Saturday, February 28, 2004

commercial break

you gotta watch to learn it well. but don't let your perception fools you

|| iklan lagi
:. keep your files protected
:. ada apa bawah skirt?

Friday, February 27, 2004

for those about to rock, we salute you!

sudah menonton School of Rock? ya, ia cerita yang tipis dari segi plotnya. kisah seekor binatang jalang dari kumpulannya terbuang seorang rocker yang ditendang keluar dari bandnya. kemudian kerana terdesak untuk mencari wang, dia menyamar sebagai rakannya untuk mendapatkan peluang mengajar di sebuah sekolah ternama. di sekolah itulah, dia berjaya mengumpulkan bakat baru disamping mengembangkan visi rocknya kepada dunia. di situ, dia mengajar anak muridnya appresiasi dan teori rock dan termasuk bullshitasi rock.



kenapa aku begitu ghairah dengan movie ni? tidak lain dan tidak bukan, kerana movie ini banyak memuatkan lagu-lagu nostalgia menusuk kalbu jiwa batu.

aku tak begitu ghairah bila mendengar intro smoke on the water atau intro immigrant song.

tapi bila Dewey Finn memanggil Lawrence untuk bermain intro touch me, aku hampir tergolek. man! i love The Doors!!

C'mon, c'mon, c'mon, c'mon now
Touch me, babe
Can't you see that I am not afraid?
What was that promise that you made?
Why won't you tell me what she said?
What was that promise that she made?

Now, I'm gonna love you
Till the heavens stop the rain
I'm gonna love you
Till the stars fall from the sky
For you and I

C'mon, c'mon, c'mon, c'mon now
Now touch me, baby
Can't you see that I am not afraid?
What was that promise that you made?
Why won't you tell me what she said?
What was that promise that she made?

I'm gonna love you
Till the heavens stop the rain
I'm gonna love you
Till the stars fall from the sky for you and I I'm gonna love you
Till the heavens stop the rain
I'm gonna love you
Till the stars fall from the sky
For you and I

Thursday, February 19, 2004

aku sedar hari ni bukan hari Jumaat

"makin banyak aku belajar, makin bodoh pula jadinya."

syukurlah kalau ada yang merendah diri dan mengaku rendah ilmunya. semakin banyak ilmu yang ditimba dari pengalaman, buku-buku, guru-guru dan sebagainya, makin terasa pula kurang ilmu kita bila dibandingkan dengan ilmu Allah.

tapi adakalanya orang yang berilmu tapi bertindak bodoh. takkan nak salahkan ilmu?! ada orang menganggap yang ilmunya sudah tinggi hingga tidak perlu mendengar pandangan dan pendapat orang lain. itukan boleh dikategorikan sebagai bodoh juga! atau mungkin lebih tepat sebagai bahalol dan tolol.

aku percaya, lebih dari selalu kau terdengar orang bercakap atau kau sendiri yang cakap, "nama je sekolah tinggi-tinggi tapi bodoh!!", "sesia je belajar oversea tapi bodoh!!" dan dialog seumpamanya yang diakhiri dengan "... tapi bodoh!!"

tapi adakah bodoh bila mahu berbahas? adakah bodoh jika memberi fakta yang menyokong pendapat?

dan aku fikir dengan mengambil alasan untuk tidak mahu berbahas atas alasan tidak mahu berdebat, apatah lagi bila bakat berhujah dan berdebat ditumpulkan dan dilalaikan pula oleh puji-pujian rakan taulan. alangkah ruginya!!

bukankah kita mencari keredhaan Allah, bukannya pujian orang ramai? macam mana kau boleh berdakwah sedangkan hati kau sendiri kotor dan hina dengan dosa riak, takbur, bongkak, ujub?

kadangkala, kita patut berbahas untuk mencari kebenaran. ilmu adalah asas kepercayaan. tanpa ilmu apa ertinya semua benda yang kau percaya? tidakkah bodoh kerana mempercayai sesuatu yang tidak beralas ilmu yang tak pasti betul salahnya? ilmu dapat mengukuhkan kepercayaan dan mungkin juga mengubahnya.

Islam pun tak halang penganutnya untuk berbahas. cuma kita diingatkan supaya tidak melampaui batas.

apa pula definisi 'melampaui batas'?!

pendapat aku, kalau dah sampai kutuk keturunan, serang personaliti dan label-melabel, tu dah dikira melampau lah.

aku masih teringat pada pesan cikgu aku, "jangan dilihat pada orang yang bercakap, tapi dengar pada apa yang dicakapkannya."

tapi susahnya, aku juga macam manusia lain juga, ada prejudis yang tersendiri. sukar untuk memisahkan antara 'orang yang bercakap' dan 'apa yang dicakapkannya'. dan aku tak pernah dengar lagi orang bercakap yang prejudis itu sifat yang mulia.

dan sikap prejudis ini selalunya menghalang kita dari memahami orang lain. malah, kita lebih mudah untuk membuat generalisasi.

contohnya, "pompuan tu dah tak ada dara"

dan disambut spontan dengan, "oohh.. pompuan murah la tu", sedangkan dara seseorang wanita itu bukan disebabkan oleh kemurahan atau kemahalannya.

atau contoh lain, "belajar kat UIA?! keluar nanti jadi ustaz la ya?" <-- erkk semua yang keluar UIA layak jadi ustaz ke?

tanpa kita sedari, akhirnya aku dan kau sebenarnya sudah berada dalam sangkar burung merpati. semuanya sudah ada compartment masing-masing. dan kemudian kita pun dilabelkan, "jigo cakap kasar" sama dengan "jigo kurang ajar" sama dengan "jigo suka cari pasal" sama dengan "jigo bodoh". atau "jigo tak tegur orang lain" sama dengan "jigo sombong".

aku cuma nak tinggalkan satu terjemahan hadith yang patut dihayati bersama:

"Sesiapa yang mahukan dunia, ia wajib memiliki ilmu. Sesiapa yang mahukan akhirat, ia wajib memiliki ilmu. Dan sesiapa yang mahukan kedua-duanya, ia wajib memiliki ilmu."

kalau nak berdebat dengan orang dunia kenalah tau hal dunia, kawan.

|| baca lagi
:. Guru : Pelita Sepanjang Hayat

Tuesday, February 17, 2004

weblog tertua?

The famous diary that Samuel Pepys (pronounced PEEPS), once the head of England's Navy, kept during the years 1660-1669 is being made available online in the form of a weblog. Phil Gyford, who conceived the idea, is converting the diary, which was already in electronic form as part of Project Gutenberg, into weblog format using software called Movable Type. He added Pepys' entry for January 1, 1660 on January 1, 2003, and, since then, has continued to add a new entry each day. In its current form, Pepys' weblog allows a reader to create a public annotation, asking or answering a question or perhaps explaining some now obscure 17th century term that Pepys uses. The weblog site includes an overview and other historical background. Hypertext links are provided where Pepys mentions historical events and specific people. [ sambung baca ]

|| baca lagi
:. Sex, Lice and Chamber Pots in Pepys' London
:. 'Why I turned Pepys' diary into a weblog'

* bagaimana agaknya kalau Hikayat Munshi Abdullah dipindahkan menjadi weblog? atau apa rasanya kalau Tun Sri Lanang ada weblog sendiri. hmmm...

Monday, February 16, 2004

bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diikut, baik tak boleh dipuji dan jahat tak boleh dihukum

kebolehan untuk bertutur dalam bahasa asing, merupakan kelebihan yang berguna untuk berkomunikasi dengan orang asing yang tidak pandai atau tidak mahu bertutur dalam bahasa kita.

lantaklah jika seseorang Cina atau India itu sudah dilahirkan dan dibesarkan di sini, tapi jika dia masih tidak boleh atau mahu berbahasa Melayu, maka tidak ada salahnya jika kita pula yang belajar bahasa mereka. sedangkan kalau dilihat dalam masyarakat kosmopolitan hari ini, ramai juga Melayu generasi baru yang tidak fasih berbahasa ibunda sendiri.

malah, aku rasa kalau diikut pada definisi 'Melayu' seperti yang tertulis dalam perlembagaan, aku percaya ramai Melayu yang tidak layak dipanggil Melayu. bukan setakat bahasa, malah ada juga Melayu yang sudah membuang agama dan adat resam dari hidup mereka.

untuk menjadi jenaka yang paling sedih, bila mana dalam satu mesyuarat yang disertai oleh semua Melayu pun, belum tentu minit mesyuarat itu akan ditulis dalam bahasa Melayu. persetankanlah semangat untuk menjunjung bahasa Melayu!! kenapa kita harapkan kaum lain menjunjung bahasa kita sendiri?!

tapi kalaupun kita penuh bersemangat menjunjung bahasa Melayu, adakah boleh juga dijadikan alasan untuk menebalkan prejudis untuk tidak belajar bahasa asing (termasuk bahasa cina dan india)? dan prejudis ini pula akhirnya menjadi alasan pula untuk menafikan kewarganegaraan Malaysia bagi kaum Cina dan India jika mereka tidak boleh berbahasa Melayu?

kita tinggalkan soal bahasa itu dahulu, aku nak luaskan 'komunikasi yang berkesan' ini sedikit.

setiap orang mempunyai pandangan masing-masing. ada yang serupa dan ada yang berbeza. dan mereka yang mempunyai pandangan yang serupa mungkin dikelompokkan oleh aliran agama, parti politik, hobi, latar belakang dan sebagainya.

tapi belum pernah dalam sejarah, setiap orang dimestikan untuk mempunyai pandangan yang serupa untuk setiap hal walaupun mereka itu berada dalam satu kumpulan.

pandangan boleh berubah berdasarkan proses penuaan dan pengalaman. ada pandangan yang menjadi matang, ada juga pandangan yang terus diganti dengan pandangan yang lain.

untuk membincangkan 'aliran asing' dari 'kacamata' sendiri memang senang. tapi jika kau berbuat begini, kau sebenarnya sukar meyakinkan orang yang benar-benar mempercayai 'aliran asing' ini. cara untuk mengubah 'aliran asing' kepada sesuatu yang kau percaya, kau harus memahami 'aliran asing' itu secara mendalam.

sebagai contoh, untuk seorang Muslim yang mahu berbicara tentang konsep keesaan Tuhan dari kacamata Islam kepada orang Islam yang lain, maka tidak perlu baginya untuk mengungkap kesesatan 'aliran-aliran asing' ini.

tapi jika seorang Muslim ini mahu berbicara tentang konsep keesaan Tuhan kepada orang yang tidak memahami Islam, aku rasa tidak ada salahnya jika kita tahu serba sedikit 'aliran asing' yang dipegangnya. bila memahami bahasa Cina, kita boleh berbual dengan kaum Cina. dan bila memahami konsep sosial, kau boleh berbicara dengan seorang sosialis. dan lebih bagus jika kau faham perbezaan antara sosialis dan komunis agar tidak menjadi bahan ketawa.

tidak ada gunanya berdebat jika seorang terus berdegil mahu berbahasa 'itik' dan seorang pula terus berhujah dalam bahasa 'lembu'. tidak ada titik pertemuan pun. untuk bertentang mata pun terasa janggal.

memang ada pepatah yang mengatakan, "jika Muhammad tidak datang kepada gunung, gunung akan datang kepada Muhammad". tapi kita bukan Muhammad. tidak akan ada gunung yang akan datang kepada kita jika tidak pergi kepadanya.

Saturday, February 14, 2004

menyambut kedatangan tetamu

aduish!!

mak aku nak datang menziarah bersama adik dan suaminya serta anak mereka! bila?! malam ni!!!

aduish!!! matilah aku!! red alert!! red alert!! bantuan diperlukan. tolong beri aku oksigen, aku rasa nak pengsan. aku rasa nak mati!! ok... aku exaggerate!! aku tak akan mati kalau mereka datang.

aku cuma akan malu saja. malu kerana tidak dapat memberikan penginapan yang terbaik untuk mereka. buat masa sekarang, aku dan borg duduk di rumah kacukan antara dobi dan stor.

aku memang suka mak datang. aku cadangkan untuk mereka bermalam di rumah mertua buat satu malam kerana mahukan mereka berasa selesa. tapi keluarga aku lebih suka hidup susah bersama darah daging sendiri daripada susahkan biras atau orang lain. to look on a greener side, aku patut berbangga sebab aku ada mak dan keluarga yang begini. :)

"Thank you. Jangan takut, diorang bawa bantal sekali. Hehehe... jangan marah, gurau je!"

"Jangan bergurau! Sila bawa tilam sekali. Aku malu nak kasi tetamu tidur atas lantai tapi aku tak cukup duit nak beli tilam lagi. Haha!!"

once in a while, we all need a shock treatment. :|

Friday, February 13, 2004

menyambut kedatangan orang baru (errr.. orang ke?)

strategi aku ialah "bekerja" bersungguh-sungguh sedari awal. dan kemudian bila dah berhasil barulah mula merancang untuk yang berikutnya. alhamdulillah, strategi aku mendatangkan hasil. borg dah mula muntah-muntah.....

oooops.. tunggu sekejap!! sila padamkan maklumat di atas dari otak korang.

entry di atas, aku belum boleh tulis lagi kerana ianya tidak benar buat masa sekarang. strategi aku masih belum menampakkan hasil. borg pening-pening tapi itu semua sindrom yang tidak menyeronokkan yang digelodakkan oleh tekanan di tempat kerjanya.

entry ini sepatutnya dimulakan dengan dialog seperti di bawah ini:-

"tadi masa balik dari kerja, kita terjumpa satu anak kucing ni. comel sangat!! lebih comel dari boren (boren adalah anak kucing di rumah mak mertua aku). awak ada RM200 tak? kita ingat nak beli kandang dan sikit makanan untuk anak kucing ni."

"hah?! RM200? banyaknya!!! takkan semua tu sampai RM200?!!"

ok. entry kali ini sepatutnya dimulakan dengan dialog seperti di atas.

memang borg ada membawa balik anak kucing. dan anak kucing inilah "orang baru" dalam hidup aku. tapi disebabkan ia hanya 'kucing' maka tidak layak jika ia menjadi 'orang' baru.

sebenarnya aku tidak berapa gemarkan kucing. ketika makan di restoran, aku tidak berapa kesah untuk menghulurkan tulang atau cebisan daging yang aku makan untuk kucing-kucing yang berkeliaran di situ. tapi untuk membela kucing bukanlah agenda teratas dalam kehidupan aku selepas berkahwin.

aku tau borg memang suka kucing. tapi aku bukan seperti itu. am not a cat-lover. no offence intended, tapi aku bukanlah orang yang suka bergambar dengan kucing dan kemudian menyebarkan dalam internet seperti sesetengah orang.

tapi anak kucing ini, yang kami beri nama 'Lucky' sedikit sebanyak mengganggu keharmonian hidup aku. aku mula sukakan dia. hell!!! this is not like me!!! not even close. keluarga aku mesti tergelak besar bila tau aku membela kucing sekarang. kucing yang bernama 'Lucky'.

untuk memendekkan cerita yang panjang merapu-rapu. sekarang aku membela kucing. kandang dan makanan serta pasir buatan pun telah disediakan untuk 'Lucky'. jumlah duit yang dikeluarkan tidak mencecah pun RM100. (fuhh!! nasib baik!!!)

semalam dan malam sebelumnya, aku bermain dengan dia. entah kenapa dia lebih suka bermain dengan aku daripada bermain dengan borg. dia bermain dengan aku yang tidak berapa gemarkan kucing!!!!

dan aku selsema teruk selepas bermain dengan kucing. aku tak berapa alergik dengan kucing sebelum ini. tapi bila kucing sudah berada di ruang tamu, walaupun dalam kandangnya, hidung aku mula bersin tak berhenti-henti.

dan aku terlepas peluang untuk minum bersama kawan-kawan di daroos, seksyen 7 shah alam. minta maaf banyak-banyak!! i've no other excuses except that, semalam lagi sekali aku selsema teruk hingga aku terpaksa berbaring dan terus terlelap selepas menelan segelas bancuhan panadol soluble.

Wednesday, February 11, 2004

Monday, February 09, 2004

belum lagi

belum la beb. aku belum disumpah jadi batu lagi. belum juga disumpah jadi gagak.

** ** ** **

dah jumpa apa yang dicari?

aku diajak menonton search. aku memang suka muzik. aku boleh (tak pandai tapi boleh) bermain dram dan gitar.

aku suka juga dengar dan tengok live-band tapi 'konsert' bukanlah 'dadah' aku.

terima kasih atas pelawaan. dan terima kasih juga untuk lintas langsung. ;p

Wednesday, February 04, 2004

Catatan si Tanggang

Sabtu malam Ahad ni ada kenduri di rumah aku di JB. Kenduri untuk arwah atuk.

"Kan bagus maknya, kalau boleh tinggal kat sini (Mekah). Tak kesah la kerja apa. Sapu-sapu sampah pun ok. Tak dapat gaji pun tak apa, asal boleh tinggal kat sini." kata arwah atuk pada nenek beberapa hari sebelum mereka sepatutnya berangkat pulang ke mari.

"Mana boleh paknya. Kenalah balik." balas nenek.

Tapi Allah tunaikan juga permintaan arwah atuk dan nenek terpaksa pulang sendirian.

Aku rindukan arwah atuk. Sudah lebih dua tahun dia pergi.

Ahad lepas, lebih kurang jam 7.30 malam bertolak ke Tanjung Malim bersama borg, mertua dan ipar-duai. Melawat atuk borg yang sakit.

Ketika pergi, arwah atuk tidak setua atuk borg. Arwah meninggal ketika kudratnya masih ada dan ingatannya masih kuat.

Tapi atuk borg pun tak kurang hebatnya. Walau sudah tidak mampu bergerak sendirian, pada usianya 96 tahun, masih mampu juga mengingat nama-nama anak dan cucunya.

"Dia rajin mengaji masa mudanya, sebab tu ingatan dia kuat," kata seorang abang sepupu.

Pagi Isnin, aku bantu ayah mandikan atuk. Atuk tidak boleh mandi sendiri, kerana kakinya patah sebelah akibat terjatuh. Pertama kali aku mandikan orang tua. Dan aku tetap terbayangkan arwah atuk. Jika dia masih hidup, sanggupkah aku memandikan dia setiap hari? Menyuapnya makan? Membuang najisnya? Mengambilkan wudhu' untuknya? Menghiburkan hatinya?

Aku bukan pandai sangat mengenang budi. Aku tak fikir aku akan sanggup berkorban seperti ayah borg.

"Minta maaf ya ayah, kasar sikit mandikan ayah tadi."

Aku si Tanggang yang berlayar tanpa kompas dan peta. Sesat di lautan yang hiruk pikuk dengan kebendaan.

"Tak ada orang lain yang boleh mandikan atuk? Diorang sanggup pergi kedai daripada mandikan atuk?!"

Kalau difikirkan kembali, kalau kita tak buat, siapa lagi yang sanggup?

"Minta maaf mak, tak boleh balik minggu ni sebab banyak kerja."

"Hah ya lah. Tak apa," mak menjawab sayu.

Tuesday, February 03, 2004

perihal angkat kain dan polis

berikut adalah tafsiran beberapa rakan bila aku hanya menulis "angkat kain".

>> spyz tulis: 'angkat kain' tu maknanya ko mintak angkat kainlah.. kat jemuran maksud aku... ;D

>> tok rimau tulis, "Kami Polis! Angkat kain!" begitulah dialog terakhir penyerang sebelum perempuan Indonesia dirogol di kawasan kubur Mahmoodiah Johor Bahru baru-baru ini.

dalam perkembangan berkaitan dengan kes "angkat kain" di atas, tok rimau juga sempat memberi sms yang berbunyi lebih kurang begini, "bila polis jadi OKT boleh cover muka dengan jaket."

aku membalas, "syabas dan tahniah pada patut diucapkan pada polis-polis ni sebab berjaya memecahkan dominasi melayu dalam jenayah seks."

ooops.... ampun ya, pak polisi.
Seer
Seer
You are exactly what your name implies. You see what other people miss. You are the intellectual of the personality types, as well as the philosopher. You posses a cool and rational nature and take things in stride. You are concerned with the 'big picture' as well, and you always know what's going on. You know people better than they know themselves and it makes them nervous sometimes. You know exactly what people don't want you to know about them, but fortunately you are a pacifist and don't (usually) use it against them. But take care not to get too detached through the lens of that powerful microscope of yours. You can be a little cold towards people and you sometimes need to remember that you have a heart as well as a brain.

The ULTIMATE personality test
brought to you by Quizilla