Thursday, February 28, 2002

k@r| k@mb|n6 mengganas lagi!!!
hari ni aku dah uploadkan Anectdote of Tunku Abdul Rahman al-Haj hasil tulis tangan taipan kaezrin. worth-reading beb!
i just wished she could write about other Malaysian icons like Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Ismail, etc. ;)
anyway, sorry kaezrin kalau paragraph lari sikit. next time, you don't have to paste the whole article. just cut and paste jek link of that article kat guestbook aku. it would be sufficient :|
erk... kalau ada article yang lain, jangan malu jangan segan kasitau sama aku eh?
syukran jazilan, mucho gracias, arigatos gozaimas, thank you very much dan terima kasih banyak untuk kaezrin, tok ghimau dan encik khairul kerana memberi kebenaran untuk aku mengulang tayang hasil kerja korang kat k@r| k@mb|n6.
coming soon... Sehati Sejiwa by Various Artistes Journalists dan 7 Wonders by jiGOMorrison.

*atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kisah aku dan layang-layang terbang melayang, tidur malam terbayang-bayang tidak dapat disiarkan di sini. segala kesulitan amat dikesali.

Wednesday, February 27, 2002

hari ni aku cam biasa. kerja banyak kat opis tapi aku sibuk menggodam k@r| k@mb|n6.
kalau korang ternampak apa yang korang tak patut nampak kat sana, aku harap korang buat-buat tak nampak je la eh? :[
kisah kerja klasik encik khairul pun sedang diupload. harap bersabar.

Tuesday, February 26, 2002

jiwang mautz?! ko kata aku jiwang mautz?!!!
aku memang melancholic sikit minggu nih tapi aku TAK jiwang la.
aku rasa ko dah termiss dua stanza yang akhir tuh.

thank kaez for the suggestion. aku tercari-cari gak kat mana artikel tu.
cik easy punya writings pun wokeh gak. cuma aku dah termiss banyak part yang awal. erk.. ada ke part awal? hark hark hark!!!! kena selongkar balik rasanya.
sebenarnya aku dah identify beberapa lagi entry yang boleh disumbatkan dalam periuk k@r| k@mb|n6 aku tuh. cuma tak sempat nak edit jek nih. :|
nak update jurnal sendiri pun antara sempat tak sempat jek. boss besar boss kecik boss yang bukan boss, suka sangat lalu lalang kat sini. cam la takde jalan lain yang diorang leh lalu. cheh!!

Monday, February 25, 2002

ada sesuatu yang tidak dapat diluahkan. orang cakap: sebuah lukisan boleh menyampaikan seribu cerita. tapi aku tak pandai melukis. aku cuma suka menyanyi. dan inilah lagu aku untuk minggu ini:

HITAM BUKAN IMPIAN
ke mana menyepi
intan yang kucari?
tanpa cahaya itu
gelapnya pandanganku
entah di manakah lagi
menjelang sinaran itu

mengapa begini?
kaku dan membatu
tersepit celah sepi
layu sedang menanti
apakah cinta ini pasti berbunga lagi?

hanyut bukanlah harapan
hitam bukanlah impian
tersadai jasadku
di pinggir pantai yang semak dengan bahan buangan
di situ tempat berlindung dari kesepian yang berselaput dalam hati

mengapa begini?

*lagu asal dinyanyikan oleh Hattan. kini dinyanyikan dengan lebih bertenaga oleh jiGOMorrison. dapatkan edisi terhad dalam bentuk kaset dan CD di pasaran sekarang.
hark hark hark!!!!! HELLLLL YEAAAAHHH!!!

Friday, February 22, 2002

eidul adha mubarak.
terima kasih kepada mereka yang telah banyak berkorban dalam membesarkan dan mendewasakan aku. dan selamat bercuti kepada mereka yang telah atau dalam perjalanan pulang ke kampung. selamat juga untuk mereka yang setia menunggu di lapangan terbang menyambut ayah dan ibu dalam minggu-minggu depan nih.
dan tak lupa gak selamat ulang tahun kepada bakal adik ipar aku. semoga Allah panjangkan usia dan murahkan rezeki dan berkati hidup kau hendaknya.
aku suspect handphone aku cicir kat mana-mana.
hari ni aku ada tugas khas. membeli borang permohonan lesen kat Medan Mara dan Grand Seasons Hotel.
pagi tadi aku rasa aku dah masukkan handphone tu dalam kocek depan beg. tapi tak tau la, mungkin masa tarik keluar dompet aku, handphone tu pun mencampakkan diri kat mana-mana ntah.
hm.. buat aku terpikir. ini la akibatnya kalau jarang/lambat (*buang yang mana tidak sesuai) 'berhubung' ngan Tuhan. Dia tarik salah satu cara untuk berhubung dengan orang lain lak. nasib baik aku tak bisu dan pekak terus. kalau tidak lagi parah.
aku harap handphone tertinggal kat kedai sebab pagi aku memang aku tergocoh-gocoh nak keluar.
walau apa-apa pun, maafkan aku Tuhan. terima kasih kerana masih sudi mengingatkan aku. :|

Thursday, February 21, 2002

projek rahsia?!!!! projek rahsia apa tok ghimau? ko jangan memain. ingat sikit anak isteri kat rumah tuh. kang tak pasal-pasal masuk mahkamah usung tilam sekali. huish!!! bahaya tu!! malu besar ko nanti.
hark hark hark!!! aku pun tengah praktis gak. ;p

anyway, internet access kat kedai ada problem sikit. so mungkin tertangguh sikit report kite fest tuh hari. aku tau korang boleh bersabar sikit lagi. ;)

Tuesday, February 19, 2002

besh betul cerita tv2 malam tadi. ntah apa ntah tajuknya. bila aku tukar channel je, cerita tu tengah tayang. cerita ni pasal alien. erk.. 'makhluk yang bukan berasal dari bumi' sebenarnya.
pelakonnya pun comel-comel je orangnya. tapi aku suka ngan jalan cerita tu. memang mantap. dulu masa kecik-kecik dulu, aku suka tengok cerita 'V'. tapi mintak maap bebanyak untuk X-philians aku bukan peminat 'X-files'. tolong jangan cerita apa-apa pun pasal 'X-files' ngan aku. memang aku tak pedulik. aku lebih suka ngan 'millennium'. lebih dark dan morbid jek siri tuh. :D
anyway, bukan pasal tu yang aku nak sampaikan sebenarnya. cerita pasal cerita tu semua nanti la aku ceritakan dalam edisi yang lain.
dalam cerita malam tadi tu aku cukup tertarik bila Lizzy Parker tu tanya Max Evans, "ko ni alien ke?"
Max Evans jawab, "aku lebih suka kalau ko panggil 'makhluk yang bukan berasal dari bumi'"
tak perlu pandang jauh. cuma perlu tengok kengkawan kat sekeliling kita. orang cacat takkan senang kalau dilabel sebagai cacat. orang gemuk tak suka dipanggil gemuk. orang botak pun tak suka bila dikatakan botak.
memang betul benda tu betul. kalau berat orang tu 115kg memang sahlah dia gemuk. kalau orang tu rambutnya atas kepala kalau disikat camne pun tak boleh lindung kulit kepala memang sahla dia botak. memang itu kebenarannya.
truth is truth. dah jelas dan nyata. memang semua orang boleh nampak. seeing is believing.
tapi cuba ko pikir plak perasaan orang yang beratnya terlebih tu? atau perasaan orang yang dilahirkan kurang sifatnya dari orang lain. atau orang yang rambutnya kurang dari orang lain?
aku tak suruh ko berbohong. tapi ada cara lain untuk memberitahu kebenaran tu.
dulu lecturer aku pernah cerita pasal sorang pembesar gi jumpa ahli nujum sebab nak tahu maksud mimpi dia.
ahlil nujum yang dia jumpa tu cakap yang seluruh keluarga pembesar tu akan mati lebih cepat berbanding ngan pembesar tuh.
pembesar tu terkozhut, marah, keliru, haru dan sedih sebab dia sayang gilos kat family dia. langsung dia hukum pancung ahlil nujum tu. tapi dia masih tak puas hati dengan jawapan yang diterimanya. dia berjumpa ahlil nujum yang kedua plak.
ahlil nujum kedua tu bila diberitahu akan mimpi pembesar tu dia terdiam sebentar sebelum dia jawab, "tuan akan hidup lebih lama dari ahli keluarga tuan yang lain."
pembesar tu senang hati dan anugerah emas sebutil kat ahlil nujum kedua tuh.
moral cerita nih: teruskan berkata benar. tapi jangan lupa, ada cara lain untuk menyampaikannya.
bahasa tu macam warna gak. ada shades dia. pandai-pandaila memilih kata. aku rasa ko boleh bezakan sebagai contoh antara: curik, amik, mintak, rompak dan samun. atau mungkin ko boleh bezakan antara senyum, sengih, seringai, mengilai dan ketawa. atau mungkin yang paling senang antara: sepak, terajang, tendang dan pijak.
semuanya ada sedikit persamaannya. tapi ada gak bezanya. kalau ko dapat cari apa yang sama dan apa yang beza memang ko boleh jadi pakar bahasa. :)
nasihat aku: hati-hatilah berkata benar. timbang-timbangla dulu sebelum memilih kata. takut tepung berselerak tapi rambut pun putus gak.

p/s: coming soon... aku akan cuba menangkis dan membuat serangan balas terhadap semua dakwaan geng selatan yang gi main layang-layang minggu dulu tuh. beware banchee, jaga-jaga ika, watch out tok ghimau! i will not spare you guys this time. hark hark hark!!!

Monday, February 18, 2002

setiap orang ada harinya. ini bukan hari aku. :|
kalau kita ada hari tanpa rokok sedunia, hari ni hari bodoh aku. apa yang aku buat rasa tak kena jek. ke aku ni memang hari-hari bodoh? consider this, dah hampir 30 tahun aku hidup, pergi belajar jauh-jauh, baru hari ni aku discover aku ni memang bodoh!!!!
well... yeah!!! fuck you too!!! NO.. NOT you... YOU!!!! FUUUUCKKKKK YOUUUUU!!!!
anyway, menarik gak kalau kita semua boleh buat cam diorang nih:-

kita bukannya ramai sangat. need to support each other la kawan!!
erk... jangan lupa support k@r| k@mb|n6 sekali. nikmatilah kelazatannya. pastikan daging kambing anda masih segar. dan terima kasih kerana tidak meludah merata-rata dan mencarut. ;p

Sunday, February 17, 2002

i took a test! i'm an orc!!!! hell yeah!!!!


I took the What Mythological Creature Are you? test by !
aku kasi resepi kari kambing dalam k@r| k@mb|n6. heh heh heh!!!
ntah apa-apa je la aku nih kan?
erk... lagipun ni sempena menyambut hari raya korban yang bakal tiba. hark hark hark!!!
aku dah edit dan upload siri FLET BUKIT CHAGAR tok ghimau dalam k@r| k@mb|n6.
kalau ada sesiapa yang termiss siri tu boleh la baca kat situ sekali hayun. ;) tapi perlu diingatkan di sini, aku susun siri tu ikut aku punya feel. kalau aku rasa ganggu flow cerita, aku ubah la ke depan atau ke belakang. tak semestinya ikut tarikh entry sebenar. erk... aku tak edit seluruhnya sebab takmo kacau semangat cerita tu. nanti hilang lak pengaruh dan kejiwaan tok ghimau dalam siri tuh.
anyway, aku bercadang nak kutip mana-mana entry terbaik dari geng jernel untuk aku selitkan dalam k@r| k@mb|n6. aku tuh. apa-apa pun aku akan mintak kebenaran dulu.
tapi kalau ada sesiapa yang nak aku masukkan entry korang dalam k@r| k@mb|n6. tu, aku amat berbesar hati.
mungkin di masa depan, entry terbaik untuk dalam koleksi tahunan atau bulanan atau dwi-bulanan akan dapat hadiah. tok ghimau cakap dia nak sponsor hadiah gi melancong ke batam. hark hark hark!!!

Saturday, February 16, 2002

huish lama gilerrr aku tak update. nak tak nak aku kena update la gak. mana la tau, korang ingat aku dah mati ke hapa. hark hark hark!!!
lagipun sebenarnya, banyak benda aku nak cerita. aku tak cerita lagi pasal aku main layang-layang tu hari kan? hah.... ko dengar la citerr aku nanti eh? lain dari yang lain la.
sekarang ni takleh... kepala aku pening sikit hari nih. nak tidur kejap. malam nanti aku tulis la pengalaman aku dan ulas apa yang geng lain tulis pasal aku. heh!!!
so in the mean time, keep your head, heart and soul together. ;)

Saturday, February 09, 2002

kenapa k@r| k@mb|n6?
aku rasa korang pernah dengan nama sites chicken soup for the soul.
... aku nak tulis panjang lagi tapi aku dah ngantuk gilerr dah nih.
anyway tok, kalau ko nak baca cerkas ko klik la aesop's fables kat dalam k@r| k@mb|n6 tuh. :D
g'nite everybody...

Thursday, February 07, 2002

k@r| k@mb|n6 | bukan sekadar kari biasa
k@r| k@mb|n6 bukanla buku resepi ataupun website restoran mamak. so, jangan la harap akan terjumpa apa-apa pun pasal kari kambing. ;)
anyway, sites ni aku buat masa aku takde tak banyak kerja. tujuan aku nak kumpulkan teks kesusasteraan melayu lama. lagi besh kalau edisi tu dah takde jual. dan yang ada pun cuma dalam tulisan jawi jek. heh!!!
aku cuba nak elakkan dari isu copyrights dan royalty. itulah sebabnya dalam kepala aku ni, aku ingat takmo kumpul karya-karya yang penulisnya masih hidup ataupun baru jek pergi kurang dalam 50 tahun nih.
tapi tu cuma idea asal aku jek. yang aku dah kumpulkan kat k@r| k@mb|n6 sekarang ni pun karya asing tapi aku rasa menarik. nak translate dalam melayu tak sempat la. kalau ada sesiapa yang rajin nak translate sila la. dan kalau ada yang nak masukkan eteks melayu dalam koleksi pun dialu-alukan. leh hantar kat aku dalam bentuk *.rtf ke *.doc ke hapa-hapa je la yang aku leh baca.
kalau nak join sekali dalam projek ni aku lagi suka.

Wednesday, February 06, 2002

beberapa jam yang lepas aku ada citerr pasal projek haram aku. so sekarang aku nak persembahkan dia.
tapi ni masih lagi dalam peringkat testing jek. tak banyak e-text dalam tuh. tawaran aku masih terbuka untuk sesiapa yang nak join force ngan aku.
aku tengah siapkan projek haram aku. hark hark hark!!!
aku kumpul text yang aku suka baca pastu aku edit supaya aku senang nak baca nanti. tambah script yang senang-senang, pastu grafik pun satu jek. malas aku nak buat grafik.
bukan nak lawan gutenberg project. sekarang ni aku baru abis siapkan satu e-text jek. e-text yang lain akan menyusul. nantikan kemunculannya!!! aku belum sempat nak uploadkan lagi.
memula aku ingat nak kumpulkan hasil tulisan melayu jek. cam cerita Sejarah Melayu ke Hang Tuah ke, Sang Kancil dan Tok Ghimau ke hapa ke. tapi susah nak cari dalam internet. nak gi library malas tak sempat. nak gi kedai buku, takde sen. so aku ripped off dari sites orang jek. heh!!
nanti kalau aku dah upload aku akan bagitau korang. kalau sesiapa nak join projek haram ni, aku amat alu-alukan!!! mari hidupkan industri e-text. kalau ada teks melayu pun lagi cantik sebab tu la idea asal aku sebenarnya.

Monday, February 04, 2002

berehat la rudy. mungkin kau perlukan sedikit ruang hari ini untuk kau terus berlari menuju padaNya.
tapi kau harus ingat. sebenarnya tiada jalan singkat untuk kita berada dekat di sisiNya. kadangkala perjalanan lebih bermakna dari destinasi. tiada gunanya kalau sampai dulu, tapi tiada sesiapa di sekeliling kita untuk sama-sama meraikan kemenangan ini atau sama-sama mengecapi nikmat manisnya sebuah perjalanan.
berehatlah dulu secukupnya sebelum terus berlari. takut kalau-kalau kau rebah sebelum sampai ke garisan penamat.
kalau tiba masanya untuk kau membuka hati kau kembali untuk teman-teman, percayalah ramai yang masih boleh menerima kau seadanya.

Sunday, February 03, 2002


Saturday, February 02, 2002

Friday, February 01, 2002