Tuesday, December 31, 2002

Mencari Tuhan

berpusing-pusing mencari Tuhan
di dalam hutan, di balik awan
di kerdipan dian yang semakin kelam
dihembus angin dingin malam

aku sudah jauh tersesat
kompas dan peta lupa kubawa
entahkan jumpa, entahkan tidak
tapi kuyakin akan wujudNya

rahsia tersirat di jalur cahaya
permata tersimpan di mulut buaya
kugenggam api menjadi bara
biar tenang segala gelora

mencari Tuhan sungguh payah
iblis ketawa di singgahsana
berjalan lurus terasa hina
lututku ini sering goyah

berkelana sendiri memang berat
tidak terpikul dosa yang sarat
kaki tersandung langsung tersungkur
inilah balasan hati yang takbur

mencuci nista di sumur tawakal
sujud sejenak di sejadah rindu
melebur cinta yang paling syahdu
menenang jiwa, hati dan akal

langkah terhincut, tangan menggapai
dapatkah Dia kelak kucapai?
hati dan jiwa selalu gundah
mencari Tuhan bukannya mudah

taqwa itu teramat asyik
bukan santapan kaum yang fasiq
kudakap erat di dalam terang
sebelum ia terus menghilang

*disiarkan secara berperingkat-peringkat di kecik-kecik tak nak mampus! hidup segan mati tak mahu.

still coming up next
� apa hal nak kerek-kerek?

and yeah.. beberapa jam lagi nak masuk 2003.
what have i accomplished this year? hmm... forget all those resolution shit, beb! what have you accomplished? has anything you done make your life better?

ah.. aku masih seperti ini :|
berlegar-legar seperti ular
berpusing-pusing mencari Tuhan

Monday, December 30, 2002

Amir Muhammad buat gila lagi!!!

Friday, December 27, 2002

dia agak sibuk hari ini. seperti hari-hari lain dia mempunyai beberapa tugas khas untuk dikerjakan. selain dari menaip surat, dia juga dikehendaki menyediakan air minuman untuk tetamu bossnya yang datang ke opis pagi itu.
sebelah petangnya dia menemani seorang rakan yang ditugaskan menunaikan sekeping cek dengan nilai yang cukup untuk digunakan bagi melengkapkan sebuah majlis perkahwinan. bukan dia yang berkahwin hari ni. bukan. bukan juga rakannya. walaubagaimanapun, dia nak mengucapkan tahniah untuk Datuk Saleha Ibrahim yang baru saja melangsungkan perkahwinannya semalam.
Datuk Saleha tak kenal dia. sebelum hari ni pun dia tak pernah kenal siapa Datuk Saleha. ahh... pedulik la!!!! suka hati mak bapak dia la nak ucapkan tahniah pada siapa pun.
mungkin dia patut ucapkan tahniah pada suami yang bakar rumahnya selepas bertengkar dengan isterinya malam semalam. cuma satu nasihat untuk lelaki itu, lain kali kalau nak bakar rumah tu jangan sampai rumah orang lain terbakar sama. nanti tak pasal-pasal kena pukul separuh mati. :p

coming soon
� apa hal nak kerek-kerek?

Thursday, December 26, 2002

kalau aku tak update sini mungkin aku sedang cuba hidupkan api yang hampir padam. tiup mana patut, kipas mana patut. :)
orang cakap, kalau takde unggun api, pakai bara kalau nak masak. tapi kalau nak masak air tu janganlah masukkan bara tu dalam air plak. susah nak masak camtu. :|

Friday, December 20, 2002

Cerita satu
Almari besar di tingkat tiga. Entah apa pandainya arkitek yang reka bangunan tu, lift semuanya jauh-jauh. Mahu tidak mahu, mereka gunakan tangga saja. Akhirnya, dengan badan yang hampir basah dan nafas yang hampir putus, berjaya juga empat orang sahabat membawa almari besar itu turun ke tingkat bawah yang baru diubah suai.
Sesampai di bawah, mereka terpaksa pula berhati-hati memasukkannya ke dalam bilik kerana barang-barang pejabat seperti komputer dan fail-fail masih lagi bersepah-sepah di lantai. Oleh kerana ruang yang amat terhad itu, almari tidak dapat dimasukkan melalui pintu bilik. Seorang sahabat memberi cadangan supaya almari besar itu dimasukkan melalui tingkap yang masih belum dipasang cermin itu. Mereka semua bersetuju dengan cadangan itu dan akhirnya almari itu berjaya juga dimasukkan.

Mereka tidak mahu merapatkan almari ke dinding yang satu lagi kerana tidak mahu menutup tingkap. Oleh yang demikian, empat orang sahabat ini mesti merapatkan almari besar itu ke dinding yang tidak bertingkap. Ikut apa yang mereka perhatikan di bilik sebelah, almari itu mempunyai sedikit saja ruang yang lebih untuk sebelah kiri atau kanannya. Maka seorang sahabat ditugaskan untuk menjaga di antara dinding dan almari sementara yang lain pula mengangkat dan menolaknya hingga almari betul-betul rapat ke dinding.
Tapi setelah berkali-kali mencuba, almari gagal dirapatkan ke dinding. Almari itu tersangkut di dinding. Dinding partition yang baru didirikan petang itu sudah tercalar dan tergarit. Mereka semua hairan kenapa almari di bilik sebelah boleh muat tetapi almari di bilik itu pula tersangkut.
Akhirnya, salah seorang sahabat mencadangkan pula supaya almari sebelah dipindahkan ke bilik itu, sementara almari yang mereka baru turunkan tadi ke bilik sebelah.
Hari sudah larut malam. Mereka semua mahu balik rumah. Kerja banyak lagi maka mereka tak mahu membuang masa bertekak. Mereka bersetuju sebulat suara untuk memindahkan almari sebelah ke bilik itu kerana mereka fikir sudah tentu almari di bilik sebelah itu kecil sedikit dari almari yang mereka baru turunkan tadi. Seorang pun tidak terfikir untuk mengambil pita pengukur.
Akhirnya almari di bilik itu dikeluarkan dulu sebelum almari di bilik sebelah dapat disumbatkan. Maklumlah ruang sekangkang beruk. Kalau beruk yang mengangkang tu membuang air memang parah mereka semua.
Bila almari bilik sebelah berjaya dimasukkan ke bilik itu maka mereka pun berusaha merapatkannya ke dinding seperti yang mereka persetujui tadi. Malangnya usaha mereka itu juga gagal. Mereka semua sudah letih. Masing-masing menyumpah. Kalau ada malaikat bersama mereka dalam bilik itu, mungkin dia sudah hilang separuh daya pendengarannya.
Ketika tiga sahabat lain sudah mengesat peluh dan pening-pening kepala, seorang sahabat terfikir untuk mengukur almari itu. Bila diukur ternyata kedua-dua almari sama besarnya. Jika almari bukan masalahnya, hampir pasti dinding bilik itulah penyebabnya. Rupa-rupanya memang ternyata dinding bilik itu tidak sama lebarnya dengan dinding di bilik sebelah.

Cerita dua
Sebuah negara dengan penduduknya lebih 20 juta orang. Beberapa buah parti politik�.

Wednesday, December 18, 2002

ada apa dengan jigo?

maaf, aku masih belum berkesempatan nak update walaupun empangan ide dalam kepala aku dah hampir pecah. sibuk sangat memindah barang dari opis di tingkat atas turun ke bawah. sengal bahu aku. kepala lutut pun rasa nak tercabut. bila berdiri mesti menggeletar. sayang, aku masih single lagi. kalau tak mesti ada orang yang tolong urutkan. :p

coming soon.
� kisah 4 orang sahabat, almari besar dan dinding

Friday, December 13, 2002

Open House Borg & Jigo

bila?
Hari Sabtu 21 Disember 2002

kat mana?
Hotel Hilton Rumah mak dan bapak Borg. (ala bukan rumah orang lain, rumah bakal pak dan mak mertua aku gak)

camne nak pergi?
tengok sini untuk direction dan peta.

apa nak kena bawak?
duit raya untuk aku dan borg takyah bawak apa-apa tapi kalau degil gak nak bawak makanan kita boleh kongsi makan ramai-ramai. :)

Tuesday, December 10, 2002

kadang-kadang bila orang buat salah kita tak berapa marah sangat. tapi yang betul buat kita naik hangin bila orang yang buat salah degil tak mau mengaku salah apatah lagi meminta maaf.
bila difikirkan, kenapa kita mesti tunggu orang minta maaf baru kita nak maafkan? bukankah kita boleh maafkan orang tu walaupun dia degil tak mau meminta maaf?

Monday, December 02, 2002