Thursday, May 30, 2002

Edisi Mesra Pelawak Pelawat

Lala: yakin boleh jigo...hari yg ke -40 ko tak hisap rokok aku belanja KFC hehehe
aku: KFC. here i come. 29 days to go. ;)
tapi ko tak risau ke isu "halal" KFC? hark hark hark!!! tapi musykil betul la kan, kenapa kita perlu bergantung sangat pada tanda halal yang dikeluarkan tu? so maknanya kalau arak dan babi kalau dicop "halal" pun agaknya ada orang yang nak makan la eh?
jangan salah faham. aku tak cuba main-mainkan ugama. aku cuma berpendapat halal haram bukan terletak pada cop. i'm just making my point. sori kalau terkasar.

spyz: mungkin ini saat yg sesuai juga utk aku kurangkan lagi.. 1 pack per week.. moga2.. amin..
aku: yea.. ni la masa dan ketika yang sesuainya spyz. kalau demam ko susah nak kebah. aku pun begitu juga. ahaks. dah hampir seminggu, selsema aku camni. pagi teruk. petang wokeh. berhari-hari masih begitu. rasa nak hisap rokok je sekarang. sebab orang cakap, kengkadang asap rokok ni boleh keringkan hingus. hark hark hark!!! mana ntah teori dia pakai. mungkin juga dia sumbatkan lubang hidung tu dengan dua batang rokok yang menyala?! ko takmo try spyz? mana la tau, boleh baik selsema ko tuh. ;p

rudy: tapik sejak aku sakit ni, tiap kali bulan penuh, aku akan diganggu. bisul akan tumbuh. dahi aku akan diserang hebat.
aku: aku simpati ngan ko rudy. tapi terus terang aku cakap, kalau nak tukar tempat ngan ko pun memang aku tak sanggup. :| banyakkan berzikir pada malam-malam bulan mengambang begini terutamanya malam jumaat keliwon. buat solat sunat sebanyak mungkin. solat hajjat dan sebagainya. mana la tau, kesakitan itu akan reda.
erk.. malam jumaat keliwon tu malam jumaat bulan penuh ke? dari dulu aku pikir sejak dari zaman menonton cerita sundal bolong.
petang tadi hujan. tak nampak bulan la nampaknya malam nih. langit mendung je malam ni.
takleh aku jadi werewolf malam nih.

** ** ** **

i've been doing some personal projects. takleh reveal lagi apa yang aku buat sekarang nih tapi yang penting memang ada kena mengena ngan psikologi. pretty awesome if i could master it.

nice ring kaezrin!!! ;) rasa cam nak beli satu sekarang jugak. tapi bukan nak kasi kat ko la. hark hark hark!!! hampeeeehhh!!!

Tuesday, May 28, 2002

tonight, the moon is full. a perfect reason to howl!!!!

ada orang percaya, bulan boleh mempengaruhi psikologi manusia seperti mana dia boleh mempengaruhi pasang surutnya lautan. kadar jenayah mungkin meningkat bila bulan mengambang. tapi ada yang agak skeptik dengan mengatakan kadar jenayah tersebut meningkat pada bulan mengambang kerana penjenayah tidak memerlukan sumber cahaya sampingan seperti lampu suluh untuk bekerja. :)

tapi kenapa werewolf mengganas semasa bulan mengambang sahaja? dan aku rasa, aku lebih aktif bila bulan penuh. hmmm...
�The sorrow which has no vent in tears may make other organs weep.�
--Henry Maudsley

�Time engraves our faces with all the tears we have not shed.�
--Natalie Clifford Barney

�The soul would have no rainbow had the eyes no tears.�
--John Vance Cheney

** ** ** **

dah masuk hari kelapan tanpa rokok. ;p
but this is nothing yet. hujung minggu ni aku balik JB, aku akan dikelilingi dua taik tembakau utama. adik aku dan adik ipar aku. tu tak campur lagi ngan pakcik-pakcik aku yang memang hardcore.
i know they would graciously OFFER me a stick of cigarette but i sure hope i don't have to reluctantly ASK for one macam sorang kawan tu, di stadium bola. fortunately, i'm not a social smoker. i don't smoke just to mingle. oh what the heck.... i don't even socialize!!!!

hark hark hark!!! if i can survive this weekend, i can sure last a lifetime. :)

Friday, May 24, 2002

for the record, i had my last stick of cigarette at 3 a.m Sunday morning.
budak tu masih tak perasan lagi aku dah mula tak hisap rokok. ;p

Tuesday, May 21, 2002

k@r| k@mb|n6 update sikit. sikit jek.. tak sempat nak update bebanyak.

** ** ** **

�If in the last few years you haven't discarded a major opinion or acquired a new one, check your pulse. You may be dead.�
--Gelett Burgess

�The happiest excitement in life is to be convinced that one is fighting for all one is worth on behalf of some clearly seen and deeply felt good.�
--Ruth Benedict

�In order to change we must be sick and tired of being sick and tired.�
--Anon.

�You cannot plough a field by turning it over in your mind.�
--Anon.

�Often the hands will solve a mystery that the intellect has struggled with in vain.�
--Carl G. Jung

�Did you ever stop to think, and forget to start again?�
--A. L. Milne (Winnie the Pooh)
toksik, aku tak berapa faham soalan ko.
give up? memang tipu besar la kalau aku cakap, give up takde dalam kamus hidup aku. memang ada beb. banyak kali timbul. tapi dalam kes nih, bukan give up. ni something else. mungkin bosan bercampur bengang. bila cerita yang sama diulang dalam nada yang serupa memang boleh memualkan. :|

sebenarnya dalam kes nih, aku kena jelaskan pendirian aku. honestly, aku banyak bersimpati pada wanita. aku dibesarkan dalam lingkungan wanita yang kurang dapat pembelaan. wanita yang selalu ditindas bukan sahaja oleh lelaki tapi juga oleh birokrasi. belum lagi dicampur dengan sikap masyarakat yang bukan sahaja suka menjaga tepi kain orang, malah kalau boleh nak masuk dalam kain. sayangnya sejak bertahun-tahun, ketidakadilan yang serupa juga berlaku. lelaki mengambil kesempatan dan wanita pula yang menjadi mangsa. tapi ada juga wanita yang suka memangsakan dirinya sendiri. tak cukup tangan digari, leher sendiri pun dihulur minta dijerut.

what is my point anyway? hark hark hark!!!

** ** ** **

�Kalau kau tak suka tinggal sini, kau boleh berambus!!!�
Aku ada sorang kawan, yang ayahnya suka cakap begini bila dia mengamuk. Setelah habis anaknya dicarutkan, inilah ayat penyudah yang digunakan sejak bertahun-tahun. Tentu kau boleh agak apa yang kawan aku buat. Budak tu lari dari rumah.

Aku pun TAK beriya-iya pujuk dia balik kembali ke rumah. Be careful of what you�re wishing for!

Dulu masa kecik boleh la kau nak sergah-sergah atau ugut budak tu dengan ayat sebegini. Dulu lain. Budak hingusan tu masih tak berduit lagi. Hidup bergantung ngan mak bapak lagi. Kengkawan sebaya pun semuanya masih tinggal ngan mak bapak diorang.
Tapi sekarang, memang silap besar kalau kau masih nak gunakan ugutan yang sama macam 10 tahun dulu. Anak tu dah besar. Dah bekerja. Duit dah ada, langkah pun panjang la.

�OK! Aku memang tak suka tinggal sini dan aku tunggu masa je nak berambus. Apa yang kau nak buat sekarang?!�

Berhati-hati bila mengharapkan sesuatu. Allah mungkin akan kabulkan permintaan anda.

Monday, May 20, 2002

�Two monologues do not make a dialogue.�
--Jeff Daly

�Be careful of your thoughts; they may become words at any moment.�
--Ira Gassen

�Most conversations are simply monologues delivered in the presence of a witness.�
--Margaret Millar
pagi jumaat. aku dalam meeting. 4 kali handphone aku berdering.
meeting abis. handphone berdering lagi. nombor yang sama keluar lagi.
nett ajak aku ke melaka. heh heh heh!!! wokeh gak tu, sebab dah lama aku tak keluar dari KL nih. tapi last minute aku terpaksa batalkan sebab malam tu aku kena stay office lagi. gilerr tak gilerr la.
aku balik rumah esok paginya, hari berlangsungnya acara di melaka. mata aku dah tak boleh terbuka lagi. hidung aku plak tersumbat teruk.
terima kasih pada kengkawan yang ajak aku turun ke melaka. sori sebab tak dapat ikut.
To Zira, "selamat melangsungkan perkahwinan. semoga ikatan itu kekal selama-lamanya" :|
Wajahnya berkerut-kerut bila menceritakan kerenah kakaknya. Perempuan tak guna. Tak mengenang budi. Sedari kecil, apa sahaja yang dia mahu akan dituruti. Tapi bila dah besar, lari ke Siam untuk berkahwin dengan suami orang.
Kemarahan dia sedikit pun tidak reda walaupun cuba dipujuk berulang kali. Setiap patah kata hanya gugur ke kelopak telinga. Tiada satu pun yang singgah walau sebentar ke benak hatinya.
�Bodoh punya perempuan. Belajar tinggi-tinggi, tapi takkan dia tak boleh pikir sendiri? Sekarang ni dah takut nak balik rumah. Berani buat berani tanggunglah.�
Aku hanya mendengar dan tersenyum kelat. Surat kakaknya yang ditulis untuk keluarganya hanya kubaca sepintas lalu. Cintanya untuk lelaki milik perempuan lain itu terlalu dalam. Entah apa istimewanya lelaki itu sehingga dia tergila-gilakannya. Bercinta dengannya bagai menanggung biawak hidup. Lelaki keparat yang makan hasil titik peluh isteri.
Aku tidak kenal kakaknya. Aku cuba tidak menyalahkan perempuan itu. Dalam hal ini, suaminya itu yang bersalah. Berkahwin tanpa izin isteri pertama dan membawa lari perempuan itu ke Siam. Perbuatannya itu memalukan keluarga budak ni. Kalau perkara ini terjadi pada adikku, lelaki keparat itu pasti akan kucincang lumat-lumat. Biar aku masuk penjara dan dihukum gantung, asal hati aku puas. Entah minyak senyonyong mana yang dia guna untuk menundukkan kakak budak ni.
Tapi aku masih berdiam hanya mendengar budak itu meluahkan isi hatinya. Keluarga yang makan di meja sebelah pun seakan memasang telinga mendengar perbincangan kami.
Aku mengajak dia beredar dari situ untuk solat. Sehabis solat, ayatnya masih begitu. Dia masih marah. Cerita sama dalam nada yang serupa. Aku bosan dan sedikit marah. Aku tak boleh nak tersenyum lagi menadah telinga.
�Dengar sini. Apa-apa pun, dia masih kakak kau. Kau kena ingat, dia saja kakak yang kau ada. Satu-satunya keluarga yang kau ada, bila mak ayah kau tiada kelak. Ingat juga, dia saudara kau yang paling tua. Kau tidak boleh maki dia sebegitu ikut sedap mulut kau saja. Hormatlah dia, walau sedikit. Orang yang paling berhak menegur ialah orang tua engkau. Kalau betul pun kau benci atau benci sangat pada kakak kau ni, bila dia balik rumah nanti kau terus masuk bilik. Lepaskan kemarahan kau di sana. Kau nak terbalikkan katil, almari, kau buat dalam bilik. Buat apa yang kau suka, tapi biarkan kakak kau tu. Dia sudah cukup menanggung malu. Jangan terus menghukum dia. Pasti satu hari dia akan sedar kesilapannya. Berilah dia peluang.�
Budak itu terdiam. Matanya sedikit berkaca. Dia masih kesal atas perbuatan kakaknya itu. Marahnya juga masih begitu.
Aku bersalam dan meminta diri. Aku tau di hatinya masih tersimpan dendam. Aku tidak salahkan dia.

Wednesday, May 15, 2002

rasanya dah lama aku tak melayan tetamu. so hari ni aku nak meluangkan masa nak layan tetamu, yang mana sempat la eh?

pikor: ronggeng? bila hari ni? hari ni tak boleh sebab aku nak menonggeng kat opis sampai pagi. erk.. of course la not literally tonggeng. NO NO NO.. am not a gay. i won't let you touch my *beep*.

anyway, jawapan kuiz yang aku jumpa dari site ko. ni la yang aku dapat





which children's storybook character are you?

this quiz was made by colleen


zid: erk.. i dunno any kak intan nurbaya. and i think neither she knows me. dia amik course apa? tahun bila? and to reply your second comment; melankolik, mungkin. retorik, aku tak rasa begitu. sarat ngan imageries, yes yes yes!!!

ame: erk.. you know kak borg? good. :) i'm her senior, so it's a little wonder why you never saw me around the campus before. probably, i've just graduated, when you're in first year or so.

rudy: lagu tu suruh orang kahwin ke? hahahhaha!!!
aku ada satu teka-teki untuk korang semua.
soalan pertama: kenapa eh, bila orang tau kita 'bercouple', orang akan selalu tanya, "bila nak kahwin?" dan bila dah berkahwin plak diorang akan tanya, "bila nak dapat anak?"
kenapa diorang tak ganti soalan 'cepu emas' tu dengan, "ko nak kahwin ke? kalau nak kahwin aku leh kasi duit, rumah, kereta. cakap je berapa ko nak?" berani tanya aku soalan ni? cepat la aku tunggu nih!!!!
dan untuk soalan kedua tu, aku cuma nak cakap anak tu anugerah dari Allah. kalau kita dah berusaha tapi tak dapat gak nak buat camne kan? don't put unnecessary pressure la. it won't nurture a better sexual environment pun.

and lastly, thanks cik easy for still supporting this challenge. webhosting tu untuk yang berjaya saja. ;) for the record, aku berjaya 'berehat' selama 18 jam. :D i'll try again later.

Tuesday, May 14, 2002

Jika malam ini berinai juga,
'Kanku pimpin tangan anak-anak bangsa,
Menuju telaga kuning merah jingga,
Tanda perjuanganku kembali bermula

Jika berseri nasib pengantin,
'Kanku bakar malam ini dengan api lilin,
Dengan bunga di tujuh musim,
Tanda kembalinya Jebat berkeris gading.

*lagu dendangan Nuradee. tajuk lagu ni, aku tak pernah tau.
Goodies Thoughts - Design Challenges
*******************************
Designing your website, let alone implementing your design, can be quite a challenge. Whether you are a beginner or advanced web developer you probably already realize that the canvas on which you create your masterpieces can be incredibly variable.

Designing a good looking and functional web site is probably one of the most difficult jobs in the design field. Other design fields such as print or even video all have a fairly uniform canvas on which your end design will appear. With print you know that the end product will be a business card or brochure or post card but with web design you know only that it will be viewed in a browser. The type of browser, its capabilities, the resolution at which your design is viewed all remain variable.

Those of you that have been doing web design for several years have witnessed vast improvements in the web designer's canvas, however. The diversity between browsers seems to be growing smaller and smaller with each passing version and there seems to be fewer and fewer browsers to contend with all the time. Anymore most designers only worry about conforming their designs to the two major browsers, Internet Explorer and Netscape, which encompass upwards of 95% of all web surfers depending on whose survey you read. Some designers even opt to just design for Internet Explorer which is estimated at around 80%, again depending on whose survey you read.

With all of the improvements that have been coming down the pike you would think that web design would be a simple process by now. That's simply not the case. While technology advances are making the designer's job easier by giving her a more standardized medium, there still are many issues that web designers must tackle that are not directly related to the technologies. Here are a few:

Navigability
If you want people to hang out at your websites, one of the most important features you could add is easy navigation. There is no faster way on Earth to drive away viewers than to frustrate them by hiding what they are looking for.

Consistency
Don't confuse your viewers by radically changing your design from page to page. Consistency of design lets the user get familiar with the features of your site and "burns" the look of your site into their minds. There is a lot to be said for "branding".

Speed
Since broadband is becoming more prevalent you might think that download size is not really a concern anymore. Not true ... yet. With about 80% of all users still using a 56K or slower connection, download speed is still a very real concern. Keep your graphics optimized and don't go overboard with your imagery. File size is still important.

These are just a few of the contemporary concerns of the web designer. In future issues of Goodies to Go we will explore some of the different parts of creating and optimizing web designs. Being creative, consistent and functional all at the same time can be a challenge for most anyone.

Monday, May 13, 2002

siaran ulangan Rabak Telingaku by Various Journalists di k@r| k@mb|n6.
hari ini 13 mei. tarikh sejarah berdarah.
apa yang sebenarnya terjadi di Kampung Baru sekitar tarikh ini pada 1969? aku masih tak tau.
berapa ramai yang kena sembelih? berapa ramai gigolo algojo yang masih hidup sampai ke hari nih?
hello, my name is jiGOMorrison. i'm addicted to sex cigarettes. walaupun aku dah sahut cabaran berhenti merokok, tapi sebenarnya sampai ke hari ini aku masih merokok cam biasa. call me liar, hypocrite or whatever names that you find may suit me. but to tell you the truth, i find it hard to quit. and i keep on making excuses to smoke. hahahahahah!!!
cuma, bila merokok aku dah takde feel lagi dah. tapi biasa la, ada feel ke takde fuh!! fuh!! abis gak sebatang sekotak rokok. kiranya cam orang yang kuat makan la, cakap je takde selera, tapi abis gak 2 pinggan. ;p
mungkin dah jadi habit, i just keep on smoking. karam singh walia orang putih ada mengatakan, "old habits die hard."
tapi seriously, aku memang nak berhenti merokok. cuma azam dan usaha tu tak cukup kuat. erk.. mungkin 'berhenti' terlalu kuat. 'berehat' mungkin lebih sesuai. hark hark hark!!! 'berehat' dari merokok. that sounds better. :D

cam tok rimau, rekod dia last 'berehat' lebih kurang 2 minggu. cam aku, 9 hari. itu yang aku ingat la. mungkin lebih lama dari tu pun aku pernah buat cuma aku tak rekod jek. hahahhahah!!! erk.. cuma aku tak la menyambut anniversarry sempena 'berhenti' merokok dengan merokok.

fuad, doesn't matter if you don't smoke you may still join this challenge. aku suka betul ngan suggestion ko tuh, "siapa mati dulu dia menang". aku rasa nak bagi kemenangan mudah pada ko. aku rasa peserta lain pun akan setuju ngan cadangan aku. ahaks!!! ada sesiapa lagi nak menang?!!! aku pun dah lama tak membunuh nih.

kalau ada sesiapa yang tak tau dan tidak diberitahu, this challenge is supposedly approved and supported by cik easy. dia cakap dia nak sponsor webhosting, domain dan lain-lain. tapi aku tak pasti samada offer ni masih valid atau tidak sebab aku dah tak jumpa offer tu lagi dah. dulu ada sekarang takde. mungkin dah takde. tapi tidak mengapa. aku pun takmo berhenti merokok sebab ada sogokan subsidi. but thank you anyway for supporting this challenge.

Friday, May 10, 2002

aku rasa besh gak baca kisah melastik cicak dalam bluehikari. tapi aku rasa aku tak buat kerja-kerja macam tu. mungkin sebab aku pun tak sampai hati nak membunuh cicak. ;)

khutbah kat masjid tadi pun sebut soal pembunuhan dan pencerobohan tentera israel. jadi sempena hari jumaat yang mulia ni aku pun nak gak cerita pasal satu kisah pembunuhan. maaf... bukan cicak, lipas atau serangga perosak lain yang dibunuh tapi 'virus' komputer.

lepas solat jumaat dan makan tengahari, aku terus la masuk opis nak mulakan kerja balik. tengah aku buat kerja tu, boss aku telepon dari bilik dia. nadanya sedikit cemas, "Gom, kau search files ni. jdbgmgr.exe. Johor Dogol Brunei Guru Malaysia Guru Rakyat dot E X E. kalau kau jumpa, kau jangan buka eh?! terus je delete!!!"

aku pun terus melakukan tugas-tugas khas ni. aku search files. JUMPA! aplikasi dengan ikon patung beruang yang comel. aku terus delete dan clearkan recycle bin. kerja-kerja pembunuhan dapat disiapkan kurang dari 2 minit. bila semuanya dah selesai, dia keluar dari bilik dia. aku tanya dia, "Kau dapat tau dari mana?"

"Aku dapat dari email. Virus tu duduk senyap-senyap dalam komputer 14 hari pastu dia rosakkan semua files."

bila dengar dia sebut email je aku dah tak sedap hati. aku search for jdbgmgr.exe dalam google.

hampeh!!! it's a hoax. aaaarrrgghhh.. camne la aku boleh tertipu sama nih.

kesimpulan untuk cerita di atas:
1. membunuh tanpa usul periksa adalah tindakan yang tidak berperikemanusian.
2. kalau sesat, jangan nak sesatkan orang lain plak. kalau bodoh, jangan buat orang lain jadi bodoh.
3. periksa kesahihan sesuatu berita tu sebelum mengambil tindakan.
4. elakkan dari menyebarkan khabar angin dalam bentuk apa sekalipun.
5. jdbgmgr.exe tu bukan virus atau cicak mahupun teddy bear.
Burung merpati terbang seribu,
Hinggap seekor di tengah halaman,
Hendak mati di hujung kuku,
Hendak berkubur di telapak tangan


ntah kenapa aku suka sangat dengan pantun nih. mungkin sebab ada perkataan mati kot? dan ada sense of intimacy dalam pantun tu. hendak mati pun dekat jek. dan hendak berkubur dalam genggaman orang yang disayang. ;p tapi kenapa tak mahu berkubur dalam hati orang tu jek eh? mungkin sebab kalau dalam genggaman ko boleh rasa. hati kau tak boleh rasa dengan tangan. tapi kenapa tak mahu berkubur dalam lidah jek? sebab lidah ada liang deria yang paling banyak berbanding anggota deria yang lain?!

erk... aku mungkin silap tafsir pantun nih. ampun tok nenek, anak cucu tumpang belajar.

anyway, aku tengah ngantuk maut nih. berapa besar mata boleh dibuka dalam menahan ngantuk? erk.. korang pernah tak ngantuk sangat sampai biji mata tu rasa berpusing-pusing jek? well... aku pernah. hark hark hark!!!!

NO.. i'm not drunk. i'm just delirious. forgive me. :|

Thursday, May 09, 2002

banyak sebenarnya aku nak ceritakan. tapi aku sibuk sangat. aku cuma mampu cut & paste sahaja buat masa sekarang.

anyway, aku nak amik kesempatan kat sini sekejap je untuk memberi sepatah dua kata.
bagi pihak k@r| k@mb|n6, aku ingin mengucapkan bebanyak terima kasih pada OJ* dan Rudy sebab cuba nak menaikkan sites tu. terima kasih juga kerana sudi berkongsi idea. mungkin hala tuju dan susunatur k@r| k@mb|n6 terpaksa difikirkan dengan lebih mendalam lagi. ;p

***

"AAAAAAAARGGGHHHHHHHHHHHHHH!!!! tolonglah diam!!!
tidak mungkin aku menang,
bicara yang sumbang,
sedang engkau dah terbang,
begitu lemahnya mulut,
untuk melepaskanmu,
sedang kata-kata itu hanya palsu
"
- salah satu lagu Ramli Sarip (jangan tanya aku apa tajuknya. aku lupa ;p)
"The road to success is dotted with many tempting parking places."
--Anon.

"Consider the postage stamp: its usefulness consists in the ability to stick to one thing till it gets there."
--Josh Billings

"Perseverance is the hard work you do after you get tired of doing the hard work you already did."
--Newt Gingrich

Monday, May 06, 2002

k@r| k@mb|n6 dah update sikit.