Saturday, September 27, 2003

Gundoruwo Is From Zargus

Akhir-akhir ini, aku asyik berpusing-pusing dengan masalah yang remeh-temeh dan memualkan. Dibancuh pekat pula dengan tugasan pejabat yang tidak pernah selesai. Aku dilatih untuk menjadi hamba duit hinggakan hari bercuti pun serupa tidak bercuti sebab dipaksa memikirkan soal kerja. Dan yang lebih menyedihkan, aku sudah kehilangan banyak masa untuk lebih mengenali diri sendiri.

Tapi semalam sebab susah sangat nak tidur, aku selongkar balik koleksi kitab-kitab yang aku ada. Toksik pun dah pulangkan kitab-kitab yang aku dah terbangkan beberapa waktu dulu. Terima kasih banyak sebab jaga kitab-kitab aku dengan elok.

Semasa memunggah dan menyelongkar kitab-kitab, aku terjumpa satu kitab yang aku pun dah lupa bila aku pinjam tapi masih ada dalam simpanan aku - Men Are From Mars, Women Are From Venus hasil tulisan John Gray.

Masa aku mula-mula pinjam buku ni dulu, aku tak pernah baca dengan serius. Lagipun, dulu aku baca takde 'feel'. Malam semalam bila aku baca balik, banyak yang aku belajar pasal perhubungan lelaki dan wanita.

Antara yang menarik:

WHEN MARTIANS DON'T TALK

*Jangan risau, aku tak copy & paste macam sorang member aku selalu buat. Aku terjemahkan untuk memudahkan kau dan aku faham. Sekali-sekala, aku akan tambah sedikit rempah ratus untuk menyedapkan pencernaan.

Cabaran paling besar bagi wanita ialah untuk memahami kenapa lelaki senyap. Mulanya wanita akan ingat lelaki ni pekak. Ada pula yang fikir, lelaki tidak memberi perhatian pada apa yang dia cakapkan sebab itulah lelaki tidak memberi sebarang reaksi.

Tapi apa yang sebenarnya berlaku ialah, cara wanita dan lelaki berfikir dan memproses maklumat adalah berbeza sekali. Wanita 'berfikir secara kuat' (dalam erti kata lain: pot-pet pot-pet) dalam berkongsi dengan pendengar yang berminat. Bercakap (termasuk membebel) memang sudah menjadi keperluan asas untuk wanita. Dengan cara membebaskan apa yang tersimpan dalam kepala otak dan berbual tentangnya, ia dapat membantu wanita memperkasakan naluri kewanitaannya.

Tapi lelaki memproses maklumat terlebih dahulu sebelum bercakap. Mereka berfikir apa yang perlu dicakapkan (dan yang tidak perlu) dan cuma sampaikan apa yang paling berguna. Proses 'senyap sambil berfikir' ini boleh mengambil masa dari beberapa minit hingga beberapa jam. Semua ini bergantung pada kesukaran persoalan dan permasalahan yang diajukan padanya.

Yang lebih memeningkan kepala kaum wanita, bila lelaki tidak mempunyai cukup maklumat untuk memberi jawapan, lelaki biasanya akan berdiam diri.

Apa yang wanita perlu fahami ialah, bila lelaki senyap, sebenarnya dia berkata, "aku tidak tahu apa yang aku nak cakapkan sekarang, tapi aku sedang memikirkannya."

Namun malangnya, apa yang ramai wanita fikir bila lelaki tidak memberi sebarang reaksi ialah, "lelaki tak peduli pasal aku dan dia buat tak endah saja. Apa yang aku cakap semuanya tak penting sebab itulah dia tak menjawab."

Dan yang lebih parah lagi (OK!! Ini bukan idea John Gray), ada pula wanita yang berprasangka, bila lelaki senyap dia sebenarnya sedang untuk mencari helah untuk menipu atau berbohong. Makin panjang senyapnya, makin belit putarnya.

Sebab itulah selalunya aku (dan aku rasa ramai lelaki lain) akan terperangkap dalam situasi, "cakap salah, tak cakap pun salah"!! Kadang-kadang, ramai wanita gemar sangat mendesak lelaki supaya bercakap sedangkan lelaki sebenarnya belum bersedia untuk memberi sebarang reaksi.

Apa yang kerap terjadi, bila lelaki dipaksa bercakap sebelum dia bersedia untuk bercakap, jawapan atau reaksi yang diberikan pasti tidak dapat memuaskan hati wanita dan seterusnya boleh membawa konflik dalam perhubungan.

Friday, September 26, 2003

Rain King : Counting Crows

When I think of heaven
(Deliver me in a black-winged bird)
I think of dying
Lay me down in a field of flame and heather
Render up my body into the burning heart of God in the belly of a black-winged bird
Don't try to bleed me
I've been here before and I deserve a little more
Kisah semalam untuk pengajaran hari esok

Dear Emma,

Terima kasih kerana berkongsi pendapat. Aku tidak mahu memaksa dia untuk mencipta seribu satu alasan. Aku dan dia pun sedar, satu penipuan perlu ditutup dengan seribu penipuan. Jadi tidak perlulah dia memecah otak untuk tujuan itu.

Yang aku minta cuma satu alasan dari mungkin beribu alasan yang dia kononnya ada. Tapi kalau memang benar seperti sangkaan kau, yang dia sebenarnya tidak mempunyai satu alasan pun untuk diberi, maka mungkin aku sepatutnya sedar diri dan berhenti menyalak.

Terima kasih lagi sekali kerana mengingatkan aku. Seperti yang selalu kau cakap, "kadang-kadang, apa yang kita nak, itulah yang kita takkan dapat."

Biarlah dia pergi. Aku pun sudah letih mengejar. Seperti kau, aku pun percaya, apa yang kita hilang dari tangan akan terus melekat di hati. Memang tidak mudah, tapi aku kena belajar untuk menerimanya.

Satu lagi pengajaran yang tidak ternilai dari peristiwa tersebut yang boleh aku kongsikan dengan semua. Kadang-kadang, lebih mudah untuk bertaubat dan memohon keampunan dari Tuhan dari meminta maaf dari sesama manusia.

Aku tidak perlukan apa-apa lagi darinya. Sekadar ucapan, "aku maafkan kau" pun sudah memadai. Tapi sekarang biarlah. Tidak perlu rasanya aku nak meminta maaf sambil menyembah dan mencium tapak kakinya.

Jika dia berkeras tidak mahu memaafkan aku sampai kiamat pun, tiada apa yang boleh aku buat. Memang diakui, memaafkan orang sebenarnya lebih sukar dari meminta maaf.

Jika inilah balasannya untuk segala perbuatan aku, maka sepatutnya aku lebih berfikiran terbuka dan melapangkan dada.

Cuma yang menakutkan aku, kita sudah terlalu berfikiran terbuka hinggakan otak pun bertaburan keluar dari tempurung kepala.

** ** **

"Hai Daud, sebenarnya engkaulah yang lebih baik dipukul."

** ** **

Come on, guys! Sing along with us!!

Tuesday, September 23, 2003

Paint It Black : The Rolling Stones

I look inside myself and see my heart is black
I see my red door and it has been painted black
Maybe then I'll fade away and not have to face the facts
It's not easy facing up when your whole world is black
masalah satu

ada sepasang suami isteri yang datang mengadu di pusat kaunseling.

bila ditanya pada si suami, "isteri saya kuat sangat membebel. pantang nampak muka saya kat rumah, mesti dia nak membebel. kadang-kadang benda kecik pun dia nak membebel sampai berhari-hari lamanya. sebab tu la saya selalu balik lewat. saja nak elak dari dengar dia membebel."

bila ditanya pada si isteri, dia menjawab, "mana saya tak membebel, encik. suami saya ni selalu sangat balik lewat. sejak berkahwin ni dia tak pernah nak balik awal. kadang-kadang saya sampai tertidur tunggu dia balik. dia tak tau yang sebenarnya saya risaukan pasal dia."

si suami membidas, "kalau awak tak membebel, teringin juga saya nak balik awal. ini tidak. asal nampak muka saya je, naik bingit telinga saya dengar awak pot-pet tak henti-henti."

si isteri melenting, "dah awak tu selalu balik lewat, mana saya tak membebel?!"

masalah dua

seorang polis hampir putus nafas mengejar seorang lelaki. dia menjerit-jerit, "berhenti. woiii.. jangan lari!!! berhenti!!!"

tapi lelaki yang dikejarnya terus berlari tanpa mengendahkan arahan polis itu. malangnya, dia terjatuh kerana terlalu penat. polis yang mengejarnya berjaya juga memberkasnya.

"kenapa awak lari?"

lelaki tu dalam termengah-mengah menjawab, "saya lari sebab encik kejar saya la. kalau tak, memang saya tak lari."

polis mula bengang, "dah awak lari, memang la saya kejar."

masalah tiga

tolong berikan aku alasan. aku cuma perlukan satu alasan dari bermacam alasan yang kau ada.

"kau tak perlu tau apa alasan aku."

aku cuba nak faham kenapa aku tak perlu tau apa alasan yang kau ada, tapi kepala aku makin pening. aku cuma tau apa yang aku rasa sekarang. ia satu perasaan yang terlalu perit hingga tidak boleh dinafikan.

"terpulanglah pada kau nak rasa macam mana. aku tak pernah cakap macam tu."

selagi aku tak pasti apa alasannya, selagi itu aku hidup dalam berteka-teki. dan selagi itu, perasaan ini semakin hari semakin membengkak dan bernanah.

aku berkeras mahukan alasan, dia berkeras tidak mahu memberikannya. aku cuba memahami sebabnya untuk berdiam diri, adakah dia boleh memahami apa yang aku rasa?

aku makin terhimpit di liang permasalahan.

kadang-kadang, aku rasa aku mahu tanam saja jiwa sengsara ini dalam-dalam. aku mahu tanam jauh dari peradaban manusia.

namun sedalam mana pun aku tanam, ia tetap merangkak keluar dan menjerit-jerit. jeritannya makin mengganggu hidupku.

Monday, September 22, 2003

kalau ikut cakap tOKSIK, "mulut ni macam muncung teko. apa saja isi di dalam teko akan keluar melalui muncungnya. Jika kita ingin mengukur kualiti diri seseorang itu lihat saja apa yang sering keluar dari mulutnya."

inilah isi di dalam teko yang keluar melalui muncungnya hari ini. kualiti diri aku? hahahaha.. i think it's fair for you to judge me by listening to what i said yesterday. ah... sejak bila aku peduli apa yang orang fikir pasal aku?

mulut orang bukannya kau boleh tutup macam muncung teko. kalau dia nak ngumpat, takyah buka mulut pun macam-macam cerita boleh keluar. heh heh!!

It's Probably Me : Sting

If the night turned cold and the stars looked down
And you hug yourself on the cold cold ground
You wake the morning in a stranger's coat
No one would you see

You ask yourself who'd watch for me
My only friend who could it be
It's hard to say it
I hate to say it, but it's probably me

When your belly's empty and the hunger's so real
And you're too proud to beg and too dumb to steal
You search the city for your only friend
No one would you see

You ask yourself who could it be
A solitary voice to speak out and set you free
I hate to say it
I hate to say it, but it's probably me

You're not the easiest person I ever got to know
And it's hard for us both to let our feelings show
Some would say I should let you go your way
You'll only make me cry


If there's one guy, just one guy
Who'd lay down his life for you and die
It's hard to say it
It's hard to say it, but it's probably me

When the world's gone crazy and it makes no sense
There's only one voice that comes to your defence
The jury's out and your eyes search the room
And one friendly face is all you need to see

If there's one guy, just one guy
Who'd lay down his life for you and die
It's hard to say it
I hate to say it, but it's probably me

I hate to say it
I hate to say it, but it's probably me
tak dapat bergambar dengan bapaknya yang COMELL(?!!!!), dengan anaknya pun oklah.



terima kasih pada rakan-rakan GJ yang lain terutamanya p-nut dan famili kerana sudi menjadi tuan rumah untuk majlis makan-makan di Putrajaya.

Saturday, September 20, 2003

kecut perut

the same friend who once provoked me into writing this, also be my sparing partner in this game of wit. heh!!

"kalau kail panjang sejengkal.. buat ikan tensen je!"

"apa dipandang pada panjang pendeknya kail. pandanglah pada ketangkasan sang pengail dan umpan yang dipakainya."

"setakat gaya baling novice berumpan pula sawit dan dedak.. huh jangan diidam si ikan merlin. kelak bencana diserang todak."

"tak dapat merlin, todak pun sodap."

too bad, this conversation ended so soon. she dropped the subject and talked about something else. ;p

Wednesday, September 17, 2003

barking dogs don't bite

anjing memang suka menyalak. anggaplah itu sebagai satu 'defensive mechanism' utama haiwan ini. kalau haiwan lain mempunyai cara dan strategi untuk menyelamatkan diri atau menakutkan musuh seperti bertukar warna (sesumpah) atau mengembangkan tengkuknya (ular tedung), anjing pula bila menyalak, boleh buat orang kecut perut.

tapi selalunya, anjing yang suka menyalak jarang suka menggigit.

sesetengah manusia, ada juga yang mengambil sikap ini. kalau ada yang tak kena, pasti dia akan 'menyalak'. dia akan 'menyalak' pagi, petang, siang, malam. dia akan 'menyalak' tanpa mengira masa dan tempat. dia akan 'menyalak' dan 'menyalak', tak kiralah samada benda yang di'salaknya' itu takut atau tidak. kadang-kadang bukit pun mahu di'salak'nya.

bukanlah niat aku nak menyamakan sesetengah manusia dengan anjing. bukankah manusia itu sebaik-baik ciptaan Tuhan? tapi kadang-kadang banyak perkara yang boleh kita pelajari dari anjing. atau mungkin kita boleh juga sekali-sekala membuang nilai kemanusiaan kita dan cuba melihat dunia dari mata anjing.

antaranya, sesetengah anjing seperti anjing kurap contohnya tahu yang dia akan disepak atau dilempar batu.

tapi dia tidak peduli. dia akan terus menyalak dan menyalak.

tapi tidak mengapalah kalau dia mahu menyalak, kerana memang itu sifat anjing.

kalau manusia, bersifatlah seperti manusia. berhentilah 'menyalak'. jangan sampai sudah disepak atau dilempar batu, baru mahu berhenti 'menyalak'.

tapi kalau kau berdegil mahu terus-terusan 'menyalak'. teruskanlah. 'menyalaklah' sepuas hatimu. 'menyalaklah' sampai tercabut anak tekak.

aku sudah tidak peduli lagi. aku boleh pekakkan telinga. aku boleh butakan mata atau tebalkan muka bila kau sudah mula 'menyalak'.

tapi hati-hati! ketika 'menyalak', jangan lupa untuk menoleh sesekali ke belakang. jangan sampai kau sendiri tak sedar ada ekor yang tumbuh.

Friday, September 12, 2003

kisah lelaki jahat, pompuan bodoh (versi aku)

Malam semakin pekat. Mata yang mula mengantuk diganggu oleh deringan telefon.

"Abang! Kitorang risau ni. Sue tak balik hostel. Abang kat mana? Kitorang nak mintak tolong abang carikan dia."

"Abang kat Johor ni. Macam mana nak cari dia?"

Kepala aku terus berpusing. Entah apa gilanya Sue ni sampai tak balik hostel pula?!

"Dia keluar dengan siapa tadi? Tak ada sesiapa yang tau dia pergi mana tadi?"

"Dia keluar dengan jantan tu la. Adik takut dia tidur rumah jantan tu je malam ni."

Bodohnya pompuan ni. Tak nak balik hostel sebab nak tidur rumah jantan jalang tu. Otak aku terus teringat cerita yang disampaikan oleh Adik beberapa bulan sebelumnya.

"Abang tau, Sue masih suka kat budak lelaki tu? Padahal dia tau yang budak tu dah tidur dengan sorang betina ni. Nak tau apa Sue cakap bila Adik tanya? Dia cakap, budak lelaki tu bukan sengaja tidur dengan betina tu. Dia tidur sebab under influence of drugs."

Tak ke bodoh namanya tu?

Jantan jalang tu boleh berzina dengan pompuan lain ketika kau asyik masyuk bercinta dengan dia, satu cerita lain. Tak cukup dengan tu, dia ambil dadah lagi!! Apa cerita tu, Sue?

Entah apa istimewanya jantan jalang tu sampai kau boleh butakan mata, pekakkan telinga, batukan hati? Atau kau pun sudah meraikan darah malam pertama dengan dia?

Bahalol!!!

"Kalau Sue adik abang, dah lama abang lempang!"

"Eh! Mak Sue pun tak pernah jentik Sue tau?"

"Itu mak Sue. Abang bukan mak Sue."

Tangan aku betul-betul ringan hari tu. Aku menggigil-gigil menahan marah. Kalau ikutkan hati, bukan pelempang saja aku sedekahkan pada Sue.

Aku jahat sebab pukul pompuan? Pompuan yang satu ni memang harus dipukul sebab bodoh melampau-lampau.
jarak antara seorang pembunuh diri dan neraka hanya setipis selaput dara.

segalanya bisa selesai dalam sekelip mata.

pembunuh diri hanya perlukan sekepal semangat untuk menamatkan segalanya.

Wednesday, September 10, 2003

dipetik dari Empangan oleh Zakaria Ali

J pun naik ke restoran di tingkat atas, isi secawan kopi dan ambil sebuah donut dan duduk sendirian. Sesudah minum, perutnya buat kacau. Dia jijik pakai jamban umum. Maka dia berjalan mencari sekeping bumi untuk melepaskan berak. Bangunan tempat AA berdinding kaca. Maka dia menepi ke dinding dan berjalan agak jauh juga memerhatikan di manakah ada sekeping tanah kosong. Yang dilihatnya ialah salji, salji, salji dan salji menutupi semua dan segala. Yang tidak ditutupi oleh salji ialah landasan kapal terbang, security area, tak terbuka kepada umum. Akhirnya syarat-syarat untuk perlambangan tahi itu terpaksa diubah, disesuaikan dengan keadaan. Syarat baru tak perlu tanah berumput asalkan hijau sudah, dan tidak semestinya di luar bangunan, di dalam pun memadai. Dia masuk ke dalam sebuah lounge bernama "The Green Pasture", cari sudut yang paling tersorok. Kebetulan pula tak nampak pelanggan di dalam lounge; ada seorang budak bekerja di belakang bar, tukang basuh bukan bartender. Lama juga J duduk, pura-pura menanti untuk dilayani. Tak ada seorang pun datang melayan. Ini memberi J peluang: dia buka seluar dan terus melepas. Seketul, dua, tiga di atas permaidani hijau menyerupai rumput. Dia kesat punggungnya dengan kertas, buang ke dalam bakul sampah. Barulah dia puas, satu tindakan yang simbolik. Dia keluar lounge "The Green Pasture" dan berjalan selamba ke kaunter AA.

Mengapakah membuang air besar tiba-tiba memperoleh pengertian simbolik, J bertanya diri sendiri sambil berjalan itu.

Hari terakhir di Amerika bererti membuang tahi terakhir pula. Tahi terakhir penting kerana ia berkaitan dengan hasrat hendak pulang. Segala pengalaman di Amerika, yang tak elok, kotor, sia-sia dan jijik mesti dilupakan. Cara melupakan itu ialah menerusi pembuangan tahi, najis yang dilepaskan supaya perut bersih. Perut bersih ialah lambang pembebasan daripada cengkaman Amerika. Tahi Amerika diburaikan di bumi Amerika adalah wajar dan munasabah.

Monday, September 08, 2003

"kalau kau kahwin hujung tahun ni, insyaAllah tahun depan dah boleh dapat anak."

aku jawab, "hah?! nak anak tahun depan? tu kena kerja keras tu. pagi petang siang malam aku kena kerja."

dia ketawa besar dan menjawab, "kau ni makin lucah la. tak larat aku nak layan!!!"

kalau otak dia kurang kuning dan bersangka baik dengan aku (KALAU! aku bilang, KALAU), pemahamannya akan banyak berbeza.

mungkin (kenapa mesti ada MUNGKIN?!!!) apa yang sebenarnya aku maksudkan dengan "berkerja" ialah dengan mencari duit untuk menyediakan suasana yang sesuai untuk menyambut kelahiran seorang anak. persediaan menyambut kelahiran anak sama payahnya dengan persediaan untuk mendirikan sebuah perkahwinan. perancangan harus serapi mungkin terutamanya perkara yang melibatkan masa depan anak. dan semua perkara ini bukan datang percuma.

semakin hampir tarikh kelahirannya, semakin serabut memikirkan pelbagai hal. tidak saja memikirkan di mana dia akan dilahirkan tetapi juga kesesuaian suasana tempat tinggal yang dihuni sekarang. malah ada yang sudah berfikir dan bersiap sedia tentang pendidikan si anak.

tapi silapnya orang kita. kerana terlalu sibuk bekerja, ramai ibu bapa yang akhirnya menjadi penternak anak. mereka ingat tanggungjawab sudah selesai bila anak sudah diberi makan dan pakai. kerana desakan hidup, ramai anak-anak yang hanya membesar dengan kasih sayang pengasuh.

Friday, September 05, 2003



"Aku dahlah sakit gigi, kau bagi pulak jurnal songsang. Aku boikot jurnal kau!"

"Aku rasa aku ada tendecy untuk membenci pembaca. heh!"

"The feeling is mutual!!"

hmm.. baguslah!! aku pun bukan suka sangat bertepuk sebelah tangan. atau kau sebenarnya "benci-benci rindu"?

Thursday, September 04, 2003

Tuai padi antara masak

Aku rindukan dia. Betul-betul rindukan dia. Tapi bukan dia seorang.

Aku rindukan dia, dia, dia, dia, dia dan Dia.

"Hamizan, tengok Pak Long dah sampai ni," mak terus membawa cucu pertamanya ke pangkuan aku. Aku menerima dan meriba Hamizan dengan penuh hati-hati. Tulang-tulangnya masih rapuh, ubun-ubunnya masih lembut. Satu lagi keagungan dan kekuasaan Tuhan. Tubuh sekecil ini mampu dihembuskan nyawa.

Mata si anak sedikit terbuka seolah-olah mahu melihat aku.

"Kadang-kadang, mak tengok muka Mijan ni macam muka abang masa kecik."

Aku memandang wajah bersih anak ini dengan teliti dan tersenyum. Mungkin mak terlalu merindukan aku sehingga terbayang-bayang wajah aku? Sudah lama aku tidak bermanja dengannya.

Aku jadi malu dengan diri aku sendiri. Malu kerana mudah tunduk pada tekanan. Malu kerana pernah terfikir mahu menyimpang dari jalan yang satu.

It's a small thing but it hurts like hell. Emosi aku tidak pernah terpukul sedahsyat ini.

Maafkan aku teman. Aku sudah terlalu banyak menyusahkan kau. Mungkin cara terbaik untuk menjaga aku ialah dengan terus menghindari aku. Kau tidak perlu diamuk gelisah jika kau tidak tahu apa yang berlaku.

Monday, September 01, 2003

Seperti syaitan yang bosan dengan dosa

"Pergi mampuslah dengan kau, Gom! Suka hatilah kau nak buat apa pun!!"

Sebelum sempat aku menjawab, talian sudah diputuskan. Bila aku cuba menghubunginya kembali, telefon sudah dimatikan.

Aku sedar aku memang degil. Tapi sedegil-degil aku, aku akan berasa tidak senang kalau tidak diberi peluang untuk meminta maaf biarpun ramai yang menganggap ucapan maaf dari aku sudah terlalu murah. Ironinya, aku boleh meminta maaf berulang kali, tapi amat sukar untuk aku memaafkan diri aku sendiri kalau memang aku yang bersalah. Aku teringat pesan seorang kawan lama, "Before you apologize, you need to forgive yourself first, Gom." Dia sedar, aku sentiasa bergelumang dengan rasa bersalah.

Dan sedegil-degil aku juga, aku masih boleh memuaskan hati orang lain. Tidak menjadi masalah besar kalau memang ada orang yang nak aku mampus. Aku sanggup membunuh diri. Aku tidak pernah hidup untuk dunia.

Sekadar memberitahu, orang yang hendak aku mampus itu bukan wanita. Dan aku berpendirian sungguh memalukan untuk seorang lelaki mencabut nyawa sendiri kerana dikecewakan wanita.

Banyak sebab lain kenapa aku pernah terfikir untuk membunuh diri. Sudah agak lama aku tidak berperasaan begitu.

Sejak bertemu dia, perasaan itu sedikit demi sedikit terhakis. Sejak bertunang dengannya, aku bagai kehilangan punca untuk mati. Tapi Sabtu itu, perasaan itu datang lagi.

Aku jarang dapat menghabiskan sekotak Dunhill 10 dalam satu hari. Paling banyak aku boleh hisap hanya sekitar tujuh atau lapan batang rokok sahaja dalam 24 jam. Tapi Sabtu tu, aku habiskan dua kotak Dunhill 10 dalam empat jam.

Aku tidak perlu berlayar mengelilingi dunia dengan Jalur Gemilang. Dan aku juga tidak perlu berenang menyeberangi Selat Inggeris. Aku juga telah mencipta rekod. Sayang, Rimau Rodriguez tidak ada untuk merakamkan detik-detik yang penuh mendebarkan itu. Dan bezanya lagi, rekod ini tidak akan tercatat dalam Malaysia's Guinness Book of Record. Rekod ini juga tidak memungkinkan aku mendapat gelaran Datuk.

Seorang teman berkali-kali mengingatkan aku, sebatang rokok boleh memendekkan hayat selama lima minit. Memang layak rokok digelar paku keranda. Teman aku yang satu ini turut mencadangkan, jika betul aku mahu mati kenapa tidak terus mengelar pergelangan tangan aku sahaja. Katanya, cara itu lebih menjimatkan.

Tapi aku tidak pernah memberitahunya atau sesiapa pun walaupun tunang aku sendiri, aku sebenarnya pernah menoreh badan sendiri dengan pisau. Bukan sekali tapi beberapa kali. Aku bukan pengamal S&M. Aku tidak meraih kepuasan dengan menyakitkan diri sendiri mahupun menyeksa orang lain.

Aku sendiri sudah lupa kenapa aku sanggup melukakan diri sendiri. Tapi setiap kali terpandang parut-parut itu, aku masih ingat kesakitannya. Seseorang pernah menyanyi, "pain is the only thing that's real". Mungkin itulah puncanya. Memaksa diri merasai kesakitan untuk kembali ke alam realiti.

Mungkin juga aku terpengaruh dengan Jim Morrison yang dengan megah pernah mendefinisikan kehidupannya sebagai 'confronting death, experiencing pain.'

Jika kesakitan adalah kunci kepada realiti, kematian pula adalah mercu tanda yang membuktikan kita sebenarnya pernah hidup.

Sebelum membunuh diri, Kurt Cobain sempat menulis, "it's better to burn out than to fade away." Kehidupan ini diandaikannya seperti bunga api dan lilin. Hidup yang menanti kedatangan maut dianggap seperti melayari kehidupan laksana lilin. Dan menjemput kematian segera tidak banyak bezanya dengan kehidupan bunga api. Walaupun hayatnya pendek tapi penuh gemerlapan.

Aku teringat satu anekdot tentang seorang lelaki yang mengambil keputusan untuk membunuh diri akibat putus cinta.

Setelah malam tiba, lelaki itu membawa seutas tali ke tengah hutan. Dia mengikat tali itu pada dahan sebatang pokok. Dengan susah payah dia berjaya menjerut lehernya sendiri.

Keesokan harinya, dia ditemui di bawah pokok oleh seorang tua yang sedang mencari akar. Tali masih terbelit di lehernya tapi dia tidak mati. Dia merintih kesakitan, meminta tolong kerana dahan pokok itu telah patah dan menghempap dirinya.

Aku pernah ketawa mendengar cerita ini. Tapi kini nak tersenyum pun terasa pahit. Tidak semua orang bernasib baik dan dianugerahkan dengan peluang kedua. Ramai yang tidak sempat meminta tolong. Bukan aku tidak mahu meminta tolong. Bukan aku tiada orang-orang yang aku boleh percayai untuk bercerita tentang beban ini. Tapi mereka terlalu sibuk, terlalu jauh ataupun terlalu malas untuk bersiap.

Beberapa waktu dulu, empat pelajar pernah mencederakan diri mereka sendiri untuk memuaskan hati seorang warden. Dan aku pun tidak takut untuk memuaskan hati kau. Mungkin aku patut heret kau bersama. Mungkin kau yang sepatutnya mampus bukan aku. Aku mahu jadi seperti Raskolnikov. Aku percaya kematian kau akan sedikit mengamankan dunia. Apa yang terjadi selepas itu, aku tidak peduli.

Maafkan aku, Tuhan. Aku tidak setabah Ayub.