Friday, February 28, 2003

Edisi buang tebiat



I can't really explain why, but I admire the old guy above. No. Not the one on your right. The other one. On the left. Somehow, I got this tendency to idolise anti-establishment figures. Chairil Anwar, Che Guevera, Hishamudin Rais, etc. You name it. I adore them all. hahahha!! But of course I don't worship them la. Just respect their guts and fighting spirits. They are not flawless, nevertheless extremely charismatic.

If you haven't noticed, Castro's background is similar to Saddam's. And both of them are socialists. Wuhoooo!!!

Don't leave yet. I have something more interesting to share with you.

"... while the Europeans dithered on Bosnia and Kosovo, and while over 50 Muslim countries did absolutely nothing to stop the killing of fellow Muslims there, it was the U.S. that took unilateral military action (without a U.N. resolution) against Christian leaders to stop the ethnic cleansing of Muslims in the Balkans." - Transitions

Hmm.. how about that? Interesting eh? Over 50 Muslims countries!!! Tanpa campurtangan US, mungkin hari ni rakyat Malaysia akan sibuk kutip tandatangan untuk saudara-saudara di Balkan juga.

Like I said previously, rakyat Iraq dan Palestin tak perlukan tandatangan, mereka perlukan senjata atau paling tidak, berkurangnya senjata yang dihalakan ke kepala mereka daripada apa yang ada sekarang. Seringgit yang mengalir keluar melalui produk Amerika dan Israel boleh digunakan untuk membeli sebutir lagi peluru. Now keep that in your mind if you got any.

Yeah!!! Collect signatures! Organize a mega concert! Get more artistes with bigger names to perform!! Give signatures and extend our friendship to Iraqians and Palestinians but at the same time contribute our hard-earned money to US. Let them buy more ammo with those money. US dah mintak negara yang berhutang untuk melangsaikan hutangnya. We should donate more!!! Apa lagi gunanya duit tu kalau tidak untuk memperkuatkan angkatan perang? Baguslah! Bukan ke US dah berjasa dalam membebaskan Balkan?!!

Bullshit!!!

Maybe we have opened our eyes a bit wider. Maybe Muslim countries' leaders have realised that they should take a more proactive approach. But can we really expect any drastic changes now? With all OIC members agreed to use oil as a 'weapon'?! How strong could this 'weapon' prevent war?

Why not sending troops to Palestine to stop the Zionist army from swarming and killing the Palestinian civilians? That could be more proactive. Seeing this, US might change their target and make Palestine its battle ground instead of Iraq. Well, it is some thoughts. Some crazy thoughts.

Tapi aku rasa biar dikelilingi dunia Arab sekalipun, belum tentu Amerika boleh kalah. Ada saja negara yang sanggup membenarkan askar Amerika bertapak di negara mereka kalau dibayar sedikit pampasan. Kalau dunia Arab bersatu, mana mungkin Israel boleh bermaharajalela? Tapi inilah realitinya di akhir zaman. Begitu ramainya umat Muhammad s.a.w, tapi tak ada beza dengan banyaknya buih di lautan.

Dalam isu Iraq ni pun, terdapat juga orang Islam yang bersetuju dengan tindakan Amerika. The reason? Like Spyz pointed out sometimes ago, Saddam bukan orang suci. But I like his approach in Gulf War. When his countries was attacked, he directed his Scuds to Israel. Now, that is what I call proactive. Macam main chess la. Kau nak makan 'kuda' aku, aku boleh makan 'rook' kau. Better still if I could lay my dirty hands on your 'queen'.

Most probably, you're a bit confused about my stand but it remains like it used to be . Better if I repeat it, eh? Signing a petition to prevent war is not a proactive approach. Neither did I actually say it is a silly effort. But honestly, what can we achieve with signatures? Of course, you don't have to pay to sign. But then, what is the value of your signature? Berapa ringgit yang kau dah kurangkan dari mengalir pulang ke kantung Amerika before you sign? That is my real concern. Dalam negara yang ekonominya bagai ditunjangi Amerika, ke mana lagi kita boleh mengelak?! Soalan aku lagi: Adakah kita sengaja untuk tidak mengelak?

Well, obviously most of us don't need politics. Politik buat orang jadi bodoh, jadi gila. We don't need party yang benderanya ada gambar dacing atau roket atau bulan atau mata atau kepala lembu, do we? What we really need is parti yang ada gambar almarhum DYMM Agong.



Although, I didn't sign the petition, I really understand Imm's disappointment. I really do. I just couldn't accept inane and inexplicably stupid reasons for not signing. Well my friends, it happened here in Malaysia. Happened in our beloved country. Seperti yang aku cakap tadi, politik boleh buat orang jadi bodoh, jadi gila.

Aku tak selalu boleh menjadi garam. Dan aku tak mahu menjadi ikan. Aku berasa lebih bebas jika bisa menjadi langau.

Wednesday, February 26, 2003

sepatutnya aku happy bila ada yang terinspired bila baca entry aku. sayangnya aku cuma happy pada mulanya. then, all of sudden i felt so empty, so worthless. i don't know how to deal with praises and compliments. should i be thankful then?!

sometimes i do write to impress. sometimes to express. most of the time, because it just makes me feel good. hell... i just can't write because people expect me to write. i couldn't write just because somebody loves my writings.

Monday, February 24, 2003

dah lama tak jengok-jengok kubur rumah satu lagi. rumput bukan main panjang lagi. tak sesuai untuk main golf. masa aku menebas tadi ternampak ular. aku rasa dengan rumput sepanjang itu, gajah dan beruang pun seronok bermain sorok-sorok. ;p

anyway, aku baru je uploadkan Bicara Tentang Qur'an. moga-moga ni lepas ni aku makin rajin lagi mencari artikel yang menarik untuk diselitkan di sana. kalau ada yang nak menyumbang artikel, you're most welcome to do so by forwarding your articles to me at anarkismelayu@yahoo.com.

Friday, February 21, 2003

Dalam pertemuan persekutuan mereka yang tidak bersekutu, aku tertarik juga dengan satu lagi ide. Jika kita sebagai tikus bilamana jatuh ke dalam mangkuk yang berisi susu, tidak seharusnya hanya sibuk berenang agar tidak lemas tapi sepatutnya berusaha minum sehingga susu di dalam mangkuk itu kering dan akhirnya kita tak perlu lagi berenang.

Ini memang ide gila. Tapi di sebaliknya tersirat pengajaran yang penuh optimis.

Mengubah satu malapetaka hingga menjadi keuntungan pada kita tidak mudah. Selalunya kita mahu cepat lari dari masalah dan bukannya mahu menyelami masalah itu sehingga kita betul-betul faham dan tahu apa yang patut dilakukan untuk mengelakkan dari berrtembung dengan masalah seperti ini sekali lagi.

Dan lebih parah lagi jika kita terus-terusan mengharapkan keajaiban untuk berlaku bila berhadapan dengan masalah? Atau berserah sahaja pada nasib baik untuk menyelamatkan kita?

Sebenarnya segala-galanya terletak di tangan kita. Kebebasan untuk memilih adalah tanggungjawab yang paling besar sekali Allah pernah beri pada makhlukNya. Gunung pun tidak sanggup menerima tanggungjawab ini. Bulan, bintang atau matahari pun lebih selesa jika hanya menurut saja aturan yang Allah tentukan. Begitu juga dengan jutaan malaikat.

Hidup ini penuh teka-teki. Tanggungjawab kita berat. Takdir lebih tersembunyi daripada sebiji kacang yang berada di bawah tiga mangkuk. Mangkuk mana yang tersembunyi kacang? Kecewakah kita jika kita memilih mangkuk yang tidak berisi kacang?

Memang segala-galanya sudah tertulis. Namun begitu, walaupun Tuhan yang menentukan segalanya, tapi kita masih juga digalakkan untuk terus berusaha dan berdoa agar jalan untuk maju sentiasa terbentang luas untuk kita. Kita mungkin tidak tahu apa yang telah ditentukan, tapi kita tetap berusaha kerana usaha itu juga sebenarnya sebahagian daripada nikmat yang Allah kurniakan pada kita semua. Usaha untuk mendapatkan apa yang telah ditentukan atau usaha untuk mengubah ketentuan adalah tanggungjawab sebenar umat manusia.

Jika seseorang itu tidak mahu atau takut untuk membuat keputusan dalam hidup, maka satu hari nanti dia akan terpaksa pula menerima apa saja keputusan yang hidup berikan padanya.

Selari dengan pendapat ini, jika kita hanya perlu berjihad bila kita tahu kita akan menang saja mungkin kita tak pergi berjihad. Sepatutnya kalah atau menang tidak menjadi kayu pengukur. Yang utama, kita berjihad kerana ingin mempertahankan apa yang kita pegang. Jika kita cuma berjihad untuk menang tapi ditakdirkan kita kalah, kita akan kecewa dan rugi. Tapi bila berjihad untuk mempertahankan maruah dan kepercayaan yang benar, sudah hampir pasti kemenangan itu milik kita. Jika kita kecundang di medan pertempuran sekalipun, kita percaya balasan di seberang sana lebih menguntungkan.

Bila sudah tiba di medan peperangan, perlu kita membakar jambatan di belakang dan terus maju ke hadapan. Tiada lagi keluh kesah yang perlu dihamburkan. Musuh di depan perlu dilawan. Yang penting perjuangan ini mesti diteruskan. Jika mahu hidup dalam kemuliaan mesti bersedia untuk bertempur. Berpatah balik hanya mengundang kehinaan.

Sekarang bayangkan diri kau adalah tikus. Apakah yang kau akan lakukan jika terjatuh dalam semangkuk susu? Berenang atau minum?

Tidak ada jawapan mudah untuk hidup. Tapi adakah hidup dalam kehinaan yang menjadi pilihan? Bukankah mati dalam kemuliaan lebih baik?

Thursday, February 20, 2003

Wednesday, February 19, 2003

malam semalam menghadiri persekutuan mereka yang tidak bersekutu. ;p

tapi ada satu persoalan yang dilontarkan yang buat aku berfikir, "the problem does not lie in providing the right answer but rather in asking the right question".

jawapan selalunya membuat orang tak perlu lagi tertanya-tanya. tapi kadangkala orang lebih senang menerima apa saja jawapan dan tidak berfikir samada jawapan yang diterima itu betul atau tidak.

oleh itu, aku berfikir dalam mendidik generasi akan datang sudah sepatutnya tenaga pengajar mengubah pendekatan dengan lebih banyak bertanya daripada menjawab. silapnya kebanyakan generasi selepas era merdeka sudah terbiasa dengan budaya nganga dan suap. pelajar nganga, guru suap.

sudah pasti budaya nganga dan suap sebenarnya tidak banyak membantu pertumbuhan generasi yang kreatif dan kritikal. disebabkan sudah terbiasa disuap, maka untuk mencari ilmu pun kita perlu disuap. bila soalan yang sukar sudah ada di depan mata baru kita terhegeh-hegeh mencari guru untuk mendapatkan jawapan. nampaknya ilmu memancing yang guru-guru berikan pada kita dulu gagal kita gunakan seluruhnya. kita masih juga mengharapkan mereka memberi kita seekor ikan. itukan lebih mudah? biar orang lain dapatkan ikan dan berikan kita, daripada kita sendiri yang pergi mengail atau menjala?

berbeza dengan zaman lampau, atas alasan untuk memperkembangkan budaya ilmu, guru-guru falsafah lebih banyak bertanya dari menjawab. kerana bila ditanya otak kita lebih aktif mencari jawapan. jawapan yang kita dapat mungkin tidak betul atau kurang tepat. tapi bila sering diasak dengan soalan yang bertubi-tubi tidak mustahil otak akan lebih hidup hinggakan sampai satu tahap kita sudah bersedia untuk menjawab sebelum sebarang soalan dikemukakan.

seorang bijak pandai pernah berkata, "dalam belajar yang penting bukannya mendapat jawapan yang betul".

namun begitu kadang-kadang soalan-soalan yang bodoh pun boleh menjana jawapan yang bernas. bermula dengan soalan-soalan bodoh, banyak terhasil ciptaan yang telah mengegar tamadun manusia. jika Allah ciptakan penawar sebelum mencipta penyakit, hampir pasti Dia juga sudah menurunkan jawapan sebelum menurunkan soalan. apa, bila, di mana, bagaimana kita mendapatkan jawapan itu terletak di tangan kita. kuncinya? dalam ayat pertama yang diturunkan di Gua Hira'.

Monday, February 17, 2003

aku bukannya jam Tag Hauer. I DO crack under pressure!!!

sedap-sedap aku tengah aim kepala si Joji si anak Semak tiba-tiba handphone aku berbunyi. aku kenal suara di sebelah sana. entah apa hangin dia hari tu, dia bercakap cam bertih goreng la!!!

aku masih ada beberapa jam lagi untuk menyelesaikan tugasan tapi dipaksa memberi laporan pada masa itu juga. aku jadi marah. laporan sepatutnya disediakan bila sesuatu tugasan itu diselesaikan bukannya semasa sedang aku tengah syok-syok aim kepala mangsa.

"hmm.. ya.. ok.. baiklah... alright..."

dia sedar aku tak berapa nak bercakap. dia pula jadi marah. lepas talian diputuskan berdezup-dezup sms masuk sampai tak cukup space.

mula-mula aku baca gak sms yang masuk. tapi bila nak ngarut sangat, aku jadi malas. aku aim kepala mangsa kembali. operasi kali ini tidak boleh gagal. beberapa sms yang datang kemudian aku abaikan.

* sebarang persamaan dengan mereka yang masih hidup, telah mati mahupun nyawa-nyawa ikan adalah kebetulan semata-mata malahan amat malang sekali.

Friday, February 14, 2003

Sudahkah korang menyertai Kempen Sejuta Tandatangan?

orang tua selalu berpesan, "kalau tidak boleh menjadi garam kepada ikan, jangan pula menjadi langau." tapi secara peribadi aku rasa usaha mendapatkan tandatangan untuk menghalang peperangan adalah sia-sia belaka. selagi ekonomi Amerika tidak dilumpuhkan, perang ke atas Iraq khususnya dan Islam secara amnya akan tetap berlaku.

cukupkah dengan tandatangan saja kita dapat melahirkan "rasa simpati serta kasih sayang terhadap rakyat Iraq dan Palestin yang tidak berdosa"? adakah hanya tandatangan yang mampu kita sumbangkan pada rakyat Iraq dan Palestin sedang kita masih terus memberi wang kepada Amerika untuk meneruskan niat jahat mereka menghapuskan orang-orang Islam seluruh dunia atas alasan membendung keganasan. selepas tandatangan, kita terus bergegas ke McD atau KFC atau Pizza Hut, minum Coke atau Pepsi, berpakaian Levi's, merokok Marlboro dan segala jenis rokok. atau lepak-lepak di Projet atau CoffeeBean.

what are we? a hypocrite? ular berkepala dua?

Iran sudah ada Zamzam Cola. di Perancis pula sudah timbul Mecca-Cola dalam usaha memecahkan monopoli Coca-Cola. it is our time to "drink with commitment".

better still, we should "sign with commitment". boycott is the word of the day.

tapi sayang kita tak percaya atas keupayaan kita sendiri dalam melumpuhkan ekonomi Amerika. media aliran utama terang-terangan memperbodohkan usaha memboikot ini. usaha ini dianggap sebagai tindakan terdesak kaum jumud. biarlah media aliran utama terus memaki Amerika walhal bibir dan hidung mereka terus terselit di celah punggung Amerika.

perlu diingat dalam memboikot, kita tidak sepatutnya mencipta vakum. tidak guna memboikot jika tidak dapat memberi pilihan untuk pengguna. sebab itu Coke diganti Mecca-Cola atau Zamzam Cola. mungkin sudah tiba masanya McD diganti dengan Kedai Mat Dollah? atau Pizza Hut boleh diganti dengan Pratta Hut?

bayangkan jika anak-anak muda (kebanyakannya anak-anak Melayu/Islam juga) berpakat untuk tidak bekerja di rangkaian makanan segera ini. tanpa pengguna, perniagaan akan jatuh. tanpa pekerja terus tersungkur.

ketika ramai pekerja Indonesia dihantar pulang dahulu, Nestl� mengalami kejatuhan yang teruk. siapa kata pekerja Indon yang kebanyakannya hanya bekerja sebagai buruh kasar itu tidak boleh memberi kesan kepada aliran wang kita? sekarang, siapa kata kita tak boleh melumpuhkan ekonomi Amerika jika kita semua bersatu hati memboikot produk US dan Israel?

Hollywood rugi berjuta kalau tidak berbillion dollar akibat cetak rompak di Asia sahaja. dahulu mereka juga yang mencandukan kita dengan hiburan, kini mereka pula yang menerima penangan candu mereka sendiri. hampir semua orang laparkan hiburan. and of course, we want it cheap!!!

mungkin tindakan boikot ini dipandang sebagai tindakan yang bodoh. apatah lagi jika memboikot kedai makan kesukaan ramai. heiii.. to tell you the truth i enjoy eating there too. but then think about this, masih berselerakah hendak mencekik jika korang tahu keuntungan yang mereka perolehi digunakan pula untuk membeli senjata untuk menyembelih saudara seagama korang? beritahu aku, siapa cakap barang yang sudah bertanda halal itu tidak boleh jatuh menjadi haram?

don't you know that franchaise kena membayar wang royalti? kalau kedai franchaise itu berasal dari Amerika, hampir pasti Amerika juga akhirnya yang mendapat wangnya.

mungkin sudah tiba masanya kita patut korbankan sedikit nafsu kita, supaya saudara seagama kita tidak pula terkorban sia-sia.

Tuesday, February 11, 2003

ajal maut di tangan Allah. Dia yang menghidupkan dan Dia juga yang mematikan. kita tak tau bila kita akan mati. tahun depan? esok? sejam lagi? seminit lagi? tapi ada juga orang yang dapat melihat tanda-tanda kematian dengan jelas dan seterusnya boleh bersedia menghadapi maut. tapi kebanyakan orang macam engkau dan aku tidak tahu bila kita akan mati kecuali jika nyawa sudah tersangkut di kerongkong.

kita juga tak tahu di mana kita akan mati. depan PC? dalam disko? di jalan raya? dalam rumah? masa nak potong kek besday? Khalid al-Walid pun cuma meninggal di atas katil walaupun beliau seorang panglima perang Islam yang menghabiskan separuh dari hidupnya di medan peperangan.

aku tidak depressing bila memikirkan mati. cuma buat aku terfikir bagaimana aku akan mati. kalau dilihat pada lifestyle aku mungkin aku akan mati sakit jantung, stroke atau barah paru-paru. mungkin juga mati eksiden (tak kira la dilanggar atau melanggar). hmmm... cuma bila dan di mana, Allah saja yang tentukan.

kadang-kadang bila naik bas pun aku terbayang camne jadinya bila bas tiba-tiba terbabas dan terbalik. kengkadang bila hisap rokok dan aku calculate jangka hayat aku pun tidak memberangsangkan. mungkin paru-paru aku boleh bertahan dalam 20 atau 30 tahun lagi. aku tak pernah bayangkan aku akan hidup lebih dari 60 tahun. kengkadang bila marah, aku terbayang usia aku dalam 10 atau 20 tahun dari sekarang, tengah-tengah marah anak aku tiba-tiba jantung berhenti berdegup dan inna ilaihi rajiun.

sometimes my imagination scares the hell out of me. cam Final Destination la plak. hahahha... gelak-gelak gak tapi takut memang takutlah. dengan preparation ntah hapa-hapa, camne la nasib aku kat seberang sana.

kalau periksa kita boleh tengok jam dan boleh budget masa, tapi bila hidup ni kita tak tau camne nak agak. tup-tup taubat pun belum sempat tapi nafas dah sesak. haruuuuuuu!!!!

Wednesday, February 05, 2003

layang-layang terbang melayang
mandi tak basah, makan tak kenyang
tidur malam terbayang-bayang
asyik nak bersama adindaku seorang

ah.... sakit hati aku je main layang-layang. bukannya pernah naik pun. asyik terbang horizontal jek. maleh la aku. tapi kalau ada geng-geng yang nak tunjuk terre boleh join Tok Rimau pada 22hb Feb 2003 ni di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor.

ni gambar-gambar untuk International Kite Festival 2002.

Tuesday, February 04, 2003

(>'''<) aku belum mati lagi.
( ' ; ' ) cuma dipaksa berlapar internet
(,,)(,,) untuk beberapa hari.

akhirnya kesengsaraan ini diangkat jua dengan limpah kurnia rahmatNya.

walaucamnepun, data-data dalam kepala aku ni dah jadi rojak. dah tak tau mana ekor mana kepala. mana hujung mana pangkal. kena didefrag semula. mungkin ambil masa juga. maklumlah, processor zaman pra-pentium.

sepatutnya bila bercuti lama ni, otak akan makin segar dan bertenaga bila mula bekerja. tapi kadang-kadang bila belum pun sampai ke tempat kerja kita sudah ditakutkan oleh momok-momok yang memeningkan dan memecahkan kepala, semangat yang 150% pun boleh turun mendadak hingga jadi 5%. ultraman pun tak boleh lawan lama-lama. kalau lampu di dada dah berkelip, dia terpaksa terbang ke matahari untuk recharge.

tapi kalau nak minta cuti pun serba salah. baru hari pertama bekerja dah menyerah kalah?!

"boss saya nak minta cuti la. kepala saya pening."

"kau ingat kepala kau sorang je pening? kepala aku pening kau tak kira? kalau aku nak luluskan cuti orang yang pening kepala, nampaknya opis ni memang takde la orang kerja," katanya perlahan sambil menelan panadol. tangannya menarik laci, mengeluarkan sepapan lagi panadol. "kau ambik ni. makan dua biji."

perbualan di atas tidak pernah terjadi antara aku dan boss. ah.... otak aku tiba-tiba jadi penat. lampu di dada dah mula berkelip-kelip.

kalau ajal tak datang hari ni, mungkin esok aku update lagi. insya'Allah.