Monday, December 29, 2003

My Friend : Kahlil Gibran

My friend, I am not what I seem. Seeming is but a garment I wear--a care-woven garment that protects me from thy questionings and thee from my negligence.

The "I" in me, my friend, dwells in the house of silence, and therein it shall remain for ever more, unperceived, unapproachable.

I would not have thee believe in what I say nor trust in what I do--for my words are naught but thy own thoughts in sound and my deeds thy own hopes in action.

When thou sayest, "The wind bloweth eastward," I say, "Aye it doth blow eastward"; for I would not have thee know that my mind doth not dwell upon the wind but upon the sea.

Thou canst not understand my seafaring thoughts, nor would I have thee understand. I would be at sea alone.

When it is day with thee, my friend, it is night with me; yet even then I speak of the noontide that dances upon the hills and of the purple shadow that steals its way across the valley; for thou canst not hear the songs of my darkness nor see my wings beating against the stars--and I fain would not have thee hear or see. I would be with night alone.

When thou ascendest to thy Heaven I descend to my Hell--even then thou callest to me across the unbridgeable gulf, "My companion, my comrade," and I call back to thee, "My comrade, my companion"--for I would not have thee see my Hell. The flame would burn thy eyesight and the smoke would crowd thy nostrils. And I love my Hell too well to have thee visit it. I would be in Hell alone.

Thou lovest Truth and Beauty and Righteousness; and I for thy sake say it is well and seemly to love these things. But in my heart I laugh at thy love. Yet I would not have thee see my laughter. I would laugh alone.

My friend, thou art good and cautious and wise; nay, thou art perfect--and I, too, speak with thee wisely and cautiously. And yet I am mad. But I mask my madness. I would be mad alone.

My friend, thou art not my friend, but how shall I make thee understand? My path is not thy path, yet together we walk, hand in hand.

Monday, December 22, 2003

Invictus : William Ernest Henley (1875)

Out of the night that covers me,
Black as the pit from pole to pole,
I thank whatever gods may be
For my unconquerable soul.

In the fell clutch of circumstance
I have not winced nor cried aloud.
Under the bludgeonings of chance
My head is bloody, but unbowed.

Beyond this place of wrath and tears
Looms but the Horror of the shade,
And yet the menace of the years
Finds, and shall find, me unafraid.

It matters not how strait the gate,
How charged with punishments the scroll,
I am the master of my fate;
I am the captain of my soul.

Saturday, December 20, 2003

>> Neurotic Poets
Madness takes its toll. Please have exact change.

These pages present stories about and works by several widely admired poets who courted emotional disaster throughout their lives. Sometimes their struggle was transformed into brilliant creations, sometimes the pain was simply too overwhelming, and they succumbed to it. The tales of their lives demonstrate that often tormenting relationship between pain and creativity.

Thursday, December 18, 2003

Petua membeli belah, sentiasa memuji pilihan isteri. "Baju yang awak pegang tu cukup cantik. Good choice!"

Thanks for the advice, Tok Rimau.

Sebenarnya, aku dah cuba aplikasikan nasihat tu semasa si dia membeli belah tempohari. Tapi aku tersilap strategi.

Bila dia menyuakan sepasang seluar pada aku dan bertanya, "Ok tak?"

Aku tersasul menjawab, "Ok sangat! Sebab ada poket!"

Dia terus menjawab, "Saya tak tanya pasal functionality la. Saya tanya pasal corak dia."

Lupa pula aku, pompuan ni lebih pentingkan cantik tidaknya corak dan warna berbanding dengan kepergunaan sesuatu pakaian itu.

Mungkin jawapan yang dia hendak dengar ialah, "Cantik seluar ni. Kena betul warnanya dengan corak cadar kat rumah." ;p

Wednesday, December 17, 2003

"Baru sorang!"

Baru naik berkerja hari ni selepas bercuti sejak Jumaat lalu. Kerja seperti biasa tunggu aku. Tapi sambil buat-buat kerja dan buat-buat sibuk, sempat juga curi-curi browse menengok-nengok mesej dalam email dan guestbook.

Sejak berkahwin ni bertambah meriah pula jurnal dan guestbook aku ni. heh!!

"Ala... rilek la! Baru sorang je isteri awak!!"

Sebelum ada yang membuat spekulasi yang bukan-bukan, baik aku terangkan, dialog di atas tu isteri aku tujukan pada aku.

Lokasinya? Semasa membeli belah.

Patutlah suami-suami veteran macam sorang member aku lebih rela melanguk di tepi longkang sambil usha aweks lalu lalang daripada ikut isteri-isteri membeli belah.

Atau ikut sahaja nasihat Mat Jan, menonton wayang semasa isteri membeli belah. Nak lagi senang, kasi je duit pada si isteri, "Nah! Ambik duit ni. Awak beli la apa yang awak suka" dan tunggu saja di rumah sambil bersantai.

Tapi suami mithali seperti aku tidak boleh buat begitu. Aku kena ikut sekali supaya keselamatan isteri (dan status kewangan aku) lebih terkawal.

Orang pompuan ni kalau membeli belah tak suka sambar dan bayar. Dr Max pernah cerita hal ni dulu. Beberapa hari yang lalu, aku rasai sendiri pedih peritnya mengikut seorang pompuan bernama isteri membeli belah.

Biasalah, suami mithali seperti aku mesti sanggup berkorban. Bukan setakat duit tapi juga masa.

"Ala... rilek la! Baru sorang je isteri awak!!" Isteri aku separuh memujuk bila aku dah mula naik hangin bila dia tak sudah-sudah lagi membelek baju yang hendak dibelinya.

Aku percaya, lelaki-lelaki yang kahwin lebih dari satu hampir pasti tidak pernah mengikut isterinya membeli belah. Kalau setakat beri duit saja, aku rasa semua lelaki mampu. Tapi yang meletihkan para suami ialah bila masa pun banyak terhabis untuk membelek sehelai kain.

Kalau mereka ikut isteri membeli belah, mereka pasti akan berkata, "Serik la saya. Tobat saya tak nak kahwin lagi kalau camni."

Thursday, December 11, 2003

Sapraiz!!

Kak Shila sign guestbook aku! Kak Shila sign guestbook aku!!

Dia tak pernah sign guestbook Tok Rimau! Siapa?!! Dia tak pernah sign guestbook Mat Jan! Siapa?!! Dia tak pernah sign guestbook d'arkampo. Siapa?!!

Tapi dia sign guestbook aku! Dia sign guestbook aku!! Aku?! Aku!! Hahaha!!

Errr.. siapa Kak Shila? Hmm..

Tapi aku rasa takde yang lebih mengejutkan beberapa rakan GJ bila dapat tahu aku akan bernikah.

Jemputan pun di saat-saat akhir. Ramai pun yang tak dapat kad. Jemput pun macam tak ikhlas (ada yang kata macam tak beradab). Mana yang namanya ada dalam handphone aku, aku sms. Mana namanya yang ada dalam YM aku, aku mesej.

Tapi biasalah, detik-detik terakhir punya kerja mestilah banyak silapnya. Banyak juga nama yang tercicir. Bukan nama P-Nut sorang. Member satu bilik masa kat U dulu pun aku boleh tak call nak bagitau. Ya la, langit tak selalu cerah. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Lautan mana yang tak bergelora. Bahtera mana yang tidak dilambung ombak.

Kalau ada yang memang teringin sangat nak pergi tapi tak dijemput, aku minta maaf banyak-banyak. Tak ada alasan yang boleh aku berikan kecuali kalau aku katakan aku tak boleh ingat semua benda. Dan aku pun bukan Yellow Pages.

Aku tak ada alamat, yahoo id atau no telefon semua GJ. Dan aku ingat kalau kawan-kawan tak perlu la nak jemput formal-formal sangat. Dah macam adik beradik dah. Pedulikanlah kad jemputan tu semua. Kalau jemputan pun via sms pun janganlah segan-segan nak datang. Ramai juga kawan GJ yang dengan rendah dirinya sanggup datang walaupun tak terima kad.

Apa-apapun, semua dah selamat. Berakhir juga kemarau panjang. <-- Tu hari cerita pasal haus dan gersang, kali ni cerita pasal kemarau la plak.

Terima kasih atas segala ucapan, nasihat, hadiah, duit dan masa.

Kalau nasihat yang terbaik datangnya dari d'arkampo, mungkin tawaran yang terbaik datangnya dari suami Kak Shila via sms yang berbunyi, ".. bagitau hadiah elektrikal yang tak dapat, nanti aku hadiahkan."

Apa hadiah elektrikal yang aku dapat? Hmmm..... aku tak dapat lagi TV 21 inci, peti ais tiga pintu, mesin basuh front loading, microwave oven, bla bla bla...

"Eh! Awak dah kahwin ya? Bila? Tak jemput pun."

"Baru je. Sori la, betul lupa la nak jemput."

"Takpe la. Semua dah selamat kan? Kahwin juga awak akhirnya ya? Melepaslah saya!!"

"Errr.. Tak apa, saya boleh masukkan nama awak dalam waiting list."

"Hish!! Tak mau la cakap lama-lama dengan orang dah kahwin ni. Bahaya!!"

Bahaya?!! Or did she say 'buaya'? Hahahaha...

Monday, December 08, 2003

"Siapa plak yang tidur sebelah aku ni?"

Friday, December 05, 2003

pesta bujang

akhirnya hilang gak kegersangan haus aku bila bapak comel sanggup datang bersama famili untuk minum-minum bersama aku tadi. datang pula membawa butang baju melayu.

"ceh! butang baju melayu pun mau pinjam ka?" <-- ni bukan dialog bapak comel. ni takde dalam skrip tadi. aku ad lib je ni.

aku memang dah lama tak beli butang baju melayu. raya tu hari pun tak beli sebab raya tahun ni aku memang tak buat baju melayu. balik jb, gi solat sunat aidilfitri pun pakai baju lama. orang pompuan je yang suka tempah baju banyak-banyak time raya ni.

tapi aku tak cakap tempah baju banyak-banyak masa raya ni satu pembaziran sebab selalunya baju raya akan bertukar menjadi baju kerja. tapi kalau lelaki nak tempah baju melayu satu suit tiap-tiap tahun merugikan beb. kitorang bukan pergi kerja pakai baju melayu. kalau gi solat kat masjid selalunya cuma sarung kain pelikat dan baju je. seluar baju melayu? jarang sekali nak pakai.

nak bersolat hari jumaat dengan satu suit baju melayu lengkap bersamping? hari jumaat hari bekerja. tak ramai yang sempat balik rumah dan bersiap-siap dengan baju melayu satu suit. melainkan kalau ada yang pergi bekerja dengan baju melayu. tapi bersamping? hmm..

berbalik pada cerita bapak comel dan isterinya.

isterinya terbaca dalam akhbar, "lelaki ni sebelum berkahwin, selalu memberi kasih sayang 100%. tapi bila dah berkahwin, kasih sayang yang dulunya 100% akan berkurangan. kadang-kadang 50% pun tak sampai."

aku spontan menjawab, "hah.. betul la tu. sebab tu la lelaki kalau bercinta boleh frust menonggeng kalau putus cinta. tapi kalau lepas kahwin kena berhati-hati. takleh nak sayang isteri 100% sebab takut abis. kena reserve sikit sayang tu."

isteri bapak comel membantah, "nak reserve apanya? selalunya nak kasi kasih sayang kat pompuan lain!"

kemudian isteri bapak comel mula mendedahkan sedikit cerita-cerita sensasi si bapak comel. bapak comel mula tersipu-sipu. <-- ehem ehem!! cerita-cerita sensasi ni aku takleh dedahkan online. nak kena buat satu majlis update offline baru boleh ni. seats terhad, kena reserve awal kalau nak hadir. :D

anyway, kau pernah dengar kes lelaki yang sayang sangat kat isterinya sampai bila isterinya pergi dulu dan si duda ni kemudiannya menjadi separuh gila sebab dah sayang 120% kat arwah isteri?

Nabi Muhammad s.a.w pun semasa beristerikan Khadijah a.s tidak berkahwin dengan pompuan lain. tapi selepas kewafatan Khadijah, baru nabi berpoligami.

some jokingly said that, "dulu, semasa dengan Khadijah, hati nabi satu yang teguh. tapi selepas Khadijah wafat, hati nabi pecah berderai hinggakan baginda tak kesah nak kongsikannya dengan ramai wanita pada satu masa."

jenaka celupar?! you decide.

would i love my wife whole-heartedly after marriage?

"kau kahwin dulu la jiGO, baru tau pahit manis berkahwin ni."

pesta bujang apa ni yang boleh buat aku jadi cuak ni?! aku ingatkan pesta bujang ni ada pompuan menari-nari buka baju satu persatu. hmmm.... aku dah salah masuk pesta agaknya.

"tipah! butang baju melayu aku mana, tipah?! kau ni pekak ke hapa tipah?!! tipah.. oh tipah!! tipah!!! butang baju melayu aku mana ah?!!!"

Thursday, December 04, 2003

"Allo kawan, kita ni makin hari makin tua."

Wednesday, December 03, 2003

Alangkah bagusnya jika aku hanya bercanda di pasiran pantai

Secara bergurau dia menegur, "Kau dah buta ke? Tak nampak apa yang aku tulis?!"

Dengan spontan aku menjawab, "Aku pun rasa camtu gak la. Tapi aku takleh pakai cermin mata. Aku nak kena cari contact lense."

Aku hanya bercanda bila mengaku sudah buta. Tapi memang benar, aku tidak boleh memakai cermin mata. Wajah aku bertambah hodoh bila bercermin mata kerana ia akan senget sebelah. Kanta lekap lebih sesuai untuk aku kerana ia tidak perlu disangkutkan di telinga.

Gurauannya walaupun kedengaran agak kasar, sebenarnya berjaya membuat aku merenung dan meneliti keagungan Tuhan. Tiga puluh tahun lebih aku hidup di dunia ini, baru aku nampak apa yang Tuhan nak tunjukkan pada aku selama ini. Tiga puluh tahun lebih sudah berlalu dan tidak ada gunanya lagi untuk meratap hiba atas segala cerca hina dan kejadah apa lagi yang dilemparkan.

Walaupun agak terlewat, akhirnya aku kembali sedar, Tuhan tidak zalim.

Dia telah menggantikan kekurangan aku dengan sesuatu yang baik. Buktinya, mata aku masih elok lagi walaupun sering digunakan untuk melihat benda-benda yang tidak sepatutnya aku tengok. Dan telinga aku, walaupun cuma sebelah saja yang boleh digunakan, masih juga mampu mendengar dengan baik walaupun selalu digunakan untuk mendengar perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya aku dengar.

Dalam belitan kekufuran ini, aku tidak malu untuk mengaku, aku cukup takut menjadi buta dan pekak. Sebab itulah aku cukup marah jika ada yang menjerit-jerit bila aku menelefon. Memang ada ketikanya aku tidak boleh membezakan konsonan-konsonan tertentu bila berbual di telefon, tapi ia tidak boleh dijadikan alasan untuk menjerit-jerit sampai berdengung kepala otak aku.

Apa-apa pun, terima kasih kerana menyedarkan aku dengan gurauan itu. Kau telah membuat aku menoleh ke belakang dan mensyukuri setiap detik yang Tuhan telah takdirkan untuk aku.

Walaupun aku dilahirkan cacat dan kadangkala terpaksa berdepan dengan cemuhan dan ejekan, tapi Tuhan telah mengurniakan aku keluarga yang cukup memahami dan banyak bertolak ansur bila berdepan dengan segala kerenah gila aku. Rakan-rakan aku, walaupun tidak ramai, juga banyak memberi sokongan dan dorongan pada aku.

Walaupun kecacatan ini juga kerap membuat aku rasa rendah diri dan tersingkir, tapi perjalanan hidup aku sebenarnya tidak sesukar mana. Pengalaman pahit hidup dalam rasa terhina dan tersisih, sebenarnya betul-betul mengentalkan semangat aku. Hati aku semakin keras. Cuma yang merunsingkan aku, jika ia akhirnya menjadi sekeras batu hingga susah memberi kemaafan.

Seringkali, bila aku harungi kepayahan dan cacian lagi, aku memujuk diri dengan berkata, "Aku dah lalui ujian yang lebih hebat dari ini. Dan aku takkan menangis atau mengalah lagi."

Dan jika ia terlalu pahit untuk ditelan, aku akan berkata, "Argh! Pergi jahanamlah dengan kau! Selama ni pun, bukan aku hidup dengan belas ehsan kau!!" (Should I call this 'dark optimism'?)

Satu keajaiban juga, aku tidak membesar untuk menjadi pembunuh sadis seperti Jason, walaupun aku rasa aku mempunyai bakat terpendam untuk bertindak ganas.

Ok! Enough, jiGO!! Don't go overboard!!

Ini bukan iklan khidmat masyarakat 'hargailah warga istimewa'. Ini juga bukan khutbah tentang konsep hikmah atau hakikat qada' dan qadar. Jurnal aku ni bukan jurnal dakwah. Ini jurnal songsang.

All I wanted to do is to borrow your eyes to look upon this world from my twisted point of view. You could safely keep your sympathy and your sorry in your pocket. Lend them to someone who is in a dire need of seeing what he/she should see.

I've said this a long time ago but allow me repeat it. "I really do appreciate your empathy. But whatever you do, please don't insult me with your sympathy."

Haven't you heard that 'experience is the best teacher'?

Now believe it. And be immensely grateful.

Monday, December 01, 2003

my make up maybe flaking

kalau ada perkara yang aku tidak perlu tau, tak usah beritahu aku. melainkan kalau kau memang mempunyai niat untuk membuat kepala aku runsing atau hati aku keliru.

kalau kau nak sakitkan hati aku, sakitkanlah. aku boleh pejamkan mata tengok kau siat-siat hati aku. aku boleh pekakkan telinga bila ada orang gelak-gelakkan aku dan panggil aku bodoh. aku boleh buat tak peduli dan berlagak seolah-olah tak ada benda yang berlaku.

tapi setelah kau sakitkan hati aku dan kemudian tak mahu meminta maaf sebab kau fikir ianya tak penting, tak perlulah kau memberitahu aku.

aku boleh hidup dengan gurisan dendam, dalam kudis dosa.

samada aku mempunyai tempat istimewa dalam hati engkau atau hanya sekadar menjadi tikus makmal sudah tidak menjadi soal pokok sekarang.

aku dah malas nak fikir.

segelintir orang, jika terbenam dalam kesusahan akan berusaha untuk tidak menjadi susah di masa depan. mereka akan mencari jalan untuk hidup senang walau dengan apa cara sekalipun. mereka boleh membuat Freud bangga kerana membenarkan teorinya bahawa manusia ini sebenarnya mahu menambahkan keseronokan dan mengurangkan sengsara. tidak ubah seperti gaya budaya hidup hedonism.

mungkin juga mereka sebenarnya berpegang pada satu pesanan, "berhati-hati bila berdepan dengan kesusahan kerana ia bisa menjerumuskan engkau dalam kekufuran."

tanpa menolak kedua kemungkinan di atas, aku pula bila menjadi susah akan menganggapnya tidak lebih sebagai satu ujian ketahanan. "how low can i go? how long can i survive?". memang sakit kalau dihina tapi semua itu mesti aku depani dengan tabah. kalau hidup susah, tidak sekadar sesusah mana tapi juga selama mana.

dan ujian yang paling getir hidup dalam kesusahan sebenarnya ialah bila terpaksa bersempadankan kekufuran. apatah lagi jika hanya berperisaikan keimanan yang lebih tipis dari kulit bawang.

tapi aku percaya kau pernah dengar, ujian akan membuat kau makin tabah. ujian yang bertimpa-timpa akan membuat kau bertambah kental jika ia tidak berjaya menolak kau masuk ke kubang kekufuran.

dan setelah lama diuji begini, aku rasa hati aku memang keras. tapi ia tidaklah sekeras batu. masih ada daerah lembut yang mudah tersentuh. walaupun begitu tidak mengapa. aku masih boleh bernafas tanpa tersangkut-sangkut. dan yang paling penting, kepayahan dalam hidup tidak membuat aku kufur.

aku tidak perlukan simpati engkau. aku tidak perlukan perhatian engkau. simpati dan perhatian engkau juga sekarang sama nilainya dengan keengganan engkau meminta maaf.

terima kasih atas pengalaman. walaupun pahit, aku sudah telan semuanya. ia mungkin membunuh aku dari dalam. tapi jika aku masih hidup, ia bisa membuat aku kebal.

terima kasih lagi sekali. terima kasih atas segalanya.