Monday, March 29, 2004

Thursday, March 25, 2004

kita dengar lihat apa kata pembaca lain?
* edited and approved by AMT (Anarkis Melayu Terakhir)

Mat Jan: Orang kita masih bangang untuk berpolitik secara matang. Taksub parti gila babi nak mampos. Aku meluat dan menyampah (dan sedih jugak) tengok orang bertekak pasal PARTI, macam yang berlaku di doodleboard Tok R. Itu indikasi kebodohan orang melayu. Cina DAP dan Cina MCA tak bertekak pasal PARTI macam orang kita.

Bunga-bunga bertekak PARTI cuba untuk mekar di kotak respon aku, catatan 23 Mac 2004. Aku menyampah, lalu aku nyanyi lagu ABOI: [nyanyi] mari mari semua kita gumbiraaa.... buat apa gaduh-gaduh sama kitaaa... malaysia kita ini kecik aja.... kalau semua gaduh sapa nak jagaaa??? [/nyanyi] keadaan reda sedikit. Pun begitu masih ada yang tak paham, dan dua respon bertekak pasal PARTI datang lagi.

Bila nak matang ni, Melayu?!!

Spyz: Politik Melayu politik emosi/dendam, politik Cina politik strategi.

Kenapa penang ada dua parti Cina yang sama-sama kuat sedangkan kedua-duanya adalah anggota BN (satu pihak jadi pemerintah negeri, satu pihak lagi jadi pembangkang dalam negeri - tapi sekarang dah nak bergabunglah plak..) dan ditambah plak lagi kenapa DAP boleh menang di sana?

Ini politik strategi.

Depa tau, kerajaan macam mana sekalipun orang Melayu yg akan pegang (tengoklah pembahagian kerusi parlimen tu.. UMNO punya berapa kerusi..). Orang Cina bila ada benda yang tak setuju dgn kerajaan (baca: Melayu), depa akan cucuk salah satu parti Cina tadi untuk suarakan. Kalau dua-dua tak boleh, depa suruh DAP.

Kerajaan BN yang takut hilang sokongan Cina ni, nak tak nak terpaksa tunaikan.

Sekarang, siapa yang untung? Dah tentu kaum depa jugak. Bukan itu aje. Depa ada NGO (tapi bersifat politik) yang kuat. Masih ingat isu Suqiu? Masih ingat isu Sekolah Wawasan? Inilah yang depa gunakan utk 'mengugut' kerajaan..

Tapi berbeza dengan Melayu. Seboleh-bolehnya nak bagi berkubur terus parti Melayu yang satu lagi. Akhirnya siapa yang rugi? Perkara inilah yang ramai orang Melayu tak faham. Bak kata pepatah 'bagai alu bergaduh dengan lesung, kelekung kelekang, beras tumpah, ayam jugak yang untung.'

Kita ambik contoh, kenapa depa pilih lksiang (you know who) & ksingh (you know who) padahal depa berdua ni dah confirm bukan boleh jadi kerajaan yang memerintah pun. berapa kerat kerusi sangat parti depa bertanding. Tapi depa pilih juga, sebab depa tau dua orang ni boleh membawa kepentingan depa ke depan.

Contoh lain, Bukit Bintang tu kawasan paling maju dalam KL ni tapi kenapa depa pilih pembangkang? Pelik kan?? Depa tak takut ke pembangunan kat situ kena sekat ka??. Tak!! Depa tak pikir camtu. Depa tau. Kalah ka, menang ka, dua-dua dari kaum depa jugak. Kalau MCA tak buat keja, depa pakat pilih DAP. MCA nak menang balik depa kena keja bebetul untuk rampas, akhirnya siapa yang untung? Kaum depa juga.

Cuba kawasan Melayu buat lagu tu. Mampuih hang lah kena pinggirkan.

Itu pasai aku kata politik Melayu ni politik dendam.

Tuesday, March 23, 2004

sudah gaharu, cendana pula

UMNO sibuk mengetuai BN untuk menafikan kekuasaan PAS di Terengganu dan Kelantan. segala keringat dan kudrat kini sudah terbalas.

dan yang menjadi jenakanya, Haji Hadi sudah melewati 'tarikh luput' sebagai ketua pembangkang. tempatnya kini diambil alih oleh, tidak lain dan tidak bukan, Lim Kit Siang. siapa pula menyangka Perak akan tergoda dengan rayuan DAP?

aku bukan mahu mengapikan isu perkauman. politik hanya untuk orang melayu sudah tidak relevan lagi, walaupun perang di doodleboard ini seakan menidakkannya. dan sudah semestinya bila kita sebut Melayu, pasti terasa janggal kalau isu Islam dicicirkan dari perbincangan. Progresif? Fanatisme?

politik Malaysia hari ini lebih memecah belahkan umat Melayu. sama juga seperti isu kemerdekaan dahulu juga tidak pernah menyatukan Melayu.

politik Malaysia hari ini menjadi puncak paradoks bila kita perlu mengatakan, "Islam menggalakkan perpaduan". Politik Malaysia dan Islam tidak serasi. Islam sudah menjadi penolak untuk umat Melayu bersatu-padu bila berpolitik.

Saturday, March 20, 2004

The Farmer and the Snake (a tale of choices & accountability)

The weather was getting cold. The farmer was worried about his sheep in the high pastures. Wrapping his wool cloak tightly about himself, he braved the wind and climbed the steep path. As he started back down the path, hurrying to get into his warm house, the farmer saw a snake lying across the path.

"Pleeeeessssssse help me," said the snake. "I am freezing. Pleeeeeeese take me down into the valley where it is warmer."

"I'm no dummy," said the farmer. "I know who you are. You are a rattlesnake. If I pick you up, you will poison me."

"Oh, no," said the snake. "I would not do that. I promisssssse that if you carry me down the mountain I will not bite you. You and your children will be ssssssafe from me and my kind from thisssss day forward."

The farmer had compassion on the snake and he picked the snake up and put it under his cloak. He carried it down into the valley and lay it down upon the ground. As the snake began to warm, he began to slither and move. He coiled up and struck, biting the farmer in the leg.

"Ow! You promised me that you would not bite me," cried the farmer.

"Ah," said the snake, "ssssso I did. But you knew what I was when you picked me up."

Wednesday, March 17, 2004

come out! come out! wherever you are!!

kau boleh jumpa Nurul Izzah (1189) di guestbook aku.

"hangattt seh... Aku belum berkesempatan nak mentafsir kata-kata implicit kau, spyz and etc. Just baca sambil lalu sambil senyum2. Tapi sepatah haram tak paham. Maklomla lembab, tak cerdas cam azalina kegemaran u all semua. Boleh tak boleh, cita2 dan harapan aku satu je. BN + PAS bersatu merancang agenda yg lebih baik. Keseimbangan dari semua segi. Aku kagum kau punyai byk masa terluang tuk berhujah disini... menjadikan jurnal ko panas sampai terkategori dalam kategori seks tepi tangga. :) slamat memangkah. [benci konsep memangkah. Orang buat la tanda 'rite'. Pangkah bila salah. Budus]."

secara ikhlas aku katakan, komen Nurul Izzah ni agak menjengkelkan juga. aku tak paham kenapa orang yang tak paham apa yang aku tulis masih juga mahu gatal-gatal tangan menurunkan komen. entah macam mana, nama hishamudin rais yang selalu aku sebut, tapi boleh terkeluar pula nama si azalina. tertukar jantina agaknya? pakai nama Nurul Izzah (puteri reformasi) tapi bercerita tentang gabungan PAS dan UMNO. hmm.. menarik tu.

bandingkan pula dengan komen Queen (254) di guestbook spyz

"Amboiiii mementang dah dekat nak election, rajin sungggguh dia update. Selalu nak update sekali pun, bermisai menanti.. semangat sungguh =).

"Feninn aaa entry bersimpul2. Kami budak2 sekolah ni payahnya nak tafsir apa yg tersurat tersirat =). Ni nak numpang tanya, maklomle pestime nak memangkah. Agak2 mengundi kerna parti atau calon lebih effisien? sebab calon parti A kat DUN saya ni, dah kompem2 mmg hampeh + suka kabut duit rakyat. Disaat2 begini perlukah kita setia pd parti tuk membentuk kerajaan ? fenin + moskil. Kalau saya tanda 'rite' pd kotak calon, kenapa plak batal? Saya selalu tanda buku budak sekolah pangkah bila salah. Jgn tak tau, parti A kawasan saya mencula undi pd orang2 tua dgn issue gini lah. Ada sorang makcik dok bebel2 benci parti A. "makcik tak suka parti A ye? makcik pangkah je kat tempat A tu". Diorang dah tipu makcik tu. Sebab tu jgn melawan kebiasaan...

"Saya nak jadi PACA parti B, tapi saya takut GB saya berentikan saya dari profession keguruan :("


nampak persamaannya? adakah perbezaannya? sila amati nada dan isi? perhatikan psikologi penulis dan lenggok bahasa keduanya? aku bukan nak menghukum, cuma mencari kebenaran.

jangan bimbang, aku bukan stalker. aku tidak peduli jika kau mahu mengaku bersalah atau mengaku tidak salah. malah jika kau tidak mahu mengaku salah pun tidak ada bezanya.

take care beb, whoever you are!! semoga Allah ampunkan dosa kita semua.

akulah mamalia
akulah yang mulia
akulah yang utama
Francis Ford Coppola

Monday, March 15, 2004

marah kucing, sindir isteri

aku rasa kau sudah terlalu biasa dengan peribahasa pukul/marah anak, sindir menantu.

semalam aku terjumpa satu lagi variasi untuk peribahasa di atas.

"heii! diamlah! memekak je, aku campak kau dari tingkat 5 baru tau!!" aku memarahi Lucky yang tak berhenti-henti mengiau hingga kepala otak aku yang memang sedia serabut bertambah rungsing.

tiba-tiba isteri aku menegur, "awak ni marah Lucky ke marah kita?"

ooops!!

nasib baik, malam tadi aku tak terpaksa temankan Lucky tidur kat dapur.

Sunday, March 14, 2004

whoa!!

Saturday, March 13, 2004

I found these in Aliran.

"I swore never to be silent whenever human beings endure suffering and humiliation. We must always take sides. Neutrality helps the oppressor, never the victim. Silence encourages the tormentor, never the tormented."
- Elie Weisel

"You have to do the right thing. It may not be in your power; maybe not in your time, that there'll be any fruit. But that doesn't mean you stop doing the right thing. You may never know what results come from your action. But if you do nothing, there will be no result..."
- Mahatma Gandhi

Friday, March 12, 2004

pilihan boleh jalan, aku nak beraya!

Spyz: Bukan syubahat tapi.. kalau tak ada pilihan lain.. pilih yang paling kurang mudharatnya..

Orang yang menarik balik kata-katanya (ralat) adalah lebih baik dari yang memadam terus..

Oleh sebab kau masih tak mau ngundi.. entry 'berpihaklah bla bla bla..' tu aku tujukan untuk kau.. jawab.. and be realistic..

Kau telah meletakkan 'dinding' pada diri kau kalau melabelkan diri kau sendiri.. pilih 'kebenaran'..

Cukup tak teguran ni?? :)

Miss tOKSIK too :(

Aku: Alluz comrade!! (cam Hishamudin Rais la plak bunyinya! heh!!) Panjang la pulak kau tegur aku. :D Tapi terima kasih banyak sebab tegur.

Aku tak rasa aku mampu jawab segalanya dengan sekali hayun. Dan aku rasa aku boleh abaikan bahagian sindir-sindiran tu. ehem.. ehem... walaubagaimanapun, aku nak tujukan entry "keris" untuk kau. Manalah tau, boleh digunapakai.

Berbanyak terima kasih atas dedikasi entry: "berpihaklah! Ditakuti, dengan tidak berpihak, kamu memenangkan si zalim".

Secara realistiknya, aku rasa kita hidup dalam zaman yang sukar. Untuk timbang-timbang yang mana paling kurang mudharatnya dan yang lebih manfaatnya pun tidak semudah yang disangka.

Apa definisi 'mudharat'? Apa definisi 'manfaat'? Pada siapa 'mudharat' dan 'manfaat' patut diambil kira? Pada diri sendiri? Keluarga? Agama? Bangsa? Negara? Ubat bagi aku, mungkin racun bagi orang lain. Daging bagi kau, mungkin hempedu bagi aku.

Itu belum diambil kira lagi faktor masa. 'Mudharat' dan 'manfaat' jangka masa panjang dan jangka masa pendek.

Tapi setelah direnung-renung, aku bersetuju dengan kau yang kita sepatutnya mengundi. Mengundi untuk berpihak pada 'setan yang kurang sikit jahatnya'.

Ok. Katakanlah aku mengambil keputusan untuk mengundi PAS dan ditakdirkan PAS menang besar dan menjadi pemerintah. Apa kesannya dalam jangka masa panjang? Apa akan jadi pada kestabilan serantau? Adakah tidak ada kemungkinan musuh-musuh Islam dari luar akan mengambil kesempatan dengan mengaitkan negara kita dengan keganasan antarabangsa?

Aku tidak menuduh PAS atau Islam punca keganasan. Tapi kemungkinan US untuk menjadikan kita sebagai satu lagi domino tetap ada. Sedangkan di bawah UMNO/BN pun kemungkinan itu sudah ada, apatah lagi jika PAS yang memerintah?

Mungkin aku tidak adil jika mengadili PAS atas sesuatu yang tidak pernah terjadi. Tapi dapatkah PAS berdiplomasi di peringkat antarabangsa jika dilihat pada rekod di dalam negara?!

Ok. Kemungkinan kedua. Katakanlah aku mengundi UMNO dan ditakdirkan mereka menang lagi di mana akhirnya kestabilan serantau dapat dijaga dan kurangnya kemungkinan kita untuk dikaitkan dengan keganasan antarabangsa. Tapi dari segi lain, mungkin Islam dapat subur tanpa penjajahan luar (aku cuma sentuh penjajahan bentuk fizikal bukan mental dan spritual). Tapi mungkin juga Islam terus layu dan tersekat-sekat di bumi yang kononnya menganggungkan Islam sebagai agama rasmi. Islam mungkin akan terus tergadai atas nama integrasi rakyat berbilang kaum dan agama.

Manfaatnya, mungkin Islam dapat berkembang tanpa penjajahan luar. Mudharatnya, mungkin Islam tidak dapat diamalkan secara total.

Dalam rukun negara pun yang pertama kali disebut ialah, "Kepercayaan kepada Tuhan". Maknanya, kalau seseorang itu atheis atau tidak percaya kepada Tuhan, dia boleh dianggap tidak menghormati negara. Tapi bagaimana pula dengan orang yang keluar dari Islam dan masuk dalam agama yang percaya Tuhan itu ada tiga atau lebih?!

Aku percaya PAS berusaha keras untuk menggubal undang-undang yang membolehkan mereka mengambil tindakan atas orang murtad. Tapi di mana pula proses pencegahannya? Di mana pula proses penyembuhannya? Apakah usaha yang dijalankan untuk mengembalikan iman pada si murtad?

Satu sikap yang aku benci dalam masyarakat Malaysia ialah budaya prejudgmental. Kita lebih mudah menghukum. Kalau tidak tertulis dalam undang-undang pun, kita sebenarnya memang suka menghukum. Tak banyak dari kita yang cuba memahami. Kenapa orang murtad? Dan apa yang perlu dibuat agar orang tidak murtad? Itu sebenarnya antara soalan-soalan yang perlu diselidiki dan dicari jawapannya.

Dan apakah UMNO pula dengan tidak menggubal undang-undang ke atas orang murtad telah bersikap sambil lewa? Tidak adakah usaha mereka selama ini untuk menyelamatkan Muslim lain dari terjerumus menjadi murtad?

Aku tau satu undi juga bernilai. Mana tau, dengan takdir Tuhan, satu undi memenangkan si zalim. Dan aku mahu berpihak, tapi aku takut kalau berpihak, aku pula menjadi zalim.

Bukan kau tak tau, tong undi kita kadang-kadang ada magiknya sendiri. Satu undi, kadang-kadang boleh beranak jadi tiga atau empat undi.

Aku rasa kau pernah dengar aliran 'pointilism' dalam lukisan. Lukisan pointilism ni selalunya berasaskan titik-titik kecil. Kalau dilihat dari dekat kau cuma akan nampak titik-titik. Kalau nak nampak apa yang dilukisnya, kau kena berdiri jauh dan melihat seluruh kanvas.

Ada orang buta tapi dia nampak. Ada orang celik tapi dia tak nampak.

Aku rasa aku masih belum mampu melihat seluruh kanvas. Dan aku tau, jawapan aku tak cukup kental. Jom turun minum, kita boleh sembang panjang.

It's almost impossible for me to be realistic. Most of the time, I tend to become more unrealistically realistic (or is it realistically unrealistic?)

Ok! I'm not adorably insane. I'm just insane. And am not miserably happy. I'm just miserable. Please help me, God!!

Ceqtie: :) gi la ngundi

Aku: Di manakah kebebasan bersuara (atau dalam kes aku: kebebasan untuk tidak bersuara)?! Satu undi adalah satu suara. Dan aku telah mengambil keputusan untuk tidak mengundi dan ia patut diambil kira sebagai satu bentuk protes dalam bentuk senyap.

It's normal la beb. Aku selalu juga memprotes dengan senyap. Wanna hear more about it?

Seperti dalam kes "aku pilih B sebab aku tak suka A" adalah berbeza dengan "aku pilih B sebab aku suka B", dengan tidak mengundi juga bukan bermakna aku tidak endah atas pertukaran atau pengekalan kuasa. It's not that I don't make a decision. I do. I already made a decision, and I guess it's final.

I decide not to decide. I choose not to choose. It's a free country, ain't it?

You may say I'm a dreamer,
but I'm not the only one,
I hope some day you'll join us,
And the world will live as one


Tok Rimau: Apa tukar-tukar pendapat ni? Ralat? Kena tegur sikit dah hilang taring. Tak anarkis la cenggini.

Aku: Let me get it straight. Aku belum kena tegur oleh sesiapa lagi. Siapalah yang sudi tegur aku ni?

Siapakah yang sudi,
menghulurkan simpati kepada nasib ku ini?
Agar dapat ku rasa nikmat di Hari Raya
seperti insan yang lain


Kalau aku sesat, terpaksalah pandai-pandai cari jalan sendiri. Kalau tak jumpa jalan yang betul, sampai matilah aku tersesat. Dulu masa ada tOKSIK rajin juga dia tegur-tegur aku. Tapi sekarang... uhuk uhuk!! uwaaa!!

I guess, I'm still an anarchist (tengok betul-betul: anarchist bukan anti-christ!!).

Anarkis walaupun sebenarnya impikan kehidupan tanpa kongkongan undang-undang tapi tetap juga mahu hidup dengan aman damai. Walaupun tidak mahukan negara, tetapi masih juga mahu membuat sesuatu untuk kebaikan ramai.

Cuma semalam, bila aku fikir-fikir balik aku jadi keliru la beb. Aku tak rasa dengan memilih 'setan yang kurang sikit jahatnya' boleh menghampiri syubahat. Me? I choose not to vote simply because I'm too damn scared to shoulder responsibility. I don't want to make a wrong decision, therefore, in my opinion it is much safer if I stay away from voting.

I guess I could be labelled as a nihilist as well. It's better to live without a government than to live with a corupted one. Tapi Imam Ghazali pasti tidak bersetuju dengan aku. Katanya, lebih baik hidup di bawah pentadbiran kerajaan yang teruk daripada hidup tanpa kerajaan.

Anything else?
Ralat

merujuk pada entry aku sebelum ni, aku tarik balik kenyataan aku yang berbunyi, "apabila memilih untuk memilih 'setan yang kurang sikit jahatnya' kau sudah menghampiri perkara syubahat."

maafkan aku atas kesilapan di atas.

tapi kenyataan 'setan yang kurang sikit jahatnya' secara jelasnya patut merujuk pada situasi di mana pengundi Muslim, khususnya, yang terpaksa memilih di antara sesetengah calon-calon (tidak kira dari parti mana dan tidak kira Muslim atau bukan Muslim) yang tidak mahukan Islam sebagai teras di sesetengah kawasan.

please vote! do vote!! it's a dirty job, but somebody gotta do it.

memang Tuhan yang akan menentukan segalanya, tapi manusia tetap kena berusaha. kita dipertanggungjawabkan dengan pelbagai pilihan. nak pilih yang jahat atau yang baik. pandai-pandai sendirilah nak membuat pilihan. kalau nak buat pilihan yang lebih tepat, rujuk pada Qur'an dan Hadith. Insya'Allah kau takkan tersesat.

maaf sekali lagi.

Thursday, March 11, 2004

undilah setan yang kurang sikit jahatnya

aku suka sangat bila spyz tulis, "aku pilih B sebab aku tak suka A" adalah berbeza dengan "aku pilih B sebab aku suka B"..

beberapa waktu dulu, kita dikocakkan oleh pendapat tok rimau tentang kewajiban atau ketidak-wajiban mengundi. hari ni kita diletakkan dalam dilema di antara untuk memilih calon ataupun memilih parti. calon muslim pun tidak diletakkan di semua tempat. malah ada kawasan yang berkemungkinan tidak mempunyai calon muslim (jangan dibaca sebagai dari PAS sahaja).

dan seperti yang diketahui umum, dalam PAS pun bukannya ada wali atau malaikat. mereka semua pun manusia biasa yang punya nafsu dan amarah yang kadang-kadang melampaui batas kemanusiaan.

dan aku percaya ramai yang yang berpendapat, dengan menentang PAS bukan bererti menentang Islam. itu mengiyakan pendapat spyz dalam nada yang lebih jelas dan tegas seperti, "aku pilih UMNO bukan bererti aku benci PAS" atau "aku pilih DAP sebab aku benci UMNO".

aku berpendapat, pilihanraya adalah medan untuk memilih 'setan yang kurang sikit jahatnya' (lesser evils). dan memilih 'setan yang kurang sikit jahatnya' pun bukan kerja senang. bukan kau boleh baling dadu untuk memilih. apabila memilih untuk memilih 'setan yang kurang sikit jahatnya' kau sudah menghampiri perkara syubahat.

aku pun bukan suka sangat berdiri di atas padang antara halal dan haram ni
. aku tak suka pening-pening. i already made a decision.

aku tak mahu memilih 'setan yang kurang sikit jahatnya'. aku memilih untuk duduk dan menganga tunggu 'malaikat turun dari langit' untuk bertanding sebagai calon.

oh! please don't take me seriously. i'm just being sarcastic.

mungkin pepatah-pepitih yang sesuai untuk musim pilihanraya sudahpun aku kumpulkan beberapa hari yang lepas.

kalau tak cukup boleh tambahkan dua lagi pepatah yang dicadangkan oleh kak ngah seperti melepaskan anjing tersepit dan siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi pencuri

I'm free to decide... yeah i'm free to decide
and i'm not so suicidal after all

Tuesday, March 09, 2004

Pontianak Harum Sundal Malam
* sumber e-mail

Meremang juga bulu roma tetamu yang berada dalam mini ballroom Hotel Mutiara KL apabila mendengar suara perempuan mengilai-ngilai sewaktu sedutan khas tayangan filem Pontianak Harum Sundal Malam (PHSM), baru-baru ini. Suara itu milik Ida Nerina, salah seorang pelakon penting PHSM. Dalam filem itu, Ida memegang watak Sitam, perempuan separuh pekak di Kampung Paku Laris selain satu lagi karektor - pontianak pada zaman lampau.

Selepas melihat trailer itu, rata-rata tetamu mengucapkan syabas kepada sutradaranya, Shuhaimi Baba (Shumi) serta produser Mohd Mahyidin Mustakim dan Aida Fitri Buyong. Hadirin juga mengucapkan tahniah kepada pelakon yang hadir seperti Maya Karin, Kavita Sidhu, Nanu Baharuddin, Sharonizam dan Ida Nerina.

Kejadian ganjil berlaku sepanjang penggambaran? Sekeping foto membabitkan Kavita.



Ketika membuat penggambaran berkenaan di Ampang, pada satu senja, babak itu hanya membabitkan Kavita, tetapi apabila mereka mencetak still photo adegan itu, kelihatan satu lembaga hitam di belakang Kavita!

"Bila kami ambil gambar ini, ianya hanya Kavita sahaja. Setelah gambar Kavita diproses, kami terkejut bila melihat ada lembaga hitam di belakangnya."

| tonton sedutan

Thursday, March 04, 2004

pepatah-pepitih

memaku dulang paku serpih
mengata orang dia yang lebih

kura-kura dalam perahu
pura-pura tak tau

seperti meludah ke langit

seperti anjing menyalak bukit

berkokok seperti ayam jantan
tapi ekor berjurai najis

alang-alang menyeluk pekasam
biar sampai ke pangkal lengan

alang-alang mandi biar basah

kalau takut dilambung ombak
jangan berumah di tepi pantai

*kepada yang berminat nak pulangkan paku buah keras silalah menulis kepada aku. jangan lupa tinggalkan alamat email yang sah supaya mudah dihubungi. jangan hanya berani melempar batu sembunyi tangan.

Wednesday, March 03, 2004

How should I entertain you today?

:. a dyseducational road movie
:. still loving you
:. KingPixel

Tuesday, March 02, 2004

those who live by the sword, must be prepared to die by it

"woitt!! kau dapat sms tak?!"

"hah? dari siapa? sms apa?" dan aku hanya tergelak bila diberitahu duduk perkara. aku kena bersangka baik. mungkin aku tak dapat sms kerana dia tak ada no phone aku. aku pun tak ada no phone dia.

ramai kawan-kawan aku dapat sms darinya. si polan meminta maaf atas keterlanjuran katanya selama ini. tapi aku tak dapat pun. ada yang bercakap, mungkin aku 'orang yang dimaksudkan'nya.

gelak aku bertambah besar.

sesiapa yang menghunus kerisnya, mesti bersedia untuk menepis hunusan keris orang lain.

takkan kau tak tau?! hidup ni macam kitaran yang besar. tak selalunya kau boleh berada di atas. ada masanya kau akan tersungkur tersembam menyembah bumi. belum ada lagi yang berjaya hidup bongkak menongkat langit selama-lamanya.

hari ni kau kutuk orang, esok-esok orang boleh kutuk kau lagi teruk lagi sampai kau tak mampu lagi nak angkat muka. hari ni kau gelak-gelakkan orang, esok lusa kau pula yang digelakkan orang.

beware the wrath of a patient man.

jangan ingat setiap orang boleh disepak terajang, dijadikan jenaka setiap masa. ada yang akan bangkit dan melawan kembali. dan kau pasti terkejut bila tentangan yang paling hebat datangnya dari orang paling sabar.

aku?! aku sudah pelajari kepahitan ini. dulu, aku sering dijadikan bahan jenaka. tapi jangan terkejut kalau tiba-tiba aku boleh bangkit dan membalas jenaka-jenaka bangsat itu dengan sejuta tangki hempedu.

maaflah, kawan. aku bukan nak berlawan.

"maaf?! apa kau ingat dengan maaf kau boleh hidupkan orang yang dah mati? dengan maaf kau tu kau boleh kembalikan segalanya?"