka jek menatang ni pastu tulis la apa yang korang nak tulis pastu terus je submit. tak lama lepas tu, insya'Allah aku akan dapat.
kalau ada la... takkan aku nak paksa plak kalau korang takmo tulis e-mail kat aku?!
aku dah jumpa interest baru. berminat plak nak belajar pasal cgi. apakebenda tuh? ntah la aku pun tak faham lagi. hark hark hark!!!
tapi geocities tak support cgi. terpaksa la aku register account baru kat tripod. heh!!! aku takut gak aku ni hangat-hangat taik ayam.
bukan nak lawan ultoroj0. dia tu pakai php. lagi aku tak faham. heh!!
anyway, dia dah buka dia punya website balik. gi la weii!!!!
erk... balik citerr pasal cgi tadi. aku pun belajar ni pun bukan sebab nak faham sampai leh tulis cgi scripts sendiri. cukup la untuk aku tahu pakai.
ni semua gara-gara email-form aku. memula dulu sempoi je aku setup. tu sebab aku tiru mat jan punya respon yang dulu-dulu. tapi masalahnya panjang la plak iklan dia tuh. sekarang ni pun dia dah tukar respon baru. dia suggest gak suruh pakai signmyguestbook sebab leh customize. tapi aku plak tak berapa berkenan. tapi aku dah register dah.
sekarang ni bila aku revert pakai geocities punya mail form cam hampeh sebab sesetengah comments aku dapat lagi lambat, kengkadang terus tak dapat langsung. mungkin aku dah salah configure kot? anyway, tu pun aku tak berapa berkenan.
wish me luck, guys!!

Saturday, January 05, 2002

aku cemas betul.
aku nak mula kerja kat tempat baru isnin nih. satu sebab aku takut ialah aku tak biasa kerja opis. dan satu lagi, aku masih liat nak bangun awal. ntah berapa tebal kulit babi aku dah pakai. selalunya kalau aku takmo miss solat subuh aku terus tak tidur. tapi siapa tahan kalau tak tidur malam tiap-tiap hari? sebab kalau pun aku tak tidur malam selalunya lepas solat subuh mesti aku tidur kejap dan bangun kul 9 atau 10 pagi.
biological clock aku dah lari sangat nih. kalau takde orang kejutkan memang hampeh. masa kat rumah tu hari pun, mak aku rajin kejut aku solat subuh tu yang aku leh bangun. tapi lepas tu mesti nak tidur balik.
tempat kerja baru ni jauh plak tuh. kat gombak. kalau nak pergi ke sana, aku kena gi stesen LRT STAR sungai besi untuk ke masjid jamek dan pastu tukar plak Putra dan turun kat terminal Putra. masa perjalanan lebih kurang sejam 20 minit. tu tak campur lagi masa perjalanan naik shuttle bas untuk sampai ke dalam. huish huish!!! tu kalau bas tu sampai on time. kalau bas tu lambat? takkan aku nak menapak ke dalam? wuiiyooooo! jauh tuh!!!!
dan aku dah mula terbayangkan kesesakan kat terminal masjid jamek tu di waktu pagi. tak campur lagi sesak di terminal KLCC yang kalau dapat masuk train pun, dah tentu takleh nak berdiri ngan betul. tu sesak kul 8 pagi tu. huish huish!!!
option yang aku ada, aku kena cari bilik ke rumah kat area gombak tu kalau nak senang. tapi masalah utamanya mana nak korek duit buat bayar sewa 2+1?
opis mula kul 9 pagi. aku takut tak sempat sampai on time on the first day of work. hampeh betul. takkan first day dah nak kena sembur? heh!! maut betul nih.
kalau sehari dua mungkin aku boleh tahan. tapi aku takut kalau tak sampai seminggu aku terus out. heh!!! tapi apa-apa pun aku harap sangat biological clock aku akan ikut time-table baru nih.
kronik kan aku nih?

Friday, January 04, 2002

masa kecoh-kecoh pasal harga persahabatan dulu. aku pernah terbaca satu komen dari geng jernel yang bunyinya lebih kurang, "kawan tak berubah, walau masa berubah". aku tak ingat plak sapa dia tuh. tapi aku sebenarnya tak berapa setuju sebab beberapa malam lepas ada sorang kawan citerr nangish-nangish pasal sorang makhluk Allah yang dia anggap kawan baik. 15 tahun kenal. dari sekolah sampai masuk U yang sama. masa kat U pun masih gak tak berubah. tapi bila kat negeri orang, tanduk pun boleh tumbuh. takyah aku citerr lanjut, cuma cukup la aku cakap: manusia boleh berubah.
katakan A tu kawan baik ko, kalau ikut analogi logiknya:-
manusia boleh berubah,
A manusia,
jadi A boleh berubah.

heh! tapi kalau nak citerr pasal analogi logik nih kelakar gak. contohnya:-
Kambing kaki empat,
Rimau kaki empat,
so adakah rimau itu kambing?

erk.. camne leh termasuk citerr kambing lak nih?
balik pada citerr aku tadi, walaupun kambing kawan tu dah berbelas tahun ko kenal, tak mustahil satu hari nanti dia akan berubah. percaya la cakap aku. kalau dulu, mungkin dia nampak warak ngan janggut dan serban tapi tak mustahil 10 tahun kemudian dia boleh dihukum penjara sebab memilih child-molester sebagai kerjaya dia? dan tak mustahil gak, kawan yang sama-sama huha-huha masa sekolah dulu, kini dah jadi bisnesman yang berjaya plak dan berborak soal-soal yang serious dan membosankan jek? betul tak?
erk.. tapi tak mustahil gak, apa yang dia maksudkan ngan: "kawan tak berubah, walau masa berubah" ialah manusia yang berubah mengikut masa tak boleh dianggap sebagai kawan? kalau camtu, berapa jangkamasa yang sesuai untuk kita nak anggap seseorang tu sebagai kawan? 5 tahun? 10 tahun? 20 tahun?
so aku ingatkan diri aku sendiri dan kengkawan aku semua, baik-baik la berkawan. tak mustahil kawan yang ada sekeliling kita ni berubah jadi musuh yang paling kejam masa depan. i know coz i've been there before. take care of yourself, constant reader.
haiyakkkkk!!!! tinggi betul imaginasi cikgu midad ngan tok ghimau. kitorang baru jemput gi open house kat rumah mak bapak borg. tapi aku lupa nak padamkan rumah pengantin pompuan kat peta tuh. heh heh heh!!!
come on la tok, aku rasa kalau aku nak kahwin ko mungkin geng jernel yang first yang akan aku bagitau. insya'Allah. kalau tak, siapa yang nak jadi tok khadi bestman aku? hark hark hark!!!
sebenarnya aku plan gak nak tengok-tengok duit untuk kahwin tahun nih. hari yang kitorang pilih kalau jadi tahun nih ialah 20/02/2002. tapi kalau semak balance dalam buku-buku bank aku rasanya cukup-cukup untuk amik lesen memandu dan gi honeymoon kat maldives kursus perkahwinan jek. ahaks. ceh!!! malu aku nak citerr kat korang ni sebenarnya.
terpaksa la kitorang tengok tarikh lain yang sesuai tahun depan contohnya cam 20/03/2003 plak ke? heh!!! takpe takpe. nanti kalau aku jadi, aku jemput korang semua eh? ultrojO leh jadi driver aku. kui kui kui!!!!
ceh... baru citerr pasal dia sekali tutup la plak. aku harap dia boleh buka sites dia balik. uwaaaaaaaaargg!!! uwaarghh!!! buka la weiii!!! apa nih? camne geng-geng johor nak mengganas? tak besh la camni!!
erk... bila tengok gambo raya tok ghimau, aku baru teringat yang kak hart pun sebenarnya beraya gak ngan rumah aku. ceh!!! lupa nak mention. tima kasih akak kerana menjayakan rayathon 2002 bersama tok.

Thursday, January 03, 2002

ehem.. ehem.... ni kitorang nak jemput ke majlis perkahwinan open house kitorang pada 13hb Januari 2002 kat rumah mak bapak pengantin pompuan borg kat No 24, Jalan Mewah 3, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. korang tak tau kat mana tempat nih? ni aku dah siapkan peta. sori la kalau buruk sangat. aku dan pengantin pompuan borg lukis pakai paint jek. hark hark hark!!!
kitorang ingat nak buat competition cam treasure hunt tuh. geng jernel yang sampai dulu akan dapat hadiah. tapi sori la sekarang ni budget tight sikit. semua hadiah terpaksa stop dulu. erk...kalau sesat, korang boleh call aku kat 016-2186612.
kalau sesiapa yang bawak kereta tu ada masalah sikit pasal parking. tapi jangan susah adik beradik borg bersedia tunjukkan kat mana nak parking sebab kalau nak parking depan rumah memang takleh sebab jalan sempit bebenor. tak sesuai nak parking situ.
kalau nak naik bas senang sikit. leh naik bas 123 atau 122. tapi call aku dulu kalau tak tau nak turun kat mana. kalau LRT jauh la maleh aku tunjukkan camne nak datang dari stesen. heh!!!!
majlis mula kul 12 tengahari dan abis kul 7 malam. datang la dalam time tuh eh? semua geng dijemput hadir.
datang jangan tak datang!!!

Wednesday, January 02, 2002

aku baca journal tok ghimau, aku terjumpa link ke Menu Bingkai Diri.
best sebab ada beberapa cerpen. aku tak baca abis lagi tapi aku nak promote gak sites ni sebab penulis journal ni sorang yang cukup berbakat dan aku gembira dengan penerjunannya dalam arena perjurnalan kerana akan menambahkan lagi bacaan yang bermutu. selain tu gak, aku berharap sangat kehadirannya akan lebih memeriahkan lagi geng jurnal.
Welcome aboard!!

Tuesday, January 01, 2002

aku dah lupa camne nak repair komputer tu. hampeh betul la. tapi rasanya aku kena try set-up system balik. tapi tu pun kena pasang CD-ROM dulu. nanti la aku buat.
aku sampai pagi semalam. dari JB kul 12 malam. permegian aku tak diiringi dengan air mata mahupun hujan gerimis hatta gerhana bulan sekalipun. aku selamat sampai kat KL lebih kurang kul 5 pagi.
"macam bercinta ngan budak sekolah", kata borg bila tengok aku berambut gonjeng dan tak berjanggut. nak buat camne? kalau aku tak potong rambut camne nak gi interview kerja baru? heh!!
aku ingat takmo gi kedai gunting dan gunting sendiri jek pakai mesin. mesin potong rumput gunting rambut pun aku dah beli. aku tak abis gunting lagi, tok ghimau dan keluarga datang beraya. aku tak salahkan dia. aku yang tak senonoh. dah tau orang nak datang beraya, ada ke aku gi gunting rambut kat belakang? lain la kalau aku gi kedai, senonoh la gak. ni aku gunting sendiri. aku harap tok ghimau tak kecik hati. mintak maap eh tok, anak cucu tumpang belajar. hark hark hark!!! tima kasih datang beraya.
anyway, lepas tok ghimau sambung rayathon dia, aku gi kedai gunting nak trim rambut aku. resultnya, jigondrong bertukar jadi jigonjeng. kui kui kui!!!!
kalau dulu masa rambut panjang sekali siram air kat kepala, muka mesti lambat basah. tapi kali nih, sekali siram je jangan kata kepala, muka aku pun abis basah. senang sikit kalau nak mandi wajib. hark hark hark!!!!
alhamdulillah! akhirnya aku pun lulus interview tu. isnin depan leh start kelija. tapi kerja ni kontrak dulu 2 bulan. kalau dalam tempoh ni aku perform well, cerah masa depan aku diserapkan jadi permanent staff. terima kasih atas sokongan kengkawan semua. i lap u all bebeh.
malam semalam aku gi shopping sebab lemari baju aku penuh ngan t-shirt dan jeans jek. gi shopping semalam dapat la dua tiga lai baju.
selamat tahun baru kepada semua. azam tahun ni sama ke ngan sama azam tahun lepas?
nanti la aku update. banyak kerja plak kat sini. nak mandi dulu pastu nak gi tengok komputer yang rosak tu kengkalau aku leh repair. see ya later!