Saturday, March 30, 2002

The Meaning of Suicide in Literature akan dibentangkan sekali lagi dalam k@r| k@mb|n6.
apa lagi yang akan ada dalam k@r| k@mb|n6? Makna di sebalik Nama by Various Artistes Journalists.
tapi masalahnya aku tak round semua journal. kalau korang nak ringankan kerja aku, leh la kasi link apa makna di sebalik nama ko tu kat aku di deadkafka@yahoo.com atau anarkismelayu@yahoo.com. kerjasama dari anda semua amat dihargai. terima kasih. ;p
The Meaning of Suicide in Literature
Pernah sekali dalam kelas literature, sorang lecturer aku (Dr. Nur Nina Zuhra) bangkitkan hal ni dalam perbincangan.
in literature, every action supposedly symbolizes something. misalnya bila gembira kita tersenyum. pelajar sastera cuba memahami erti senyuman itu, walaupun kadangkala senyuman tidak semestinya menggambarkan kegembiraan.
pelajar sastera ni bagai penafsir mimpi. cuba mencari maksud di balik sesuatu yang kabur.
Art mirrors life? Life immitates art? Sebenarnya jurang antara seni dan kehidupan semakin rapat. We are actually in constant need of expressing ourselves. Tidak kira dalam bentuk apa sekalipun. Sign language, verbal language, body language, writings, paintings or even suicide. Aku cuba kaburkan jurang antara seni dan kehidupan dan lontarkan idea ni dalam satu perbualan. Ramai yang terdiam. Ada yang kata aku gila. Ada juga yang terus meninggalkan perbualan. Sejak tu aku tak pernah ceritakan pada sesiapa teori gila aku nih. ;)

1. Terjun bangunan
bila kita bayangkan kebebasan kita seringkali mengaitkannya dengan burung. ia bebas terbang ke sana sini. tapi manusia tidak bersayap. dan salah satu cara lain untuk terbang ialah dengan terjun dari bangunan/tempat tinggi. mereka yang membunuh diri dengan cara ini sebenarnya terlalu rindukan kebebasan.

2. Lemas dalam air
mereka mahu diri mereka dilupakan. seolah-olah mereka mahu tinggal di dasar lautan (walaupun mungkin suicide ini berlaku dalam bathtub saja).

3. Gantung diri
those who commit suicide this way, seolah-olah tidak ingin jejak kaki lagi di dunia nih. mereka juga tidak tidak mahu terbang, cuma mereka mahu berada di awang-awangan.

4. Tembak kepala
bila kepala sarat dengan masalah mungkin ramai yang mengambil aspirin. ada juga yang menghantukkan kepala ke dinding. dan yang paling tragik bila menembak kepala sendiri seolah-olah mahu masalah yang bersarang dalam kepala menghambur keluar.

5. Kerat pergelangan tangan./leher
cara yang sadis untuk mati. seolah-olah mahu segala kekalutan keluar bersama darah.

6. Dilanggar keretapi
keretapi masih boleh dianggap pengangkutan yang laju. ia boleh pergi jauh dalam masa yang singkat. mereka yang memilih mati dengan cara ini seolah ingin menyatakan yang mereka sebenarnya mahu berlari jauh dari segala masalah.

7. Bawa kenderaan laju.
secara simboliknya cara ini serupa dengan kematian dengan dilanggar keretapi. bezanya terletak pada kuasa di tangan sendiri untuk memilih berapa laju kenderaan dipandu sebelum melanggar dinding, tembok atau pokok.

8. Minum racun.
selalunya bila dahaga, kita minum air. tetapi bila minum racun, seolah-olah ingin mengecapi saat-saat terakhir sebelum maut memanggil. cara ini menyeksakan. tapi mereka yang memilih cara ingin sebenarnya terlalu berat untuk meninggalkan dunia terlalu cepat.

9. Pil tidur/dadah/alkohol berlebihan
masalah jarang datang bila kita tidur atau mungkin dalam keadaan khayal segala masalah seakan terungkai. those who choose to die this way, cam mahu tidur yang panjang. tidur yang tidak perlu bangun lagi untuk memikirkan masalah. mereka mahu rehat yang panjang untuk menenangkan fikiran

10. Membakar diri
api selalu dikaitkan dengan kemarahan. mereka yang membunuh diri dengan cara ini sebenarnya amat marah dan kecewa dengan keadaan sekeliling dan ingin bersatu dengan api. mungkin juga mereka mahu melenyapkan diri mereka (hampir serupa ngan cara melemaskan diri). atau mungkin ingin segala masalah hilang bersama kepulan asap.

*membunuh diri adalah ditegah sama sekali dalam Islam (atau mungkin juga dalam agama lain). Allah melaknat mereka yang membunuh diri dan tidak mengizinkan mereka mencium bau syurga. tempat mereka di neraka dan kekallah mereka di sana selama-lamanya.
Allah saja yang mengetahui segala urusan.

Friday, March 29, 2002

coming sooner than Bagaimana Bahasa Boleh Mempengaruhi Budaya Sesuatu Bangsa is The Meaning of Suicide in Literature. pretty gruesome, eh? are you sure you're ready for that?
ok... ok... the last entry is the final episode of self-analysis. ;) the end. got it?!
hmmm... maybe there'll be a new seasons for that but in the meantime that's it. maybe in the future, i could elaborate on tok rimau's comment and do some psychological analysis from a socio-psychological perspective. the environment is indispensible in developing one's psychology, isn't it tok?
i'm not a psychologist. i'm formally trained in literature and linguistics. maybe in the future i could lecture on Bagaimana Bahasa Boleh Mempengaruhi Budaya Sesuatu Bangsa. pretty interesting eh? hark hark hark!!!
thanks ika for reminding me. :| i should've known better, right?

Thursday, March 28, 2002

sebenarnya tidak mustahil untuk tidak berlaku 'disassociation' biarpun kau benci seseorang tu.
misal kata, seorang anak yang ditinggalkan ibu bapa tidak mustahil akan melakukan perkara yang sama pada anak-anaknya. mungkin lebih teruk lagi. atau mungkin jika dia pernah didera oleh bapanya, maka dia akan mendera pula anak-anaknya.
atau mungkin seseorang wanita yang selalu sakit telinga bila dengar emaknya 'menyanyi' atau 'berdondang' pagi-pagi buta tidak mustahil akan 'menyanyi' atau 'berdondang' pulak pada suami atau anak-anaknya kelak sebaik saja matanya celik.
selalunya orang sebegini dapat kepuasan bila melakukan perkara yang sama atas orang lain.
pengaruh DNA?!
...the end?.
What Flavour Are You? I taste like Nuclear Waste. Delicious.I taste like Nuclear Waste. Delicious.


Tasting like nuclear waste is a good thing - nothing bites me, nothing eats me, few things even touch me. I appreciate the solitude my harsh exterior brings. What Flavour Are You?
rasional fenomena 'association/disassociation' ini cukup mudah.
misal kata seseorang itu mengidola seseorang, dia akan buat apa yang idola dia buat atau cuba penuhi segala apa yang idola tu idamkan. mungkin kau akan susah payah bersolek atau berpakaian cam artis pujaan kau tu. atau kalau kau lelaki dan suka plak ngan artis wanita. lain sikit plak halnya. mungkin kau cuba untuk jadi lelaki idaman dia tuh. tapi tak mustahil gak ada lelaki yang akan bersolek dan berpakaian macam artis wanita pujaan hatinya tuh!!!!
pendek kata ni cam: monkey see, monkey do attitude atau titanic attitude (you jump, i jump). cinta punya pasal terjun lubuk buaya pun sanggup.
atau mungkin bila seseorang itu dalam satu kelompok, dia akan buat apa yang ahli kelompok tu buat. due to the fact that he/she desperately in need of being accepted by other members of the group.
tapi mungkin juga ada faktor peer pressure dalam kelompok hinggakan akan menyebabkan fenomena mob mentality terhasil. kalau seorang mula memukul orang, yang lain pun join sama. ;p everybody wants to jump in the bandwagon.
tapi 'disassociation' ni plak bila ko benci atau tak suka seseorang tu. katakanlah orang yang benci tu bernama PQRS. rasa-rasanya kau suka ke kalau ada orang tegur yang cara kau berjalan atau bercakap tu sama ngan PQRS?
...the end? probably not.

Wednesday, March 27, 2002

NurEffa menulis dalam guestbook aku: "Hidup tanpa belaian bapa memang sedikit menyakitkan..tapi,selalunya mereka ini lebih kuat menghadapi hidup,perkahwinan dan keluarga yang mereka bina lebih bahagia. Kerana apa? Kerana mereka terlalu ingin memberi apa yang tidak pernah mereka perolehi.. dan tidak mahu kenangan pahit mereka jatuh pula kepada orang2 yang mereka sayangi.. Don't believe? Believe it."
komen ni ada betulnya. yes NurEffa, i do believe it. fenomena ni dalam psychology dipanggil 'association/disassociation'
contoh 'association': misalnya dalam kelompok kengkawan akan timbul satu minat atau mungkin perangai yang sama pada setiap ahli kelompok tu. memang pada mulanya terdapat perbezaan pada setiap ahli tapi perlahan-lahan perbezaan itu akan pudar dan persamaan akan bertambah nyata. hinggakan tidak mustahil ahli-ahli dalam kelompok itu akan berfikir, bercakap, berjalan, menulis atau makan dengan cara yang serupa. fenomena ini boleh terjadi pada Geng Budak Tonjang Kerdil. (sila bezakan antara boleh terjadi dengan akan terjadi.)
tapi 'disassociation' plak berlawanan. dalam kes yang sedang aku bincangkan ni, bilamana aku cuba bina rumahtangga yang tidak berakhir seperti rumahtangga abah aku. dan 'disassociation' yang aku alami ni plak sedikit extreme bila aku cuba bina imej diri dan identiti yang berlawanan dengan abah aku.
abah aku bekas tentera. imejnya kemas, segak tanpa misai atau jambang. dan aku plak selekeh dengan misai, jangggut dan berambut panjang.
ada satu kes 'disassociation' yang terlampau extreme bila seorang lelaki tu menafikan kewujudan Tuhan dan menolak kehendak fitrah manusia untuk beragama. bila diselidik didapati lelaki itu pada mulanya seorang yang kuat agama tapi bila cintanya pada seorang ustazah tidak berbalas dia terus menjadi atheis.
...to be continued again.
i'm not sure if i have made the biggest mistake of my life by revealing my past?! but it certainly made me feel extremely vulnerable. and God knows how i hate feeling that way!!!! when i first started this journal, i tried not to write anything personal. i just want to share with you my mind, dreams and thoughts but absolutely not my past or history.
however, i wish to make myself clear. it has never crossed my mind to blame my father for whatever happened to me or my family. my intention is just to tell you what the consequence of his action has done on part of my life. it reminds me of an anecdote.
katakanla (yes, i could still express my mind in Malay, if you don't mind. ;)) apa-apa yang ko buat tu seperti mengetuk paku ke kayu. dan ko tak boleh undo benda tuh. ko cuma boleh cabut je paku yang dah terbenam dalam kayu dan cakap sorry. tapi kesannya masih ada. kayu dah berlubang. nothing you can do to fix it up.
you got my point, right?
... to be continued?! again?!!!

Tuesday, March 26, 2002

dah lama aku tak update. sebenarnya aku pun dah lama tak baca journal geng lain. masa betul-betul menghambat aku lari jauh.. jauh .. jauh sampai tak sempat nak update.
anyway, aku terbaca dalam journal rudy. date 18 Mac. absent father. tu la topik yang diperbincangkan. pengalaman aku dalam absent father nih? abah aku bukan workaholics. cuma dia takde dalam hidup aku. noktah. tak perlu ko berpura-pura tak faham. campak soalan-soalan ke lombong sana.
anyway, i grew up without a male role model bergelar ayah, bapak atau abah. i grew up believing that it is so bloody cool to show your temper ngan mencampak kerusi meja, tendang pintu sampai pecah ala ala Godfather.
kasih seorang ayah tak boleh disamakan dengan kasih datuk. walaupun aku sayang kat atok aku tapi cara belaian dia dah lari jauh. kalau dulu, atok boleh mendidik anak dengan tegas dan garang sampai sanggup ikat anak ke pokok bila anaknya sering balik lewat, tapi bila dengan aku, dia dah jadi lembut. sayangnya melimpah ruah kepada aku tiga beradik.
... to be continued?!
k@r| k@mb|n6 mengganas lagi.
cik easy, imm dan fajar punya entry la plak aku sumbatkan dalam kuali.

Saturday, March 23, 2002

hari yang membosankan. tak produktif betul la.
sepatutnya aku tak masuk opis hari nih. tapi mini convo yang aku patut attend hari ni kensel la plak. hampeh betul la. baru aku nak jalan-jalan.
erk.. maleh nak cerita panjang walaupun banyak cerita dalam kepala otak aku nih.
just a short note to miyya, kalau nak hantar ke Gombak Review tu hantar jek. publish tak publish belakang kira. the same Dr. Faridah is the one who sees my talent (if there is any). hari tu aku terserempak ngan dia. dia tanya, "eh Iqbal, dulu you cakap you nak jadi writer?"
aku cuma mampu sengih jek. cita-cita aku yang separuh terkubur sebab aku tak mempunyai disiplin untuk menjadi writer. cuma ada angan-angan je tak cukup tapi semangat kurang. heh!!!

Thursday, March 21, 2002

banyak benda yang cerita tapi masa tak mengizinkan. :|
akan datang ke k@r| k@mb|n6, hasil tangan enmiya: Dari Kiri ke Kiri.
aku masih dalam proses mengedit. aku harap aku leh upload selewat-lewatnya early next week.

Saturday, March 16, 2002

update dari rumah. ingat nak jumpa tok rimau, cuti ni. tapi dia ada hal la plak. hark hark hark!!!
sebenarnya aku ada projek haram ngan dia nih. ooooops... elemek terpecah lubang plak.
Cerita untuk renungan
forwarded by a friend (Glasgow)

Seorang wanita berjilbab rapi tampak sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.

Sang guru berkata, "Saya punya permainan... Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Sang guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya.

"Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membedakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya.

Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi karena terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya.

Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika."

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain."

"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya Sang Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.

"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar."

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.

Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda.

Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita...

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."

"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar."

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."

Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya.

Thursday, March 14, 2002

aku tak tau apa perasaan aku hari nih.
sebak, sayu, gembira, ceria? tapi aku cukup cergas hari nih. orang mintak aku lari ke bawah cari souvenir untuk projek hari ni selasa ni pun aku tak merungut. heh!!!
tadi sebelum GM aku balik, dia kasi RM50.00. dia cakap, "nah, Gom. kasi kat mak ko"
aku nak tolak tapi dia tak nak amik balik dan terus belah. aku sebak. pada masa yang sama aku bersyukur ada kawan cam dia. erk.. tapi budak tu jeles sikit ngan dia nih. dia cakap GM aku ni lebih manjakan aku lebih dari budak tumanjakan aku. hark hark hark!!! nampak je ganas sebenarnya aku nih tapi sebenarnya manja. hampeh hampeh!!!
erk.. sori.. siaran akan bersambung esok lusa sebab sekarang aku ada tugas khas yang perlu diselesaikan. so see ya after the long break.
selamat tahun baru untuk semua.

Wednesday, March 13, 2002

k@r| k@mb|n6 mengganas lagi. erk.. ni bukan siaran ulangan. entry terbaru ni hasil nukilan rafthah dan various artistes journalists.
banyak cerita dalam kepala otak aku ni sebenarnya. tapi masa tak mengizinkan. lagipun cerita-cerita tu semuanya personal. masa memula aku buat journal ni, aku takmo bercerita pasal aku jek. bosan beb!!!
aku bukannya superstar, rockstar, mahupun bintang pilem. takde cerita yang menarik pasal aku. tapi semenjak dua menjak aku busy ni terasa cam nak tulis pasal diri aku la plak. hark hark hark!!! hampeh!!!! erk.. tengokla nanti camne. kalau aku rasa nak tulis, aku tulis. kalau tidak, jangan berharap sangat. hidup aku ni bukannya seronok sangat.

Saturday, March 09, 2002

hari nak hidupkan balik weblog aku kat sini.
tukar webhost ke tripod. heh heh heh!!!
sekarang aku tengah godam mana yang patut... stick with me bebeh!!

aku tau tulisan aku dah kurang menyengat. taring dan kuku aku dah tumpul. hark hark hark!!!
alasan aku? erk.. takde alasan apa-apa kecuali aku sibuk ngan kerja dan side project k@r| k@mb|n6 aku. dulu kerja kat cyber cafe boleh la aku ngadap komputer 24 jam jek. kerja pun kurang. heh! tapi sekarang ni gilos nak cari form tu ini, isi application sana sini, tulis surat tu ini etc etc. kalau banyak sangat job pending jek parah gak. ;)
thanks ika for the permission for republishing your triple saga. heh heh heh!!! aku pun miss that saga la. i hope you could link me to those saga. cepat sikit leh upload dalam k@r| k@mb|n6. kalau idak, mahu makan tahun gak tuh.

anyway, special thanks to gengjurnal central sebab invite aku join ronggeng korang tuh. and thanks to spyz sebab sudi amik dan hantar aku balik. kalau nak cerita apa yang terjadi dalam ronggeng tu amik masa gak. aku kena tulis siap-siap kat rumah pastu upload je kat tempat kerja. heh heh heh!! kalau aku nak tulis kat sini jek, mampus aku takleh buat kerja lain. abis je probation 6 bulan ni, nama aku on the top of the list staff yang nak kena buang. wuiiyoooo.. gilerrr tuh!! memang la aku suka lepak-lepak, tapi kalau takde kerja aku nak makan apa seh?!

Friday, March 08, 2002

takde updates kat sini? jom lawat rumah baru aku kat http://www.danchan.com/weblog/jiGOMorrison (yes, GOM is spelt in capital letters. thank you for asking.)
alluz,
seperti yang korang sendiri tau, geocities akan block dia punya FTP untuk free users. erk.. blogger kalau nak update kena pakai FTP. kalau idak memang takleh la. so buat sementara waktu nih korang leh baca updates journal aku kat rumah baru aku. errk.. kat sini mungkin takkan diupdate lagi kecuali kalau aku decide untuk bertukar webhost ke tripod. sebab tripod masih boleh guna FTP. walaupun sebenarnya aku benci pop up tapi kalau dah terdesak ni belasah je la kot. heh!!!
buat masa sekarang ni, k@r| k@mb|n6 masih belum ada yang terbaru lagi. tapi akan datang ni paper tok ghimau aumm aumm yang akan dibentangkan di Hotel Hilton pada bulan April yang akan datang ni akan disumbatkan kat sana. for more info on this paper presentation please contact tok ghimau himself.
however, if you wanna pass that one, i might include downloadable *.doc version in k@r| k@mb|n6 soon. not now la beb, after the actual presentation la. nanti kalau semua orang nak baca kat web jek, siapa plak nak attend dia punya presentation? ;p

Monday, March 04, 2002

betapa sukarnya untuk TIDAK berperangai seperti anjing
jika saban hari aku dilayan seperti anjing....

mungkin sedikit keras kata-kata di atas. tapi itu la yang aku rasakan seminggu dua nih.
jika disepak terajang dan dihina macam anjing kurap, aku seperti mahu menyalak dan menggigit kaki orang-orang yang menyepak aku tuh. mungkin aku sedikit gila. sedikit kasar. maafkan aku.
ni bukan diri aku yang sebenarnya. but those people really succeed in bringing out the dog inside me. worf worf worf!!!! who let the dog out?!!! worf worf worf!!!!

jika terkepung di dalam satu ruang yang tidak berpintu dan bertingkap, manusia akan menyerang siapa saja yang berdiri di depannya. in that desperate act of survival, orang-orang tersayang pun tidak akan terlepas dari gigitan si anjing gila.

* i would like to declare this week as minggu anjing-anjing sedunia.

Friday, March 01, 2002

it's a beautiful day...
AAAAAAAAARRRGHHHHH!!!!!

aku kat opis lagi nih. erk.. tak sempat nak tulis apa la plak sebab bebudak ni nak balik. heh heh heh!!!
so see ya again next week. i can't wait to see you on monday....