Thursday, July 31, 2003

Ranap

gugur sudah segalanya
terhempas dan memijar
di mata di minda dan di jiwa
nanar rabun kabur dibius warna

malanglah aku menjadi perindu
berpuing di awang awangan
melayang ke negeri melayang
pasrahlah aku turutkan saja

kasih dibina zaman berzaman
bumbungnya rindu tiangserinya cinta
runtuh kerana diledak rakusnya
bergegar berdiri ku tersinis rindu

ranaplah, hancurlah makna
kerananya warna kita parah
tenggelam di alir peluhnya
di arus songsangnya, kita hilang
kalau ganja katakan ganja
tidak aku termantul-mantul
kalau cinta katakan sahaja
jangan sampai terkantul-kantul

thanks easy :-)

Tuesday, July 29, 2003

aku dalam tahanan

nampaknya jurnal aku sudah tidak boleh dijadikan medan untuk aku meluahkan apa yang bermain dalam kepala otak aku lagi. aku terpaksa menutup mulut demi untuk menjaga hati orang di sekeliling. nampaknya memang ada yang sudah terlebih makan cili dan terkena ulser.

ada yang berasa kecil hati bila aku menegur dan mula menulis dalam kiasan. ada pula yang menyindir ajak aku berentap. alo kawan... Gombak ni bukannya jauh sangat. kalau aku tak boleh nak jumpa kau, kau sendirilah turun sini jumpa aku. kalau tak tau rumah aku, boleh tanya spyz atau toksik. aku rasa kau pun tau kat mana aku kerja. kita boleh jumpa bila-bila masa dan selesaikan apa-apa yang kau rasa tak puas hati. mungkin boleh ajak sekali kawan-kawan kau dan aku duduk semeja. lepas tu, kalau kau dan kawan-kawan kau mahu tendang aku hingga terperosok bawah meja, aku tak peduli.

susahnya, orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getah. orang lain yang mendayung, orang lain yang kena mandi. kadang-kadang aku hairan kenapa aku tegur orang lain, orang lain pula yang melenting? orang lain yang aku geletek, orang lain yang ketawa.

deja vu beronggeng di depan mata.

buanglah aku dari kelompok kawan-kawan kau. padamkan nama aku dari hati kau. anggaplah aku sudah mampus!! aku hari ini bukan aku yang dulu. aku sudah bosan menjadi anjing Pavlov. air liur ini takkan meleleh setiap kali loceng dibunyikan.

hati-hati, aku mungkin akan menggigit lagi ketika kau menghulur makanan.

Monday, July 28, 2003

hilangnya kebebasan

akhir-akhir ini aku merasa sedikit terkongkong kerana mata itu sudah kembali untuk membaca apa yang aku tulis. :|

walaupun mata itu tidak seganas 'Big Brother' dalam 1984 tapi kesannya sudah cukup membuat aku tidak senang duduk. aku bukan tikus atau monyet eksperimen dalam makmal. aku tidak berasa selesa jika diperhatikan begitu.

boleh saja aku pedulikan pendapat orang lain dan tulis apa saja yang terlintas dalam kepala otak. mungkin nasihat yang sesuai, "kalau tak tahan pedas, jangan makan cili." tapi nampaknya ada pula nak cilikan aku, jika aku tertulis apa yang kononnya tidak patut ditulis.

ingat-ingatlah sikit, jigo. "kerana mulut badan binasa."

sebenarnya aku rasa aku sudah menjaga mulut aku sebaik mungkin. apa yang tulis pun aku sudah 'khatan'kan secukup rasa. hingga kadang-kadang apa tulis itu terasa seperti sudah terkena EDS.

Friday, July 25, 2003

my conscience is killling me.

no, it's not. i am still breathing and kicking hard. my conscience is not really killing me.

that is just a small matter. just another glitch in the cycle of my life.

no, that's not a small matter. that is a huge matter but i think i could handle it. i am good at handling problems.

it does not kill me yet.

things that don't kill me only make me stronger.

"ayatku ayat sekerat.
ayatku tak cukup sifat.
ayatku boleh buat orang sesat.

laukku dah cukup cukup masin
laukku cukup masin
tak perlu engkau tambah garam."

Monday, July 21, 2003

seks bukan penyelesaian

just for the record.

last Saturday, i went to her home. well, nobody cried. nobody kicked anybody out. we had a wonderful time together.

since we can't have that malam berdamai like some married couples, she cooked me a dinner. actually, she asked me to cook for her but then since i'm still learning how to differentiate between halia and kunyit, baik aku lupakan saja. nevertheless, i really really want to thank you very much c***. sayang kat awak sampai mati. (elemek terjiwang la plak. rosak reputasi aku. mati hidup balik aku tak percaya, aku akan sanggup tulis camni. hahahaha!!!)

i want to congratulate *** on your engagement yesterday. bertunang ni banyak dugaannya. (erk... macam pernah dengar je nasihat ni. hahahah.) aku nak nasihat kau lebih-lebih pun, aku sendiri masih jalan menyonsang lagi. :p

dan untuk sorang member yang baru belajar-belajar kenal selipar, aku dengar kau turun majlis pertunangan member kita tu. cam aku dah cakap kat kau la, alam kenal-kenal selipar ni macam naik motor la beb. kalau dah dengar enjin bunyi lain macam je, cepat-cepat la tukar gear. kalau nak terus pakai gear satu je mana nak laju, yob. kalau kau rasa selipar tu sedap dipakai, sarung je la. takyah tunggu lama-lama. kalau nak tunggu selipar lain, lepaskan selipar yang ada kat kaki tu elok-elok.

ok. entry ni dah lari dari tajuknya. heh heh heh!! aku takut orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getahnya.

isu lain, aku rasa dosa yang paling kerap dilakukan oleh jurnalis melayu ialah menjunjung sengsara dan menyembah ego. aku pun bukan manusia suci, kengkadang bila kepala dah berserabut sangat terjunjung juga sengsara tu. terkadang menyembah ego juga. but try to minimize it la, bro. memula rasa simpati, tapi kalau kerap sangat meluat la plak.

aku tau ada yang dah mula meluat. i don't want to start another 'benci-benci sayang' attitude.

well, that's all for now. today is for warming up. nantikan esok untuk cerita-cerita sensasi. esok insya'Allah satu kontena sensasi akan sampai.

Thursday, July 17, 2003

bladi bastat

teringat pada kata-kata tok sheikh khairul: "orang ni mudah sangat percaya kalau kita cakap bohong. tapi bila kita cakap betul, tak nak pulak dia orang percaya."

borak-borak bersama 2 orang teman GJ di tempat yang berasingan dan di waktu yang berlainan mendedahkan kekuatan terletak pada penulisan jurnal. seorang teman ini menceritakan bagaimana dia selalu mendapat hadiah dan kad-kad dari peminat misterinya. yang seorang lagi pula berkata ada pembaca jurnalnya yang mahu berkenalan dengan lebih rapat dengannya. tapi disebabkan dia sudah mempunyai "seorang sektretari" yang mampu menjawab segala soalan peribadi tentang dirinya, nampaknya kempunan pembaca-pembaca itu mahu lebih rapat dengan dirinya.

aku lihat fenomena ini tidak jauh bezanya dengan artis yang muncul setiap hari di kaca TV. mula-mula kau tak kenal pun siapa artis tu, tapi bila sudah kerap sangat melihat wajahnya, kau mula meng'idola'kannya. kau mau lebih tahu tentang dirinya. kau mengikuti setiap penampilannya untuk lebih mengetahui dirinya. kau baca setiap tulisan tentang dirinya. kau mahu menyelami hati dan perasaannya. kau mahu menyelongkar buah fikirannya.

tapi sayangnya sedalam mana kau kaji tentang dirinya, kau hanya kenal dengan personaliti yang hanya mahu ditonjolkannya. kau hanya jatuh cinta pada bayang-bayang si artis.

tidak banyak bezanya dengan pembaca-pembaca jurnal, ada juga yang hardcore yang sanggup mencetak setiap entry penulis tertentu dan membaca setiap huruf yang tertulis di samping cuba memahami apa yang tersirat. tapi adakah kau pasti apa yang tertulis itu sebenarnya percikan kejujuran penulis atau cuma bayang-bayang yang penuh kepalsuan penulis? mungkinkah si penulis hanya menguji kekuatan bakatnya dalam memulas pandangan dan fikiran pembacanya untuk melihat dan mempercayai apa yang mereka perlu nampak dan percaya?

ok. tunang aku menangis dan hilang selera makan bila terbaca kisah "aku". dia sudah lama tidak menjengah jurnal aku dan memang betul-betul tersentak bila terbaca kisah "aku" semalam. malah dia sudah berkira-kira mau menghalau aku keluar bila aku bertandang ke rumahnya Sabtu ini.

that's not the worst part. :|

itu cuma salah satu dari rangkaian eksperimen yang aku sudah sediakan untuk pembaca-pembaca. kau laparkan sensasi? aku boleh bagi sensasi!! i can give you a whole lot more!!! cakap je berapa kontena sensasi kau nak. :p mungkin di lain kesempatan aku akan menulis bagaimana aku dapat makan malam dengan Siti Nurhaliza Sarimah Ibrahim dalam nada "berlagak rendah diri".

be careful of what you're wishing for!!!

Wednesday, July 16, 2003

membaca di antara barisan

perkataan seerti dengan 'berani' ialah 'tak malu'.

kalau kau rajin membelek tabloid atau ruangan hiburan, pasti pernah terjumpa bagaimana perkataan 'berani' digunakan. contoh yang paling nyata: 'Jenny (sekadar meminjam nama) semakin berani.'

dan kau tak perlu untuk membaca artikel itu untuk mengetahui bagaimana 'berani'nya Jenny. cukup sekadar melihat gaya dan pakaian Jenny, kau pasti dapat menangkap makna 'berani'. semakin besar dedahan di dadanya, atau semakin singkat skirt yang dipakainya, atau semakin luas kangkangnya sudah cukup untuk membuktikan Jenny seorang yang 'berani'.

mungkinkah wartawan ruangan hiburan patut dimasukkan ke kelas untuk memulihkan penguasaan bahasanya? atau lebih sesuai kalau dimasukkan saja ke pusat pemulihan akhlak?
di manakan kucari ganti?

hanphone aku kaput.

sebenarnya aku dah lama nak uji mana yang lebih keras: dinding atau handphone. nampaknya handphone aku lebih suka bertindak sendirian (macam tuannya juga) tanpa menunggu sebarang pertukaran fikiran.

last night he took a short dive and died instantly. my effort to revive him failed miserably.

Friday, July 11, 2003

ramai yang singgah dan membaca tapi tak ramai yang berani menjawab soalan maut aku beberapa hari yang lepas. mungkin juga ada yang menganggap aku sudah keterlaluan kerana aku seolah-olah mempersoalkan kebesaran Tuhan. mungkin ada yang tidak peduli sama sekali jika aku sebenarnya nampak pada hikmah kejadian sesuatu itu atau tidak. mungkin sudah tidak ramai yang mahu membudayakan isi surah al-Asr.

jawapan yang aku terima dari beberapa rakan ini pun walaupun sedikit membuka sedikit ruang untuk perbahasan kecil. tapi janganlah dianggap ini sebagai satu lagi kemungkaran yang aku lakukan. sebenarnya aku pun tidak bermaksud untuk mempersoalkan tentang qada' dan qadar.

pesanan tok sheikh encik khairul yang terpampang di lamannya walaupun sebenarnya tidak menjawab pertanyaan aku tapi sebenarnya amat relevan dalam menghuraikan kekusutan yang bermain di otak aku. tulisnya, "apa-apa pun yang tuhan lakukan kepada kita, kita mesti percaya kepada satu perkara - tuhan tidak akan menzalimi kita."

jawapan yang paling menarik. dan sebenarnya aku pun percaya Tuhan tidak sesekali akan menzalimi makhluk-Nya. buat aku teringat pula pada doa Nabi Yunus a.s. di dalam perut ikan nun.

tok "sheikh" rimau berbicara soal syukur. fajar bercakap tentang syurga dan neraka. aku tak normal bercakap tentang ujian. emma mengingatkan tentang hikmah kejadian. amyz bercakap soal keistimewaan hati.

sebenarnya aku agak sinikal pada jawapan-jawapan tersebut. mata yang memandang tidak mungkin sama dengan bahu yang memikul. kalau kau tanya pada mata berapa berat barang yang dipikul pasti dia tidak dapat menjawab dengan tepat.

bila tok "sheikh" sik yang bercerita tentang temannya yang buta mata tapi amat celik hatinya ia banyak menyedarkan aku tentang konsep keimanan dan ketaqwaan. hidup ni bukan untuk mengejar syurga atau neraka. tapi sebenarnya untuk mencari keredhaan Allah. seorang wali Allah pernah berfalsafah adalah lebih afdal baginya jika dicampakkan ke dalam neraka kalau Allah kasihkan dia berbanding dengan tempatnya di syurga jika Allah tidak redha atasnya.

dalam meredhai segala nasib yang menimpa atas kita samada buruk atau jahat adakah kita sebenarnya mengamalkan konsep syukur yang sebenar? seorang ulama pernah tidak mengucapkan alhamdulilLah untuk beberapa lama setelah dia merasa berdosa kerana mengucapkan alhamdulilLah ketika rumahnya tidak dimamah api sedangkan rumah jirannya rentung terbakar. kerana fikirnya, mana mungkin aku merasa syukur sedangkan orang lain sengsara?

aku tak normal memberi jawapan yang tidak kurang hebatnya. sepertinya, aku percaya hidup ini adalah kelas yang panjang. kehidupan bukan hanya mengajar kita tapi juga menguji kita. warga cacat mempunyai banyak keistimewaannya tapi yang paling paling istimewa ialah kerana mereka itu diuji. ada orang berkata, "kalau kita diuji itu tandanya Allah menyayangi kita." Nabi Muhammad s.a.w. kekasih Allah pun tidak terlepas dari ujian.

hebat sangatkah ujian Allah atas kita hingga mahu mengingkari segala perintahnya dan membelakangkan iman? Nabi Ayub a.s. masih seorang nabi dan rasul walaupun dia diuji sebegitu hebat.

sesuatu kejadian itu berhikmah. cuma tak banyak akal manusia yang mampu memahaminya.

Thursday, July 10, 2003

...

Amyz: keistimewaan mereka yang istimewa adalah pada hati mereka..

Emma: "kadangkala, mereka yang cacat fizikal ini lebih bertuah kerana rohani mereka ada kalanya lebih sempurna dari kita.. at least bila mereka dibataskan dengan sesuatu pergerakan tu, kuranglah sikit langkahnya ke tempat� yang tidak elok.. biar buta mata, dari buta hati.."

Tok "sheikh" Rimau: "Supaya aku bersyukur dengan apa yang aku ada dan apa yang aku tidak ada."

aku tak normal: "sebagai 'ujian' utk org2 yg 'beriman'..."

Fajar: "Tuhan ciptakan org2 sebegitu kerana dia punya tempat yg istimewa di syurga. siapa tahu? kita yg sempurna hanya ada dua pilihan semata. entah syurga, entah neraka."

Wednesday, July 09, 2003

i guess nobody listens to Queen these days. i have to admit, i discovered them quite late. their first song that caught my attention was Radio Ga Ga or at least that is what i heard them sang. :D

here's one of my favourite songs. oh yeah! it's a bit depressing but i don't have to say it out loud for you to see it for yourself. savour it while you can.

It's A Hard Life

I don't want my freedom
There's no reason for living with a broken heart.

This is a tricky situation -
I've only got myself to blame
It's just a simple fact of life
It can happen to anyone -

You win - you lose
It's a chance you have to take with love
Oh yeah - I fell in love
But now you say it's over and I'm falling apart.

It's a hard life
To be true lovers together
To love and live forever in each others hearts -
It's a long hard fight
To learn to care for each other
To trust in one another right from the start
When you're in love -

I try and mend the broken pieces
I try to fight back the tears
They say it's just a state of mind
But it happens to everyone -

How it hurts - deep inside
When your love has cut you down to size
Life is tough - on your own
Now I'm waiting for something to fall from the skies
Waiting for love.

Yes it's a hard life
Two lovers together
To love and live forever in each others hearts
It's a long hard fight
To learn to care for each other
To trust in one another - right from the start
When you're in love -
Yes it's a hard life
In a world that's filled with sorrow
There are people searching for love in every way -

It's a long hard fight -
But I'll always live for tomorrow
I'll look back on myself and say I did it for love
Yes I did it for love - for love - oh I did it for love.

Thursday, July 03, 2003

masih ingat lagi aku pernah bercerita tentang perbezaan berkaki ayam, berkasut dan berselipar?

beberapa hari yang lepas, berlaku juga peristiwa yang seakan sama di dalam bas. tidak berlaku pada aku tapi pada seorang lelaki terencat akal istimewa. seorang lelaki yang duduk di belakangnya tergelak-gelak bila lelaki istimewa itu terkial-kial mengira duit untuk membayar tambang. tak cukup dengan itu dia mengutuk pula dengan nada suara yang rasanya boleh menghiris insan di depannya itu.

aku rasa insan istimewa itu cuma akalnya saja yang kurang sempurna tapi pendengarannya masih tajam. hatinya juga bukan seketul batu.

aku menjadi marah pada lelaki yang mengetawakannya. tapi memandangkan dia sudah berumur jadi sepatutnya dia lebih memahami dan menghormati perasaan orang lain. mungkin dia terlupa kasut atau selipar di kakinya akan tidak ada nilainya bila dia tiba-tiba kehilangan sepasang kaki.

sepanjang perjalanan itu aku terus berfikir dan mencari jawapan kenapa Tuhan mencipta golongan cacat ini. adakah kerana mahu menghukum dosa ibu bapa mereka? kalau begitu, tidaklah jauh bezanya dengan pegangan kaum Kristian yang berpendapat yang kononnya Nabi Isa a.s mati di palang salib sebagai menebus dosa Adam a.s.

adilkah Tuhan jika mahu menghukum si A kerana dosa si B? adilkah Tuhan jika si A dihukum pula tanpa boleh dia membantah? jika tindakan Tuhan ini boleh dianggap benar, jadi adalah tidak salah untuk menangkap sesiapa saja secara rambang dan menghukumnya atas kesalahan yang dilakukan oleh orang lain.

panjang aku berfikir, akhirnya aku rasa aku berjumpa juga dengan jawapannya. tapi aku nak beri peluang pada golongan yang normal tidak istimewa di luar sana, "Kenapa Tuhan mencipta golongan cacat? Adakah hanya untuk menjadi bahan ketawa?"

berikanlah jawapan kerana aku ingin tahu.

Wednesday, July 02, 2003

Fajar jadi risau tentang penilaian orang-orang terhadapnya. terutama daripada "org2 yg betul2 observer!"

aku tidak boleh belum boleh dikategorikan sebagai observer. banyak yang aku kena pelajari. untuk menjadi observer yang berjaya kena banyak tahu body language, facial expression etc. tak cukup dengan tu, kena tau serba sedikit tentang psychology orang yang di'observe'.

faktor-faktor sekeliling juga boleh mempengaruhi.

aku berminat nak tengok mind games sorang member aku tu. dia menggunakan psychology dalam menyatukan dua orang yang sedang bergaduh. heh!

bring it on!!!

but then, no matter how manipulative i could ever be, i still couldn't get into people's dreams. if you've dreamed of me then you really really missed me. heii.. it's not my fault that you dreamed me though. :D