Monday, May 26, 2003

Friday, May 23, 2003

"takkan itupun nak suruh aku fikirkan?!"

lahanat! aku tak mintak ko pikir la. aku sedar ini masalah aku dan aku patut selesaikan sendiri. aku cuma mintak kau paham masalah aku. tapi ko terus-terusan mendesak supaya aku cepat bertindak.

apa ko ingat orang bujang macam aku takde life? takde commitment?

ko nak perah keringat aku sampai kering?

kepala hangguk ko la mangkuk!!!!

Tuesday, May 13, 2003

"berapa harga emas kat pasaran sekarang hah?"

itulah sms yang aku hantar kepada beberapa aweks GJ setelah aku gagal menemui kedai emas yang masih beroperasi malam semalam. masa peperangan di Iraq, harganya sekitar RM48.00.

malangnya jawapan yang aku terima ampehs belaka. beberapa aweks GJ terpaksa menanya emak mereka untuk membantu.

apa yang pelajari dari peristiwa ini ialah majoriti aweks zaman sekarang tak suka pakai emas. yea! yea!!! dengar tu. kalau nak cari aweks cari la yang camni. nak lagi besh yang kalau mak dia pun tak suka pakai emas. hark hark hark!!!

rakan sekerja aku pun tidak berapa suka pakai emas. katanya, dia terpaksa memakai emas jika tidak mahu suaminya merajuk.

hmmm..

tapi jawapan yang paling menarik aku terima dari isteri seorang teman GJ.

"kau belilah diamond, jigo. barulah true love."

"huh? diamond? tu kena tunggu anniversary. 10 tahun ke 20 tahun ke. baru la tau true love ke tak true love."

sebenarnya aku tau, berlian tak boleh digadai atau dijual balik. beli mahal tapi nilai jual balik takde. ampehs!!! takpe la.. true love tunggu 10, 20 tahun lagi.

Monday, May 12, 2003

setelah beberapa minggu mempunyai masalah disebabkan bandwidth yang melampau, akhirnya cerbung kembali semula ke persada maya.

Tuesday, May 06, 2003

�Sejarah menjadi pelajaran yang membosankan kerana guru-guru tidak pandai mengajar.� Itulah kata-kata yang terucap dari bibir salah seorang jemputan rancangan lewat malam itu.

Pada pendapat tetamu itu, sejarah yang diajar di sekolah hanya untuk dihafal dan tidak lagi untuk difahami atau dijiwai. Dia melihat sejarah sebagai matapelajaran yang sebenarnya boleh mengembangkan minda pelajar. Dia melihat sesuatu peristiwa itu bertolak dari faktor sekitarnya. Sejarah bukan hanya mengenai tarikh tapi banyak berkait dengan perkara-perkara lain seperti soal sosial, politik, budaya, geografi dan falsafah.

Aku bersetuju dengan pendapatnya.

Memang aku percaya manusia perlu maju ke hadapan, tapi untuk memahami keadaan hari ini kita patut memandang ke belakang seketika. Untuk lebih mengenali diri kita, kita patut merenungi dan memahami sejarah. Setiap peristiwa yang menimpa, setiap pilihan yang kita buat semalam hampir pasti memacu setiap tindakan kita hari ini. Dalam erti kata lain, setiap manusia yang mampu berfikir dengan waras hampir pasti akan berinteraksi dengan peristiwa yang berlaku atas dirinya.

Oleh yang demikian, tidak sepatutnya tujuan matapelajaran sejarah diajar di sekolah hanya menjurus pada siapa yang terlibat dan bila ia berlaku. Sepatutnya matapelajaran itu lebih patut mendidik generasi pelajar untuk lebih memahami keadaan hari ini. Soalan yang lebih wajar diajukan ialah, �Apakah kepentingan peristiwa tersebut dan kesan-kesannya pada masyarakat zaman kini?�

Tidak dinafikan tarikh-tarikh itu amat penting tapi yang lebih penting sebenarnya ialah peristiwa yang bertitik tolak dari peristiwa yang lain. Jika sejarah hanya diajar hanya untuk dihafal tanpa perlu dibicarakan maka lupakan saja mimpi untuk melahirkan generasi yang boleh berfikir dalam konteks yang lebih luas. Musnahlah harapan untuk melahirkan ratusan Rausyanfikir. Jangan impikan walau seorang pun Ibnu Khaldun akan lahir lagi dalam arus pendidikan masa kini. Jangan haraplah akan tersemai semangat patriotik di kalangan pelajar.

Pasti ramai yang pernah mendengar bahawa sejarah itu ditulis dari kacamata pihak yang menang. Jika malu dilabel sebagai pemberontak, pengganas dan segala nama yang buruk dan tengik, belajar-belajarlah menulis sejarah sendiri. Banggakanlah diri sebagai hero kemerdekaan, pejuang dan segala nama yang harum.

Tapi yang lebih penting, walau dalam apa situasi sekali pun kita sebenarnya perlu belajar dari sejarah. Tidak kira samada sejarah sendiri atau sejarah orang lain. Tidak kira sejarah hamba atau sejarah orang merdeka. Tidak kira sejarah hero mahupun sejarah pemberontak.

�Orang yang tidak belajar dari sejarah akan disumpah untuk mengulangi kesilapan zaman lampau.�

Selamatkanlah generasi akan datang daripada terkena sumpahan itu.

Monday, May 05, 2003

Lahabau Kerbau Melaka oh Melaka!!

aku paling malas nak pergi kenduri kahwin. lantaklah kalau orang nak kata aku kera sumbang mahupun babi tunggal. peduli apa aku kalau orang yang menjemput akan memboikot kenduri kahwin aku nanti. tapi semalam, terpaksa juga gagahkan diri untuk makan kenduri kahwin. aku sedapkan hati berkali-kali, "ah, bukan kena cuci periuk belanga pun. cuma perlu datang dan makan aje."

sebenarnya, aku diugut oleh orang yang menjemput. katanya, gaji aku akan ditahan jika aku berdegil tak mahu turun makan kenduri. hampeh!!! mentang-mentanglah dia jaga akaun kompeni. :(

akhirnya dengan beberapa rakan lain, kami bertolak ke Melaka.

sampai di Alor Gajah, aku menoleh kiri dan kanan. sempat ber'sms' dengan seorang teman. aku berlawak lahabau dengannya, "aku tak nampak sekor gajah pun kat Alor Gajah ni." ahaks!!

dalam perjalanan balik ternampak pula Lubok Cina. buat aku terfikir, selain Cina apa yang ada kat Lubok tu? heh heh heh!! lahabau kerbau betul la.

balik kenduri aku sakit perut. lahabau betul la. tu yang aku benci sangat makan kenduri ni.

p/s: on the way balik baru teringat kat Fajar. lahabau betul la. kalau singgah rumah dia boleh gak tumpang makan buah jambu. ;p