Saturday, November 30, 2002

have a look.
Weave Us Some Lies
baru sehari usianya. moga-moga api yang hampir padam dapat hidup jua jika diberi peluang yang kedua. :|

dengan lafaz bismillah, teruskan melangkah.

Friday, November 29, 2002

dah lama tak pegang duit banyak-banyak. nervous la plak. heh!
dulu masa keje 7-E merasa la gak pergi bank ngan duit antara 2 atau 3 ribu setiap hari.
boss aku pesan, jangan ikut route yang sama. perompak senang nak mark!!

hei.. ada baca cerita pasal budak pompuan yang kena kidnap tu? sekarang ni kalau ada orang langgar kereta kau pun, jangan tergopoh-gapah keluar dari kereta. hendak-hendak lagi pada musim perayaan. be very very careful!!! tengok dulu berapa orang dalam kereta yang langgar ko tu. tengok kadar kesunyian dan kegelapan tempat terjadi pelanggaran. kalau rasa tak ok, drive terus ke balik polis atau jangan teragak-agak untuk telefon orang yang ko boleh percaya. cukup rasanya nasihat untuk drivers sekalian. :D

ikut stastik dan pengalaman aku bekerja di kedai 24/7 dulu, musim perayaan la rompakan dan kecurian paling kerap berlaku. in fact, ada satu kedai 24/7 yang tiap-tiap tahun mesti kena rompak pada hari raya cina. tiap-tiap tahun!!!

Thursday, November 28, 2002

siang yang panjang!

nasib baik la tak bergaduh pasal bubur lambuk. heh heh heh!!
pasal bubur pun gaduh?! teruk betul la. :|
there's a story behind it, bebeh!! cuma takde masa nak bebel kat sini.

Monday, November 25, 2002

Dalam hidup ini tiada jawapan yang mudah untuk setiap persoalan. Sesetengah jawapan tu susah benar nak ditemui, walaupun kita dah lontar fikiran kita jauh ke dasar lautan mahupun ke langit tinggi. Kau lihat tapi kau tak nampak. Tapi kadang-kadang jawapan tu ada di depan mata. Tidak perlu nak meraba-raba. Itulah rahmat Allah pada makhlukNya. Cuma kita sahaja yang malas nak memikirkannya.

Ada sesiapa yang boleh mengaku diri tu sebagai seorang yang pakar dalam bidang politik? Yang peliknya dalam bidang yang tiada orang boleh mengaku pakar ini, hampir setiap hari kita mendengar orang bertekak parti mana yang betul dan parti mana yang salah?

Dan aku rasa hampir semua orang bersetuju yang bidang agama lebih berat dari isu politik semasa. Anehnya, kita suka mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan persoalan yang sukar. Benda yang berat suka benar diambil ringan, dipandang remeh. Bila datang soalan susah, kita lari jauh-jauh atau pekakkan telinga dan berkata yang ulama� ada jawapannya. Takut pening kepala?!

Kadang-kadang aku terfikir juga, perlu ke semua kemusykilan agama nak diserahkan pada ulama� untuk jawapannya? Sesetengah tu ada yang kita boleh jawab sendiri walaupun kita sedar ilmu di dada masih cetek. Aku rasa kalau semua perkara berkaitan agama kita nak serahkan pada ahli agama untuk menyelesaikannya, bukankah itu boleh dianggap sebagai salah satu bentuk sekularisma? Memisahkan agama dari kehidupan seharian? Pada ulama� mana pula kau nak serahkan hal-hal agama kau tu? Ulama� PAS atau ulama� UMNO?

Atau mungkin tindakan itu boleh juga diertikan sebagai cuba membangkitkan kembali amalan kasta kaum Hindu yang mempunyai kasta Brahma yang hanya layak bercakap soal agama? Jika kita anggap Islam itu pegangan kita, kenapa kita tak sanggup pertahankannya dengan darah dan nyawa kita sendiri? Kenapa perlu diserahkan apa yang kita pegang untuk ditentukan oleh orang lain? Kenapa kita tak cuba selidik sendiri apa jawapannya?

Setahu aku, Islam bukannya dogma. Islam bukannya agama yang tidak boleh dipersoalkan. Islam ni penuh dengan logik. Islam tu adalah cara hidup, kebudayaan atau tamadun. Dari mula bangun tidur sampai masuk tidur kita diajar bagaimana nak berniaga, berpolitik, bersosial dan sebagainya. Bahkan cara menjaga kebersihan dan adab berpakaian pun diajar sekali.

Dan kita diberitahu yang Islam ini sesuai untuk sepanjang zaman, untuk setiap lokasi. Oleh itu, Islam itu sudah sepatutnya buat orang Islam lebih terbuka bukannya lebih jumud yang menanti apa saja fatwa yang datang dari mulut ulama�. Kalau tidak, takkan dalam Qur�an banyak kali kita dinasihatkan supaya berfikir. Jika Islam itu dogma, mungkin ayat Qur�an hanya bertulis satu perkataan sahaja, �Buat sahajalah, jangan banyak tanya! Ikut apa saja imam/ulama� katakan pada kau!�

Maaf! Aku bukan mahu bersikap biadap pada sesiapa. Jauh sekali pada Allah. Tapi rasanya perlu kita memikirkan tentang soalan-soalan yang mungkin diajukan oleh pendakwah-pendakwah Kristian diteliti dengan sedalam mungkin. Cubalah cari jawapannya. Berdampinglah dengan mereka yang tahu. Bertanyalah pada tok-tok guru, walaupun kau mungkin akan dipandang serong dan dicop sesat oleh umat Islam sendiri. Tidaklah nanti kita diketawakan orang yang mengata kita ni Islam sebab mak bapak kita Islam. Kalau kita tak berapa faham apa yang kita percaya, bagaimana kita boleh katakan apa yang kita pegang selama ini betul?!

Kalau tak silap aku, Nabi Muhammad s.a.w. pernah mengingatkan kita supaya tidak mempersoalkan Qada� dan Qadar. Selain dari perkara tersebut, carilah jawapannya. Insya�Allah, pasti akan ketemu jawapannya.

Aku sendiri tak mempunyai jawapan untuk semua persoalan yang diajukan tempoh hari. Tapi rasanya aku tau kenapa Nabi Isa a.s yang akan diturunkan pada akhir zaman dan bukannya Nabi Muhammad s.a.w.

Pertama, umat Islam percaya yang Nabi Isa a.s. tidak mati di palang salib. Baginda telah diangkat ke langit oleh Allah. Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. telah wafat dan dikebumikan.
Kedua, kita semua percaya yang Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi yang terakhir. Penutup segala nabi dan rasul. No doubt about it. Kedatangan Nabi Isa a.s. selepas baginda bukan sebagai nabi atau rasul yang membawa syariat baru. Nabi Isa a.s. datang hanya sebagai umat Muhammad yang menjalankan suruhan Allah berlandaskan apa yang telah disempurnakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Isa a.s. mempunyai tugas khas untuk memperbetulkan kembali kepercayaan kaum yang telah disesatkan itu (Kristian) untuk kembali menyembah Tuhan yang sebenar. Bukan Tuhan yang sanggup melihat dan membiarkan anakNya mati di palang salib untuk menebus dosa seluruh umat manusia tapi Tuhan yang Esa yang tidak beranak atau diperanakkan. Tuhan yang tidak berkehendak pada sesuatu yang lain.

Terima kasih pada Tasia yang sudi berkongsi pendapat untuk beberapa persoalan lain.
Q: Mengapa orang Islam sembah Kaabah
A: Orang Islam tidak menyembah Kaabah. Kaabah atau Masjidil haram merupakan tempat untuk orang Islam unite and gather around. It's a symbol of unity.

Wednesday, November 20, 2002

Bullshitasi bahagian ketujuh

Masa kecik-kecik dulu aku cukup suka betul dengar drama radio No 5 Persiaran 1. Masih terngiang di telinga, "Di depannya masjid, di belakangnya minimarket"! Tak lupa juga pada bangsawan radio yang disiarkan oleh salah sebuah stesen radio Singapura yang bercerita tentang Tuan Puteri dan segala macam jin! Ahhhh!! Sungguh mengasyikkan sekali dunia aku waktu itu.

Tapi aku tak pernah cuba menulis skrip drama radio kalau Blueshades tak beritahu aku tentang Peraduan Drama Raya ERA yang menawarkan RM10 ribu sebagai ganjarannya. Thank you!!! Who's gonna pay you RM10 thousands for writing bullshits? hark hark hark!!!

Walaupun menulis untuk filem atau tv sebenarnya lebih sukar tapi untuk menghayatinya amat mudah. Kita tak perlu menerangkan segala-galanya dengan dialog. Kalau nak menunjukkan kesedihan pun tak perlu dialog yang berjela-jela. Cukup dengan menunjukkan raut wajah pelakon atau cuaca yang suram. Tetapi bila menulis untuk skrip drama radio, hampir segala-galanya bergantung pada bunyi dan suara. Penghayatan pendengar mungkin terganggu oleh bunyi bising.

Jika pelakon filem dan tv banyak bergantung pada raut wajah dan bahasa tubuh, pelakon drama radio pula hanya bergantung pada gaya pertuturan dan intonasi suara dibantu dengan bunyi suasana sekeliling untuk menimbulkan mood yang sejajar dengan skrip. Itu aku rasa sukar, jadi tak hairanlah kadang-kadang pelakon yang sudah agak berumur tapi suaranya dipinjamkan untuk memegang watak sebagai remaja dalam drama radio. Dan ada pula pelakon remaja yang suaranya diguna untuk memegang watak Opah!

Dan untuk memantapkan skrip radio itu lebih menyulitkan kerana kita sudah semestinya tidak mahu terperangkap dengan dialog yang tidak membantu perkembangan watak dan jalan cerita. But if the listeners have to know then you have to tell them. That's the golden rule. Unless you know what you're doing, don't try to break it!

Filem dan drama tv lebih mudah dihayati. Penghayatannya lebih holistik. Total. Sebagai contoh, itulah sebabnya ramai orang boleh menangis bersama Shah Rukh Khan bila menonton Mohabattein walau tak faham sepatah haram pun apa yang dia bebelkan. erk... ada sesiapa tak yang pernah menangis bila dengar drama radio tamil?!

Walau apapun kemungkinannya, ini merupakan satu kepuasan untuk aku kerana dapat menyiapkan skrip 10 episod untuk peraduan tersebut dalam masa kurang dari 48 jam! Alhamdulillah! Ada orang lebih mudah menulis bila berada di bawah tekanan. Idea keluar macam air terjun. Sayang sekali peraduan itu cuma memerlukan seorang saja pemenang. :|

Bila aku baca balik skrip yang sudah dihantar tu pun sebenarnya aku rasa masih boleh dimantapkan lagi. Aku nampak banyak lagi kelemahan skrip tu tapi peraduan tersebut dah tamat pada 17 Nov lepas. Nak edit pun tak guna. Harapan aku untuk memenangi RM10 ribu tu pun sebenarnya tak berapa tinggi. Aku dah ikat unta, sekarang bertawakal sahajalah pada Allah.

*Terima kasih sekali lagi kepada Blueshades kerana memberitahu aku tentang peraduan ini walaupun agak terlewat. Juga arigato gozaimas Tok Rimau sebab susah payah cut and paste contoh skrip drama radio Drama Merdeka ERA. Dan tak lupa juga, mucho gracias kepada beberapa rakan; Eliza, Nett dan Khairul yang banyak memberi sokongan dan idea selama menyiapkan skrip tersebut.

Heh!! Like I said, I'm not sure if I have a chance of winning this contest. Tapi kalau menang, aku nak jemput semua geng Ratusan Ilham makan sate!!!! Insya'Allah! :)

**previous Bullshitasi

Friday, November 15, 2002

ada plak orang forward soalan-soalan susah nak jawab pagi-pagi nih. yang ditanya tu pun bukannya, "Nak buka kat mana hari ni?", "Nak makan apa buka nanti?", "Nak beraya kat mana tahun nih?" ataupun "Bila nak mula bershopping untuk Raya?"

berikut adalah petikan dari email yang aku terima:

Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam, agama cikgu dan bukan atas nama Kristian, agama saya". Saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-
1. Mengapa orang Islam sembah Kaabah
2. Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
3. Mengapa di akhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
4. Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
5. Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya?

Thursday, November 14, 2002

pagi tadi kepala aku ok jek tapi lepas layan sorang customer ni kepala aku tiba-tiba berpusing-pusing. "macam gasing daaaa!"
mungkin cuaca tengahari ni lain macam sikit. ditambah pula dengan tidur yang tak berapa cukup.

tapi rasanya ada sebab lain.

agaknya ni lah yang terjadi kalau kau rasa darah dalam badan kau menggelegak dan otak kau pulak dah berasap tinggal masa saja nak meletup tapi... (ya ada tapinya) terpaksa gak kau menahan marah. kalau boleh memang kau nak hambur segala carut dan maki tapi kau tetap berjuang nak mempertahankan kesucian lidah kau hari ini. untuk bulan yang mulia ini.

"sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar"
Syair Laila Majnun

Terkulai di puncak rindu
Tenggelam dalam sendu
Kasih mu tak siapa
Bisa tanggalkan

Biar luka parah
Biar jiwa lara
Kasih mu yang sebati
Sukar ku pisah

Siapa bisa rasakan
Gelora cinta si Laila
Siapa gerangan
Kalaulah bukan Majnun

Mesti ada saksi
Mesti tegak bukti
Sebuah pengorbanan
Sebagai ganti

Lafazkan cinta mu satu
Azamkan cinta mu satu
Nazarkan cinta mu satu

Kibarkan cinta mu satu
Laungkan cinta mu satu
Juangkan cinta mu satu

Monday, November 11, 2002

selamat datang dan tahniah kepada adik-adik yang baru mendaftar di UIA. belajar la betul-betul selagi ada peluang.

****

jangan terkejut kalau aku meletup lagi macam kelmarin. :) aku ni macam dynamite. jangan cuba nak acah-acah nyalakan aku.

aku tak rasa terkejut pun kalau ramai yang tak rasa apa-apa pasal kes Aida Melly. kalau dia takde connection mungkin dia tak masuk paper. that's true. tapi sebab dia masuk paper la, orang boleh buka mata pada lain-lain penganiayaan wanita-wanita yang takde connection. just wait and see how these reporters doing their jobs.

****

have you seen this guy before?

Saturday, November 09, 2002

boleh ambil hadiah anda di sini!!!

****

ada baca berita muka depan Utusan Malaysia 7 Nov lepas? aku tau cerita tu dah nak basi. tapi aku takleh review awal-awal sebab aku terlalu emosi. kalau boleh memang aku carutkan saja dari datuk nenek sampai ke anak cucu.

darah aku betul-betul menyirap naik ke otak. aku rasa aku boleh kena darah tinggi. aku rasa jantung aku bagai nak gugur sebab berdegup cepat sangat. peristiwa silam seakan membakar lagi emosi aku.

7 tahun untuk sah bercerai? bukan 7 hari! bukan 7 bulan! 7 tahun!!! ntah apa yang diorang cuba buktikan. aku pun tak faham la. nak didamaikan apa lagi kalau lebih 7 tahun perasaan sayang tu dah takde lagi? kes yang sepatutnya tidak mengambil masa lebih dari 4 bulan tu nak dilengahkan apa lagi sehingga 7 tahun? memanglah cerai tu boleh menggegar tiang Arasy dan sepatutnya suami isteri mesti hidup rukun damai tapi bila perasaan wanita didera sepanjang perkahwinan takkan dia tak mempunyai hak untuk meminta cerai?

aku ingatkan wanita yang diceraikan saja yang merana, wanita yang meminta cerai pun merana gak? ni la padahnya kalau mahkamah nak dijadikan bilik kaunseling. kalau nak didamaikan, bukankah lebih elok jika didamaikan sebelum kahwin. berikan penekanan sepenuhnya tentang tanggungjawab suami dan isteri.

tapi mungkin ini akan sedikit menyulitkan proses pernikahan. akan lebih ramai anak muda yang seronok berzina dari berkahwin. tapi bila dimudahkan sangat, berlaku plak ketidakadilan. poligami atas dasar nafsu kuda. isteri-isteri yang terabai. dan yang lebih sadis lagi perempuan-perempuan yang terpaksa menjaga status isteri sebab takut dipandang jelik masyarakat sekeliling. ada pula mulut yang mengata janda tu perempuan jahat dan tak tahu menjaga suami. tapi pernah ke mereka (kebanyakannya perempuan juga) bertanya apa perasaannya jika diri sendiri dilayan bagai hamba dan terpenjara di rumah sendiri? sampai bilakah kaum wanita harus menerima saja sepak terajang lelaki dengan senyum simpul? dan lebih takut pula untuk berdepan dengan masyarakat sebab takut dipandang sebagai perempuan yang tak tahu menjaga hati suami?

kes Aida Melly cuma lapisan kulit pada masalah sebenarnya. ada banyak lagi kes yang sudah berdarah daging dan masih tidak diselesaikan bertahun-tahun. itu tak dicampur lagi dengan kes perempuan yang bila nak membuat laporan polis yang dia dipukul suaminya disuruh balik sebab polis 'takmo campur urusan rumah tangga orang'. takmo campur urusan rumah tangga orang?!!!

mungkin aku patut tanya, "apa rasa kalau benda tu terjadi pada saudara perempuan engkau?" ko boleh gelak-gelak sebab benda ni tak terjadi pada adik beradik perempuan engkau. mak kau pun bernasib baik sebab ayah dia sayangkan dia sampai ke mati. anak kau pun semua lelaki, tak perlu risau sebab kuasa cerai tu di tangan lelaki!

satu ketidakadilan bila kuasa di tangan disalahguna. itu baru kes minta sah cerai. belum lagi kes ibu-ibu tunggal yang sudah sah bercerai tapi sampai ke hari ini masih lagi berjuang menuntut hak untuk meminta sedikit nafkah untuk membesarkan anak. terpaksa naik turun tangga nak meminta hak supaya si ayah ada belas ehsan dan mencampakkan duit barang sepuluh dua puluh ringgit untuk belanja anak-anak.

dolak-dalik lelaki yang menceraikan isteri dan gagal pula memberi nafkah pada sang anak mesti sepatutnya tidak boleh dibiarkan. kalau kesalahan trafik boleh sampai nak keluar waran tangkap kenapa kesalahan syariah seperti ini masih terabai?

Mahkamah Syariah sudah sepatutnya dipulihkan. tolonglah!!! jangan sampai orang Islam sendiri hilang kepercayaan pada sistem keadilan dn perundangan Islam pula. Mahkamah Sivil? Mahkamah Syariah? entah zaman bila la diorang nak gabungkan? sampai bila nak berkiblatkan undang-undang orang putih? bangunan dah tegak berdiri mencucuk langit tapi nampaknya kita masih belum merdeka lagi rupanya. nama saja negara berdaulat tapi rupanya penuh ulat. kasihan! :|

Friday, November 08, 2002

Hadiah sempena Ramadhan yang mulia

aku tak mampu nak hadiahkan ko kereta. cuma yang mampu aku hadiahkan satu perisian yang berguna untuk muslimin/muslimat yang nak tahu bila masuk waktu solat. ye la bulan puasa ni mana boleh makan waktu siang kan? so cuba la solat tepat pada masanya. terutamanya solat zuhur dan asar tu hah. kalau nak tahu waktu maghrib pun boleh. senang sikit nak tahu bila boleh mula melantak berbuka. di samping tu, korang boleh gak tahu bila waktu isyak masuk. senang sikit nak bersiap untuk ke masjid untuk bersolat sunat terawikh.

program kecik ni bukan aku buat. special thanks to cik eliza sebab forward kat aku. bukan dia pun yang buat. tapi zulsaleh. kalau korang rasa program ni berguna, sebarkanlah. itu je amanat dia. kalau nak berterima kasih, boleh mail dia kat zulsaleh@yahoo.com. erk.. siapa mamat nih? entah aku pun tak kenal. :D

so apa yang korang kena buat untuk dapatkan hadiah dari aku nih? memula apa yang korang kena buat ialah pindahturun
>>Waktu Solat
kemudian boleh pindahturun plak
>>azan.

dah pindahturun dua-dua? bagus. boleh install sekarang.

secara default program Waktu Solat ni akan diinstal di dalam drive C:\Program File. untuk senang, jangan ubah apa-apa. melainkan kalau korang tahu apa yang korang buat. kalau tak tau, sebaik jek wizard keluar terus klik next next dan next lagi hingga selesai installation.

untuk mereka yang ada speaker dan nak PC mereka azan setiap kali masuk waktu boleh pindahturun plak zipfile azan. korang kena extractkan file azan.wav tu plak. aku cadangkan extractkan fail tu ke dalam C:\Program File\Waktu Solat\Output. ni pun kalau korang tak ubah apa-apa masa installation. kalau dah ubah susah sikit aku nak explain. anyway, aku rasa korang lebih arif pasal menggodam PC. :)

di akhir tu anda akan ditanya mahu launch waktu solat, tickkan kotak dan klik next. tak lama pastu, korang akan nampak bulan sabit warna hijau kat desktray. korang kena check untuk pastikan takwim betul. klik kanan di atas bulan sabit hijau dan kemudian cari setting dan klik. ni contoh setting aku. untuk kasi PC azan boleh browse (gunakan "...") dan kemudian "terima". lihat contoh setting aku betul-betul.

erk.. apa-apa pun sila betulkan waktu PC anda dulu. untuk sebarang kemusykilan, boleh tanya aku. tapi kalau nak tau camne nak setting untuk waktu solat contohnya di University of Portsmouth, UK tu kena tanya pakar geografi. :p

Thursday, November 07, 2002

Which Executive Am I?

Suit, schmuit. For you, work isn't about power lunches and hostile takeovers. You're all about creativity and inspiration. That's why you'd be an ideal Art Director. We can just picture you at a draft table or computer, cooking up the perfect logo or layout. Passionate and imaginative, you're better than anyone at coming up with ingenious solutions to difficult problems. (And at making them look great!) You've got artistic flare and then some, and you're a pretty darn good leader, too. Nothing's more exciting than brainstorming with a group of talented, creative people and seeing a project take shape, right? No doubt about it, there's a promotion in your future. So keep up the good work!

Which Executive Are You?
dulu pernah terjadi di zaman nabi, sorang sahabat terlupa dia dah solat rakaat ke berapa. sebagai menebus alpanya dia mewakafkan dusunnya. tu zaman dulu dan berlaku plak pada orang yang berharta.

ntah apa masalah ngan litar otak aku hari nih, dzuhor tadi aku plak terlupa berapa rakaat aku dah solat. nak sedekahkan dusun, takde plak. mungkin dosa bertimbun-timbun, dan Allah membalas dengan menarik nikmat khusyuk dari solat aku. :|

hai masalah! apa la yang syok sangat ko duduk dalam kepala otak aku sampai tak reti-reti nak keluar nih? cukup-cukuplah tu, gi kacau orang lain plak.

Wednesday, November 06, 2002

baru balik dari cyberjaya. nasib baik la bukan aku yang drive. :)

****

erk.. siapa cakap aku tak rindu kat kawan-kawan? tapi biasaklah... lelaki primitif seperti aku ni kengkadang terpaksa masuk gua untuk menenangkan fikiran. heh!

bapak memel, bradd pit poad, kak ct & everybody. thank you for all the wishes.

Tuesday, November 05, 2002

"when your parents got divorced, how did you feel?"
aku tak sangka akan terperangkap lagi dengan soalan sebegini. sudah sekian lama soalan itu tidak diajukan padaku. tapi untuk membantu seorang teman terpaksa juga menjawab soalan itu walau dengan sedikit pahit.

*jangan menangis sahabatku. dunia di depanmu terbentang luas.

Friday, November 01, 2002

University of Portsmouth, UK?
hello, there! how's life been treating you lately? :)