Thursday, October 31, 2002

kadang-kadang bila kita luahkan perasaan kita, tak semestinya kita nak meminta sebarang nasihat. kadang-kadang dengan meluahkan apa yang terbuku, kita dah kurangkan sedikit beban yang ditanggung. otak pun ringan sikit. nafas pun dah kurang sesak.

tapi masalahnya yang timbul bila orang salah tafsir luahan perasaan kita tu sebagai satu keluhan atau umpan untuk menagih simpati. maka timbullah segala jenis muntahan nasihat kita tak nak dengar. nasihat-nasihat itu pula hanya menyenakkan benak fikiran. kalau ditelan pun, terus keluar jadi najis. jadi darah pun tidak.

mungkin orang lupa, niat baik tu tak selalunya menghasilkan sesuatu yang baik.

berilah nasihat bila orang meminta nasihat tapi jangan pula memberi nasihat seolah-olah ko sorang je yang pandai selesaikan masalah. setiap masalah tu mempunyai penyelesaian yang berlainan dan mungkin memerlukan nasihat yang berbeza juga. dan masalah yang dihadapi orang itu mungkin tidak pernah pun ko alami, dah tu camne ko boleh cakap ko ada penyelesaian untuk masalah seperti itu? dan apa pula hak ko pula untuk memberi nasihat kalau ko sendiri tak pernah alami masalah seperti itu? takkan pening kepala nak diberi suntikan hepatitis B?

tapi hendak-tak hendak bila orang dah memberi nasihat terpaksa la juga menadah telinga. kalaupun bukan itu yang dipinta. tapi nak buat camne? mungkin nasihat tahi seperti ini berguna untuk kegunaan di hari lain. orang tua pernah berpesan sediakan payung sebelum hujan, tapi jangan pula air di tempayan dicurah bila guruh berdentum di langit.
one thousand blank journals are traveling from one hand to hand throughout the world. those who find them will add stories and drawings, and then pass them along. this is an experiment, and you are part of it.

****

aku cuma boleh berharap ratusan ilham berkembang seperti itu dalam komuniti jurnalis malaysia. cuma boleh berharap. :|
sebabnya ratusan ilham didukung oleh orang yang tiada latarbelakang penulisan. ia cuma cuba menggerakkan beberapa rakan yang boleh menulis untuk sama-sama menulis satu cerita panjang. tapi nampaknya ramai yang terlalu sibuk hinggakan tak sempat nak menyumbangkan walau satu perenggan. nampaknya, konsep sehari selembar benang, dan sikit-sikit lama-lama jadi bukit pun susah nak jalan.

*bersabar dalam berusaha. tidak semua faham apa yang kita nak. dan tak semua yang faham tu akan menolong. bersabarlah.
selalunya bila marah kita cakap benda yang bodoh.

bila benda bodoh tu diucapkan pada orang yang tersayang tu tak bererti yang sayang kita makin kurang pada dia. kadang-kadang kita pun tak sedar kita cakap apa yang kita cakap masa marah.
bila marah dah reda, satu hati dah terluka. nak mintak maaf pun tak dapat ubah apa yang kita dah cakap. selalunya orang akan ingat apa benda yang kita cakap masa marah dan lupa apa yang kita cakap masa suka.

tapi maaf bukan getah pemadam.
jangan ingat bila kita ucap maaf kita boleh padam apa yang dah tertulis terconteng.

dan maaf tak boleh tarik balik apa yang dah keluar.
yang dah keluar dah jadi paku tercacak pada kayu. anggaplah hati itu kayu. bila dah kena cacak dengan paku, berlubang. ko boleh gumpal satu kertas jadikan bola kecil dan sumbat pada lubang tapi perasaan selepas itu mesti tak sama.

Tuesday, October 29, 2002

4 novels. hamik ngko!!! siapa nak baca banyak-banyak nih? heh heh heh!!!
thanks a lot sis. :) welcome home dan selamat bertugas.

1. Blood Work
2. Angels Flight
3. Void Moon
4. A Darkness More Than Night

haven't read a single book except the one that i already bought. otak aku agak tepu sekarang nih, lambat sikit nak digest apa yang aku baca. :|

Who the hell is Michael Connelly?

Friday, October 25, 2002

semalam ke kelana jaya. asrama semai bakti. next to post office.

aku sebenarnya malas nak ke sana. kerja aku kat opis pun bertimbun-timbun lagi ni hah. tapi orang yang sepatutnya ke sana dah hilangkan diri dan aku terpaksa ganti. bila aku ganti aku terpaksa susahkan orang lain plak untuk hantar aku ke sana sebab program akan bermula dalam masa sejam. boleh je kalau nak naik LRT tapi aku takut nanti aku tersilap turun kat KLCC la. dan lepas tu handphone aku plak off terhabis bateri secara tiba-tiba. ;p

the students' presentation memang impressive. ada potentsi untuk dipasarkan. cuma rasanya kena berhati-hati dalam menyusun info. kalau ada project manager yang berpengalaman, memang takde masalah.

kerja aku cuma menilai dan memberi markah. erk.. aku takut terbagi lebih markah jek. :D

aku tak rasa menyesal ke sana. sebab ini pun antara projek pembinaan insan.

cuma penat dan marah sebab yang accompany aku ni pun sebenarnya pun tak sepatutnya turun ke sana. semua ad hoc jek, aku la yang kena hentam. walaupun indirectly tapi sakit gak.

hampeh!!!

Wednesday, October 23, 2002

Tuesday, October 22, 2002

Bullshitasi bahagian keenam

aku rasa ramai yang tengok cerita A Time to Kill tu hari. ramai yang akan berkata cerita tu predictable. pusing-pusing camne pun, at the end underdogs mesti menang punya. tapi aku rasa ramai juga yang terpaku depan tv nak tahu camne lawyer tu menang. ramai juga nak tahu sama ada Samuel Jackson tu boleh lepas atau tidak.

kalau yang dah baca novel tu akan berpendapat yang sama juga. membelek helaian demi helaian nak tahu camne nak lawyer tu menang.

soalan aku: adakah predictable ending tu sesuatu yang tak elok? aku berpendapat sesiapa yang mengatakan predictable ending tu tidak elok patut mendaftar kelas art appreciation. sebab cara untuk menilai seni itu kengkadang bukan hanya terletak pada kesudahan cerita tapi bagaimana director/penulis memukau penonton/pembaca untuk terus bersamanya.

semuanya terkunci dalam BAGAIMANA?

kalau ko ada cerita pasal pembunuh dan polis. dan ko nak buat polis akhirnya berjaya tangkap pembunuh adakah ko rasa cerita tu teruk? pernah tak ko terpikir ada berbagai cara untuk buat cerita tu menarik? twists, point of no return, tense building up climax, character development and some other elements are more important than ending (unpredictable or not).

ending cuma melengkapkan cerita. seperti karipap. inti di dalam tu yang melazatkannya.

*siri Bullshitasi bermula di sini

Monday, October 21, 2002

i should have my own kids

"ko memang dah patut ada anak la, gom," kata sorang kawan bila tengok tersengih sorang-sorang melihat keletah budak-budak. dan kawan ni pun bukan orang yang pertama yang cakap begini.

it's a little wonder la kalau sebenarnya aku lebih suka babysit bebudak jek. ahaks. but mind you, ada masa kepala aku ni meletup gak tengok perangai bebudak. nak-nak lagi kalau jenis yang merengek-rengek atau nangis ngada-ngada. rasa cam pulas-pulas jek kepala dia. :[

am i ready to have my own kids?

di sogo sabtu lepas.
"eh, spiderman la"
"mana spiderman?"
budak yang berpakaian spiderman tanpa topeng tu menoleh dan cuba menyorok belakang tiang. pemalu juga spiderman ni rupanya eh? aku tersenyum lagi.

masa mula-mula nak ngorat budak tu, kitorang jalan kat tempat baju-baju kanak-kanak. aku tertinggal di belakang. dia toleh dan tanya, "kenapa?"
"takde apa. tengok baju budak ni hah"
dia tengok muka aku dan baju tu bersilih ganti.
dari matanya aku tau dia sukakan aku. :D

errk.. apa soalan ko tadi? bila nak kahwin? adeh adeh.. sakit jantung aku.

Thursday, October 17, 2002

Cerita 02
Belasan mayat-mayat bergelimpangan di kelilingnya. Bertongkatkan pedang, perlahan-lahan dia bangkit dari lelahnya. Matanya terus menumpu ke langit. Matahari petang itu merah sekali tapi tidak sekali-kali dapat memerahkan lagi sungai darah yang mengalir lesu. Di bibirnya terukir senyuman kepuasan. Senyuman itu merekah menjadi tawa yang bergema seolah-olah mencabar lawannya yang belum lagi menunjukkan wajahnya sejak dua dekad yang lalu.

apa jadi lepas tu?

Monday, October 14, 2002

jepun dan british dulu jajah kita dengan konsep divide and conquer. diorang memang berjaya sebab sampai ke hari ni kita masih ada sifat prejudis terhadap bangsa lain.
kalau di pejabat, sebagai pengurus, ko cuba terapkan konsep yang sama gak untuk ko kuasai staff pun akan berjaya gak. but please don't come back and complain about miscommunication la bro.

Thursday, October 10, 2002

Misteri Embun

elizap27: kau dah baca entree aku pasal citer Embun?
deadkafka: dah baca tapi aku tak setuju
elizap27: apsal?
deadkafka: cerita tu tak logik
elizap27: elaborate
deadkafka: tak realistik dari segi mental orang yang kena rogol
deadkafka: ko serah diri, lepas tu kena rogol. lepas tu buat cam seolah-olah mental ko ok. macam benda-benda sebelum tu tak beri apa-apa kesan pun
deadkafka: Embun tu sakit jiwa ke apa? tak normal? paranormal?
deadkafka: selalunya orang yang kena rogol akan bersedih
deadkafka: berdendam ngan lelaki
deadkafka: takde la bercinta sewenang-wenangnya lepas tu
elizap27: hehehe... tang tuh memeng aaa... esp dak Embun tuh orang Melayu.. tapi message dia kira ok... anyway, tak mustahil ada orang perempuan yang spastik sipatnya cam Embun tuh
deadkafka: atau boleh mendedahkan diri untuk dirogol sekali lagi dengan mandi berkemban
elizap27: kekeke...
elizap27: kau nak tau prediction aku apa dia?
deadkafka: kalau logiknya dah terganggu ko takleh sampaikan mesej
deadkafka: tu fitrah fiction beb
elizap27: Embun nih kaki seks kot... jenis kinky... BDSM punya taste kot... tuh pasal dia tak really disturbed
deadkafka: the unity of logic
deadkafka: wahahahahahhaha
deadkafka: u should mention it in the first place
deadkafka: sekarang baru aku faham
elizap27: aku takmo la make it too obvious
elizap27: kekeke
deadkafka: ceh..
deadkafka: u should make it clear in the first place
deadkafka: aku pun heran gak apsal ko sokong sangat Embun tu
deadkafka: kui kui kui
elizap27: yang aku tengok... lelaki nih kengkadang tuh lemau semacam... nak kena gak ada pompuan... baru datang cas... eheheh
elizap27: sebab aku rasa we cannot mix between emotion and judgement
elizap27: tuh pasal aku sokong Embun
deadkafka: memang aku setuju takleh mix emotion and judgement
deadkafka: tapi aku tetap tak setuju kalau logik tu mengganggu flow cerita
elizap27: dia macam ada immunisasi against fear and bad experience... dia boleh pikir rational agik... boleh continue with living... be able to fall in love
deadkafka: you should read this article
deadkafka: ada beza ngan rogol Melati lakonan Elly eh?
deadkafka: at least tunjukkan emosi Embun selepas dirogol
deadkafka: and yet takde la buat dia cam mintak dirogol lagi lepas tu
deadkafka: it is ok to fall in love beb.. tapi at least show some fear and doubt in her
deadkafka: if u just gone thru some bad experience takkan senang-senang nak ok
deadkafka: we're talking about rape bebeh
elizap27: yep... Melati ngan Embun lain... mebbe Erma nak tunjukkan kekuatan Embun in such a way sampai dia mampu tak jadik macam Melati
deadkafka: and yet we're talking about rape
deadkafka: lain la kalau Embun ni memang dah takde dara lagi
deadkafka: mungkin dia tak heran jepun nak rogol dia
deadkafka: mana pergi trauma Embun?
elizap27: kau nih... generally memang mangsa rogol ni akan disturbed sampai bleh jadik psycho... mana la kau nak tau taste perempuan ni... kengkadang she is expected to be raped... sexual fantasy... kekeke
deadkafka: hahahahha..
elizap27: Embun trauma kejap jek... tuh pasal ada significant masa she dia mandi gosok badan dia beria-ia... to wash it all away

what do you think? do you agree with her?
cerita satu:
kau boleh tarik lembu ke tepi sungai tapi kau tak boleh paksa lembu tu minum.
buatlah apa saja. duduk depan lembu dan merayu sampai keluar air mata darah atau sebat lembu tu sampai terkoyak kulitnya pun kalau lembu tu masih tak mau minum dia takkan minum.
tapi ada satu cara, kau tolak lembu tu masuk sungai.
bila kau mengambil keputusan untuk menolak lembu ni masuk air pun bergantung pada beberapa kemungkinan yang lain. kalau air sungai tu cuma paras lutut je belum tentu kau boleh buat lembu tu minum lagi. buat abis kederat kau je tolak lembu tu.
dan kalau sungai tu dalam dan lembu tu pulak pandai berenang, mungkin dia tak minum gak walaupun dah berada di dalam sungai. tapi kalau lembu tu tak pandai berenang, mungkin dia akan terminum gak sampai kembung perut tapi akhirnya dia akan mati lemas.

cerita dua:
beberapa orang staff dan seorang boss.
boss selalu bising cakap lembu-lembu staff dia degil tak mengikut kata. penat je dia buat apa-apa yang staff dia nak. segala kemudahan dia nak sediakan tapi tidak dihargai. tapi staff plak membayar kebaikan itu dengan sikap degil dan keras kepala.
di satu pihak yang lain plak, staff selalu merungut bila disuruh buat kerja yang mau disiapkan secepat mungkin. semua nak urgent jek. pagi dia bagi tugasan, tengahari dia nak balik. kalau sekali dua mungkin boleh dimaafkan tapi kalau kerap sangat, dia boleh buat semua orang sakit jiwa. dan bila semua orang dah sakit jiwa boleh menyebabkan suasana kerja yang tak selesa. semua orang akan pikir hanya dia seorang saja yang buat kerja teruk dan marahkan pekerja lain yang kononnya hanya duduk mengangkang menunggu pelanggan duduk goyang kaki.
aku takde penyelesaian untuk benda di atas. kalau aku ada penyelesaian baik aku gantikan boss jek. atau lebih baik aku menjadi boss kepada boss. tapi kenapa aku nak pecahkan kepala memikirkan penyelesaian kalau segala kerja baik boss mengaku dia buat tapi kalau silap dan salah semua diberi pada orang bawahan. apa ingat kitorang ni lembu ke?
kalau tugas aku memujuk lembu-lembu ni minum air baik aku kerja kat sarkis. :D
bukan mudah nak suruh lembu minum air kalau dia takmo minum. dan kenapa plak nak tarik lembu tu ke tepi sungai kalau dah tau lembu tu tak nak minum air? mungkin lembu tu nak nescafe tarik. selalu sangat minum air sungai pun tak elok untuk perut.

Thursday, October 03, 2002


which eye are you?

brought to you by Quizilla
eh.. hari ni ulang tahun journal aku yang pertama. ;p
setahun sudah berlalu. readers come and go. kalau dulu ramai yang follow, tapi ada masanya diorang rasa aku ni semakin membosankan atau inaccessible. hark hark hark!!! aku sedar topik-topik yang ada kat sini pun freefalling jek. apa yang aku rasa nak tulis, aku tulis. tak perlu pura-pura beb. and yeah.. i also realize my overall voice not quite consistent. i'm still exploring and experimenting, bear with me.
"Your father might not have a whole lotta money but you know why? Because he invested it in people."
petikan dialog dari movie Barbershop ni menarik perhatian aku.

hmmm.. apa sumbangan ko dalam perlaburan untuk pembangunan insan? aku tau tak ramai yang boleh buat begini. tak ramai yang mampu. cikgu model yang paling mudah, tapi ada gak cikgu yang hanya pikirkan duit dan menjahanamkan masa depan insan. managers pun boleh gak buat pelaburan begini dan satu hari nanti melihat anak-anak buahnya bukan setakat menjadi staff biasa jek tapi boleh diharapkan jadi managers gak.

aku? i think i have to rechart my destiny. kerja kat sini tak berapa sesuai ngan jiwa aku. mungkin managers kat sini buat yang pelaburan yang besar dalam membangunkan aku tapi aku plak yang rasa terkongkong. takde kebebasan untuk aku gunakan segala imaginasi dan kreativiti aku. lagipun, aku rasa sudah tiba masanya aku plak membuat pelaburan dalam pembangunan insan. apa yang aku nak jadi? that's something to brood over.

Tuesday, October 01, 2002

officemate merangkap housemate aku berhenti kerja semalam. in fact, almost everybody here wants to quit. ye, termasuk aku. :|

kalau ko general manager dan semua staff mau berhenti, how would you evaluate yourself? sanggup lagi ko bercakap dengan nada ego sedang ko sudah hampir tersungkur mencium bumi? tu yang dah selalu sangat aku pesan, lagi tinggi ko terbang lagi sakit kalau terhempas. bandingkan aje orang yang terjatuh kat kaki lima dengan orang yang terjatuh dari tingkat 12. :D

bukan ke dalam sejarah melayu kita selalu diingatkan. pantang melayu menderhaka. tapi ini pun berkait juga dengan kemestian pemimpin untuk berlaku adil. if you really crave for loyalty, then you should be just. adil kepada diri sendiri dan adil juga pada orang lain. benda camni pun terlalu subjektif. how do you define justice? ada orang cakap pasal persamaan hak. tapi sebenarnya ni pun tak betul juga. contohnya kehendak dan kemahuan budak lelaki dan budak perempuan itu memang sudah diketahui amat berbeza. dalam konteks persamaan hak, kalau ko belikan budak perempuan tu anak patung jadi ko mesti belikan budak lelaki tu anak patung juga. tu ke yang ko yang cakap adil?

adil dalam islam aku rasa bila kita berikan sesuatu tu pada yang patut menerimanya. kalau budak perempuan tu mendapat anak patung, budak lelaki tu tak semestinya dapat anak patung juga.

erk.. panjang la plak bebel aku nih. anyway, housemate aku tu share birthday ngan aku. he's more talkative tapi aku rasa seperti berbual ngan kembar aku jek bila berbual ngan dia. aku tak perlu pecah kepala fikir pendapat atau arus emosi dia untuk sesuatu peristiwa tu sebab hampir 95% akan sama seperti yang aku jangka.

who says you can't predict the unpredictables?