Friday, January 30, 2004

lagi-lagi latin & salam raya

juris praecepta sunt haec: honeste vivere, alterum non laedere, suum cuique tribuere means "The precepts of the law are these: to live honourably, to injure nobody, to render to everyone his due."

pantas betul easy jawab. terfikir juga aku camne dia boleh dapat jawapannya sebegitu cepat. ada kamus latin ke kat depan dia?

rupa-rupanya ada lawyer kat sebelah dia. cheh!!

** ** ** **

aku nak ambil kesempatan di sini untuk memohon ampun dan maaf kalau ada terkasar bahasa selama aku menulis ni. ye la.. walaupun lidah tak bertulang, kengkadang terkehel gak. ;p

ada orang cakap aku seperti nak menegakkan benang yang basah, tapi sedangkan benang yang kering pun aku tak boleh nak tegakkan camne nak tegakkan yang basah plak. hmmm...

selamat bercuti ma prens, walau di mana kau berada!! see ya after the break. semoga eidul adha tahun ni memberi makna yang lebih mendalam tentang 'korban', 'terkorban' dan 'pengorbanan'.

Thursday, January 29, 2004

mari belajar bahasa latin bersama uncle jiGO

ad valorem means "According to the value." Usually used to imposed
duties on certain subject matter.

soalan hari ni :

Mat Jan, soalan hari ni kau kena jawab. ada sorang lawyer ni suruh aku tanya kau.

apa makna juris praecepta sunt haec: honeste vivere, alterum non laedere, suum cuique tribuere.?

ada sesiapa yang lain yang berani jawab?

Wednesday, January 28, 2004

latin for dummies

ada sesiapa peguam / penasihat undang-undang / pelajar undang-undang di sini? ada sesiapa yang faham bahasa latin?

apa makna ad valorem?
hell for leather

aku tertarik dengan tulisan uipts tentang nada perkataan dan tulisan tiada nada.

banyak yang benar dalam tulisannya.

perkataan yang tertulis bukan saja dipengaruhi oleh emosi si penulis tapi juga emosi yang membacanya. sebab itulah sering terjadi, ayat-ayat yang sebenarnya ditulis dalam nada bergurau tapi kedengaran terlampau kurang ajar bila dibaca oleh mereka yang sedang marah.

aku pun sudah lali dimarahi bila ada pembaca yang tersalah tafsir apa yang sebenarnya aku cuba sampaikan melalui tulisan. dan seringkali juga aku terkejut juga bila kata-kata hamburan marah pula yang ditafsirkan sebagai kata-kata nasihat.

aku beri contoh paling mudah. dalam satu skrip misalnya, terdapat dialog yang memerlukan kau berkata, "buka pintu". nampak mudah bukan? tapi bila kita letakkan dialog itu dalam konteks yang luas sedikit, intonasinya boleh berubah.

tolak ke tepi dahulu samada ada tanda soal di belakang perkataan itu atau tidak. cuba kau bayangkan bagaimana bunyinya dialog ini bila ia diucapkan oleh seorang polis yang berada di luar rumah yang mahu menangkap penjenayah di dalam rumah. kemudian cuba bandingkan bunyi dialog yang sama dengan kau sebagai seorang suami/isteri yang baru pulang dari pejabat tapi tertinggal kuncinya.

dan pasti akan berbeza juga bila ia diucapkan oleh seorang yang terperangkap di dalam rumah.

"buka pintu" mungkin boleh menjadi satu arahan. mungkin juga hanya permintaan.

siapa yang memberi nada pada tulisan sekarang? pembaca atau penulis?

untuk memanjangkan contoh di atas, cuba kau tafsirkan apa yang aku maksudkan bila aku hanya menulis "angkat kain".

Tuesday, January 27, 2004

Confession of a dangerous mind (Part III)

kau seorang wanita. memandu seorang diri di malam yang pekat. tiba-tiba kereta yang kau pandu disondol dari belakang. apa tindakan spontan kau?

keluar dari kereta untuk melihat kerosakan yang kau alami?

fikirkan semula!!

bukan seorang dua wanita yang telah diculik dan diperkosa dengan menggunakan modus operandi yang serupa.

apa yang perogol perlukan cuma sebuah kereta curi untuk menghentam kereta kau dari belakang. dan setelah menyondol kereta kau, mereka cuma menunggu pula kau keluar dari kereta sebelum meneruskan kerja jahat mereka (MEREKA?!! ya! perogol zaman sekarang tidak ramai yang bekerja sendirian. kerja berkumpulan lebih meriah).

mungkin tindakan yang paling bijak ialah untuk terus memecut ke balai polis. tapi pastikan dulu, nombor plet kereta yang menyondol kenderaan kau telah disalin dengan betul.

Baca lagi:
>> pendapat peribadi tentang minda perogol
>> hukuman yang setimpal untuk perogol

Saturday, January 24, 2004

i killed his blog

yes. you heard me right. i killed his blog.

i didn't pull the trigger, though. i just gave him the bullet. but now, since his blog is dead, it won't be much different who killed it, aight?

still, i am responsible for the death. am not proud of it.

he asked me to help him stop his addiction. he understood the option well. guess i just did what i got to do.

...Out, out, brief candle!
Life's but a walking shadow, a poor player
That struts and frets his hour upon the stage
And then is heard no more: it is a tale
Told by an idiot, full of sound and fury,
Signifying nothing.


Macbeth

Thursday, January 22, 2004

jiGO tayang filem

be good! be wise! keep your files protected!!.

Wednesday, January 21, 2004

di bawah pengaruh dadah marah

aku tersenyum bila membaca tulisan tok rimau.

dalam masyarakat arab, jika seseorang itu dimaafkan, dia akan diberikan air minuman.

dalam masyarakat native american pula, bila berdamai mereka akan berkongsi menghisap paip panjang. besh gak tu!! mantul tu beb!!! mana nak cari paip tu hah?!

dalam kepompong budaya aku pula, bila menulis pasal memohon maaf dan menghulurkan kemaafan pun, tiba-tiba tekak aku terasa haus.

nak teruskan ber'virtual combat' antara jurnal dan buku tamu pun dah kurang kicknya. mungkin lagi bagus juga kalau dapat duduk semeja sambil minum-minum kopi ginseng atau kopi tongkat ali.

kalau acara ini tak berhasil seperti yang dihajati, kita boleh bersepak terajang di bawah meja. :D

tapi yang paling utama, aku rasa kedua-dua pihak memang patut bersemuka. jangan bercakap soal maaf dulu. pertama sekali kita mesti berunding. cari mana persamaan antara kita dan pastikan samada tujuan kita sebenarnya sama atau tidak. jangan diganggu oleh anti-climax (or i prefer to call it: pre-mature ejaculation) :p

kita sudah terlalu dibebani dengan banyak APA yang perlu dibuat tapi tidak banyak pandangan tentang BAGAIMANA untuk memulakannya.

jangan bermaafan kerana tekanan. ini bukan soal ego yang menahan dari memaafkan atau meminta maaf. tapi aku rasa jika terlalu menurut kehendak ramai, aku tak rasa perdamaian akan berkekalan. lambat laun, api kemarahan itu akan marak lagi biarpun hari ini kau berjaya menyembunyikannya di dalam sekam.

aku juga tidak mempersoalkan mana-mana pihak yang meminta maaf sebagai berada di pihak yang salah ataupun tidak ikhlas meminta maaf.

aku hormat mereka sebagai my worthy opponents. perbezaan antara kita, menguatkan jati diri kita. aku berjaya memahami diri aku sendiri, apa aku sebenarnya, apa yang aku hendak. dan aku pun tidak mahu duduk di bawah tempurung takuk lama.

memang kita bukan anak-anak kecil. anak-anak kecil lebih mudah memaafkan kerana mereka mempunyai daya ingatan yang rendah. hari ni gaduh, esok boleh bergelak tawa bersama. kita orang dewasa yang ingatannya kuat. parut yang disebabkan luka 20 tahun lepas pun masih boleh diingat.

aku di Seksyen 8, Shah Alam. bukan jauh sangat. gimme a call. kita turun minum.

Tuesday, January 20, 2004

pandai tapi tak berapa bijak

aku menyusun jari sepuluh kalau ada yang menggelegak marah bila baca entry aku ni. aku belum hilang hormat pada seorang kawan pun dalam GJ. dan aku rasa kita boleh sama-sama naikkan GJ tapi biar kena pada caranya. setiap orang ada kemahiran masing-masing. dan kalau ada kemahiran pun tidak semestinya mempunyai masa yang cukup untuk memberi sumbangan. tapi kita masih boleh bersatu dan bersahabat biarpun berbeza cara kita bersahabat dan bersatu.

** ** ** **

aku tahu bagaimana nak jatuhkan maruah orang. dan aku tau bagaimana peritnya bila maruah dijatuhkan.

tapi aku TAK RASA dengan menyebut nama seseorang (aku tak boleh sebut nama lagi), aku boleh dan telah menjatuhkan maruah seseorang.

aku bukan menyerang personaliti seseorang yang namanya aku sebut tu. aku boleh kasi contoh bagaimana menjatuhkan maruah orang dengan menyerang personalitinya. "eleh.. jiGO tu cakap je lebih. tak sedar diri, telinga sebelah je lagi mau cakap banyak. duit datang gathering pun aku tolong bayarkan."

tapi aku tak serang personaliti. jadi aku rasa, aku belum jatuhkan maruah dia lagi. aku cuma sebut nama.

aku sebut nama orang kerana aku rasa kita sebagai orang dewasa sudah semestinya bertanggungjawab atas segala perbuatan dan perkataan kita. takkan nak lari dari tanggungjawab?! kalau betul ada cakap, ngaku saja. kalau betul ada buat, ngaku saja.

pesan kawan aku masa kat sekolah, "berani buat, berani tanggung! tapi sudah berak kalu, cuci sendiri la!!"

dan aku rasa bertanggungjawab bila aku menyebut nama orang di sini. cara itu lebih telus, dan mengurangkan fitnah kerana orang yang membaca tidak perlu menunding jari di dalam gelap. kang tercucuk tempat yang tidak sepatutnya dicucuk, bahaya!!! aku tak mahu kena cucuk!!

dengan menyebut nama orang dan cuba menjawab persoalan yang sudah ditimbulkanya di jurnal aku ni, aku rasa beribu-ribu kontena lemon lebih bagus dari aku datang menyerang dan memaki dalam buku tamu orang dengan nama samaran.

aku boleh kasi contoh bagaimana sukarnya jika nama tidak disebut tapi kita mahu dia bertanggungjawab.

"awak ada terdengar sesiapa yang kata saya bodoh?"

"ada tuan!"

"siapa? boleh kasi nama?"

"saya tak boleh sebut nama dia, tuan!!"

"kenapa tak boleh sebut nama?!"

"dia tak bagi saya sebut nama dia, tuan"

"penipu!! awak ni pandai mereka cerita saja. awak nak fitnah orang lain ya? awak nak fitnah siapa? baik cakap!! entah-entah awak yang kata saya bodoh!"

aku tak mau menfitnah sesiapa. apa yang aku dengar, apa yang aku baca, tu yang aku tulis. tidak lebih dan tidak kurang. manalah tau ada maruah yang tersangkut di situ.

bukan ada salahnya mengkritik kritikan. kritikan yang tidak dikritik nampak kurang teguhnya.

dalam bidang sains contohnya, kalau kau ada satu hipotesis, kau kena buktikan hipotesis kau dengan ujikaji dan sebagainya. takkan nak bodoh-bodoh je terima atau tolak hipotesis tu tanpa proses pembuktian. dan setelah dibuktikan pun, tidak semestinya tidak boleh dipertikaikan.

panjang lebar aku dah tulis, tapi aku rasa tidak mampu nak menjawab sebarang soalan pun.

aku nak menutup entry yang panjang ni dengan satu analogi. analogi ni JANGAN ditelan bulat-bulat. kalau ada yang terkena dan termakan cili, jangan pula cepat melatah. aku pun tak mau ikut darah muda. aku tak muda lagi, fikiran sepatutnya lebih matang. mungkin aku pun pandai juga, tapi kurang bijak.

kalau analogi ni nampak kurang bijaknya, maafkanlah aku. tapi sekurang-kurangnya dapat memberi gambaran yang mana kritikan yang pandai, yang mana pula kritikan yang bijak.

dalam satu perbincangan, bercakap sang ketua, "aku mahu ke bulan. ada apa-apa cadangan dari korang?"

A mula bercakap tentang jauhnya bulan dari bumi, B mencatas dan berkata, "tidak ada yang mustahil!"

C mencadangkan, "kita kena bina roket!"

D yang sedari tadi terpinga-pinga terus bercakap, "kau ingat murah ke nak bina roket tu? siapa yang tau bina roket? kalau kau yang cadang, baik kau je yang bina roket tu."

ketua menyabarkan D dan berkata, "bagus juga cadangan tu. bagaimana nak dapatkan duit untuk membina roket tu? apa kata kalau kita semua keluarkan duit sorang sikit."

A mula mengira perbelanjaan kasar untuk membina roket dan membayar gaji saintis roket. C pula bergegas mahu pulang ke rumah dengan memberi alasan perutnya sakit.

dan yang tinggal terus memberi wang mereka. ada yang bagi RM1.00, ada yang bagi RM50.00. ada yang ikhlas memberi, ada juga yang mahu menunjuk-nunjuk. akhirnya terkumpul juga duit untuk projek ke bulan itu, biarpun hanya beberapa ratus ringgit sahaja.

melihat duit yang sebegitu sikit, D berkata, "kan aku dah cakap tadi. ni nak buat bayar gaji saintis roket pun tak cukup."

semua dah jadi pening. belanja membina roket memang mahal. dan untuk membinanya pun memerlukan kemahiran yang bukan kepalang. lama mereka berfikir, akhirnya ketua bertanya, "ada belanja lain yang lebih murah?"

D menjawab, "ada tuan. kita beli mercun banyak-banyak!!"

semua menoleh ke arah D. ketua bertanya lagi, "apa nak buat dengan mercun tu?"

tanpa ragu-ragu lagi D menjawab, "kita beli mercun banyak-banyak kemudian sumbatkan mercun tu dalam lubang jub*r tuan dan nyalakan. aku percaya, tuan boleh sampai ke bulan dengan cara itu."

Monday, January 19, 2004

post-gath gathering

* jurnal ni aku updet sebelum aku ponteng kerja dan gi shopping buang air besar.

poad mengingatkan yang lain supaya tidak memberi harapan yang tinggi pada gathering yang sudah pun berlangsung pada sabtu yang lepas. tapi sayangnya, dia tidak lebih dari melabel majlis yang dihadiri lebih dari 90 orang sebagai 'meraikan harijadi'. kerana tidak ada sebarang ulasan tentang bagaimana 'Gathering GJ 2004' itu boleh disamakan dengan 'majlis harijadi' jadi kau perlu bermain imaginasi untuk membayangkan majlis harijadi yang mana satu poad maksudkan.

mungkin ada kebenaran dalam kata-katanya tapi sayangnya, dia cuma pandai melabel tapi tidak membantu dengan memberi sebarang pendapat bagaimana gathering ini dapat diperbaiki di masa-masa hadapan. mungkin pendapat MBA boleh diterima pakai jika kita mahu menganjurkan gathering yang lebih gemilang. tapi seperti poad juga, tidak semua pendapatnya boleh ditelan bulat-bulat, apatah lagi jika dia mencadangkan supaya sebuah meja dijual untuk hampir RM1000?!!!

kenapa aku pergi gathering?

"diorang yang datang ni bukan nak makan sangat, cuma nak bersosial saja dan jumpa awek lama" kata sorang member semasa majlis post-gath gathering.

aku datang pun kerana nak bersosial dengan kawan-kawan lama. juga berkenal-kenal dengan kawan baru yang sudi nak kenal. hello kak ros! hello basrie!

tidak cukup dengan berkumpul semasa Gathering GJ 2004 yang kebanyakan dari kami duduk berasingan, aku dan beberapa rakan berkumpul lagi sekali untuk satu majlis kecil. seramai 8 orang berkumpul sambil mengisi perut yang lapar. kan tadi aku dah cakap, diorang yang gi gathering ni bukan nak makan sangat!!

beberapa rakan yang ingin turut serta tetapi akhirnya tidak dapat bersama kerana alasan yang tidak dapat dielakkan, cuma sempat berpesan dalam nada cemburu, "ingat-ingatlah isteri korang kat rumah!!"

kami berkumpul tapi tidak bertukang. tandas rumah pun sudah siap, kenapa nak beriya-iya membuka pekung sang arkitek ataupun si pembancuh simen?

tapi ada juga isu-isu yang terpesong dari tujuan sebenar berkumpul itu.

"muahahahaha!!!"

"dammit! dammit! ****! ****! ****!"

"muahahahah!!!"

"****! f*ck! ****! dammit!! sh*t!! ****!"

"muahahaha!!!"

**** bukan empat huruf terlarang tapi terpaksa dirahsiakan atas sebab keselamatan.

majlis yang sepatutnya ditutup dengan solat subuh secara berjemaah, terpaksa ditangguhkan lebih awal kerana ada yang takutkan amukan isteri risaukan keselamatan isteri yang ditinggalkan di rumah.

semoga post-gath gathering akan terus gemilang tanpa gangguan lampu limpah dan politik dendam dan cantas.
al-Fatihah

aku tidak dapat bayangkan ada juga ada khinzir manusia yang sanggup merogol dan meliwat budak pompuan yang berusia 10 tahun. tidak cukup dengan itu, membunuhnya dan mencampaknya seperti kain buruk.

kita tidak boleh menghukum semua bekas banduan. setiap orang patut diberi peluang kali kedua untuk menebus kesilapan masa lampau. tapi berhati-hati dengan mereka yang tidak ragu-ragu untuk memalsukan dokumen diri untuk mendapatkan kerja.

Saturday, January 17, 2004

Berenang bersama jerung-jerung

"Untuk mempunyai musuh yang handal, pilih temanmu. Dia lebih tahu di mana mahu menghentammu."

Sudah menjadi kebiasan untuk meminta bantuan teman bila berhadapan dengan kesusahan. Cabaran di dunia ini sememangnya keras, dan selalunya teman-teman bisa membantu mengurangkan ketegangan. Lagipun, kau kenal mereka. Kenapa bergantung pada orang asing sedangkan kau mempunyai ramai teman?

Masalahnya, kau tidak selalunya mengenali teman-teman kau sendiri, semesra yang kau sangkakan. Teman-teman selalunya bersetuju dengan kau kerana tidak mahu menimbulkan perselisihan. Mereka selalu menyembunyikan sikap buruk mereka untuk tidak menyinggung perasaan kau. Mereka seringkali ketawa lebih kuat bila mendengar jenaka kau.

Dalam hubungan di mana kejujuran jarang menjadi tali pengikat yang menguatkan persahabatan, kau tidak akan tau apa yang teman kau sebenarnya rasakan. Teman-teman selalu mengatakan mereka suka membaca jurnal kau, suka puisi yang kau tulis, mencemburui kerjaya kau - mungkin mereka benar ikhlas, dan lebih dari selalu, mungkin tidak.

Bila kau mengambil keputusan untuk meminta bantuan teman-teman, kau akan mula sedar secara perlahan-lahan sikap yang mereka sembunyikan selama ini. Dan lebih aneh lagi, kebaikan kau kerana terlalu mempercayai mereka sebenarnya, telah menyah-imbangkan segalanya.

Manusia mahu merasai bahawa mereka berhak atas segala budi baik yang diberikan pada mereka. Menerima kebaikan orang lain selalu akan ada tekanan. Sebagai contoh, seorang teman akan terfikir kau berbuat baik padanya kerana dia seorang teman, bukan kerana dia berhak untuk menerima kebaikan kau. Dalam erti kata lain, kebaikan kau hanya akan menambah luka.

Sedikit kejujuran, sekilas kekecewaan dan secebis cemburu mula terbit di sana sini. Dan sebelum kau sedari, persahabatan kian sirna. Semakin banyak hadiah dan budi yang kau hamburkan, lebih sedikit rasa kesyukuran yang akan kau terima darinya.

Ketidaksyukuran mempunyai sejarah yang lama dan dalam. Ia telah menyerlahkan kuasanya sejak sekian lama, dan adalah pelik bila manusia memandang rendah akan kekuasaannya itu. Lebih baik berhati-hati. Kalau kau tidak mengharapkan seorang teman akan mengucapkan terima kasih, kau akan terperanjat bila dia berbuat demikian.

Strategi ini penting apatah lagi dalam politik suasana kerja. Kau akan nampak masalah utama dengan berkerja dengan teman ialah ia akan membatasi kau untuk menerokai keupayaan kau yang sebenar. Teman jarang sekali dapat membantu meningkatkan kemahiran kau. Dan dalam situasi kerja akhirnya, kau mula sedar keupayaan dan kebolehan kau jauh lebih penting dari nilai persahabatan.

Suasana kerja selalunya menjarakkan hubungan sesama manusia. Kau mahu bekerja, bukan mahu berkawan. Persahabatan di tempat kerja (samada ikhlas atau tidak) hanya mengaburkan fakta ini.

Kunci untuk kuasa ialah untuk mengimbangkan dengan tepat siapakah yang mampu membantu kau pergi lebih jauh lagi. Simpan sahabat untuk persahabatan, tapi bekerja dengan mereka yang lebih berdaya saing dan berkeupayaan. Perselisihan sebelum ini antara dua musuh selalunya akan memberi ruang untuk perjernihan emosi. Musuh selalunya tidak mengharapkan kau berbuat baik pada mereka dan akan bekerja lebih bersungguh-sungguh untuk membuktikan bahawa pilihan kau memang tepat. Bekerja dengan musuh untuk mengejar kepentingan masing-masing selalunya lebih mudah kerana tidak perlu takut ianya akan dikeruhi oleh perasaan peribadi. Tidak akan lagi permasalahan remeh temeh seperti rasa kecil hati atau sebaginya.

Seperti Lincoln pernah ucapkan, kau memusnahkan musuh dengan menjadikannya sahabat. Kissinger juga menjadikannya polisi untuk bekerja dengan mereka yang tidak bersetuju dengannya.

Tanpa musuh di sekeliling kita, kita akan menjadi malas. Musuh yang mengekori kita akan menajamkan kemahiran kita, menjadikan kita lebih fokus dan berjaga-jaga. Walaupun begitu, ada baiknya menggunakan musuh sebagai musuh dan tidak menjadikannya sebagai teman atau sekutu.

Thursday, January 15, 2004

jiGO bikin edit filem

aku bukanlah dilahirkan creative genius macam tok rimau. dan kerana tidak dilahirkan dengan sudu perak di dalam mulut masih kais pagi makan pagi, kais petang malam tak makan, aku juga tak mampu nak beli kamera video untuk bikin movie sendiri.

tapi mari kita tengok hasil suntingan aku yang pertama : ada apa bawah skirt?.

has anybody told you lately, sex does sell?

Wednesday, January 14, 2004

40 hari sudah berlalu

dua tiga hari ni, ada dua soalan besar yang sama berlegar dalam kepala otak aku. tapi aku sendiri belum mampu menjawabnya. kalau aku mampu menjawabnya pun, aku tak tau nak jawab dari mana dulu.

ok... apa dia dua soalan yang berjaya membuat kepala otak aku huru hara?

1. sudahkah perkahwinan mengubah kehidupan aku?
2. berjayakah seorang isteri mengubah kehidupan aku?

aku 'parking'kan dulu soalan-soalan tu kat sini. kalau aku rasa aku nak jawab, aku jawablah. dan terpulang jugalah bila aku nak jawab.

aku punya jurnal, aku punya suka la.

lu suka, lu baca. lu tak suka, lu paham-paham sendirilah beb!

Tuesday, January 13, 2004

manusia dan cermin

kita tak akan sedar betapa buruknya sikap kita jika tidak melihatnya sendiri. tak perlulah kamera video untuk merakamkan itu semua baru kita boleh nampak keburukan sendiri. tidak perlu menunggu perbicaraan di padang masyhar. dengan memandang sekeping cermin pun sudah mencukupi untuk kau nampak segalanya.

tapi ada juga manusia yang tidak mahu melihat keburukan sendiri. jika disuakan cermin pun, mereka hanya nampak yang molek-molek saja. malah ada yang tidak segan-segan memuji diri sendiri, "cantik la aku hari ni."

mungkin nada memuji diri sendiri seperti itu tidaklah seteruk mana. setengah orang berpendapat, itulah cara membentuk fikiran positif. tapi adakalanya bila cermin sudah tiada di depan mata pun, ada yang masih juga mahu memuji diri sendiri.

aku rasa itu agak keterlaluan. dan aku lihat betapa mudahnya untuk memperkudakan manusia seperti ini.

bagi mereka yang sudah bosan berdepan dengan orang berperangai buruk yang suka memandang tinggi diri mereka tapi tidak mahu mengaku keburukan sendiri, caranya tidak sesukar mana. apa yang perlu dilakukan ialah kau bertindak seperti cermin. dan bukan sebarang cermin. jadilah cermin interaktif.

cermin interaktif yang tidak sekadar membalikkan imej orang yang di depan kau mahu lihat tapi kau juga patut tidak malu untuk menyatakan pujian yang melambung-lambung.

hampir setiap orang suka dipuji. dan sikap inilah yang menjadi kunci utama yang boleh membuka pintu kelemahan mereka.

mungkin mereka yang dahagakan pujian ni perlu diingatkan dengan pepatah 'mati semut kerana gula' dengan cara yang sukar. sogokkan mereka dengan pujian dan kemudian hantukkan kepala mereka ke dinding realiti. hantukkan sekuat mungkin!!

Monday, January 12, 2004



an explanation is absurd when no one requires it.

Saturday, January 10, 2004



Friday, January 09, 2004

bukan setakat songsang, malah pelik juga

Kippa, kawan lama masa aku sekolah dulu, terjumpa jurnal ini dan meninggalkan komen di buku tamu. antaranya:
"bila aku baca blog ko aku rasa insaf.. no wonder ko pelik masa kat sekolah.. anyway aku tak leh lupa baju "mentari merah di ufuk timur" ko tu.. sampai sekarang jadi bahan joke bila kitaorang b'kumpul.. kah kah kah.. ko memang unik.. syabas!!!"

hmmm.. aku pelik masa kat sekolah? i hope it's a compliment but if it ain't..

aku tidak mampu menyangkal komennya. aku sendiri rasa aku memang pelik. bukan masa kat sekolah je. masa kat U lagi pelik. malah, sekarang ni pun aku rasa pelik. seperti yang Jim Morrison nyanyikan dalam salah sebuah lagunya

People are strange when you're a stranger
Faces look ugly when you're alone
Women seem wicked when you're unwanted
Streets are uneven when you're down

When you're strange
Faces come out of the rain
When you're strange
No one remembers your name
When you're strange
When you're strange
When you're strange


ada kawan masa di U dulu tak berapa gemar bila aku dengar lagu-lagu begini. katanya lagu-lagu camni boleh buat aku jadi bertambah depressed.

bukan aku tidak bersetuju dengan pendapatnya tapi entah kenapa aku memang suka lagu-lagu yang depressing camni. heh!!

"eh, Gom! tengok awek tu. gilerrr solid!!"

"ok gak la, tapi cekeding" aku menjawab setelah menjeling beberapa ketika.

"hah?! cekeding?!! takleh nak cakap apa la. taste kau pelik sikit!!"

hmmm... ya. aku seorang yang pelik. hidup dalam dunia yang lebih pelik.

Thursday, January 08, 2004

kalau ada yang sanggup melayangkan duit semata-mata untuk melihat gambar yang mukanya lebih halus dari lubang hidung, hari ni aku pula mengorbankan RM4.50 sekadar untuk membaca beberapa baris kata.

Wednesday, January 07, 2004

mereka datang lagi

Monday, January 05, 2004

berhati-hati bermain api

mudah sebenarnya nak kuasai seseorang itu bila dia marah.

orang yang mudah marah, walau sekuat mana pun dia punya amukan, sebenarnya adalah mangsa yang paling mudah diperkudakan. bila seseorang itu marah, maknanya dia sudah kehilangan daya untuk mengawal dirinya. kemarahan menjadikannya lebih mudah dicerobohi dan dimanipulasi.

ada yang pernah memberitahu, kita akan lebih tahu isi hati seseorang itu bila dia sedang marah. lagi besar kemarahan seseorang itu, lagi mudah dia menyerlahkan isi hatinya. hinggakan tidak mustahil jika kemarahan itu sudah tidak dapat dibendung lagi, maka tidak segan silu terlompat keluar ayat-ayat yang tidak manis didengar dan pahit pula kalau ditelan.

no. i don't believe in 'i-don't-mean-what-i-said' bullshit after an outburst. when you said something hurtful when you're angry, it exactly shows what you really think. it really shows what you really are.

tidak kiralah jika kau berpangkat besar atau berpendidikan tinggi, sekali kau menghambur marah tanpa musabab dan memercikkan pula pada mereka yang tidak bersalah, maka aku tidak nampak ada bezanya kau dengan anjing yang menyalak.

itu bila bercakap soal individu. dan bila berdepan dengan masyarakat lain pula ceritanya.

ada yang berpendapat, tahap kesabaran masyarakat lebih tinggi dari kesabaran individu. walaupun begitu, menular juga bahaya budaya 'mob mentality'. kerana walaupun seorang saja yang melatah, ia bisa merebakkan api kemarahan jauh lebih dalam ke urat nadi masyarakat.

oleh yang demikian, tidak peliklah ada yang berkata agak mustahil untuk menjadi jujur bila berada dalam masyarakat. bukan kerana kita mahu menjadi hipokrit atau hidup berpura-pura tapi kerana desakan dari masyarakat sekeliling yang dambakan suasana yang aman. masyarakat seperti ini sudah semestinya tidak mahukan kita hidup memberontak dan menyinggung perasaan ahli masyarakat yang lain.

maka terbitlah pepatah melayu yang mengajar kita supaya mengembek bila 'masuk kandang kambing'. dan sudah tentulah persekitaran yang sedemikian tidak memungkinkan seseorang itu berkata benar yang sebenar-benarnya; tiada yang benar melainkan yang benar semata-mata. kalau ada yang kedengaran benar pun ialah kebenaran yang tidak dipertontonkan dengan sepenuhnya.

tapi pendapat itu juga tidak membuktikan bahawa masyarakat tidak boleh bersuara jujur. dan cara yang paling mudah untuk mendengar suara jujur masyarakat ialah dengan memulakan provokasi.

provokasi ada beberapa jenis. ada yang boleh digunakan untuk menggali informasi tentang sesuatu pendapat. ada juga yang boleh digunakan semata-mata untuk memancing kemarahan.

kedua-duanya ada gunanya kalau kena pada caranya. asal kau tahu apa akibatnya, mainkanlah api itu.