Saturday, November 22, 2003

Kelakar seram

"Aku kahwin dengan kau je la, Gom. Jadi second wife kau pun takpe!"

Aku buat-buat tak dengar. Yeah! It should be flattering but it ain't. It's even frightening, especially when her boyfriend was driving besides me.

Aku cuma boleh berharap yang teman lelakinya betul-betul tak dengar. Tapi kalau dia pun buat-buat tak dengar macam aku, aku memang dalam bahaya.

Tapi bila difikir-fikir balik, kenapa aku perlu risau?

Teman lelakinya jauh lebih kacak bergaya dari aku. Jauh lebih kaya dan bekerjaya yang lebih membanggakan dari aku.

Ok. Tidak adil juga jika mahu memandang perempuan cuma mahukan kekayaan materialistik.

Apa sifat aku yang menyebabkan dia tertawan? Sifat panas baran aku? Kepala angin dan keras kepala aku?

Ok. Satu lagi kemungkinan. Mungkin dia cuma bergurau untuk membuat teman lelakinya cemburu. Tapi ada benda yang tidak boleh dibuat gurau terutamanya perkara-perkara yang berkaitan dengan soal hati.

Tapi aku tetap mahu bersangka baik saja. Aku rasa budak ni memang betul-betul sukakan kat aku. Hahaha!!

Cuma satu saja isunya di sini. Cuma dua kemungkinan kalau ada perempuan yang masih mahukan aku bila sudah tahu aku akan berkahwin tidak lama lagi.
1) Dia bodoh; dan/atau
2) Dia gila

Aku tak mahu berkahwin dengan perempuan bodoh atau gila. Minta-minta Allah makbulkan doa aku yang satu ni.

Tapi kalau ada yang ditakdirkan jadi bodoh dan gila kerana berkahwin dengan aku, aku minta maaf banyak-banyak. :[

Semoga Allah ampunkan dosa kita semua.

Tuesday, November 18, 2003

Ketersingkiran

aku ingatkan aku spesel. rupa-rupanya aku ni cuma salah satu daripada bahan pewarna saja. tapi warna apa, tak pula aku pasti. hahahha.. atau mungkin sebenarnya lebih tepat kalau ada yang mahu menganggap aku ni sebagai bahan peluntur. ;p

tapi dalam ramai-ramai yang menyingkir aku, ada juga yang kata aku spesel. ntah apa speselnya aku pun tak tau. (takkan la aku nak cakap aku tau plak, nanti kau tuduh aku riak. hahahhah!!!)

dan aku tak tau plak, kalau kau ni spesel kau kena ada tempat khas.

tempat khas contohnya cam ada parking VIP.. heh!! parking untuk orang cacat pun spesel juga. ntah apa yang speselnya aku pun tak tau. mungkin kategori spesel ni pun ada banyak degreenya kot, sebab tu layanannya berbeza-beza.

orang cacat takleh nak parking kat tempat VIP.

(cubalah kalau berani, nak kena sepak?!)

tapi VIP plak boleh parking kat tempat orang cacat.

(nak saman? hah!! apa lagi? kau ingat aku tak mampu nak bayar ke!! bukan susah sangat, bayar saman tu pakai duit gomen.)

bercakap tentang ketersingkiran, bagi aku kadang-kadang bagus juga. dalam ketersingkiran kau akan lebih memahami diri sendiri. cuma buruknya bila terlalu lama disingkirkan, kau akan kehilangan rasa untuk bersosial. kadangkala, orang akan memandang kau sebagai egoistik dan anti-sosial.

kenapa aku menganggap diri aku sebagai tersingkir?

sesiapa yang dilahirkan cacat akan merasa tersingkir. aku pun begitu juga. aku berasa tersingkir dari masyarakat yang kononnya sempurna. nak masuk tentera, polis atau bomba pun tak layak. itu sudah dikira salah satu penanda ketersingkiran.

dan banyak lagi sebab lain untuk merasa tersingkir walaupun realitinya tidak seburuk itu.

but then, there's always a confict between perceived reality and actual reality.

Friday, November 14, 2003

Kisah untuk dikongsi dan difikirkan bersama

* Kisah ini bukan idea asal aku. Aku olah sesedap rasa dari kisah yang didengar kelmarin. Untuk menghadam kisah ini, perlu sedikit pengetahuan tentang permasalahan sosial dan politik semasa. Kisah ini menggunakan analogi, metafora dan bullshitasi. Apa pengajaran yang akan kau dapat dari kisah ini?! Baca dan fikirkanlah sendiri.

Terdapat sebuah padang ragut yang luas. Di padang itu terdapat dua himpunan kambing. Di sebelah kiri, satu kumpulan kambing yang berbulu putih. Dan di sebelah kanan pula, satu kumpulan kambing berbulu hitam.

Sang pengembala leka memerhatikan kambing-kambing itu sambil berehat di bawah sebatang pokok yang rendang.

Datang seorang lelaki yang hairan dengan dua kumpulan kambing yang dibahagikan mengikut warna bulu itu.

Dia bertanya pada sang pengembala, "kambing-kambing ni makan berapa banyak dalam satu hari?"

Sang pengembala bertanya kembali, "yang mana satu? Yang putih ke yang hitam?"

"Yang putih."

Sang pengembala menjawab, "yang putih ni makan lebih kurang enam kilo rumput tiap seekor."

Lelaki yang bertanya mengangguk seolah faham. Dia bertanya lagi, "yang hitam ni makan banyak ke? Berapa kilo dia makan dalam sehari?"

Sang pengembala memandang seketika wajah lelaki yang bertanya sebelum menjawab, "yang hitam pun makan enam kilo rumput juga setiap seekor."

Lelaki yang bertanya tadi mengerutkan dahinya. Dia bertanya lagi, "kambing-kambing ni berapa jauh boleh berjalan? Susah ke nak masukkan dalam kandang balik?"

Sang pengembala bertanya kembali, "yang mana satu? Yang putih ke yang hitam?"

"Yang hitam."

"Yang hitam ni jauh juga berjalan. Adalah dalam lapan hingga sepuluh kilometer. Tapi kalau nak masukkan kandang balik, tak susah sangat."

"Oh! Jadi yang putih ni susah nak tangkap ya? Kambing putih boleh berjalan berapa kilometer?"

"Yang putih pun sama la. Tak susah nak tangkap masukkan kandang balik. Jalan pun antara lapan hingga sepuluh kilometer juga."

"Hah?! Sama juga?" Lelaki itu bertanya lagi, "kambing-kambing ni kalau makan ada tak dia gaduh-gaduh? Rebut-rebut ke?"

Sang pengembala bertanya kembali, "yang mana satu? Yang putih ke yang hitam?"

"Tak kiralah yang putih ke yang hitam. Susah ke nak jaga?"

Sang pengembala dengan tenang menjawab, "kalau kambing putih ni tak adalah gaduh-gaduh. Elok je makan. Jaga pun tak susah."

Lelaki itu terus bertanya, "jadi yang hitam ni susah nak jaga la ya? Kalau makan mesti bergaduh ke?"

Sang pengembala menjawab, "yang hitam pun sama la. Kalau makan tak ada gaduh-gaduh. Tertib je diorang makan. Nak jaga pun tak susah."

Lelaki yang bertanya mula naik angin.

"Habis tu kalau semuanya sama. Apa yang bezanya?"

Sang pengembala menjawab, "Eh! Ada bezanya. Yang putih tu saya punya."

Lelaki itu mengangguk, "barulah saya faham. Jadi yang hitam tu bukan awak punya la ya? Kambing-kambing hitam tu siapa punya pula?"

"Samalah. Yang hitam pun saya punya juga," sang pengembala menjawab selamba sambil memandang kedua-dua kumpulan kambing di padang itu.

Thursday, November 13, 2003

When A Blind Man Cries
(Blackmore/Gillan/Glover/Lord/Paice)

If you're leaving close the door.
I'm not expecting people anymore.
Hear me grieving, I'm lying on the floor.
Whether I'm drunk or dead I really ain't too sure.

I'm a blind man, I'm a blind man and my world is pale.
When a blind man cries, Lord, you know there ain't no sadder tale.

Had a friend once in a room,
had a good time but it ended much too soon.
In a cold month in that room
we found a reason for the things we had to do.

I'm a blind man, I'm a blind man, now my room is cold.
When a blind man cries, Lord, you know he feels it from his soul

Tuesday, November 11, 2003

kalau aku menulis
tapi tiada orang membaca
adakah maklumatnya akan sampai?

jadi aku memilih untuk menulis sambil menepis pembaca. aku perlu belajar menulis tanpa khalayak. khalayak membuat aku riak. khalayak juga membuat kepala otak aku senak.

bakulsampahkan saja jurus-jurus Tok Rimau.

ini jurus baru.

ini jurus "kekosongan tanpa batasan".

kekosongan akan menepis ramai pembaca. baik yang setia mahupun tidak.

tapi kekosongan ini tidak menjadi batas sebahagian pembaca untuk mencari makna.

tapi aku sendiri masih teraba-raba mencari arah.

Sunday, November 02, 2003