Monday, March 31, 2003

buah tangan pertama dari cerbung untuk semua. dapatkannya di Ratusan Ilham.

** ** ** **

otak yang berkecamuk bertambah sesak. mungkinkah esok turning point yang ditunggu-tunggu?


Wednesday, March 26, 2003

aku takut kena barah otak. ;p

banyak perkara yang meronta-ronta di kepala otak minta dikeluarkan tapi aku tak sempat nak susun dalam gugusan yang boleh difahami.

terima kasih kepada semua yang berkongsi pendapat. maaf, kerana belum sempat membuat serangan balas membalas.

Monday, March 24, 2003

pencerobohan Amerika di Iraq?
isu poligami, Sisters in Islam versus mufti-mufti?
F1 di Sepang?
tunang? kawan? ronggeng?

selagi boss tak pejam mata,
kerja kerja kerja!!!

Thursday, March 20, 2003

Ini satu lagi reaksi tentang isu poligami dari kacamata seorang wanita. She has a sharp eye for details and could express her thoughts eloquently. and yeah... she got an A+ attitude: which is the ability to keep her tone of voice calm while arguing. ;p

She expressed some interesting points that I couldn't resist sharing them with you. Check this out:

Salams Jigo,

saya ni kurang arif pasal poligami, tapi sebagai perempuan saya rasa isu poligami ni lebih banyak bergantung kepada soal hati dan perasaan.

Jelas kebanyakan poligami yang terjadi dalam masyarakat kita bermula dari isu si suami cari kekasih baru, banyak mana pun sebenarnya lelaki yang betul-betul berkahwin dengan perempuan atas niat untuk membantunya? The fact that lelaki tu "menggatal" cari perempuan lain pada pendapat saya betul-betul boleh menghancurkan isi hati perempuan. Nak hadap si suami pun dah tak sanggup, luluh hati. Nak jadi isteri yang solehah lepas dilukakan.. aduhai.. cabaran sungguh..

dan kebanyakan suami bukannya nak consult isteri pasal kehadiran orang baru ni.. ehe nak kena ketuk? tapi kat sini jelas nampak ramai yang tak ikhlas untuk mendirikan masjid yang kedua.. sampai ada yang curi tanda tangan isterila, kahwin kat thailand la.. benda baik kita kena buat cara baik.. susah macam mana pun, jangan sampai jadi fitnah.. (ehe senang je cakap) tapi tu la hakikatnya..

Saya yakin tidak kurang juga si isteri yang dapat menerima dengan hati terbuka.. alhamdullilah.. dan saya pasti si isteri ni yakin akan kemampuan si suami dan kepentingan masa depan.. si isteri ni lebih tahu hati budi si suami.. lebih arif akan keperluan si suami

Selalu isu yang disoalkan balik kepada isteri, sanggup ke nak biarkan si suami berzina? Kenapa nak tanya kepada si isteri sahaja? Bukan ke tanggungjawap si suami untuk menjaga kehormatannya sendiri. Nak dating dengan perempuan yang bukan muhrim satu dosa, ni lagi dah jadi suami orang sungguh la tidak manis.

Just that saya rasa, sayang sekali dalam masyarakat kita poligami ni jadi satu masalah yang menakutkan untuk pihak perempuan. Benda yang halal jadi masalah. Sampai saya rasa ramai pihak wanita disebabkan ketakutannya, lupa akan ke*halal*an poligami ni, si lelaki pulak apa lagi seronok la.. lupa apa tujuan sebenar poligami ni..
i should have done more
now it seems that my best is always not good enough

Wednesday, March 19, 2003

Teori Domino

Sejak zaman dulu lagi, Amerika mempunya polisi luar negara yang agak pelik. Dalam kekalutan menentang kebangkitan komunis satu ketika dahulu, timbul juga beberapa teori yang aneh-aneh. Antaranya, teori domino.

Kini teori domino itu timbul lagi. Peperangan di Iraq seakan sama seperti peperangan di Vietnam. Tapi persoalannya sekarang, adakah Iraq akan menjadi buah domino terakhir yang perlu ditumbangkan? Seperti dalam satu artikel yang aku jumpa, Youssef Chahine, seorang warga Mesir turut menyuarakan kebimbangannya.

Katanya, "Bush ni bukanlah orang yang cerdik. Saya gentar dengan mereka yang kurang cerdik, terutama sekali bila mereka mempunyai kuasa. Mula-mula dia menyerang Iraq, kemudian apa? Mungkin Arab Saudi? Kemudian Syria, kemudian mungkin kami."

Perkara ini tidak mustahil sebenarnya. Jika Amerika percaya ia mempunyai kuasa untuk mengubah kuasa kepimpinan di Iraq, kenapa perlu ia berhenti di situ sahaja? Dalam permainan domino ini, Iraq hampir pasti bukanlah buah domino terakhir yang perlu ditumbangkan. Bukan sesuatu yang melucukan jika aku katakan permainan domino Amerika kali ini sebenarnya sudah bermula di Afghanistan. Negara-negara Islam kini bagai buah-buah domino yang menunggu masa untuk dijatuhkan satu persatu.

Bercakap pasal perang ni, sudah kedengaran beberapa orang bertanya, "Amerika dah serang Iraq ke?"

Mendengar nada soalan ini aku terasa hendak ketawa. Cara mereka mengajukan soalan tidak ubah seperti, "esok jadi ke raya?"
Dear Nonie,

terima kasih kerana berkongsi pandangan. bagus juga bertukar pandangan dengan kaum hawa soal poligami ni. soal ibu tunggal dan anak kehilangan kasih seorang ayah ni banyak aku dah kupas dalam tulisan aku yang lepas-lepas. antaranya boleh baca balik pandangan aku suatu waktu dulu.

sebenarnya aku melihat isu poligami ni bukan sebagai "woman against man" tetapi "woman against woman". dengan menidakkan hak suami untuk berkahwin lagi satu samalah juga seperti menidakkan hak seorang wanita lain untuk berkahwin. logik kan? dan kebanyakan isteri pertama seolah-olah berfikir bila berkahwin lagi, suaminya akan menghabiskan masanya dengan isteri mudanya sahaja. tapi kalau dihalusi betul-betul, terdapat juga isteri muda yang tidak mendapat keadilan kerana suaminya telah diikat dan dikongkong oleh isteri pertama.

aku melihat juga dalam isu poligami ni sebenarnya, tiada sesiapa pun yang menentang lelaki, bukan juga NGO yang berkempen 'satu suami satu isteri" beberapa hari yang lepas. yang lebih nyata, lelaki sebenarnya berperang dengan dirinya sendiri. mampukah dia berlaku adil? nafsunya itulah musuhnya yang pertama. itu tak dicampur lagi dengan perasaan lain yang mungkin bergolak dalam dirinya.

yang menyebabkan kepincangan sistem poligami ini tidak lain tidak bukan kerana ketidakmampuan lelaki untuk berlaku adil dan juga kerana sikap wanita sendiri yang keberatan untuk berkongsi kasih. banyak kitab-kitab yang mengupas poligami dari sudut positif, tapi bila sudah sampai ke "soal hati" ramai yang berdolak dalik. poligami ni boleh dianggap seperti sistem zakat, kalau ada yang menyebabkan kepincangan bukan sistem itu tetapi orang-orang yang terlibat dalam pengurusannya.

ok. mungkin berkempen "satu suami satu isteri" sebenarnya tidak bermaksud menentang hukum Allah. alasannya? sama juga dengan orang yang menyokong perang di Iraq tidak semestinya dia menyokong Bush. atau orang yang makan di McD mungkin tidak bermaksud membantu Amerika mendapatkan duit untuk melancarkan perang. atau orang yang menyatakan keinginan untuk melihat keamanan terus kekal di Iraq tidak semestinya menyokong Saddam atau Dato' Hisham atau UMNO.

and the list goes on and on and on and on....

terlalu banyak benda dalam dunia ni yang kita buat dengan niat yang satu tapi bila tiba-tiba dipersoalkan orang, kita masih boleh memjawab yang sebenarnya niat kita tidak sebegitu. apa-apa pun, aku rasa kalau hendak bercerai semata-mata suami mahu / sudah berkahwin lain itu agak keterlaluan.

Tuesday, March 18, 2003

mungkin ramai wanita yang lebih suka suami mereka berzina daripada berkahwin lagi satu. apa yang mereka peduli tentang status anak perempuan simpanan.

atau mereka lebih suka menjadi ibu tunggal daripada berkongsi lelaki yang mereka cintai dengan perempuan lain. peduli apa mereka tentang perasaan anak-anak mereka yang mahukan seorang ayah.

Monday, March 17, 2003

bagai terapung di tengah lautan, walau dikelilingi air namun tidak setitis pun boleh diteguk.

terlalu banyak berita dan cerita hingga senak rongga fikirku tapi bagai tiada yang boleh dikongsi.

Wednesday, March 12, 2003



Both tests are brought to you by Quizilla

How Emotional Are You?
Psycho
You are overwhelmed by anger. You may even hate the world and everything in it and you believe revenge is the way of the world. An eye for an eye.

Which Infamous criminal are you?
Jack the Ripper
You are Jack the Ripper. Yours were some of the most brutal murders recorded in history--yet your case is still to this day unsolved. You came from out of the fog, killed violently and quickly and disappeared without a trace. Then for no apparent reason, you satisfy your blood lust with ever-increasing ferocity, culminating in the near destruction of your final victim, and then you vanish from the scene forever. The perfect ingredients for the perennial thriller. You are quite the mysteriously demented?

Tuesday, March 11, 2003

Edisi kuda gila

Dear Mukeh,
kalau 'buat' suka sama suka tu namanya zina. tapi kalau awek tu nak claim yang boipren dia rogol dia pun aku pedulik hapa. apa nak risau? penzina dan perogol bukannya endangered species. kalau dia dah mati takkan aku nak hidupkan balik lak? lagipun hukuman mati kat dunia ni sebenarnya berganda-ganda ringannya dari hukuman kat akhirat sana. mati hidup berulang-ulang terima hukuman yang sama.

tapi kalau kemudian awek tu dapat dibuktikan sebenarnya berzina instead of kena rogol then kena la dia tanggung dosa fitnah juga. kena sedia untuk terima hukuman untuk dosa fitnah dan dosa zina.

apa nak heran? kalau terlepas hukuman di dunia, di akhirat jumpa lagi. duhhhhhss!!!

Dear Mummy,
kau ni dari dulu ajak aku gi kubur. orang cam aku takyah ajak-ajak. kalau betul nak gi kubur ko datang je terus sini dan kidnap je aku. aku rela!!

** ** ** **

Semalam, lebih kurang pukul 9.40 malam aku nampak sorang minah ni melambai-lambai pada boiprennya yang naik bas intrakota no 20 kat belakang CM. dari gaya dia melambai tu macam syahdu jek. mungkin mata dia dah berkaca-kaca tapi aku tak nampak muka dia. tu baru naik intrakota tu. kalau boipren dia naik bas ekspress mesti lagi kencang dia punya lambai. keh keh keh!!! lepas dia melambai, minah tu pun bergegas pergi ngan menjinjing helmet kelabu dia.

** ** ** **

baru berkesempatan membaca Rentung hasil tangan Shahnon Ahmad.
novel lama. yang aku baca pun cetakan kelima tahun 1972. ejaan masih lama lagi. tapi overall aku suka cerita dia. walaupun jalan cerita dan watak-watak novel ni mungkin tak secanggih Jogho tapi aku rasa kalau boleh dibuat filem/cerekarama boleh menghasilkan sesuatu yang canggih. nak-nak lagi kalau ambil pendekatan filem MTV.

Friday, March 07, 2003

Confession of a dangerous mind (Part II)

We're being too lenient to rapists. Can you really cure these bastards by putting them behind bars for 20 years? These animals don't deserve to live. They should be hang once convicted. No question asked.

Membazir ruang. Membazir duit. Kita gunakan duit siapa untuk bagi makan binatang-binatang seperti ini? Duit cukai rakyat? Sebab itu aku percaya kita patut bunuh saja perogol-perogol ni. Tak perlu nak pening-pening kepala. Duit tu boleh guna untuk baiki jalan. Atau boleh dijadikan sebagai biasiswa untuk pelajar-pelajar yang kurang mampu. Don't you think so?

Ok. Dengan membunuh perogol memang betul kita tak boleh mengembalikan maruah sang mangsa. Tapi bukan itu yang kita cari dalam menghukum. Untuk mengajar sudah terlewat. Kadang-kadang perogol ni tak ada langsung perasaan kesal. Jadi tak ada bezanya samada kau sumbatkan ke dalam penjara atau hantar terus ke neraka.

Mereka perlu dibunuh untuk kita tegakkan keadilan bagi mangsa. Maruah tidak boleh ditukar ganti. Kalau kita disuruh bermatian-matian untuk mempertahankan maruah kita, kenapa kita tidak boleh membunuh bila maruah direntap tanpa ehsan? Sampai bila nak bersabar? Nak tunggu anak menteri mana kena rogol, baru kita boleh fikirkan untuk jatuhkan hukuman bunuh pada perogol?

Dah baca suratkhabar hari ni? Even pregnant ladies are not safe nowadays. I feel very very sick. Rasa nak termuntah.

Wednesday, March 05, 2003

Confession of a dangerous mind

Rogol bukan jenayah seks semata-mata. Ia sebenarnya lebih merupakan jenayah (penyalahgunaan) kuasa. Sebenarnya bukan semua mangsa rogol berpakaian seksi atau cantik. Mereka menjadi mangsa kerana mereka tidak berupaya untuk melawan atau berada di tempat yang salah pada masa yang salah.

Jadi tidak hairanlah jika budak pompuan yang berusia 5 tahun boleh menjadi mangsa. Juga tidak hairanlah terdapat wanita yang bertudung labuh atau nenek tua yang diperkosa. Malah dig cakap, jika terdesak kambing pun boleh dirogol.

Jika wanita yang cantik atau berpakaian seksi dirogol, hampir pasti yang merogolnya adalah orang yang rapat dengannya ataupun orang yang mangsa kenal atau percayai. Ataupun mungkin mangsa telah dirogol secara beramai-ramai. Atau mungkin dia telah dicandukan dahulu ataupun dipukul separuh mati. The weaker you are, the easier you'll become a target.

Kalau nak lihat mangsa rogol yang cantik korang boleh tengok TV atau wayang. Apa moral yang cuba mereka sampaikan? Who the hell cares about all the consequences which might occur after watching this sick act of glorifying rape? Producers? Directors? We live in a sick society which wants to breed monsters among us. Movies as a reflection of our society? Damn the movies!!! By watching Superman some kids believe they can fly. Now tell me honestly, what lessons do our kids learned by watching a 'sensualized' rape scene?

Go to your nearest bookstalls. What magazine do you find most? Cheap but corrupted sex education. Siri pengakuan? Kisah benar? Majalah yang menepati judulnya menjual "mangga" muda? Laris macam goreng pisang panas. Is it a right time to argue who should responsible for this filth? Who should clean up this mess?

Our kids are raised in time where they can learn a lot of things without even leaving their rooms. Have you checked what websites they've been browsing lately?

Now, I may have made you feel a bit uncomfortable but shall we get back to my main topic? If you're a rapist and got caught, can you get away from the charge? Hell yeah, you can. There're some brilliant ways to escape from justice and the cheapest way to buy your freedom is to blame your rape victim as a whore. Character assassination. Discredit all her statements. You wouldn't believe liars would tell truth, would you? And most certainly it would be hard for you to accept the fact that the whore was raped? Right?!

I believe you're not a whore but could you convince people you aren't?

Kadangkala, pelaku jenayah ini percaya mangsa mereka lebih rela menderita dalam diam. Kalau mereka terfikir mangsa mereka akan melaporkan pada pihak berkuasa, mereka tidak teragak-agak untuk membunuh. Jadi tidak hairanlah, kerap sangat berlaku kes rogol dan bunuh. Pakai dan buang. F*ck and dump.

Perogol sebenarnya bukan orang yang kuat. Mereka adalah pengecut dan kurang kenyakinan diri. Mereka hanya pembuli yang terunggul. Seorang perogol jika dia merogol seorang diri akan memilih mangsanya berhati-hati. Dia tidak merogol wanita yang cantik atau seksi semata-mata tapi kerana keadaan sekeliling yang membenarkan jenayah itu berlaku. Tempat sunyi dan gelap. Mangsa yang lemah. Terasing dari kelompok manusia lain.

Disebabkan sifat bacul di dalam diri seorang perogol, kebanyakannya mereka lebih senang untuk 'bekerja' secara berkumpulan. Seperti hyena atau dingo mereka mengejar mangsanya beramai-ramai. Mereka tidak perlu berusaha keras untuk membuat mangsanya lemah dan tidak berdaya sebelum merogol. Work smart. Work in team.

Why do you think rapists would continue raping even after their victim is bleeding? Almost certain, blood gushing from your mouth is not a pleasant sight. Do you think they care about that? They don't. They just wanna 'use' you. How, what or which are not their main concern.

Sometimes they hit you because they wanna hear you scream. Your scream could arouse them more. The louder you scream, the happier they are. It gives them pleasure. It gives them power.

Have I frightened you yet?

Have anybody told you, "it takes a thief to catch a thief?" Mungkin kau pernah dengar, "hanya jauhari saja yang mengenal manikam".

Stay away. Don't come any closer. You don't know me that well, do you? You don't have to believe me or your fianc� or your boyfriends completely. Don't even trust your brothers and your father too. Take a good care of yourselves, girls. Don't forget to lock your doors when you go to sleep tonight. If necessary, take a knife and keep in under your pillow. Be well prepared.

Monday, March 03, 2003

No, Mr Policeman. I'm not wearing any beret.

Spyz gelar aku "kuda perang"?! hark hark hark!!! Aku rasa aku lebih layak dipanggil "kuda gila". Hampir semua benda aku nak tendang. Semua penjuru aku nak terjah.

Mungkin cara aku mengkritik sesuatu isu tu nampak cam tak betul sket. Aku sebenarnya tak suka gaduh-gaduh. Bila bertelagah, aku benci untuk menyebelahi mana-mana pihak. Dan aku benci juga untuk berdiri di atas pagar dan lihat. Bila mengkritik, niat aku cuma satu. I wanna create a middle ground. Untuk berdiri di atas pagar, tak perlu berada di middle ground. Kau boleh berdiri di tepi. Kau cuma jadi penonton. Middle ground adalah medan pertempuran. Seringkali di middle ground, pihak yang berbalah akan menyelesaikan segala perbezaan. Gelanggang untuk menunjukkan siapa yang lebih jaguh. Cuma sesekali, middle ground dijadikan meja perbincangan untuk mencari persamaan dalam mencapai perdamaian.

Dalam mana-mana isu sekalipun, aku cuba membayangkan diri aku seperti kancil yang terkepung di middle ground antara dua kumpulan gajah yang bertempur. Tak banyak yang aku boleh buat sebenarnya.

Pilihan pertama: aku berada di middle ground dan aku boleh bertindak sebagai 'binatang tengah' untuk mendamaikan gajah-gajah tu. Tapi selalunya gajah-gajah ni tak suka dengar cakap binatang-binatang kecik cam aku. Pandang sebelah mata pun tidak. Ya lah, aku sedar siapa aku. Binatang kecik macam aku ni selalunya kena sepak terajang saja.

Pilihan kedua: aku tak berada di middle ground. Aku pilih satu kumpulan gajah yang aku rasa betul atau kuat dan bertempur bersama mereka memusnahkan kumpulan lawan. Tapi aku kurang setuju dengan cara ini. Kerana bila aku berada dalam salah satu kumpulan gajah tersebut, aku akan dilatih supaya percaya bahawa kumpulan gajah tersebut saja yang betul. Bila ketua gajah habis berucap, aku terpaksa angguk dan ikut menjerit, "Ya kami percaya tuan bercakap benar. Tiada yang benar melainkan benar semata-mata. Pihak lawan gunakan media untuk putar belit. Mulai hari ni kita patut keluarkan suratkhabar sendiri." Tambah aku tak suka lagi bila dipaksa untuk membenci pihak gajah yang satu lagi. Bila ketua gajah habis berucap, aku akan ikut gajah-gajah lain menjerit, "Ya, kumpulan lawan mesti dihapuskan. Mereka dah banyak berlaku zalim. Banyak menipu dan merampas harta benda kita. Semua projek cuma kasi kat kroni dia saja." Side effects? I'll be one-sided, prejudgemental and nurturing mob mentality. And most of all, I begin to lose my individuality.

Pilihan ketiga: aku tak perlu masuk dalam mana-mana kumpulan gajah. Aku mesti berjuang seorang diri. Dengan ini aku dapat melihat dan mengkaji kelemahan dan kekuatan kedua-dua pihak lawan. Kemudian untuk tindakan yang proaktif, bila aku terkepung dalam dua kumpulan gajah yang berperang aku tiada pilihan lain kecuali untuk menendang kedua-dua kumpulan ni selagi terdaya. Aku tahu memang aku akan terkorban. Kancil seekor lawan dua kumpulan gajah mana boleh menang. Nak selamat lari la. Tapi binatang kecik macam aku pun ada maruah. Dan kalau aku ditakdirkan terkorban, aku percaya kedua-dua gajah tu takkan hirau pun. Malah rasanya kedua-duanya akan meludah mayat aku. Tapi itulah pilihan yang aku ambil. Untuk berdiri di middle ground tak kira mati atau hidup. Aku ibarat "binatang jalang dari kumpulannya terbuang." Kalau kumpulan tu tak membuang aku, besar kemungkinan aku akan membuang diri.

Now, that is how I define 'anti-establishment'.

Saturday, March 01, 2003



Smile Mr Policeman! You're on candid camera!! What took you so long?