Saturday, June 29, 2002

Al-Fatihah untuk Asiah Andek. Semoga rohnya dirahmati Allah. Semoga dipermudahkan urusannya di seberang sana.
Manusia-manusia berjiwa binatang yang merogol dan membunuh itu memang patut diburu dan dibunuh saja samada dibicarakan atau tidak. Sanggup membunuh selepas memuaskan nafsu!!! Binatang jenis apa lagi yang sanggup lakukan seperti itu melainkan manusia?!
Lelaki selalu mengata perempuan, akalnya satu tapi nafsunya 99. Lelaki selalu megah dengan dirinya, akalnya 99 tapi nafsunya satu. Tapi akal yang 99 itu digunakan untuk mencari segala cara dan alasan asal nafsu yang satu itu dapat dipuaskan.

Friday, June 28, 2002

» Gathering Kedua GJ

** ** ** **

Jangan berjalan di depan aku, aku mungkin tidak dapat mengikut.
Jangan berjalan di belakang aku, aku mungkin tidak boleh memimpin.
Tapi berjalanlah sebelah aku dan jadi sahabatku.

** ** ** **

"dalam satu hadis, rasulullah melarang kita berdoa mati cepat, meski dlm keadaan terlalu tenat. sebaliknya disarankan berdoa, ya Allah, kau hidupkan aku, selagi mana hidup itu baik utk aku. kau matikan aku, apabila mati itu baik utk aku."
*thanks enmiya ;)

Thursday, June 27, 2002

diam tak diam dah 38 hari aku hidup tanpa perempuan rokok!!! yeah!!
*sempena persediaan diri untuk menyambut pengisytiharan pengharaman rokok oleh Majllis Fatwa Kebangsaan. (ntah tahun bila diorang boleh isytihar ntah?!)
"kecik-kecik tak nak mampus, dah besar menyusahkan orang"
petikan dari filem Seniman Bujang Lapok ni memang popular. Even bebudak yang dilahirkan selepas zaman Allahyarham P. Ramlee pun tau ayat nih.

Aku cuba nak faham, kenapa bila sesetengah orang tua tu digelar sebagai berada "di ambang senja" sedangkan bila menyambut hari lahir orang ucapkan "semoga panjang umur". adakah berumur panjang itu sebenarnya satu kecelakaan dan seharusnya kita lebih baik mati awal? kalau begitu kenapa perlu berdoa meminta Allah panjangkan umur? Bukankah lebih baik jika kita tahu kita ni banyak dosa terus saja berdoa, "Ya Allah ya Tuhanku, kau cabutlah nyawa aku sekarang! Janganlah kau biarkan aku bernafas walau sedetik lagipun kerana aku ni amat berdosa padaMu ya Allah."

Aku tau ada sepotong doa yang membolehkan kita berdoa supaya mati awal jika itu yang terbaik untuk kita. dan doa itu tidaklah seganas contoh aku tadi.

Teringat juga aku dengan sepotong lagu yang berbunyi, "Walaupun hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya."
Umur yang panjang tapi jika tidak diisi dengan amal yang baik tiada gunanya. Aku terfikir, mungkin Allah beri umur yang panjang tu sebagai memberi kesempatan untuk bertaubat jika banyak dosa. Mungkin juga Allah mahu beri peluang untuk memperbanyakkan lagi amal.

Dan umur yang pendek seakan sinonim ngan dosa yang kurang. Sebab itu mungkin, kanak-kanak terus masuk ke syurga jika mati semasa kecil. Tapi cuma ruginya kerana dia tak sempat beramal banyak. Tapi itu pun bergantung atas pilihan apa yang dibuatnya nanti. Dosa atau pahala? Dan kita yang hidup ni tau kadangkala betapa sukarnya membuat pilihan.

Mana satu yang lebih teruk? Pendek umur tapi banyak dosa atau panjang umur tapi kurang pahala?
Mana satu yang lebih baik? Pendek umur tapi kurang dosa atau panjang umur tapi banyak pahala?

"Kita datang ini satu roh satu jasad,
bila pulang nanti, bawa dosa bawa pahala."

Tuesday, June 25, 2002

aku gembira sebab kebanyakan kengkawan telah menyerlahkan kematangan dalam menyuarakan pendapat. yang semalam marah-marah pun hari ni kembali rasional. political differences never bother me. normal la tu kan? cuma yang buat aku takut bila ada kengkawan yang mula tak rasional. maka terdapat la argument yang tidak bersandarkan fakta tapi bertunjangkan emosi. politik boleh buat orang jadi gila!!!

dan aku juga takut bila parti politik plak diangkat lebih penting dari "tali Allah". kalau boleh, bendera parti pun nak dijadikan kain kapan.

ada juga yang nak jadi Tuhan. nak hukum orang sebelum pintu taubat tertutup. bukan ke lebih baik kalau kau doakan supaya orang tua tu bertaubat? atau mungkin kau fikir, doa kau tu takkan dimakbulkan dan kau hanya akan membuang air liur je kalau kau doakan orang tua tu? ah! takburnya kau. :| ingat-ingat la sikit, mungkin sebab rasa riak kau tu boleh menyebabkan engkau berkongsi neraka ngan orang tua tu (kalau dia masuk sana la.) aku bukan Tuhan. aku tak boleh tentukan tempat engkau. tempat aku sendiri pun tak tau lagi. :) tapi apa nak risau? bukan ada kuota kan?
kalau islam itu fundamentalist, semua benda nak dianggap sandiwara, setiap perkara konspirasi, bukan ke itu bullshit namanya?

ah! maaf, aku tak berniat nak ajar ko berpolitik. aku hanya budak hingusan. lagipun aku ni berkecuali. orang-orang berkecuali seperti aku selalunya dianggap tidak berpendirian. Di Malaysia ni, you have to take sides in politics. There's no such thing as berkecuali. Teringat plak ngan slogan Amerika semasa memulakan kempennya menentang keganasan, "Either you with us or you against us!"

rilek la kawan. takkan aku cuit sikit je nak melenting? ;p
atau mungkin sebenarnya kau lebih suka ditegur oleh bukan Melayu/Islam? but on second thought, kenapa plak bukan Melayu/Islam perlu nasihatkan melayu plak? lebih baik dia tengok je melayu bercakaran sesama sendiri sambil minum-minum capucinno di luar gelanggang kan?

Maka Luncai pun terjun dengan labu-labunya...

Monday, June 24, 2002

Thank you for all the wishes

** ** ** **

Takziah kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat handai Datuk Fadzil Noor. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkan beliau bersama orang-orang yang bertaqwa.

** ** ** **

Pilihanraya semakin hampir dari apa yang kita jangkakan.

Jika kau melihat apa yang berlaku pada hari Sabtu jam sekitar jam 6 petang di PWTC itu sebagai satu sandiwara politik maka kau akan berpendapat Dr M hanya menguji kesetiaan ahli UMNO. Di samping itu, tindakan meletak jawatan sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri serta lain-lain jawatan itu sebagai gimik untuk memancing undi di samping boleh menjadi isyarat samada majoriti rakyat Malaysia berpihak kepada BN atau parti lawan.

Tapi instinct aku berat mengatakan tindakan itu bukan satu lakonan. I sure don�t give a damn kalau Harakah nak anugerahkan award pelakon terbaik abad ini kepada Dr. M atau nak jadikan insiden petang Sabtu itu sebagai drama abad ini. Personally, I think that Dr M is too tired. Well, who says great men don�t crack under pressure? Kengkadang pressure tu datang dari harapan sendiri yang tak tercapai. Usahanya selama lebih dua dekad seolah-olah masih tidak menampakkan sebarang hasil. Moreover, sebagai orang nombor satu, he has to take all the blames. Orang jarang tunding jari pada orang bawah dia. Kalau orang bawah dia tak buat kerja pun, orang terus mintak tolong kat dia. Isu cetak rompak pun nak minta Dr M selesaikan. Kalau aku pun letih camni!!!! Macam la takde kementerian lain yang boleh settlekan?! Apa kementerian lain buat? makan, minum, cangkung, tidur ke?

Aku jangkakan tempoh dia menarik balik peletakan jawatan takkan lama. Kalau dia dah bertekad, tindakan penarikan balik peletakan jawatan itu aku lihat sebagai helah untuk meredakan tekanan orang sekeliling yang memujuk. Paling lama dia pegang pun, aku rasa sampai pilihanraya. Lebih awal dari tu amat dijangkakan. ;p

Apa pandangan peribadi aku tentang Dr. M? Aku berpegang pada dua ayat Qur�an (tapi tak tau la plak kalau Qur'an aku ni lain dari Qur'an orang lain) yang maksudnya berbunyi lebih kurang begini: �Mungkin orang yang anda hina itu lebih baik dari anda� dan �Mungkin apa yang anda benci lebih baik untuk anda.�. I don't remember the exact surah tapi aku rasa someone could clarify on this. Maaf kalau aku tersilap tafsir. Aku rasa kalau nak benci seseorang itu janganlah sampai menebal jadi prejudis. Janganlah sampai apa yang dia buat, cakap semua kau nak bangkang. Fikir dulu sebelum buang bangkang. Fikir dulu samada kita bangkang tu sebab kita bencikan orang yang bercakap atau sebab benda yang dicakap tu salah. Bukannya lama sangat kalau kau betul-betul nak fikir kan?

Stop calling that old man Mahafiraun and Mahazalim! I don't think you can show us your Mahamusa dan Mahaadil, can you? Janganlah jadi kaum yang menjunjung Qur'an dihujung tombak, tapi bila kedua pihak sampai di meja perundingan engkau nak gunakan tipu helah politik untuk berkuasa.

*Aku tak berniat nak ngajar kau atau sesiapa saja cara berpolitik. Pedulikan aku, kalau kau fikir cara kau lebih baik. Mungkin ini kali terakhir aku komen soal politik. Aku sudah mual dengan "the end justifies the mean". Sekarang aku lebih faham kenapa aku masih belum lagi mahu mengundi!!! I just want to excercise my absolute right not to vote.

Saturday, June 22, 2002

dearest nett & queen, tengkiu for the early wishes. :)
esok besday aku. apa yang aku rasa? hmmmm.. biasa jek. cam hari-hari lain. sebenarnya dah lama gak aku tak celebrate besday sendiri. kalau kat rumah pun, cuma adik pompuan aku jek yang ingat besday aku. mak aku pun dah lupa tak berapa ingat bila dia lahirkan aku. ;p
lepas jumpa budak tu plak, rajin la plak dia ajak aku sambut besday aku nih. tengkiu tengkiu.. i lap u bebeh. apa plan aku untuk tahun ni punya besday? erk.. nak sambut camne? aku sengkek gilerr bulan nih beb!!! erkk.. doa selamat je la eh? tu kan lebih afdal.
kepada geng jurnal, terima kasih sebab hadiahkan aku sebuah rumah 5 bilik beserta 3 orang gaji yang sedia melayan aku 24 jam sehari, 7 hari seminggu persahabatan. aku takmo hadiah semua tuh. erk... tapi kalau korang nak bagi, aku amik jek. doakan aku panjang umur, murah rezeki, tetap di jalan yang lurus dan cepat-cepat kahwin pun dah kira syukur.
*eppi besday to toksik. :) well.. semoga hari ni mengingatkan kau pentingnya untuk berhenti sejenak dan melihat sejauh mana kau telah berjalan. sambil tu tengok-tengok la jalan di hadapan. ntah esok ntah lusa akan sampai ke sana plak. erk.. nasihat ni pun aku tujukan untuk diri aku sendiri. terima kasih kerana mengingatkan.
**eppi besday (early wishes la nih beb!) gak untuk eLLieZ (lusa), nonamanis yang berkongsi tarikh ngan rifaie (25) dan arms (27). dirgahayu ketam-ketam semua!!!!!

Friday, June 21, 2002

aku semakin suka ngan kepompom. gilerrr cepat betul help desk diorang buat kerja. ;) mana nak cari lagi webdeveloper yang bertindak secepat ni beb?!!!!
semalam aku campak satu idea, hari ni dah siap dah. even better plak tu result dia!!!!
hari ni tak perlu pergi ke muka depan atau gi tiap-tiap journal untuk tengok samada journal tu dah diupdate atau belum. kat sebelah kiri tu, kepompom's sole developer dah siapkan sekali link journal yang sudah diupdate untuk hari itu siap ngan title (kalau ada), giving some clue what the entry is all about.
cuma buat masa ni, template jek yang masih lagi belum boleh diubah. tapi aku rasa akan diselesaikan gak tuh. who knows, with a little patience and determination, the template and design features could be a hell lot better than what you're expected.

Wednesday, June 19, 2002

Bullshitasi bahagian kelima

penulisan dialog untuk Filem Melayu sepatutnya sudah bernada baru. dialog bebel-bebelan sepatutnya sudah tidak wujud walaupun memang kebanyakan orang kita memang suka membebel. but on second thought, mungkin orang yang suka membebel itu terlalu dipengaruhi oleh filem-filem kita? ahaks!!!
telemovie kita memang takde masalah. aku pun kengkadang enjoy menonton telemovie melayu. cuma bila masuk bab filem, masih mengecewakan lagi. nak-nak lagi kalau cinta menjadi tema. dialog cinta Filem Melayu lebih meloyakan.

aku rasa ramai yang enjoy Gilmore Girls. memang besh cerita tuh. tapi satu kriteria yang paling aku suka pasal series tu bila penulis skrip bermain dengan dialog. untuk cerita tu, penulis pandai menggunakan dialog untuk menyampaikan emosi watak.

aku paling suka dialog-dialog di mana watak sudah tidak dapat lagi menyembunyikan perasaan sebenar tapi pada masa yang sama watak itu terus tidak mahu berterus-terang. akibatnya terjadilah dialog seperti, "your boobs are bigger than mine!" bila Lorelai cemburu Rory berbaik ngan datuknya. mungkin ramai yang pelik apa kena saiz boobs ngan perasaan cemburu tu? tapi itu la keunikan dialog itu. memang tepat untuk menyampaikan perasaan cemburu. mungkin ramai yang bertanya, "What's the purpose of hitting around the bush? cakap je la terus-terang." tapi itu la realitinya. kengkadang kita sendiri pun begitu juga. tidak terus menyampaikan perasaan yang terbuku walaupun sebenarnya kita memang dah tak mampu lagi nak berbohong dengan hati dan perasaan.
satu contoh lain bila dialog semudah "I hate Bush!" boleh dijadikan modal untuk melampiaskan emosi paling dalam hinggakan perbualan politik bukan sekadar medan pertembungan pendapat tapi juga dijadikan alat untuk mencari watak mana yang patut dipersalahkan.

for more info about this style of dialogue, please refer to Harold Pinter. drama-drama dia banyak dialog-dialog sebegini hinggakan terdapat pinteresque untuk mendefinisikan dialog-dialog sebegitu.

Filem Melayu sudah sepatutnya diubah sedikit pendekatannya. dialog sudah tidak sesuai lagi untuk bebel-bebelan. jadikannya ringkas dan padat. aku rasa sudah tidak ramai yang mempunyai stamina untuk duduk mendengar patah-patah dialog lama-lama.

dan sudah sepatutnya scene pun ringkas-ringkas. atau paling tidak ubah angle shot. takde siapa pun tahan tenung screen yang tidak berubah-ubah. kalaupun pelakon tu Siti Nurhaliza tapi nak tengok dia dari satu angle yang sama dan dengar dia "membaca" dialog yang panjang dalam satu shot pun aku tau aku memang tak boleh tahan. cuba ko bayangkan satu filem yang tidak berubah shotnya. dari mula sampai tamat, kedudukan kamera masih di situ gak; takde zoom out atau zoom in, kau rasa kau boleh tahan ke?

so just for suggestion, ubah angle dan main-main ngan zoom tuh ke asalkan skrin berubah supaya penonton tak bosan.
You're Caramilk!
Just stuffed full of surprises. No one ever knows what you're going to do next. The greatest mystery to you is, naturally, "how do they get the caramel in the Caramilk bars?"


** ** ** **

check this out
www.kepompom.com
i've registered mine. www.kepompom.com/userid. ahaks!!!

Monday, June 17, 2002

Siri Bullshitasi direhatkan sebentar.

** ** ** **

Read between the lines

Pak Samad: Memang tampak lazimnya mereka yang telah "terlalu berjaya'' mudah menyalahkan malah selalunya memperkecil - kegusaran bangsanya sendiri, khususnya dalam bidang ekonomi dan pelajaran. Berulang kali sebenarnya hampir sentiasa gemar dipersalahkan "rakyat'', padahal siapa yang memimpin rakyat? Ternyata watak-watak begini seperti terlupa bahawa kejayaan mereka selalunya secara tipis direndahkan oleh magisnya "kuasa'' dan miracle politik. Terlalu sering serentak dan senafas dikocakkan keyakinan rakyat. Tapi, percayalah, kepada rakyat yang gusar dan "dipersalahkan'' inilah biasanya nanti mereka datangi lima tahun sekali demi menyambung dan memperkekal kedudukan mereka. Dan mestinya, tidak syak lagi dalam bahasa Melayu cakap dan pujukannya.

* dipetik dari Selera dan rezeki sastera.

Friday, June 14, 2002

Bullshitasi bahagian keempat

Filem Melayu seperti kekurangan hero. Dari dulu sehingga sekarang, jika kita melihat contoh beberapa filem Melayu (selepas zaman Jalan Ampas) hanyalah Hang Tuah dan Hang Jebat. Sebagai contoh, XX-Ray 2 membawa penonton kembali ke zaman silam dan bertemu Hang Tuah dan Hang Jebat. Kemudian filem Tuah pula membawa Hang Tuah ke zaman kita. Filem animasi Tuah Legenda pun berkisar tentang kepahlawanan Hang Tuah lima bersaudara. Nampaknya, filem-filem zaman 60an lebih aggressive dalam membongkar dan menaikkan hero-hero Melayu yang lain. Kalau tiada Filem Melayu lama, rasanya Badang dan beberapa hero melayu yang lain tiada peluang untuk muncul di layar perak.
Adakah penulis kita sudah malas menggali budaya sendiri dan mahu cari jalan mudah dengan menggunakan hikayat yang sudah ternama sahaja? Rasanya masih banyak lagi kisah-kisah dari Sejarah Melayu yang belum difilemkan. Masih banyak lagi hero yang patut dipertonjolkan.
Aku bukan anti-Hang Tuah dan memperlekehkan kepahlawanannya. Cuma aku rasa Hang Tuah yang dipertontonkan masih berwajah lama. Begitu juga Hang Jebat. Berilah nafas baru pada kepahlawanan Hang Tuah dan Hang Jebat. Atau jalan lain, buka peluang pada hero-hero lain untuk muncul.
*Kisah Datuk Maharajalela pula sayangnya masih tersangkut. Entah sempat atau tidak filem tu difilemkan?
Catatan Sebuah Perjalanan - by Various Journalists di k@r| k@mb|n6

** ** ** **

Tok Rimau di UIA. Ahad ni dia ada game. kalau sesiapa yang curious nak tau adakah dia mampu bermain sehebat Slamdunk boleh datang ke mari. All games on Sunday: 8.00 am till 5 pm. Stadium.
I thought of having a lunch with him today kalau tak busy. miyyah most probably would join us.

** ** ** **

�Of all the things you wear, your statement is the most important.�
--Janet Lane

�Be careless in your dress if you will, but keep a tidy soul.�
--Mark Twain

�It would be a sad situation if the wrapper were better than the meat wrapped inside it.�
--Albert Einstein

Thursday, June 13, 2002

Bullshitasi bahagian ketiga

Dear Amyz and other readers, memang normal untuk tidak meminati sesuatu. Cuma jangan sampai perasaan tidak suka itu menebal hingga menjadi prejudis. Bila dengar Filem Melayu jek mulut dah terjuih. Belum menonton lagi dah mula mengutuk (sila bezakan 'mengutuk' dan 'mengomen'). Ini aku rasa bukan satu sifat yang sihat kalau betul ikhlas nak memartabatkan Filem Melayu.
Aku ada sorang kawan yang memang tak suka tengok Filem Melayu. Memang aku bengang gilerr kat dia sebab dia tak beri langsung peluang kepada Filem Melayu. Tak cukup dengan tu, kutuk menggila baban punya. Tapi bila aku minta dia bagi sinopsis filem kalau dia peluang nak buat filem, memang kaw-kaw berbau belit-belit plot hidustan. Lebih kurang cam, A suka B tapi B suka C. C ni plak suka D tapi D plak suka A. camtu la lebih kurang pusingnya. Hampeh!!! itu plot-plot kitar-semula. Macam plot cerita Pearl Harbor tiru plot Sanggam. Itu yang gah? Cakap hebat sangat?!!
Kalau nak mengutuk pun kena renung balik dalam diri kita sendiri. Rasa-rasanya kalau kau dah kena kutuk teruk, masih hendak lagi ke kau nak dengar cakap orang yang mengutuk? Hasilnya, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Takde satu pun yang tinggal dalam hard disk kepala otak kau, kan?
Memang aku pun mengutuk gak Filem Melayu tapi aku rasa sekali sekala patut diberi peluang juga kepada penerbit filem dan pembikin filem untuk meningkatkan filem kita. Ada juga Filem Melayu yang aku suka tengok dan tak jemu tengok berulang kali. Contohnya, Layar Lara arahan Suhaimi Baba memang mantap. Walaupun boleh dikatakan ramai muka-muka baru tapi takde la nampak kekayuan diorang berlakon. Man Bai, Maman dan beberapa pelakon lain ok jek diorang berlakon.
Search dalam cerita Fenomena pun nampak ok, kalau dibandingkan dengan lakonan diorang dalam Isabella.
Macam aku cakap tadi, masih ada harapan lagi untuk naikkan industri perfileman melayu. Janganlah sebab marahkan nyamuk seekor, kau nak bakar kelambu? Kalau memang ya pun nak bakar, kau keluar la dari kelambu tu dulu. ;)
Spyz, aku tau kau pengikut aku yang setia, now repeat after me, "Jangan bunuh industri perfileman tempatan Melayu!!!"

Wednesday, June 12, 2002

Jangan Tendang Bola Itu! hasil nukilan dunter diberi nafas baru di k@r| k@mb|n6
�God grant me the serenity to accept the people I cannot change, the courage to change the one I can, and the wisdom to know it's me.�
--Anon.

�It's your unlimited power to care and to love that can make the biggest difference in the quality of your life.�
--Tony Robbins

�We must embrace pain and burn it as fuel for our journey.�
--Kenji Miyazawa

�Everywhere is walking distance if you have the time.�
--Steven Wright

�The only difference between a rut and a grave is their dimensions.�
--Ellen Glasgow

�It is not necessary to change. Survival is not mandatory.�
--W. Edwards Denning

25

I act like I'm 25.
This test was brought to you by Mel - mostly.... Take it here.



heh heh heh!!! not bad for my age. ;)

** ** ** **

biarla orang lain bercerita pasal bola. aku lebih suka bercerita apa yang kusuka. ;p

Vote: Boob or Booze?
Bullshitasi bahagian kedua

Penerbit dan pembuat filem juga perlu akui yang mereka mempunyai tanggungjawab sosial untuk mengisi bangsa kita dengan visi yang cemerlang. Dan bila bercakap soal moral dalam filem ni bukanlah bermakna sesebuah filem itu mesti mengandungi dialog yang berbunyi, �hah.. ni la silapnya orang kita... bla bla bla.. patut dibendung bla bla bla� atau "inilah gejala sosial yang melanda masyarakat kita.. gung grang gung grang!!!!"
perlu diingat, filem bukannya drama radio. Tak perlu dialong yang meleweh-leweh atau membebel tak tentu hujung pangkal dan berdebat soal moral berapi-api.
WHAT YOU CAN SHOW DON�T TELL!!! ni peraturan utama dalam penulisan fiksyen dan aku cukup pelik kenapa filem yang mempunyai kelebihan sebab dapat dilihat masih lagi mau disumbat dengan kebingitan dialog bodoh yang ntah apa-apa?! mungkin kalau aku bikin filem, kau nak jumpa pelakon tu berbual pun susah. semuanya pakai ekspresi muka atau bahasa badan dibantu dengan muzik dan latarbelakang yang sesuai yang diambil dari sudut yang menyakinkan.
Walaupun diakui memang terdapat penonton kita yang bangang tapi janganlah sampai menghina kepintaran sebilangan penonton yang lain pula. Filem luar sudah lama membuat adegan yang penuh emosi dengan hanya menggunakan ekspresi dan gerak badan tanpa sepatah kata. Tapi kebanyakan filem kita masih lagi dipenuhi oleh pelakon-pelakon kayu yang macam tak reti-reti bila nak berhenti bercakap ditambah pula dengan ekspresi yang tidak menyakinkan.
Itu tak dicampur lagi dengan pelakon watak utama yang tak sesuai ngan watak. hasilnya, terdapatlah pelakon yang diambil untuk watak polis tapi memegang pistol macam pegang aiskrim. Come on la, kawan... diorang ni patut masuk kelas dulu la. biar diorang belajar asas teater. tapi kalau dah bebal sangat tu, kasi masuk sarkis pun ok gak. one thing for sure, wrestlers pun lebih menyakinkan bila bab-bab berlakon nih jika dibandingkan dengan sesetengah pelakon tempatan.

Tuesday, June 11, 2002

Bullshitasi bahagian pertama

Jika mahu dibandingkan filem melayu dan filem luar memang la tidak setara. Tak perlu kita bercakap soal kesan khas tu semua. Kalau kita bercakap benda-benda asas dalam filem seperti tema, plot, suntingan, dialog dan lain-lain pun sebenarnya kita masih jauh ketinggalan. Filem kita, masih tidak menunjukkan jiwa kita. Malah nak menunjukkan wajah pun masih tak nampak lagi walaupun yang berlakon, mengarah, menulis skrip dan segala krew produksi tu kebanyakkan berwarna kulit seperti aku dan engkau, berambut hitam dan tidak bermata biru atau hijau.
Dilema yang sering dilontarkan ialah keperluan filem untuk membangunkan budaya bangsa yang berwawasan. Tapi sehingga kini, kita masih lagi tercari-cari hala tuju sebenar kerana sebenarnya kita sudah lupa pada asal tunjang bangsa kita sendiri. Filem kita sebenarnya kosong. Bila ditanya kenapa begitu, ramai penerbit yang mengatakan penonton kita masih belum bersedia. Ada juga yang memberi alasan, filem yang bersifat intelektual sukar dijual. Kita sedar yang penerbit filem juga adalah peniaga. Adalah satu kesilapan besar untuk tidak memenuhkan permintaan penonton. Tapi harus diingat, permintaan majoriti juga tidak selalunya betul. Benda yang salah kalaupun disokong oleh ribuan orang tetap salah dan benda yang betul kalau disokong walau hanya seorang pun akan tetap betul.
Jadi sampai bila, bangsa kita masih mahu lagi disogokkan dengan cerita cinta tak kesampaian, atau adegan karut-marut yang keterlaluan? Janganlah terlalu mementingkan soal komersial sehinggga perlu menggadaikan maruah bangsa atau memperbodohkan bangsa sendiri!!
spiderman lama lagi logik, sebab kemungkinan besar memang web keluar ikut bontot! rasanya korang masih suka ke spiderman kalau korang tau superhero tu mencangkung atas kotak kecil khas untuk mengeluarkan web? ugh!!! disguting betul la entry aku kali nih. jangan ada yang termuntah depan PC dah la.
tok rimau, i'm glad that you like what i wrote. it's more suitable if you wrote, "you danced like a butterfly lately." aku dah tak nampak ganas. kalau aku ugut nak cucuh kau ngan puntung rokok pun mesti aku kena gelak.
aku ingat nak tulis pengalaman malam pertama aku kenal rokok tapi aku takut anak ABU ingat aku buat iklan rokok. kensel la.
one thing for sure, sesetengah orang hisap rokok sebab nak bersosial. aku plak hisap rokok sebab aku takmo bersosial. hisap rokok bagi aku macam gantung sepanduk yang bertulis, "kalau nak kena hembus asap rokok, meh duduk berbual ngan aku!"
have i told you i'm an anti-sosial?

** ** ** **

Kepala bukan lampu Aladdin

kan ke senang kalau
kepala kau ni lampu Aladdin?
kalau kau ada masalah
kau boleh datang jumpa aku
boleh aku gosok kepala kau sampai keluar jin
pasti kurang orang yang berkecil hati bila kepala kau kembali ringan

tapi kepala kau bukan lampu Aladdin
pandai-pandai la kau jaga
jangan sampai jin jahat duduk atas kepala kau pula
kalau ada masalah, ungkai perlahan-lahan
jangan pula kau belitkan kengkawan ngan ada di sebelah

ah! sayangnya kepala kau bukan lampu Aladdin

Monday, June 10, 2002

Pak Ungku: "Kalau mahu jual sangat paha itu, juallah kalau itu saja yang boleh dapatkan sokongan bukan Melayu."
iklan syampoo yang tidak menunjukkan sehelai rambut sekalipun? hebatkan?

tapi sebenarnya syarikat rokok lagi hebat. dah berbelas-belas tahun diorang boleh buat iklan rokok tanpa perlu menunjukkan sebatang rokok pun. hatta, kau nak nampak asap (tak kira la asap apa pun) dalam iklan rokok pun susah.
diorang boleh buat iklan bola, racing, golf, perlancongan palsu, konsert, kereta, lori, motor dan macam-macam lagi. malah tak lama dulu, masa sejenis rokok baru diperkenalkan member aku ingat iklan tu iklan kopi. ;p

sekarang ni pun dah ada trend baru dalam pengiklanan rokok. buat iklan anti rokok. ni bukan cerita lawak jenaka. philip morris dah buat iklan tu. slogannya "Think. Don't smoke' but at the end, more people begin to smoke.

sedikit masa dulu, kita pun ada iklan larangan menjual rokok pada anak ABU (Anak Bawah Umur) tapi sekarang ni dah takde. mungkin iklan tu menyebabkan lebih ramai anak ABU mula merokok hingga ia terpaksa dihentikan. ;)
kalau kerajaan yang taja iklan tu seratus peratus, memang syarikat rokok la yang untung sebab kerajaan boleh buat free advertising untuk cigarette companies.
tapi kalau cigarette company tu yang taja iklan tu pun diorang still untung gak sebab mendatangkan pengguna yang baru. menang jadi arang, kalah jadi abu (bukan anak ABU).

sekarang ni pun ada gak iklan anti rokok tapi keberkesanannya amat diragukan. ironinya, iklan rokok tak pernah tunjuk rokok, tapi iklan larangan merokok tunjukkan rokok.

*sempena menyambut minggu ke3(?) tanpa rokok. pesanan ikhlas untuk mereka yang masih merokok. udah-udah la tu. ;)

** ** ** **

"If you want your dreams to come true, don't oversleep."
--Yiddish proverb

"If a man would move the world, he must first move himself."
--Socrates

"Opportunities are often things you haven't noticed the first time around."
--Catherine Denueve

"The early bird may get the worm, but the second mouse [to the trap] gets the cheese."
--Anon.

"I think we consider too much the good luck of the early bird, and not enough the bad luck of the early worm."
--Franklin D. Roosevelt

"The trouble with being punctual is that nobody's there to appreciate it."
--Franklin P. Jones

Friday, June 07, 2002

something to listen to. though am not sure if it's worth listening. ;)
echobrain



Which Star-Crossed Marvel Lover Are You?


** ** ** **

sebenarnya aku dah cuba jawab kuiz di atas ni beberapa kali. hari pun aku selangkan beberapa lama. tapi jawapannya masih sama. aku la spiderman. ;p

korang dah tengok movie spiderman tuh? dah basi pun movie tu kan? takpe la.. cuma nak buat perbandingan ngan komik spiderman. dalam komik peter parker ni takde la boleh keluarkan web dari tangan dia tuh. dalam movie sebelum ni pun, peter parker kena buat satu kotak kecik khas untuk keluarkan web yang dia boleh gunakan untuk gayut-gayut ala tarzan. tapi dalam movie terbaru ni spiderman boleh terus keluarkan web dari tangan dia. fuh... mungkin sebab audience sekarang lebih berfikiran terbuka. atau kalau korang skeptikal, korang boleh katakan, audience sekarang ni lebih senang diperbodohkan dengan khayalan dan benda-benda yang tak masuk akal. it depends on how you perceive your world, my dear. don't need to argue with me on that. ;)

gerak khas 2 the mow-viiii pun menarik gak untuk diperkatakan walaupun sebenarnya aku tak suka sangat cerita-cerita encik pikor yusof nih. erk.. terpaksa aku tangguhkan perbincangan ni sebab ada tugas-tugas khas yang perlu diselesaikan. see ya around bebeh ;p
aku dah tukar karpet baru. hope you like it. jemput masuk. hish hish hish!!! kalau ya pun, buka la kasut tu dulu. ;p

Thursday, June 06, 2002

k@r| k@mb|n6 semakin panas dengan artikel-artikel yang lebih berani.
nantikan kemunculan petikan karya nietzsche di k@r| k@mb|n6!!!

** ** ** **
huish diam tak diam, dah nak masuk minggu ketiga aku berhenti merokok nih. yiehaaaaaaa!!!!
terbaca kat site nett yang dia nak ke perlis. aku pun tak pernah sampai jauh-jauh camtu. paling jauh kelantan ngan terengganu masa aku join budak-budak teater buat show kat sana. ;)
cubaan aku nak memujuk dia gi camping tak berapa menjadi. sebaliknya, mie pula yang menjadi mangsa kutukannya. berikut adalah petikan dari perbualan YM kami:

nett00: apesal mie kena ada?
nett00: hehe
deadkafka: dia kan kaki camping
nett00: mie bukannya reti kaamping
deadkafka: takkan ko nak ajak aku jek?
nett00: mie pasang unggun api pon tak reti
deadkafka: ceh..
nett00: haahahaha
nett00: cari kayu api lagi la

** ** ** **
kami jangkakan camping akan diadakan sekitar bulan ogos. sesiapa yang nak join leh kasi nama sekarang kat aku. ;p tempat mungkin kat tioman. bukan area challet. tapi kalau ada sesiapa yang nak bercamping tapi takut nyamuk atau malas nak masak baik jangan kasi nama. anda dinasihatkan agar tidak menyusahkan diri anda dan jangan sakitkan hati dan jiwa kengkawan yang memang nak bercamping.

Wednesday, June 05, 2002

k@r| k@mb|n6 dah update sikit. aku tengah mengumpul artikel yang lebih panas!!!!

Tuesday, June 04, 2002




You are a dreamer. Constantly filling your mind with fantasies, you withdraw inside yourself in order to experience these more clearly. You dislike people and the distractions they cause. You are eccentric and lack a firm grasp on reality. You experience a wide range of emotions, and can often times be dangerous to yourself and others. You need to focus more on the real world.

Your song is: Solitary Shell

Which degree of inner turbulence are you?

This quiz was made by Dionae
berhujan serata petala,
gempita dihembus pawana,
malang sungguh khabar yang tiba,
batil emas terbelah dua.

Amuk (Dikir Timur)

kengkadang hati kita meronta-ronta untuk tau apa yang kita tak tau. contohnya, bila tengok kengkawan bergossip di belakang, kita pun kalau boleh nak gak tau apa yang digossipkan tu. tapi perlu diberi perhatian, kengkadang apa yang digossipkan itu akan hanya menyerabutkan kepala otak kita.

macam Macbeth yang diberitahu oleh 3 ahli sihir bahawa dia akan menjadi raja tapi sedangkan dia bukanlah putera mahkota dan raja pun masih sihat wal afiat. maka hendak tak hendak, untuk melengkapkan ramalan itu dia terpaksa membunuh bukan sahaja raja dan putera mahkota, malah sahabat baiknya sendiri.

macam satu watak dalam novel Dead Zone yang terbunuh kerana cuba membunuh seorang ahli politik yang bertanding untuk jawatan presiden. sebabnya dia "nampak" dalam ramalannya, calon yang bertanding itu akan menjadi presiden dan akan menyebabkan perang dunia ketiga berlaku.

sometimes, something better left untold. while it's true that knowledge is power but quite often it could go beyond your control. it could haunt you because you knew something that you shouldn't know. kadang-kadang lebih menyenangkan jadi "bodoh" daripada tahu semua benda. :|

Monday, June 03, 2002

If I was an Autobot, I'd be:

Click to see what Autobot you could be!

Take the Transformers personality test at android5.com!



** ** ** **

aku selamat sampai di KL pagi tadi.

jantung aku berdegup kencang sekarang nih. silap aku makan daging kambing tadi. reminder to all smokers yang baru berhenti merokok, don't touch that mutton curry. hahahahha.. serious shit!!! sebenarnya aku takut jantung aku gugur. :|
teori aku camni, bila ko merokok urat-urat mengecil jadi jantung bekerja pada kadar yang laju untuk mengepam sejumlah darah untuk membolehkannya sampai ke seluruh badan.
tapi bila berhenti merokok, urat-urat tu mula mengembang, tapi jantung masih belum memperlahankan kelajuannya mengepam. so in a way, darah boleh overflow atau dalam bahasa mudahnya darah tinggi mungkin berlaku. nak-nak lagi bila berlaku plak campur tangan pemangkin yang boleh menyebabkan penambahan darah dalam badan.

ahaks.. cam ye je teori aku nih. :) salah ke doktor?

Sunday, June 02, 2002

aku harapkan nigeria dapat mengalahkan argentina tadi cam senegal mengecewakan france... tapi kecundang gak hero-hero afrika nih.
it's not that i hate argentina. i just love the underdogs more. they play as if they got nothing to lose. not much pressure. no reputation to maintain. senang camtu kan? live up life not up to anybody's expectation? tak perlu buktikan apa-apa untuk dipandang mulia.

kadang-kadang hidup ni lebih mudah bila kita dianggap bodoh. walaupun kengkadang sakit jiwa juga bila dipandang hina. tapi dalam "kebodohan" itu, banyak juga ilmu yang masuk. ilmu yang kalau engkau dianggap pandai tak ramai yang mahu berkongsi.

masa aku kerja 7-E dulu, ada sorang customer yang selalu bagi semangat kat aku supaya kerja kuat dan jujur. mungkin cara aku menampilkan diri aku tidak nampak seperti orang yang berpelajaran. ;) aku tidak salahkan atau marahkan dia. malah aku lebih selesa berhadapan ngan situasi ni jika dibandingkan dengan soalan-soalan, "kenapa tak cari kerja lain?"

dalam "kebodohan" itu la aku dapat belajar tentang kehidupan. aku lebih selesa menjadi katak. kerana bagi aku burung yang terbang tinggi pun takkan tahu apa yang ada dibawah tempurung.
seperti yang dijangkakan, adik aku memang offer aku cigarette. but fortunately, aku tak ngantuk atau mamai masa dia bagi tuh so i didn't take it. ;p
how many days left before i can enjoy my bucket of KFC?

** ** ** **

spyz, i wish aku boleh ikut jejak langkah kaezrin. tapi... masa tak sesuai. :|

ada masanya aku suka berteman
ada masanya aku suka bersendiri
ada masanya aku suka berjalan
ada masanya aku suka apa yang kusuka