Friday, January 24, 2003

Dark Writer

You are a dark writer. A fierce and loyal follower of Poe and the other gothic authors, you LOVE to instill a sense of revulsion and somewhat fear in your readers. You love to poke their brains with logic dealing with the darker side of the human mind and character. Truly surprising and a true individual, you'll do ANYTHING to create a scene.

What's YOUR Writing Style?
brought to you by Quizilla
ada sorang programmer tu cakap PC dia selalu hang bila buka ratusan ilham. mungkin aku lebih terre dari dia agaknya. dia buat software aku buat virus.
sekarang ratusan ilham takde lagi effect tulisan timbul. harap-harap takde PC yang kena hantar rumah PC-PC tua sebelum waktunya.

****

damn!!!! when i thought he has gone for good, he decided to make a come back. he is one of those weirdos!! somebody should arrest him for giving weird ideas. but, i'm dying to know how he's going to conquer the world.
hahahahahh!!!!
it's nice to have you back on the team paradigma.
kiss Muhammad Affan Hakimi for me. :)

p/s: i have problem pasting your url on my guestbook too, dig. damn!!!

Thursday, January 23, 2003

Abah baru saja berangkat ke Tanah Suci. Semoga selamat pergi dan selamat kembali. Tapi yang paling penting semoga segala ibadahnya diterima Allah.

Wednesday, January 22, 2003

Bila menulis karya peribadi tidak perlu bagus. Tidak perlu diungkap dalam bahasa yang indah. Kalau mahu maki kalau mahu carut teruskan sahaja, walaupun mungkin hasilnya lebih busuk dan memualkan dari karya Shahnon Ahmad.
Yang penting cuma ianya perlu ditulis sejujur mungkin.
Hasilnya Luka lama berdarah kembali.
Cuma mungkin ketelanjangan dan kelancangan sedikit menakutkan. Yang pasti ia memang menakutkan aku. Orang jujur di akhir zaman ini sudah hampir pupus. Kita selalunya takut mendedahkan keburukan sendiri dan sibuk menunding jari pada orang sekeliling. Kita semua mahu hidup mudah.
Pembohongan itu menjadikan hidup lebih mudah. Sifat pura-pura itu dapat membantu kita menangkap ikan besar.
Ah.... mungkin aku sudah jatuh cinta pada sang mentari yang tidak membalikkan bayang hitam. Pergi jahanam dengan bau pekung yang berlegar di kolong langit ini.

Tuesday, January 21, 2003

"Aku sukar tidur
Orang ngomong
Anjing gonggong
Pandanganku mula mengabur"
- Chairil Anwar

Aku tertarik dengan dunia sains yang dibincangkan oleh khairusy. Beberapa lama dulu, Fajar pun pernah mengajukan persoalan tentang teletransporter - satu alat pengangkutan yang teramat canggih dalam filem Star Trek.

Untuk menjawab persoalan itu dan membandingkannya dengan mesin faks adalah langkah yang kurang bijak. Jika teletransporter itu diandaikan seperti mesin faks maka apa yang terjadi sebenarnya ialah proses pengklonan setiap kali manusia itu menggunakan teletransporter untuk ke tempat lain.

Perbincangan tentang teletransporter ini mengingatkan aku kepada David Copperfield sebelum dia membuat pertunjukan di China. Ilham ini dia dapat setelah beberapa lama memerah otak di Tibet.



Sehelai kertas diletakkan di atas sebiji gelas. Dan seketul ais pula diletakkan di atas kertas itu. Sedikit demi sedikit ais akan mula mencair dan membasahi kertas. Dan kertas itu pula menyerap air dan perlahan-lahan air mula menitik ke dalam gelas.

Jadi untuk mencipta teletransporter, kita kena mengandaikan manusia atau benda itu sebagai seketul ais di atas sehelai kertas. Gelas di bawah itu pula boleh diandaikan sebagai destinasi yang hendak dituju. Manusia perlu dicairkan dulu di atas satu permukaan. Dan teletransporter itu akan menyedut manusia yang telah cair tadi sama seperti kertas di antara gelas tadi. Akhirnya, untuk mengembalikan air yang terkumpul di dalam gelas itu ke dalam bentuk ais, gelas itu mestilah disimpan di mesin pembeku.

Hasilnya, seperti kegunaan teletransporter dalam filem Star Trek. Seseorang itu hanya perlu berdiri di sebuah teletransporter sebelum dicairkan dan disedut untuk dipindahkan ke teletransporter destinasi di mana dia akan dibekukan semula. Secara teorinya memang nampak mudah.

Bezanya cuma satu. Tapi perbezaan yang satu inilah yang paling sukar diselesaikan. Manusia bukannya ketulan ais. DNA manusia lebih kompleks dari zarah seketul ais yang hanya terdiri dari H�O. Ada banyak lagi persoalan yang perlu dijawab contohnya mengenai emosi dan personaliti manusia yang sememangnya kompleks. Jika ada manusia pintar yang berjaya mencipta teletransporter sekalipun, aku masih sangsi dengan keupayaannya memindahkan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain tanpa mengubah komposisi manusia yang menggunakan teletransporter tersebut.

Adakah manusia yang tiba di teletransporter kedua itu sama seperti manusia yang berdiri di teletransporter pertama? Apakah personaliti manusia itu akan tetap sama setelah menggunakan teletransporter? Tidakkah emosinya akan kacau bilau bila tiba di teleteletransporter destinasi?

Dengan ilham yang dia dapat dari seketul ais, sehelai kertas dan sebiji gelas, David Copperfield berjaya berjalan menembusi Tembok Besar China. Tapi adakah dengan silap mata dan sihir sahajakah persoalan mengenai teletransporter ini mampu terjawab? Dahulu di zaman Nabi Sulaiman, jin ifrit bukanlah makhluk yang terhebat. Kini, mampukah manusia mengatasi jin dengan kepandaian teknologi pula? Manusia boleh berusaha. Masa yang bakal menentukan. Tapi hanya Tuhan yang memegang kunci segala rahsia. Dan engkau pun pasti setuju ilmu sains tidak mungkin lengkap jika tidak disertakan keimanan.

Friday, January 17, 2003

Me Jane. You Tarzan

"Huh! Kau ni pun sama macam lelaki lain. Tak pernah cukup dengan satu!!!"

Aku cuma mampu tersenyum. Kata-katanya ligat berpusing dalam kepala otak aku. Lebih ligat dari putaran bumi atas paksinya. Seligat gasing.

"Siapa eh budak pompuan yang datang buka puasa dengan engkau tu hari?" itulah soalan yang menyebabkan seorang kawan menempelak aku sebegitu rupa. Peristiwa ini terjadi beberapa lama sebelum seorang Menteri Besar menjemput kaum lelaki untuk menunaikan poligami di negerinya.

Serentak itu jugalah kenyataan seorang lagi teman yang sudah berkahwin menerjah masuk ke otakku. Katanya, "Tak kesah la, kau jumpa perempuan macam mana cun sekalipun pasti kau akan rasa isteri atau girlfriend kau itulah yang terbaik untuk kau. Kalau kau tak ada perasaan macam tu, mesti ada something wrong with you."

Kecantikan itu terletak di mata sang pemandang. "Betul ke?" aku bertanya diri aku sendiri berkali-kali. Yang lebih tepat, hati aku sakan bertanya, "betul ke aku ni gatal?!"

Sebenarnya tiada apa yang perlu dirisaukan jika aku jatuh cinta pada seorang perempuan. Aku bukannya nak pergi menagih cinta dari setiap perempuan yang aku jumpa dan minat. Ehem.. ehem. Cuma yang pernah menakutkan aku ialah jika ada ramai perempuan jatuh cinta kat aku dalam satu masa dan akhirnya aku terpaksa membuat pilihan antara gadis-gadis tersebut.

Syukur alhamdulillah aku tidak dilahirkan tampan bergaya. Syukur, tunang aku tak perlu berperang dengan cemburu acapkali keluar dengan aku.

Jika aku dilahirkan kacak mungkin ramai gadis yang tergila-gilakan aku. Tapi mengikut satu kajian, jika dibandingkan dengan lelaki kacak, lelaki kurang kacaklah yang paling ramai mempermainkan kaum hawa. Gila! Tapi itulah kenyataannya. Aku rasa mereka yang kurang kacak ini kerapkali menutupi keburukan fizikal mereka dengan mempertajamkan kemahiran mempermainkan kata-kata yang mampu mencairkan jiwa perempuan. Whoaaaa!! Go figure it out! Words can really smog your physical, eh?

Shall we shag now or shall we shag later?

Tapi seperti yang aku cakap tadi, aku cukup bersyukur aku tidak dilahirkan kacak. Kalau nak kata aku ni hebat memainkan kata-kata pun tak tepat juga. I have several witnesses who could verify my statement. Seperti yang Tok Rimau pernah cadangkan pada mak aku bila diberitahu tentang daya komunikasi verbal aku yang terlalu rendah, "Mak Cik tulis surat la kat dia. Mesti dia balas." Beberapa hari yang lepas, Ika pun ada komen pasal ketidakupayaan aku untuk berkomunikasi secara bersemuka.

Hampeh!!!

Memang benar kepandaian memainkan kata-kata bukan terzahir di bibir saja. Tapi bukankah tolol namanya kalau orang yang kau nak ayat tu dah ada depan mata tapi kau masih sibuk nak mengarang surat juga? Sebab itulah aku cakap, aku tak pandai memainkan kata-kata. Nak bersuara pun susah apatah lagi nak memainkan kata-kata. You don't hear this from me but bukan sekali tunang aku mengeluh, "Awak la pulak bercerita. Asyik saya je!"

Dan aku tak percaya pada cinta pandang pertama. Maybe I should rephrase my statement. Sebenarnya aku percaya pada cinta pandang pertama tapi tidak pernah sekali-kali membayangkan akan ada perempuan yang jatuh cinta pada aku dengan sekali pandang sahaja. Hmmm... benda ni buat terfikir lagi sekali. Apa itu cinta pandang pertama? Jika cinta itu beransur dari mata turun ke hati maka cinta pandang pertama boleh dianggap sama dengan cinta fizikal / material / nafsu? Oleh itu cinta pandang pertama tidak jauh bezanya dengan cinta wanita muda yang berkahwin dengan datuk kaya yang sebelah kakinya sudah masuk di liang lahad. Mungkin?!

Berbalik pada cerita mengenai wajah aku yang hodoh tadi. Aku rasa hampir kesemua perempuan yang pernah sukakan aku, sudah semestinya kenal aku dulu. Dan untuk lebih mengenali aku, mereka perlu berbual dengan aku. Dan tidak semua perempuan berani mendekati aku apatah lagi untuk berbual kerana wajah aku yang bengis Aku sedar muka aku tak hensem sebenarnya. So buang karan je la diorang nak berborak ngan aku. Nanti aku ingat diorang nak ngorat aku plak kan?

Seorang kawan sekerja aku pun sedikit cuak sewaktu pertama kali bertemu. Dia cakap rupa aku ni "macam muka jembalang" Habis tu buat macam mana? Nak suruh aku gi buat plastic surgery pulak ke? Untuk menambahkan lagi kebengisan wajah aku, orang sukar melihat aku tersenyum. Tepat seperti sebaris ayat dalam sajak tulisan Wislawa Szymborska, "I don't have the muscles to laugh."

Malah manager aku sendiri pun terkejut bila salah seorang customer describe aku sebagai orang "yang selalu senyum". Aku pun tak tau la. Customer tu agaknya menyindir manager aku sebab mempunyai seorang employee macam aku. Hmmmmm... that's one possibility kan? Kau pun tahu apa yang kita ucapkan itu tak semestinya sama dengan apa yang terlintas di fikiran kan?

Dan seperti yang kau sendiri sedar dan akui, kita tak selalunya dapat memenuhi kemahuan setiap orang untuk setiap masa. Mungkin kau pun dah selalu sangat dengar kisah seorang tua dan anak lelakinya yang berjalan melalui sebuah kampung bersama seekor keldai.

Kisah tersebut hampir serupa dengan dilema yang aku kena hadapi, jika aku selalu tersenyum orang label aku kerang busuk atau ingat aku tiga suku. Tapi bila aku tak senyum dan tak banyak cakap, orang senang melabel aku sombong dan bodoh. Bila aku bertanya pasal seorang pompuan, orang mula ingat aku gatal. Ah... aku hidup dalam dunia yang sukar. Kucar kacir hidup aku jadinya bila terpaksa membuat pilihan.

But heii.. i haven't tell you yet that sahabat yang menempelak aku itu juga cakap, "selagi tak kahwin tak apa." I repeat dia cakap, "selagi tak kahwin tak apa."!!

Setelah bercerita beberapa lama, terfikir pulak aku, "kenapa aku beritau semua ni kat kau hah?" Mungkin ini satu lagi teknik penceritaan. Masuk lubang lain keluar lubang lain. Errrr..... jangan bayangkan lubang yang itu, nanti kau tak lalu nak makan.

Is there anything wrong with me? Whateverlah. Nevermind. Aku akhiri tulisan aku ni dengan serangkap lirik nyanyian Ramli Sarip.

"diriku ini hanyalah sehelai kain usang
caci dan hina sentiasa di bahuku
aku rela...."

Wednesday, January 15, 2003

hati seorang pendidik memang akan terusik kalau ada anak murid yang selalu datang lambat atau ponteng kelas.

kalau hati kau dah tak terusik bila ada anak murid yang bebal dan malas buat perangai, baik la berhenti dari jadi pendidik. i guess you might have heard of expression, "spare the rod spoil the child". kalau kau nak buat buta dan pekak je bila anak murid buat perangai, you're actually playing with their future whether you like it or not.

you might have heard of another expression, "old habits die hard". kalau sekarang ni pun anak murid dah tunjuk perangai, kau fikir diorang boleh berubah ke bila dah besar nanti? bila diorang dah keluar ke dunia luar? kalau diorang nak berubah bila dah berada di dunia luar memang dah terlewat. untuk berubah mengambil masa yang lama. tapi kalau dah keluar dengan result yang teruk, memang hancur la masa depan diorang. and if you don't feel pity for these kids' future, then i'd like to suggest you to stop being a teacher / tutor / lecturer.

it's no use to have a broken heart when you don't play your part now. selalunya orang bila dah terhantuk baru nak mengaduh. you can play your part in the kids' transitions from bad to good by knocking their senses. kalau nak tunggu diorang terhantuk lambat sangat. kenapa tak ketuk je kepala diorang tu sekarang? heiii.. some people enjoy learning the hard way. so give that to them. why save it for tomorrow? why waste your manipulative skills? they might not see that education is valuable to them now. they might laugh when you tell them to be punctual or spend more time studying. believe me, they would be grateful if you might act a little harsh now than just standing there letting them screwing up their own lives and yours.

kadang-kadang bila bebudak buat nakal diorang sebenarnya nak perhatian. these kids with attitude problems most of the time are neglected by their parents and peers. kalau kau sebagai pendidik don't do something and expect their parents to change them, then i suggest you once again, STOP BEING A TEACHER! kalau kau masih nak jadi pendidik then you gotta do something.

pernah dengar pasal Pavlov dan eksperimennya dengan anjing? seekor anjing ni diberi makan. tapi sebelum makanan sampai, loceng akan dibunyikan. setelah beberapa lama, air liur anjing akan meleleh bila dia mendengar loceng. apa kaitannya dengan masalah pendidik dan anak muridnya yang bebal dan malas di atas?

carilah loceng itu. "conditioning" is the word of the day, my dear. this might sound crude. but behaviourism can teach you a lot of things. tak ada bezanya murid yang bebal dan malas dengan seekor anjing. they cannot decide for themselves. you gotta take control and make YOUR decision. you can choose whether you just wanna see your students screwing up their future right before your eyes or you wanna do something about it? the choice is yours.

that's why i don't wanna be a teacher. i don't want to play with somebody else future because i know how hurt it is to have a screwed up life.

i wish Pavlov had found me earlier. :|

Tuesday, January 14, 2003

aku tertarik ngan tulisan Ku Seman dalam pojok Getaran Seni semalam. antaranya dia menulis, "Ketika Indonesia semakin terputus dari akar budaya, karya-karya Chairil Anwar tidak dilihat besar dan relevan dengan orang muda berjiwa pop di Indonesia. Tetapi sejak sehampir lalu, Chairil menjadi fenomena di kalangan anak muda atau remaja yang di bangku sekolah. Mereka mencari kembali antologi puisi Chairil Anwar".

Tambahnya lagi, "yang mendorong remaja kembali menyelak puisi-puisi Chairil Anwar tidak lain kerana filem Ada Apa Dengan Cinta (A2DC)."

aku bukan mahu mengulas kehebatan filem A2DC hingga boleh menyebabkan remaja minat kembali membaca hasil buah tangan Chairil Anwar. tapi aku cukup tertarik ngan fenomena di mana orang membaca kerana filem. masa filem Harry Potter keluar dulu, berduyun-duyun orang mencari buku Harry Potter. semasa filem Lord of the Rings meletup di pawagam, ramai juga yang tercari-cari karya Tolkien yang tebal tu.

rilek. jangan salah faham. :)

aku tidak memandang hina ataupun mencemuh golongan yang membaca kerana filem. dulu pun, selepas aku menonton Silence of the Lambs baru aku membaca novel Thomas Harris tu.

filem diakui memang berkesan sekali untuk menyalurkan propaganda malahan juga alat periklanan yang popular.

... sambung nanti la.

Friday, January 10, 2003

semalam kau datang sini eh? kelmarin pun kau aku nampak kau kat sini. apa yang kau cari sebenarnya? kau nak dengar cerita baru eh?
minta maaf bebanyak. aku takde cerita baru. hmmm... sebenarnya aku ada banyak cerita. tapi hampir semuanya dah basi. kalau ada cerita yang tak basi pun, aku tak tau macam mana nak cerita kat kau.
cerita-cerita dah bersimpul dalam kepala aku ni. silap-silap ngan aku sekali pun bersimpul gak.
kau tau kan, aku dah mula hisap rokok balik? mula-mula kecoh je kan, aku suruh orang berhenti merokok. buat kempen besar-besar lagi... tapi sekarang ni aku merokok cam kepala keretapi zaman jesse james.
bodoh betul la! apsal la gatal sangat tangan aku mencapai rokok tu?! sebelum tu dah hampir empat bulan aku boleh tahan. tapi lepas hari tu...
aku rasa macam hipokrit. aku memang hipokrit. itulah sebabnya aku rasa benci sangat diri aku ni.
aku benci diri aku ni. aku benci diri aku ni...
hmm... aku rasa macam nak baring di tengah padang dan memandang awan. aku nak pergi jauh dari sini. aku nak lari dari sini. tapi aku nak pergi mana eh? lagipun lepas lari mesti aku penat. kenapa plak aku kena lari? kalau jalan ke naik bas ke kan boleh? kalau ada LRT kan lagi bagus?
heiii.. setan! apasal cabul sangat mulut kau hari ni hah?!!!

Wednesday, January 08, 2003

move on guys. nothing much to see here. :)

Thursday, January 02, 2003