Monday, September 30, 2002

dunia yang penuh kegilaan.

silence of the lambs really hooked me. Anthony Hopkins dalam movie tu seperti harimau kumbang di dalam kandang.

tapi dia di dalam hannibal a real disappointment. movie tu lari dari cerita yang Thomas Harris cuba sampaikan. read the novel beb, don't waste your time watching the movie. tak cukup ngan itu, ketiadaan Jody Foster melemahkan movie tu dan menyebabkan sambutan dingin penonton.

dan director dari movie yang aku rasa gagal tu kini pula menjadi salah seorang producer untuk red dragon? hmm...... aku takut cerita ni cuma menjadikan hannibal the cannibal tu jinak. kenapa tidak beri saja Jonathan Demme mengarah cerita segila ini? :[ tapi mungkin juga movie ini akan lebih mantap sebab David Mamet salah seorang dari penulis skripnya. hahahhaha..

Saturday, September 28, 2002

kita bukan kerja ngan robot atau lembu.
kalau ngan robot boleh la ko tekan satu butang dan harapkan kerja tu siap.
kalau ngan lembu boleh la ko marah-marah atau tarik hidung dia kalau dia degil.
bila kerja ngan orang ko kena ada courtesy sikit. tak la semestinya ko tak boleh marah sekali sekala. tapi kalau boleh bila marah tu jangan la sampai jatuhkan air muka. :|

mungkin ada ketikanya ko perlu belajar apa itu teknologi insan.

Tuesday, September 24, 2002

tak sakit tapi memang suka cari penyakit.

anak isteri ditinggalkan di rumah kerana mahu tengok wayang bersama anak dara orang.
agaknya sebab inilah orang dulu-dulu cakap, "sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan."

memang aku berharap sangat adik beradik perempuan tu tau perkara sebenar dan pukul mamat ni sampai koma. :[

*ni bukan perlukisan watak untuk projek novel kitorang.

Friday, September 20, 2002

buat apa mendokong biawak sambil berlari? biarlah ia berciciran.
bukan sengaja mahu mengejar penyu di laut, tapi kura-kura di kaki ganas menggigit.

kau pun tahu betapa sukarnya membina istana di awan seorang diri. buah yang elok kenapa dibaling batu? bukanlah lagi manis kalau dikait?

Thursday, September 19, 2002



Aku tak perlu berselindung. Idea ni lahir dari rasa cemburu atas kelahiran LCCU.

Memandangkan beberapa nama besar dalam gengjurnal yang mencadangkan aku supaya membukukan k@r| k@mb|n6 maka aku mengambil keputusan untuk memujuk dia untuk turut serta. Aku meminta kebenaran supaya aku boleh mengumpul dan membukukan beberapa artikelnya. Tapi akhirnya dia dah lontarkan idea yang lebih bagus. Kenapa kita tidak menulis novel?

Jika LCCU hasil perahan otak Faisal Tehrani dan Saharil Hasrin Sanin berjaya membuahkan sekitar 105 helai, maka kami juga mengharapkan untuk projek novel ini juga bisa menghasilkan setebal itu juga. Tapi tak semua orang mempunyai bakat untuk menulis novel. Ramai pula yang tidak berkesempatan menulis walaupun idea-idea mantap mencurah-curah keluar dari kepala otak.

Berbeza dengan LCCU, dua orang itu bebas untuk menulis beberapa cerita, tapi untuk projek novel ini dua kepala atau lebih akan bergabung dan sama-sama menghasilkan satu cerita yang panjang. Mungkin seorang penulis akan menulis satu bab dan penulis lain akan menulis satu bab yang lain. Atau mungkin juga untuk lebih mudah satu penulis memilih untuk menulis satu watak dan seorang lagi menulis dari sudut pandangan watak yang lain. Beberapa orang dengan pelbagai personaliti yang berbeza menulis untuk satu cerita yang panjang. Itulah cabarannya.

Terlintas juga dalam kepala otak aku, dalam satu kapal tidak boleh ada dua nakhoda atau satu periuk tidak boleh digodak oleh dua orang tukang masak. Tapi seperti yang aku cakap tadi, itulah cabarannya. Berapa jauh kau boleh pergi? Berapa pantas kau boleh berlari? Berapa tinggi kau boleh terbang? Berapa sakit kalau terhempas?

Feel free to join. Hopefully, this project is not as warm as chicken shit. ;)

Tuesday, September 17, 2002

bukan tak mau update tapi internet connection kat opis aku memang betul-betul out.
nak tulis notis ni pun kena curi-curi. :|

Tuesday, September 10, 2002

bercakap tentang kasut, selipar dan kaki ayam memang meletihkan. :|
mood aku nak update pun hilang. dan lagi teruk bila aku hampir-hampir bergaduh ngan sorang geng jurnal bila aku jadi sensitif yang melampau-lampau.

** ** ** **

aku ubah sikit layout writings. aku ikut satu suggestion supaya 'liquidify'kan page kita. "liquidify" ni bila page kita cantik je resizing mengikut apa-apa resolution yang surfer guna.

** ** ** **

beberapa jam lagi cukup setahun tragedi 9/11. beberapa misteri masih belum terjawab.
siapa yang merancang serangan masih tak diketahui. misteri kehilangan pekerja yahudi semasa serangan juga tidak terjawab. kegembiraan beberapa orang pemuda yahudi yang merakam serangan di penthouse bangunan berhampiran. juga dengan tindakan beberapa pihak yang telah membeli saham sistem keselamatan lapangan terbang beberapa jam sebelum serangan berlaku juga nampaknya telah disenyapkan.

dalam usaha menentang terrorist, amerika lebih menyerlah sebagai terrorist dan bukan sebagai polis dunia.
saddam hussein cuma helah untuk menyerang iraq. percayalah cakap aku, saddam hussein akan terus hidup sebab kalau dia mati, amerika kehilangan sebab untuk mengganas lagi.

seperti apa yang berlaku di palestin. arafat sendiri sebenarnya sudah amat lemah dan tua. so what they do, bunuh pemimpin pelapis but at the same time, menekan arafat tapi tidak membunuhnya. they can kill a hell lot more people this way.

Thursday, September 05, 2002